Anda di halaman 1dari 4

Peranan Komunikasi Dan Bahasa Dalam Matematik.

Komunikasi yang baik penting bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar. Menurut Emry (1973) pula mendefinisikan komunikasi sebagai satu seni menyalurkan maklumat, idea dan sikap seseorang kepada orang lain. Terdapat beberapa model komunikasi yang dikaji bagi mengukuhkan lagi hujah kepentingan komunikasi dan bahasa dalam Matematik. Antaranya ialah model Lasswell dan model Shanon dan Weaver. Komunikasi yang berkesan penting bagi menghasilkan komunikasi yang bermakna. Hal ini dikuatkan lagi dengan hujah Sutton (1957), komunikasi yang berkesan akan menghasilkan makna dalam setiap subjek yang akan diajar kepada pelajar. Beliau ada menggariskan pemahaman terhasil melalui empat cara iaitu bercakap, pembacaan, mendengar dan menulis. Melalui cara percakapan, bagi menghasilkan perbicaraan yang berkesan, kaedah perbincangan yang bersistematik perlu dilaksankan. Bukan itu sahaja, guru juga perlu memperbanyakkan menyoal murid. Namun yang demikian, pelajar perlu diberikan ruang dan masa yang mencukupi untuk mengutarakan pendapat, idea dan konsep mereka. Melalui pembacaan pula, pelajar akan mendapat maklumat, idea, konsep hasil daripada proses pembacaan. Manakala, mendengar pula ialah proses persoalan mental di mana apa yang didengar hasil daripada komunikasi ini menyebabkan mereka akan cuba menghubungkan dengan seharian. Di dalam matematik terdapat lima peringkat dalam proses pemahaman simbol iaitu penerimaan, perbandingan, pengakuan, pentafsiran dan pemahaman. Proses pemahaman simbol ini penting bagi memastikan pelajar memahami simbol matematik yang diajarkan oleh guru. Matematik juga boleh di terjemahkan sebagi satu bahasa. Tidak dapat disangkal lagi, aktiviti harian kita melibatkan penggunaan matematik. Oleh kerana itu, matematik dianggap sebagai bahasa sejagat kerana di mana-mana sahaja kita mengaplikasikan matematik dalam kehidupan seharian. Tak kiralah perbelanjaan di pengalaman mereka

sekolah, tempat kerja mahupun di kedai, matematik sememangnya diaplikasikan di dalam kehidupan seharian kita. Dalam memahami secara terperinci pembinaan bahasa matematik, idea

matematik secara amnya mempunyai 3 komponen uttama iaitu linguistik, konsep dan prosedur. Dalam komponen lingustik matematik didefiniskan sebagai bahasa yang

melibatkan komunikasi konsep melalui simbol. Bahasa matematik terdiri daripada tiga iaitu perbendaharaan kata matematik, sintaksis dan terjemahan dua hala. Perbendaharaan kata matematik berkait rapat dengan pengalaman

seseorang. Ini juga mempunyai perkaitan yang kuat antara bahasa guru, bahasa pelajar dan juga bahasa buku teks. Manakala, sintaksis pula merujuk kepada formula dalam matematik. Dalam algebra contohnya merujuk kepada simbol yang dimanipulasikan mengikut formula bahasa, tatabahasa bagi perwakilan simbol. Untuk membuat perkaitan ayat dan secara tidak langsung meningkatkan penguasaan bahasa matematik pelajar, guru perlu menggunakan pelbagai bentuk ayat yang mempunyai maksud yang sama. Bagi terjemahan dua hala pula, guru perlu memberikan pengalaman membentuk soalan masalah bercerita berdasarkan ayat matematik yang diberikan. Hal ini kerana, salah satu masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menyelesaikan masalah bercerita ialah kesukaran ntuk

menterjemahkan maklumat kepada ayat matematik. Manakala dalam komponen konsep, pemahaman konsep menyebabkan pelajar dapat menghuraikan dan mengetahui, kenapa sesuatu simbol dan sesuatu tatacara (arimetrik) itu sedemikian. Secara tidak langsung, pelajar dapat

menerangkan dan mengetahui logiknya ilmu matematik. Bagi kompenon prosedur pula banyak menekankan kepada latih tubi dan latihan yang secukupnya. Ini memastikan pelajar cekap dalam pengiraan sesuatu soalan matematik. Kesimpulan, penggunaan bahasa yang betul dalam matematik sangat penting bagi memastikan ilmu dapat disampaikan dengan betul.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Satu Kerangka Umum. Bagi memastikan pengajaran matematik berkesan, beberapa kemahiran perlu diambil kira, antaranya ialah perancangan mengajar, pelaksanaan pengajaran, penyediaan latihan yang berterusan dan pelbagai, pengayaan dan pemulihan, menilai kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran, pengurusan bilik darjah, penilaian terhadap bahan dan kurikulum matematik. Dalam perancangan mengajar, guru matematik perlu mempunyai

pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan kepada pelajar. Hal ini penting, bagi memastikan, pelajar memahami konsep dan objektif pengajaran. Selain itu, guru juga perlu menentukan teknik dan kaedah yang paling sesuai untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknik dan kaedah ini perlulah bersesuaian dengan tahap pencapaian murid. Manakala, dalam pelaksanaan pengajaran dalam matematik pula, guru perlu menimbangkan beberapa aspek yang penting antaranya ialah pengurusan bilik darjah, penglibatan aktif pelajar,penggunaan konsep matematik dengan tepat dan betul, mampu mengubahsuai teknik dan kaedah mengikut kumpulan pelajar yang berbeza dan menjadikan kesalahan dan kesilapan pelajar sebagai sebahagian proses pengajaran dan pembelajaran. Antara beberapa kaedah umum yang perlu dikuasai oleh guru matematik ialah penglibatan aktif pelajar, perbincangan dan penemuan, analogi, analisis, kaedah eksperimen, eksposisi, persembahan kreatif dan inovatif pelajar, persembahan dengan audio-visual dan permainan dan simulasi. Pengajaran dan pembelajaran matematik melibatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran, justeru penguasaan pelajar terhadap matematik tidak bergantung kepada pemahaman konsep semata-mata, latihan yang mencukupi perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Latihan ini bukan hanya bertulis sahaja dan tidak semestinya hanya didapati dalam buku teks dan buku latihan sahaja, aktiviti dalam kehidupan seharian juga merupakan latihan.

Pengayaan dan pemulihan sebenarnya sesuai dan boleh dirancang untuk pelajar kumpulan pandai dan lemah. Manakala penilaian kefahaman dan penguasaan kemahiran pula, guru perlulah meramal dan mengenal pasti tahap penguasaan konsep dan menentukan kesediaan murid untuk mempelajari konsep dan kemahiran baru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan murid yang belum bersedia dari segi mental dan fizikal akan menyebabkan kesukaran dan pembaziran masa. Guru boleh menilai kesedian murid melalui

beberapa instrumen seperti senarai semak, ujian pra, ujian diagnostik, ujian pencapaian dan rekod anekdot. Selain itu pengurusan bilik darjah juga amat penting. Hal ini kerana bagi meastikan kelas berada dalam keadaan yang kondusif. Secara tidak langsung pelajar akan dapat belajar dalam keadaan yang tenang dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru matematik juga perlu menitikberatkan kandungan dan aktiviti, hal ini kerana penelitian dan pemahaman dalam kurikulum matematik bermakna

meningkatkan penguasaan dalam strategi pengajaran dan kepekaan terhadap keperluan pelajar serta pembelajaran. Tuntasnya, bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, guru perlu merangka strategi yang berkesan di samping untuk menarik perhatian murid untuk belajar matematik.

Anda mungkin juga menyukai