Anda di halaman 1dari 13

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

DEFINISI SYARAHAN

Penulisan karangan jenis syarahan hampir sama dengan karangan


ucapan, dan ceramah. Karangan jenis ini selalunya disampaikan dalam
majlis seperti majlis perasmian, perhimpunan, sambutan, keraian dan
sebagainya.

Karangan syarahan memerlukan seseorang itu berucap di hadapan


khalayak pendengar dalam sesuatu majlis sama ada ucapan biasa atau
pun pertandingan.

Syarahan biasanya disampaikan oleh seseorang yang pakar dalam


perkara yang hendak disampaikan.

Syarahan perlu disampaikan dalam bahasa yang mudah, padat, tegas,


serta tepat. Boleh juga dimasukkan unsur-unsur seperti jenaka, kiasan,
dan juga peribahasa untuk menjadikan syarahan yang disampaikan lebih
menarik.

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

CIRI-CIRI SYARAHAN

Hampir sama dengan ceramah tetapi suasananya mungkin berlainan.

Syarahan terbahagi kepada dua iaitu umum dan pertandingan

Syarahan bagi tujuan pertandingan

perlu kata

penghadap seperti

yang arif panel Hakim atau panel hakim yang arif lagi bijaksana dan
seumpamanya.

Nada

syarahan

bagi

tujuan

pertandingan

lebih

bersemangat

berbanding dengan syarahan biasa.

Bahasa yang digunakan mestilah sesuai dengan keadaan. Bahasa


yang digunakan mestilah dapat difahami dengan jelas. Oleh itu
gunalah bahasa yang baku ,mudah ,padat ,tegas dan berkesan

Boleh juga diselitkan dengan perumpamaan dan pepatah semasa


menyampaikan sesuatu

pengajaran dan kesimpulan. Kebolehan

memanfaatkan kiasan,peribahasa dan jenaka akan menjadikan


syarahan lebih menarik.

Isi kandungan mestilah tepat dan logik.

Bagi mendekatkan diri kita dengan penonton, kata kata seperti hadirin
yang dihormati,tuan tuan dan puan puan atau sidang hadirin yang
dihormati perlu disebut sebelum meneruskan syarahan

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

FORMAT SYARAHAN
1

Kata alu-aluan/pendahuluan

Ditujukan kepada para hadirin mengikut pangkat dan tingkat


kedudukan masing masing.

Ucapan berupa rakaman terima kasih kerana kesudian

Kata penghadapan

Ditulis berselang seli antara satu atau dua perenggan.

Antara kata kata penghadapan yang lazim digunakan termasuklah


hadirin sekalian, tuan tuan dan puan puan dan lain lain.

Kata kata penghadapan ditulis selepas melangkaui satu atau dua


baris dan diakhiri tanda koma (,)

Isi-isi

Mengandungi perkara perkara penting yang hendak disampaikan.

Untuk karangan syarahan ,beri definisi tajuk dan setiap fakta mesti
dihuraikan berserta dengan contoh yang relevan.

Hendaklah disampaikan secara akrif atau agresif.

Penutup

Berisi ucapan meminta maaf dan ucapan terima kasih.

Akhiri ucapan anda dengan

kata kata penutup. Selalunya ia

mengandungi penegasan fakta yang ingin disampaikan.

Ucapan penghargaan kerana perhatian yang diberikan oleh para


hadirin.

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

CONTOH SYARAHAN
SOALAN: Andaikan bahawa anda terpilih mewakili kelas anda untuk
menyampaikan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah Membazir Adalah
Amalan Yang Tidak Baik.Sediakan teks syarahan anda tersebut.
RANGKA:
1.PENDAHULUAN.
-

Ucapan alu-aluan kepada Tuan Pengerusi Majlis,para hakim,Guru Besar


,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

2.ISI-ISI.
a) Banyak mendatangkan keburukan-jika terlalu boros berbelanja ,kita tidak akan
mempunyai wang pada masa kita memerlukannya-makanan yang dibeli
secara berlebihan akan terbuang.
b) Membuang masa dengan cara tidak berfaedah adalah amalan buruk-masa itu
emas gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.
c) Membazir air dan elektrik -bil air dan elektrik meningkat -terpaksa mencatu air
pada musim kemarau.
3.PENUTUP.
Membazir sememangnya amalan yang tidak baik -banyak mendatangkan
keburukan.

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

Karangan:
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru
Besar,guru-guru,dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah Membazir Adalah Amalan Yang Tidak
Baik.
Hadirin sekalian,
Kata membazir bermaksud berlebih-lebihan menggunakan sesuatu
hingga ada yang terbuang. Amalan ini sebenarnya banyak mendatangkan
keburukan. Misalnya jika kita terlalu boros berbelanja,kita tidak akan mempunyai
wang ketika kita benar-benar memerlukannya. Makanan yang dibeli secara
berlebihan mungkin tidak termakan dan akan dibuang.
Selain dari itu, membuang masa dengan cara yang tidak berfaedah adalah
satu pembaziran. Bagi seorang murid, masa itu adalah emas. Oleh sebab itu
,kita hendaklah membuat jadual waktu supaya masa kita dapat diisi dengan
perkara-perkara yang berfaedah.
Kita digalakkan juga supaya tidak membazir air dan elektrik. Jika kita
membazir air dan elektrik ,kita terpaksa menggunakan wang yang banyak untuk
membayar bil-bil berkenaan. Pada musim kemarau pula,kita akan menghadapi
masalah kekurangan air dan terpaksa dicatu.
Oleh sebab masa tidak mengizinkan ,saya terpaksa mengakhiri syarahan
saya ini. Sebagai kesimpulannya ,saya ingin menekankan bahawa membazir
adalah amalan yang tidak baik dan banyak mendatangkan keburukan kepada
kita.
Sekian,terima kasih.

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

CONTOH PENGGUNAAN BAHASA

Laras bahasa bagi syarahan merupakan sebahagian daripada laras


bahasa ilmiah.

Ia dimulakan dalam bentuk sapaan dan menitikberatkan protokol.

Selain itu, ia menitikberatkan intonasi suara.

Ciri-cirinya:
-

Menggunakan bahasa rasmi.

Bernada formal dan objektif.

Menggunakan sudut pandang orang ketiga.

Ayat majmuk.

Sifat kejelasan.

Penggunaan istilah khusus.

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

TEKS SYARAHAN
Tajuk: Bahasa Rojak Mencemari Kedudukan Bahasa Melayu Sebagai
Bahasa Kebangsaan
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana,
yang dihormati Puan Guru Besar, Pn. Hajah Zulaikha bt Kasim, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Bersyukur kita ke hadrat
Illahi kerana dengan limpah kurnia dan hiradat-Nya dapat kita berkumpul di
dewan yang besar dan megah ini untuk mengikuti syarahan yang bertajuk
Bahasa Rojak Mencemari Kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan.
Saudara-saudari sekalian,
Seperti yang kita tahu, bahasa kebangsaan negara kita adalah bahasa
melayu tapi adakah betul kita telah menggunakan bahasa melayu yang betul
dalam percakapan kita seharian...? tepuk dada tanya hati....
Mengikut Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) bahasa rojak
merupakan sebahagian daripada pijin bahasa penghubung di Malaysia.
Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin
memulai perbualan dalam Bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan
Bahasa Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan
Bahasa Kantonis dan Bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah Bahasa
Mandarin atau Bahasa Jepun. Walau bagaimanapun bahasa rojak tidak boleh
diamalkan dalam kehidupan kita seharian kerana ia akan memberi kesan kepada
bahasa melayu yang merupakan bahasa kebangsaan negara kita. Penjaga-

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

panjaga bahasa menuduh ia sebagai penggunaan bahasa yang tidak betul dan
mungkin menimbulkan krisis dalam pembelajaran bahasa. Mereka bimbang
bahawa siswa-siswi akan kekurangan kemahiran menulis dan bertutur sekiranya
amalan ini terus berlaku. Isu bahasa rojak bukan hanya berlaku di Malaysia,
malah di Singapura dan negara lain. Keadaan ini berlaku berdasarkan sifatnya
yang sentiasa berkembang, akan ada pelbagai perubahan yang dialami oleh
bahasa itu sendiri, termasuk bahasa rojak
Hadirin sekalian,
Isu bahasa rojak membimbangkan ramai pihak, terutama pejuang dan
peneliti bahasa Melayu sehingga ada cadangan sesetengah pihak agar Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri
(JPM), berbanding Kementerian Pelajaran. Kerajaan juga diminta memberi
kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi membolehkannya mengenakan
tindakan kepada pihak tidak mematuhi Akta Bahasa Kebangsaan 1963. Bahasa
Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar Malaysia,
yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tentang penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak
melaksanakan penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta
dengan tidak menggalakkan penggunaan bahasa rojak. Sebagai contoh, TV3
telah menukar nama Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh
sebab kebimbangan orang ramai.
Saudara-saudari,
Pada 17 Ogos 1997, Panel Penasihat Penyiaran yang telah dilancarkan
oleh Menteri Penerangan, Datuk Mohamed Rahmat. Ia berperanan sebagai
penasihat kepada Menteri Penerangan. Panel itu bertanggungjawab menetapkan
standard yang perlu dipatuhi oleh stesen penyiaran tempatan ke arah
mewujudkan masyarakat bermaklumat di samping mengekalkan nilai murni. Ini

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

kerana stesen penyiaran merupakan medium penting sesuatu maklumat


disampaikan kepada orang ramai. Apa sahaja yang disampaikan akan memberi
kesan kepada orang ramai. Contohnya dalam penggunaan perkataan Karnival
Sure Heboh tadi. Panel ini juga bertujuan untuk melihat bagaimana siaran awam
dan swasta dapat menjalankan tugas masing-masing di samping mendapat
keuntungan

tanpa

membelakangkan

budaya,

tatasusila

dan

kehidupan

masyarakat di Malaysia.
Saudara-saudari,
Jika kita perhatikan dalam kehidupan kita seharian, kita tidak dapat lari
dari penggunaan bahasa rojak. Ini kerana ia seolah-olah berada di sekeliling kita.
Di mana-mana pun kita akan mendengar pertuturan dalam bahasa ini. Apa
salahnya kita berbual dengan rakan atau anggota keluarga tanpa menggunakan
bahasa rojak. Yang menjadi masalahnya ialah bahasa rojak digunakan pada
majlis rasmi seperti mesyuarat. Apabila bahasa rojak digunakan pada majlis
rasmi, ia mencemari kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Contohnya dalam setiap ayat seorang eksekutif sekarang, kita dapati mesti ada
mengandungi kalau tidak separuh, suku kata-kata Inggeris yang dicampurkan
dengan bahasa kita. Ini sudah begitu automatis sehinggakan ia merupakan
budaya baru bangsa Melayu bercakap separuh Melayu, separuh Inggeris.
Sungguhpun perkara itu pada pandangan asasnya tidak salah, tetapi anak
akan mengikut, murid akan mengikut, akhirnya bahasa Melayu sudah tidak ada
dan yang ada ialah bahasa rojak, bahasa campuran. Keprihatinan anggota
masyarakat terhadap penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sesuai dengan
keadaan sewajarnya dimulakan dengan teladan yang baik oleh pemimpin
negara. Menteri Pendidikan pernah menyatakan kabinet sudah mengeluarkan
arahan supaya menteri-menterinya menggunakan bahasa Melayu dalam
menyampaikan dasar kerajaan. Menurut Datuk Dr.Rais Yatim, iaitu Pengerusi
Panel Penasihat Penyiaran, dalam usaha memantapkan penggunaan bahasa

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

Melayu itu, pihak panel telah memutuskan supaya setiap pemimpin bercakap
bahasa Melayu dengan betul dan tugas membuat alur aturnya telah diserahkan
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi ini sudah jelas dimaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan tetapi kalaulah bahasa rasmi tersebut 'sekerat ular, sekerat belut' itu
amat mendukacitakan.
Hadirin sekalian,
Sebagai kesimpulannya, usaha memartabatkan bahasa Melayu ini
sebenarnya mesti muncul daripada pemikiran pihak berkuasa (yakni kabinet).
Sebagai contoh, walaupun dasar sudah dibuat pada 1990 supaya penghakiman
dibuat dalam bahasa Melayu, penggunaan bahasa Melayu di Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih agak perlahan, malah
boleh dikatakan hampir 75 peratus dijalankan dalam bahasa Inggeris. Selain itu,
peranan pihak sekolah juga penting dalam usaha memartabatkan bahasa
melayu. Di mana pihak sekolah boleh menyemarakkan program di mana anakanak diajar bertutur lancar dan baik menggunakan bahasa Melayu menerusi
syarahan atau proklameran sajak atau drama dan memasukkan aspek-aspek
penilaian bahasa yang baik. Ini secara tidak langsung akan mendedahkan
pelajar kepada penggunaan bahasa melayu yang betul. Kita sering bercakap
tentang mewujudkan satu 'bangsa Malaysia'. Namun bagaimanakah bentuk
bahasa Malaysia nanti - apakah bahasa Melayu rojak yang digunakan sekarang
ini adalah 'bahasa bangsa Malaysia' kurun ke-21? Ingatlah, bahasa itu bangsa.
Sekian, terima kasih.

10

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

PENUTUP
Kesimpulannya, penulisan syarahan perlu menggunakan atau mengikut
formatnya dengan tepat dan mengikut laras syarahan. Penulisan syarahan juga
menggunakan penggunaan bahasa yang baik, tepat dan padat. Selain itu, gaya
penyampaian perlu menggunakan nada suara yang penuh bergaya dan lantang,
kata-kata aluan, hujah yang bernas dan disertai dengan peribahasa atau
perumpamaan yang sesuai. Ini untuk menarik perhatian dan tumpuan dari
pendengar. Bahasa yang digunakan mestilah dapat difahami dengan jelas. Oleh
itu gunalah bahasa yang baku ,mudah ,padat ,tegas dan berkesan. Penulisan
syarahan perlulah mengikut ciri-ciri dan formatnya dengan baik agar dapat
mengahasilkan sebuah syarahan yang bermutu.

11

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

RUJUKAN
1.

http://tatabahasabm.tripod.com/tulisan/ksyarahan.htm

2.

http://www.semestian.net/ghalib/?p=89

3.

Ismawi Muhammad Md. Ishak A. Razak & Nozah Jaafar. Elit SPM
Bahasa Melayu KBSM. 2005. Cerdik Publications Sdn. Bhd. Shah
Alam.

4.

http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2007/08/satu-bangsa-satubahasa-satu-jiwa.html

5.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?
y=1998&dt=0704&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=ot_01.htm
&arc=hive

6.

http://www.malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=7526

12

Kerja Khusus

Bahasa Melayu Komunikasi

LAMPIRAN

13

Anda mungkin juga menyukai