Anda di halaman 1dari 15

6.

KEWANGAN: MATEMATIK KEWANGAN Pengenalan Analisis tentang nilai masa wang perlu dibuat kerana penyediaannya membantu perniagaan membuat keputusan belajawan modal syarikat. Nilai bagi RM1 sekarang boleh menjadi lebih besar daripada nilai RM pada tahun-tahun akan datang kerana nilai wang mempunyai kecenderung untuk susut atau merosot mengikut masa. Dalam topik ini akan dibincangkan konsep dengan contoh-contoh bagi Nilai Masa Wang, Konsep kadar
faedah dan dividen, Konsep nilai masa depan (FV), Konsep nilai masa kini (PV), Aliran tunai anuiti, Konsep nilai masa depan anuiti (FVA), Konsep nilai masa kini anuiti (PVA), Nilai kini bagi perpetuiti, Aliran tunai tidak sama dan Pelunasan pinjaman.

Objektif Pada akhir pembelajaran pelajar akan dapat: 1. memahami konsep-konsep dalam nilai masa wang 2. mengira nilai masa wang 6.1. Nilai Masa Wang Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam analisis pelaburan ialah nilai masa wang. Ia membentuk asas celik kewangan dan menjadi asas untuk memahami penilaian dan pelaburan. Warren Buffett, salah seorang pelabur paling berjaya sehingga kini, amat mempercayai nilai masa wang, lebih gemar memilih untuk melaburkan semula wang yang dijana daripada perniagaan daripada menggunakannya untuk membayar dividen kepada pemegang saham syarikatnya. Dengan cara ini, wang itu terus berkembang. Begitu juga, nilai pelaburannya akan berganda mengikut masa, sama seperti bagaimana bakteria membiak, dan kesannya, pulangan akan datang meningkat lebih tinggi. Inilah yang dikatakan kuasa masa terhadap nilai wang. Apabila Buffett menerajui syarikat pelaburannya, Bershire Hathaway pada tahun 1964, nilai bukunya hanyalah $19.46 dan nilai intrinsiknya lebih rendah lagi. Hari ini, nilai bukunya bagi sesaham lebih daripada $20,000 manakala nilai intrinsiknya pula jauh lebih tinggi. Kadar pertumbuhan nilai buku sesaham dalam tempoh ini melebihi 25% yang terkompaun secara tahunan. Sesiapa yang membeli saham Bershire pada tahun 1964 menjadi kaya hari ini! 6.2. Konsep kadar faedah dan dividen Konsep kadar faedah: Faedah boleh dikatakan sebagai pulangan kepada wang yang dipinjamkan. Apabila kita meminjamkan wang kita kepada seseorang, kita menjangkakan wang yang dipulangkan balik akan berserta dengan lebihan. Kadar lebihan ini bergantung kepada tujuan penggunaan, risiko dan kadar inflasi. Secara ringkasnya lebihan (faedah) ini adalah sebagai gantirugi kerana kita melupakan kesenangan penggunaan wang tersebut terhadap kita pada masa kini.

Konsep dividen: Adalah pengagihan sebahagian keuntungan perniagaan (syarikat sendirian berhad) kepada pemegang saham berdasarkan peratusan saham yang dimiliki 6.3. Konsep nilai masa depan (FV) Nilai jumlah kini, contohnya RM100 pada masa depan diperoleh melalui faedah terkompaun bagi satu tempoh masa. Apabila bercakap mengenai faedah terkompaun, yang dimaksudkan ialah jumlah yang diperoleh daripada deposit tertentu (faedah) menjadi sebahagian daripada jumlah prinsipal pada penghujung tempoh yang telah ditentukan. Jumlah prinsipal ini ialah jumlah wang yang kemudiannya akan dibayar faedah. Bezakan ini dengan faedah biasa, yang faedahnya akan hanya dibayar atas jumlah prinsipal sahaja. Contoh Jumlah prinsipal sebanyak RM100 dimasukkan ke dalam akaun bank memperoleh faedah 8% setahun selama dua tahun. Faedah Ringkas: Jumlah faedah ke atas RM100 pada akhir tempoh dua tahun ialah sebanyak RM16, iaitu RM8 pada akhir tahun pertama dicampurkan RM8 pada penghujung tahun kedua. Oleh itu, nilai masa depan RM100 pada akhir tahun pertama ialah RM108, dan RM116 pada akhir tahun kedua Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PV = RM100

RM100 + 8 = RM108

RM108 + 8 = RM116

Faedah terkompaun: Jumlah faedah yang diperoleh pada akhir dua tahun itu adalah sebanyak RM16.64 iaitu RM8 pada akhir tahun pertama, dicampurkan dengan RM8.64 pada tahun kedua. Perbezaan faedah bagi tahun kedua ialah disebabkan faedah 8% dikenakan ke atas prinsipal (RM100) dan faedah yang diperoleh pada tahun pertama (RM8). Oleh itu, nilai masa depan bagi RM100 ialah RM116.64, jika faedah terkompaun diaplikasikan. Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PV = RM100

RM100 +1.08 = RM108

RM108 + 1.08 = RM116.64

Berdasarkan senario ini, tidak sukar memahami mengapa satu pelaburan kecil yang dibuat pada hari ini, boleh menjadi satu pulangan yang banyak pada masa akan datang, disebabkan kuasa faedah terkompaun dan masa. Pengiraan umum yang boleh digunakan untuk menentukan nilai masa depan sesuatu jumlah pada akhir suatu tempoh tertentu ialah: FVn = PV x (1 + r)

Penunjuk, FVn = nilai masa depan PV = nilai kini, r = kadar faedah, dan n = tempoh dalam bilangan tahun. Daripada contoh di atas, nilai masa depan dikira seperti berikut: FV = RM100 x (1 + 0.08) = RM100 x 1.1664 = RM116.64. Kita boleh juga menggunakan jadual faktor faedah nilai masa depan (FVIF) lihat Jadual A-1 dalam Lampiran, untuk mendapatkan nilai masa depan bagi satu jumlah kini. Formula untuk itu ialah: FVn= PV x FVIF (r%, n)

Penunjuk, FVn = nilai masa depan, PV = nilai kini, FVIF (r%, n) = faktor faedah nilai masa depan, untuk kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n. Daripada jadual FVIF, kita perlu lebih dahulu menentukan faktor untuk FVIF (r%, n); dalam contoh yang diberikan, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.166. Dengan menggunakan faktor ini, kita mengira FV sebagai: FV = 100 x 1.166 = RM116.60 Langkah seterusnya ialah mencari bagaimana nilai masa depan pelaburan RM100 yang dibuat pada hari ini boleh ditingkatkan. Cara paling ketara ialah berupaya untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih tinggi, katakanlah 10% setahun dan bukannya 8%.

Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 8% untuk dua tahun: RM116.64 Nilai masa depan RM100 sekiranya faedah terkompaun ialah sebanyak 10% untuk dua tahun: RM121

Walau bagaimanapun, kita juga boleh mendapat pulangan yang tinggi jika faedahnya terkompaun lebih kerap daripada hanya sekali setahun (yang lazimnya dilakukan oleh institusi kewangan). Melalui perolehan faedah yang dibayar dua kali setahun (setiap separuh tahun) atau tiga kali setahun (setiap suku tahun), nilai masa depan RM100 yang dimiliki itu akan meningkat lebih tinggi.

Dengan kadar faedah 8% untuk dua tahun, nilai masa depan RM100 ialah RM116.64 (di mana faedah dikompaunkan setiap tahun) nilai masa depan RM100 pada akhir tempoh yang sama, adalah sebanyak RM116.99 (jika pengkompaunan dibuat dua kali setahun) dan RM117.17 (jika pengkompaunan dibuat setiap suku tahun).

Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun pada kekerapan yang berbeza Akhir Tahun 1 >2 Tahunan 108.00 116.64 Setiap Separuh Tahun 108.16 116.99 Setiap Suku Tahun 108.24 117.17

Satu cara lagi bagaimana nilai masa depan wang RM100 boleh ditingkatkan ialah dengan menyimpan wang itu di bank bagi satu tempoh yang lebih lama (iaitu dengan melanjutkan tempoh, n dalam pengiraan ini). Contohnya, RM100 yang dikompaunkan pada kadar yang sama iaitu 8% tetapi untuk satu tempoh yang lebih panjang, akan menghasilkan pulangan yang lebih tinggi untuk tempoh empat tahun, nilai masa depan ialah RM136, manakala bagi tempoh enam tahun, nilai masa depannya ialah RM158.70. Nilai masa depan RM100 pada kadar 8% - terkompaun untuk tempoh 2 tahun RM116.64 4 tahun RM136.00 6 tahun RM158.70 Perkaitan nilai masa depan (iaitu nilai pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut.
Perkaitan nilai masa depan FV bagi RM100 20% 15% 10% 5%

Masa

Daripada carta di atas, kita dapat melihat yang berikut:


Nilai masa depan RM100 meningkat mengikut masa, selari dengan peningkatan kadar faedah. Pada kadar faedah yang sama (katakan, pada kadar 5%) nilai masa depan RM100 meningkat sambil tempoh masa juga meningkat.

6.4. Konsep nilai masa kini (PV)

Selalunya, elok jika dipastikan nilai masa kini (sekarang) bagi jumlah masa depan wang. Nilai kini ialah nilai ringgit kini bagi satu jumlah masa depan, atau dengan kata lain, ia merupakan jumlah yang perlu dilaburkan sekarang pada satu kadar faedah tertentu dalam satu tempoh tertentu bagi menyamai jumlah masa akan datang. Proses mencari nilai kini disebut sebagai pendiskaunan, dan sebenarnya adalah kebalikan bagi faedah pengkompaunan. Proses ini ialah ciri utama dalam penilaian aset kewangan, contohnya, dalam menentukan nilai saham menggunakan analisis aliran tunai terdiskaun (DCF). Pada dasarnya, nilai kini digunakan untuk menjawab soalan, Jika saya boleh mendapatkan satu kadar pulangan tertentu, (katakan, r%) bagi wang saya, apakah jumlah paling banyak yang harus saya bayar bagi berpeluang menerima sejumlah wang (katakan, FVn ringgit), pada masa depan (katakan, tempoh n dari hari ini)? Pendiskaunan bukan mencari nilai masa depan ringgit kini yang dilaburkan pada kadar faedah tertentu, sebaliknya pendiskaunan menentukan nilai kini bagi satu jumlah masa depan, dengan andaian bahawa pembuat keputusan itu berpeluang memperoleh sesuatu kadar pulangan, r% atas wang tersebut. Kadar pulangan ini biasanya disebut sebagai kadar faedah, kadar diskaun, kadar pulangan yang diperlukan, kos modal atau kos melepas. Contoh Anda berpeluang mendapat RM100, dua tahun dari sekarang. Apakah jumlah paling banyak yang anda perlu bayar, sekiranya anda boleh mendapat, katakan 6%, daripada pelaburan anda? Untuk menjawabnya, kita perlu menentukan berapa ringgit perlu dilaburkan pada kadar 6% hari ini (terkompaun sekali setahun) untuk mendapat RM100 dalam masa dua tahun. Kita gunakan PV sebagai nilai kini, yang tidak diketahui jumlahnya, dan dengan menggunakan persamaan nilai masa depan, contoh ini boleh dikira seperti yang berikut: PV x (1.06) = RM100

Dengan menyusun semula persamaan bagi mendapatkan jumlah PV, kita dapati jawapannya ialah RM89 (atau, RM100 dibahagi dengan 1.1236). Dengan kata lain, nilai kini sebanyak RM100 yang akan diterima dua tahun dari sekarang dengan peluang mendapat faedah sebanyak 6% ialah bersamaan dengan RM89 pada hari ini. Sekarang Tahun 1 Tahun 2

PV = RM89

FV2 = RM100

RM89 sekarang bersamaan dengan RM100, jika kita boleh mendapat pulangan sebanyak 6% bagi tempoh dua tahun (terkompaun secara tahunan).

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam contoh di atas, kita boleh mendapatkan nilai kini dengan menyusun semula persamaan nilai masa depan. Oleh itu, persamaan nilai kini boleh dinyatakan begini: PV = FVn / (1 + r) Dan, untuk itu, nilai kini dalam contoh ini dikira seperti di bawah: PV = RM100 / (1 + 0.06) = RM89 Bagaimana nilai kini bagi sejumlah wang pada masa depan (FVn), katakanlah RM100, boleh ditingkatkan? Caranya:
1) Dengan menurunkan kadar faedah yang digunakan, nilai kini bagi satu jumlah masa depan boleh ditingkatkan. Dalam contoh di sini, jika kadar faedah yang digunakan ialah 5% (bukannya 6%), maka nilai kini bagi RM100 yang akan diterima dalam masa dua tahun lagi ialah sebanyak RM90.70 dan bukannya RM89. Ini dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.05).

2) Nilai kini RM100 yang akan diterima akan menjadi lebih tinggi jika tempohnya dipendekkan. Dengan andaian kadar faedah tetap sama, (iaitu 6%), PV bagi RM100 yang akan diterima dalam masa satu tahun dari sekarang ialah sebanyak RM94.33, iaitu lebih tinggi berbanding bagi tempoh dua tahun (RM89). Ini boleh dikira dengan cara RM100 dibahagi dengan (1.06).

Perkaitan nilai kini (iaitu pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) boleh dilihat melalui carta yang berikut.
Perkaitan nilai kini (pada kadar faedah dan tempoh yang berbeza) PV bagi RM100 0% 5% 10% 15% 20%

Masa

Daripada carta di atas, kita boleh melihat perkara berikut:


Nilai kini bagi RM100 turun mengikut masa, sambil kadar faedah meningkat. Pada kadar faedah yang sama (katakan, 5%) nilai kini bagi RM100 menurun ketika tempoh masa meningkat.

Sama dengan pengiraan nilai masa depan, nilai kini bagi satu jumlah boleh juga ditentukan menggunakan jadual faktor, dikenali sebagai jadual faktor faedah nilai kini (PVIF) lihat Jadual A-3 dalam Lampiran. Jumlah nilai kini boleh dikira seperti berikut: PV = FVn x PVIF (r%, n) Penunjuk,
PV FVn PVIF (r%, n) = nilai kini, = nilai masa depan, = faktor faedah nilai kini, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIF, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIF (r%, n); dalam contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n =2) ialah 0.89. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PV sebagai:

PV = 100 x 0.89 = RM89


7

6.5. Aliran tunai anuiti Anuiti Dalam bahagian sebelum ini, kita telah melihat konsep nilai kini dan nilai masa depan, yang membabitkan satu jumlah tunggal. Contohnya ialah nilai masa depan bagi RM100yang akan diterima dalam tempoh dua tahun dari hari ini terkompaun pada kadar 8% atau nilai kini RM100 dalam masa dua tahun, didiskaun pada 6%. Selain itu, penting juga melihat kepada situasi yang membabitkan lebih daripada jumlah tunggal. Contohnya, bagaimana hendak menentukan nilai kini RM100 yang akan diterima pada akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada akhir tahun kedua, dengan mengambil kira kesan nilai masa wang? Jumlah sama (RM100) yang akan diterima bagi setiap tempoh dikenali sebagai anuiti, iaitu aliran tunai yang sama dan berkala. Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan, pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian, contohnya, dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) nilai masa depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah nilai masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap. 6.6. Konsep nilai masa depan anuiti (FVA) Contoh nilai masa depan anuiti Nilai masa depan sesuatu anuiti (FVA) boleh juga ditentukan melalui pengkompaunan bayaran secara berasingan. Sebagai contoh, nilai masa depan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun pertama dan RM100 yang akan diterima pada penghujung tahun kedua, boleh digambarkan seperti yang berikut: Dengan mengandaikan dalam contoh ini, bahawa kadar faedah ialah 8%, nilai masa depan anuiti boleh dikira seperti yang berikut: FVA = RM100 x (1.08) + RM100 = RM208

Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan jadual anuiti faktor faedah nilai masa depan (FVIFA) Jadual A-2 dalam Lampiran, untuk menentukan nilai masa depan bagi anuiti di atas. Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: FVA = PMT x FVIFA (r%, n) Penunjuk, FVA PMT FVIFA (r%, n) = anuiti nilai masa depan, = bayaran sama, = faktor faedah nilai masa depan anuiti, bagi kadar faedah, r% dan bilangan tempoh, n.

Daripada jadual FVIFA, pertama sekali perlu ditentukan faktor bagi FVIFA (r%, n); dalam contoh di sini, r = 8%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (8%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 2.08. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira FVA sebagai: FVA = 100 x 2.08 = RM208 6.7. Konsep nilai masa kini anuiti (PVA) Contoh nilai kini bagi anuiti 1 Nilai kini bagi sesuatu anuiti (PVA), RM100 yang akan diterima pada akhir tahun pertama, dan RM100 yang akan diterima pada tahun kedua, boleh ditentukan melalui pendiskaunan jumlah secara berasingan, pada kadar faedah yang bersesuaian. Andaian bahawa bayaran dilakukan pada penghujung tempoh. Bayaran yang sepatutnya diberi pada awal tempoh dikenali sebagai anuiti awal tempoh.

Sekarang

Tahun 1

Tahun 2

PVA

RM100

RM100

Dalam contoh ini, jika kita mengandaikan bahawa kadar faedah ialah 6%, maka nilai kini aliran tunai boleh dikira seperti yang berikut: PVA = [RM100 / (1.06) ] + [ RM100 / (1.06)] = RM94.33 + 89.0 = RM183.33
9

Bagi memudahkan pengiraan, kita boleh juga menggunakan jadual anuiti faktor faedah masa kini (PVIFA) lihat Jadual A-4 dalam Lampiran. Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: PVA = PMT x PVIFA (r%, n) Penunjuk, PVA PMT PVIFA (r%, n) = nilai kini anuiti, = bayaran sama, faktor faedah nilai kini anuiti, bagi kadar faedah, r% dan = bilangan tempoh, n.

Daripada jadual PVIFA, pertama sekali perlu dipastikan faktor bagi PVIFA (r%, n); dalam contoh di sini, r =6%, dan n = 2. Oleh itu, lihat kolum (6%), persilangan dengan barisan (n = 2) ialah 1.833. Menggunakan faktor ini, kita boleh mengira PVA seperti ini: PVA = 100 x 1.833 = RM183.3

Rumusan Penting untuk memahami asas nilai masa wang, seperti pengkompaunan, pendiskaunan dan anuiti, kerana ada banyak pengaplikasian yang menggunakan konsep ini dalam hal-hal kewangan. Dan, sebahagian daripada pengaplikasian ini adalah yang selalu kita temui dalam kehidupan harian, contohnya, dalam memastikan jumlah deposit yang diperlukan untuk menghimpunkan satu jumlah masa depan yang diperlukan (simpanan sebagai persediaan bersara) nilai masa depan anuiti, atau dalam pengiraan pelunasan pinjaman bagi sewa beli rumah nilai masa kini anuiti. Contoh lain termasuklah pengiraan nilai masa depan simpanan yang dibuat dalam simpanan tetap.

6.8. Nilai kini bagi perpetuiti 6.9. Aliran tunai tidak sama 6.10. Pelunasan pinjaman

10

Ringkasan - Nilai Masa Wang Salah satu konsep paling asas (dan penting) dalam menganalisis pelaburan ialah konsep nilai masa wang. Nilai jumlah kini pada masa depan, ditemui dengan pengaplikasian faedah kompaun (atau pengkompaunan) mengikut masa, dikenali sebagai nilai masa depan. Nilai masa depan bagi sesuatu pelaburan, boleh ditingkatkan dengan: 1) memperoleh kadar faedah lebih tinggi; dan/atau 2) melabur bagi satu tempoh yang lebih lama. Pengkompaunan yang lebih kerap, contohnya setiap suku tahun dan bukannya setahun sekali, boleh juga meningkatkan nilai masa depan bagi sesuatu jumlah. Nilai kini ialah nilai masa kini ringgit bagi sesuatu jumlah masa depan, dan ditemui melalui proses yang dikenali sebagai pendiskaunan. Nilai kini bagi sesuatu jumlah masa depan boleh ditingkatkan melalui 1) merendahkan kadar faedah yang diperoleh; 2) dan/atau memendekkan tempoh masa. Anuiti ialah aliran tunai yang sama dan berkala. Nilai kini dan nilai masa depan bagi sesuatu anuiti boleh ditentukan menggunakan jadual faktor faedah masing-masing (PVIFA dan FVIFA). Konsep anuiti penting dalam celik kewangan kerana kita akan menemuinya ketika membuat simpanan persaraan, dan pelunasan pinjaman perumahan.

Rujukan: K.K Wee. 2001. Matematik Kewangan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur T.K. Lau., Y.N Phang.,K.K Wee.2012, Business Mathematics for UiTM, Forth Edition, Oxford Fajar, Shah Alam. http://kingofformulas.com/ http://hoileongchan.blogspot.com/2012/11/mathematical-tables.html

11

Lampiran

Nilai masa depan menggunakan formula berikut:

FVn= PV x FVIF (r%, n)

12

Nilai masa depan sesuatu anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: FVA = PMT x FVIFA (r%, n)

13

Nilai kini boleh dikira menggunakan formula seperti berikut: PV = FVn x PVIF (r%, n)

14

Nilai kini anuiti boleh dikira menggunakan formula yang berikut: PVA = PMT x PVIFA (r%, n)

15

Anda mungkin juga menyukai