Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 15 PENERAPAN PEDAGOGI

Rujukan Modul Pembelajarn Kontekstual (Pusat Perkembangan Kurikulum) Modul Pembelajarn Konstrukstivsme (Pusat Perkembangan Kurikulum) Penerapan Unsur Pedagogi Pembelajaran kontekstual dalam perniagaan dan keusahawanan Pembelajaran kontrukstivisme dalam perniagaan dan keusahawanan Pengajaran Masteri Learning Penyelesaian masalah Lawatan & kerja luar Pengajaran reflektif

PENGENALAN Pengertian Pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan (1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robe rt M. Gagne (1970) dalam bukunya The Condition of Learning mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau

pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. (Budaya, sosial, fizikal, psikologi) Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. (Kehidupan Harian,Makmal, Bilik Darjah, Tempat Kerja)

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? 16 Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran. Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan. sendiri.

APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada Murid; Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada GURU Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri. Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada INDUSTRI Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia. APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut :

Relating(Menghubung kait): Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari

Experiencing (Mengalami): Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal

Applying (Mengaplikasi): Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar Cooperating (Bekerjasama): Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama Transfering (Memindahkan): Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui

Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.

PEMBELJARAN KONTRUKSTIVISME

APAKAH KONSTRUKTIVISME ? Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. IMPLIKASI DARIPADA PENGERTIAN KONSTRUKTIVISME Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil darIpada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah Pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengajaran Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan guru Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil Pembelajaran Menyokong pembelajaran secara koperatif Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

PERANAN MURID DAN GURU SERTA CABARAN DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS Apabila pembelajaran secara konstruktivisme diamalkan dalam kelas, peranan murid dan guru akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan guru serta cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi oleh mereka dalam pembelajaran secara onstruktivisme. Peranan Murid Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-soalan dan isu, kemudian secara individu mereka membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham. Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan. Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.

Peranan Guru

Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai pandangan mereka. Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid. Membantu murid menyedari kerelevanan kurikulum kepada kehidupan mereka. Mentaksir pembelajaran melalui aktiviti harian di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis. Menggalakkan murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis. Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan mereka. Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal murid yang lain. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk menjawab soalan setelah soalan dikemukakan. Memberi masa secukupnya kepada murid untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah dijanakan. Menggalakkan pembelajaran koperatif dalam menjalankan tugasan tertentu. Membimbing murid mendapatkan jawapan yang tepat.

PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang diharapkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta memberi fokus kepada masa pembelajaran yang diperlukan. Dalam proses melaksanakan pembelajaran masteri, cabaran utamanya ialah menyediakan masa yang mencukupi untuk mengatur strategi-strategi pembelajaran untuk memastikan semua pelajar akan mencapai keupayaan yang sama (Levine 1985:Bloom 1981). 1. Semua murid boleh menguasai sesuatu pekara sekiranya: ada masa yang mencukupi untuk murid menguasainya; dan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2. Dalam proses pembelajaran masteri, guru mesti memastikan semua murid dapat menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit pembelajaran. 3. Guru juga perlu memastikan semua murid dapat menguasai satu tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk yang lain.

4. Peranan guru ialah untuk menenentukan pelajaran yang perlu dikuasai. 5. Ia juga perlu mengajar dengan kaedah atau aktiviti yang berkesan dan bahan yang sesuai.

6. Ia juga perlu merangsang kemahiran berfikir dikalangan pelajar. 7. Murid belajar mengikut kadarnya sendiri. Elemen-Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri 1. Terdapat empat elemen penting dalam pembelajaran masteri iaitu: Menjelaskan secara spesifik kepada pelajar apa yang akan dipelajari dan memperjelaskan bagaimana ianya akan dinilai. Guru harus memperjelaskan kepada murid berkenaan apa yang akan dipelajari pada hari tersebut dan bagaimana proses penilaian akan dilaksanakan. Antara aspek penting yang perlu diperjelaskan termasuklah tajuk pelajaran, objektif yang hendak dicapai, kemahiran yang diajar, nilai-nilai yang diterapkan serta aspek atau instrumen penilaian yang akan digunakan dalam pembelajaran. 2. Membenarkan pelajar untuk belajar dengan kadar mereka sendiri. Berdasarkan pembelajaran masteri, pelajar harus diberi peluang belajar mengikut minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Di samping itu pelajar juga diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka secara berperingkatperingkat. Ini bermakna, pelajar hanya akan berpindah atau beralih kepada peringkat seterusnya apabila berjaya menguasai peringkat awal. Misalnya, dalam suatu mata pelajaran, pelajar akan hanya akan beralih ke unit 2 setelah berjaya menguasai unit 1. Terdapat beberapa cara atau kaedah digunakan bagi membolehkan pelajar belajar mengikut kadar mereka sendiri , antaranya: i. ii. iii. iv. Modul dan pakej pembelajaran. Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) (Programmed Instruction). Audio-tutorial. Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap -tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. Pembelajaran berbantukan komputer.

v.

3.

Memantau kemajuan pelajar dan menyediakan tindak balas beserta dengan langkah pemulihan yang sesuai.Guru perlu memantau pencapaian setiap pelajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Pemantauan boleh dilakukan dengan lebih spesifik dengan cara mengukur keupayaan dan pencapaian pelajar bagi setiap aktiviti pembelajaran. Antara langkah pemantauan yang boleh dilakukan ialah dengan bersoal jawab secara lisan dengan murid atau menyediakan soalan-soalan objektif atau struktur yang perlu dijawab oleh para pelajar. Dengan cara ini guru dapat memantau pencapaian pelajar seterusnya menentukan langkah terbaik bagi membantu pelajar-pelajar berkenaan.

4. Menguji bagi memastikan kriteria pembelajaran akhir tercapai. Bagi menentukan sama ada objektif atau hasil pembelajaran akhir yang hendak dicapai terlaksana atau sebaliknya, guru perlu melaksanakan penilaian kepada pelajar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran. Bentuk penilaian boleh juga disediakan sama ada secara lisan atau bertulis, misalnya menggunakan lembaran kerja atau latihan.

LANGKAH-LANGKAH PEMBELAJARAN MASTERI Pembelajaran masteri dilaksanakan berdasarkan empat langkah, iaitu:

1. Penentuan hasil pembelajaran. 2. Pengajaran dengan kaedah dan aktiviti yang berkesan. 3. Penilaian dengan ujian diagnostik untuk mengesan tahap penguasaan 4. Pelaksanaan tindakan susulan. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN MASTERI 1. Pembelajaran masteri mempunyai ciri seperti berikut: Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid. Pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid dalam sesuatu tajuk atau topik. Pelajar hanya akan beralih kepada topik baru apabil mereka telah berjaya menguasai dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam topik yang sedang dipelajari. 2. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebagai unit pembelajaran.Langkah ini dlaksanakan supaya murid dapat memberi fokus kepada aspek yang lebih kecil. Ini akan memudahkan mereka menguasai tajuk-tajuk atau unit berkenaan. 3. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran. Ini dilakukan supaya penetapan sasaran lebih jelas dan memudahkan pelajar memahami dan mencapainya. 4. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan pada setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. Walau bagaimanapun guru boleh memulakan dengan markah 50% sebagai sasaran pencapaian dan peratus penguasaan itu perlu dinaikkan secara beransur-ansur sehingga mencapai 80%. 5. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil, berpasangan atau secara individu. Pemilihan dan penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik dalam suatu pengajaran dan pembelajaran mestilah bersesuaian dengan kebolehan murid supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan seterusnya memudahkan pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 6. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan pembelajaran murid. Penilaian yang dilaksanakan dalam pembelajaran masteri boleh dilakukan dalam bentuk formatif atau sumatif berasaskan Ujian Rujukan Kriteria. Penilaian juga mestilah bersifat diagnostik dan berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. 7. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang Hasil Pembelajaran yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid. Guru perlu menggunakan instrumen yang bersesuaian bagi mendapatkan maklum balas secara tepat berkenaan penguasaan atau pencapaian hasil pembelajaran. 8. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan setiap murid. Setiap pelajar perlu mengikuti aktiviti permulihan sekiranya mereka masih belum menguasai aras masteri yang telah ditetapkan manakala bagi yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti aktiviti pengayaan.

PENYELESAIAN MASALAH Proses Menyelesaikan Masalah Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu: i. ii. iii. Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya; Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian; Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah; dan

iv.

Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan. (Widad Othman, et al, 2003)

Terdapat lima proses untuk menyelesaikan masalah. Proses-proses tersebut ialah: a) Mengenalpasti Masalah Pada peringkat ini, pelajar akan diberikan masalah untuk diselesaikan. Tugas pelajar adalah untuk mengenalpasti masalah yang diberi dan menjadikan masalah tersebut sebagai persoalan yang perlu diselesaikan. Kemudian, pelajar perlu membuat rumusan berdasarkan objektif masalah dan mengenalpasti sumber-sumber yang perlu digunakan untuk memperolehi maklumat yang benar, relevan dan penting untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar perlu merancangan kaedah penyelesaian dari peringkat awal sehingga permasalahan tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan, pada mulanya masalah dikenalpasti daripada segi struktur masalah dan dibuat definisi. Definisi yang tepat membantu pemahaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan memilih alternatif penyelesaian masalah yang tepat. b) Menganalisis Masalah dan Mengumpulkan data Pelajar perlu mengumpul data dan membuat penganalisian terhadap maklumat yang diperolehi. Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan terdapat pelbagai teknik pengumpulan data. Contohnya, gambar rajah tulang (analysis: couse dan effect), carta pareto, carta pai, carta aliran dan lain-lain. Proses menganalisis masalah ini diperlukan bagi mengembangkan pemikiran dan mempertimbangkan semua kemungkinan. Objektif bagi peringkat ini adalah mencari punca masalah tersebut berlaku. Menurut Kirby, Gary R, dan Goodpaster, Jeffery. R (2002), sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan sehinggalah punca masalah tersebut ditemui. Beberapa persoalan perlu ditanya sama ada apa, di mana, bila, siapa dan bagaimana masalah itu berlaku. Masalah dianalisis daripada pelbagai sudut seperti ataupun kepentingan masalah, pengalaman diri, tindak balas pihak lain, kos masalah, lokasi berlaku masalah, perbandingan dengan masalah lain dan sebagainya ( Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar boleh mengsahkan kesahihan maklumat yang diperolehi dan mampu mengenalpasti penyarah yang boleh dirujuk untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar mampu mencari punca utama masalah tersebut. Pelajar juga perlu berbincang dan berkongsi maklumat dangan ahli kumpulan yang lain serta perlu mamastikan sama ada maklumat yang dikumpulkan mencukupi ataupun tidak. c) Membuat Keputusan Pelajar perlu membuat pemilihan penyelesaian masalah dengan tepat dan pastikan penyelesaian yang dibuat merupakan penyelesaian yang terbaik. Disamping itu, pelajar perlu mempunyai alasan yang kukuh untuk menyokong penyelesaian yang diambil. Pemilihan

penyelesaian ini dijana dengan menggunakan pelbagai kaedah bagi memastikan idea yang diperolehi berkualiti. Menurut Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa salah satu kaedah mencari penyelesaian adalah brainstorming. De Janasz, et al (2002), kaedah ini mengundang banyak ideea untuk menyelesaikan masalah kerana kaedah ini merupakan salah satu teknik di mana ramai orang dari satu kumpulan berkongsi idea terhadap suatu perkara tanpa mengkritik. Ini adalah supaya perbincangan terbuka di dalam kumpulan tersebut digalakkan bagi menghasilkan idea kreatif. Kaedah ini sesuai digunakan bagi masalah kumpulan. d) Mengenalpasti Penyelesaian yang Terbaik Kini, pemusatan pemikiran diperlukan bagi menilai, membanding dan menjalankan percubaan melaksanakan jalan penyelesaian (Mohd Azhar Abdul Hamid, 2003). Pada peringkat ini, pelajar perlu merancang bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan sewajarnya. Ini kerana, faktor paling penting dalam penilaian adalah kesan kepada jalan penyelesaian. Kesan ini terdiri daripada kesan posivif dan negatif. Oleh itu, pertimbangan yang teliti amat diperlukan bagi memastikan keputusan yang dipilih mempunyai kelebihan dan memberi manfaat kepada ahli kumpulan yang lain. Selain itu, pelajar seharusnya mampu untuk memastikan keputusan yang dipilih boleh mengembangkan atau menghadkan penyelesaian masalah serta keputusan yang dipilih merupakan alternatif yang terbaik. e) Melaksanakan Keputusan Mohd Azhar Abdul Hamid (2003) menyatakan bahawa keempat-empat peringkat di atas hanya terkandung dalam peringkat perancangan. Selepas penentuan alternatif jalan penyelesaian, ianya perlu dilaksanakan dengan teknik yang betul dan tepat. Ini juga membantu penyelesaian masalah bagi mengorganisasikan proses pelaksanaan dan menguji sama ada hasil yang dijangka dapat dijana atau tidak.

LAWATAN DAN KERJA LUAR PENGENALAN Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2000 supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna dan lebih berbentuk kontekstual. Ini adalah selaras dengan saranan UNESCO supaya mengamalk an Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live Together dan Learning to Be. Untuk memastikan Pembelajaran Luar Bilik Darjah dilaksanakan dengan lebih berkesan, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah mengeluarkan Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) bagi membantu guru menjalankan Pembelajaran Luar Bilik Darjah. Pengertian, objektif dan tiga model Pembelajaran Luar Bilik Darjah yang melibatkan kerja lapangan dan lawatan dijelaskan dalam dokumen tersebut

PENGERTIAN Garis Panduan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005) memberi pengertian Pembelajaran Luar Bilik Darjah seperti berikut: Pembelajaran luar bilik darjah adalah suatu program atau a ktiviti luar bilik darjah yang terancang dan berstruktur. Aktiviti ini berpusatkan murid dan bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. OBJEKTIF Pembelajaran Luar Bilik Darjah boleh digunakan untuk tujuan menyediakan murid untuk belajar sesuatu tajuk atau konsep yang akan dipelajari, mengukuhkan apa yang telah dipelajari, atau pun sebagai satu proses mempelajari sesuatu tajuk atau konsep. Objektif-objektif Pembelajaran Luar Bilik Darjah merangkumi tiga domain pembelajaran, iaitu domain pengetahuan, domain sikap dan domain kemahiran. Antaranya ialah: Mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang dipelajari dalam kelas; Memberikan pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, bermakna dan menyenorokkan Membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui pengalaman kontekstual; Meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar; Mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan; Mengembangkan kemahiran mengumpul, memproses dan menganalisis data dan maklumat.

Menerapkan nilai-nilai murni. MODEL Pembelajaran Luar Bilik Darjah Tiga model PLBD dicadangkan dalam dokumen Garis Panduan PLBD: Model PLBD 1: Luar bilik darjah dalam kawasan sekolah. Model PLBD 2: Berhampiran kawasan sekolah. Model PLBD 3: Jauh dari kawasan sekolah (dengan kebenaran PPD) (Lawatan terancang & berintergrasi ilmu) Sebelum Pembelajaran Luar Bilik Darjah Menetapkan tujuan & objektif PLBD (hasil pembelajaran tajuk / konsep dalam sukatan, sikap dan kemahiran) Ulangkaji pengetahuan dan kemahiran sedia ada yang diperlukan untuk aktiviti PLBD Memenuhi segala syarat dan kehendak rasmi seperti kebenaran bertulis daripada pihak sekolah, PPD dan ibu bapa

Memaklumkan kepada murid dan ibu bapa tentang tujuan dan program LPBD Mendapatkan nombor telefon ibu bapa murid supaya senang dihubungi Membuat tempahan tempat dan pengangkutan Memastikan bas mempunysi insuran penumpang, permit perjalanan dan dua orang pemandu. Memastikan insuran berkumpulan telah diambil untuk murid Memastikan seorang guru pengiring ditugaskan untuk sekumpulan sepuluh orang murid Membahagikan murid kepada lima orang dalam satu kumpulan dan melantik ketua bagi setiap kumpulan untuk menjaga kebajikan setiap ahli kumpulan di sepanjang lawatan Melawat tempat PLBD dan merancang aktiviti Memberi taklimat kepada murid tentang keselamatan, peraturan dan tanggung jawab masing-masing Membahagikan tugas & tanggung jawab kepada murid Menyediakan bahan-bahan yang diperlukan (termasuk alat-alat seperti kamera, perakam audio dll) Mengetahui dan menyedari tujuan dan objektif lawatan Menguasai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Melatih teknik-teknik mengumpul maklumat Mengetahui dan memahami tanggung jawab diri dan kumpulan Memahami peraturan dan aturcara lawatan Menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti lawatan Memahami keperluan-keperluan keselamatan

Semasa Pembelajaran Luar Bilik Darjah Menyelia dan mengawal murid supaya keselamatan murid sentiasa terjaga Memberi bantuan bila diperlukan Mengalakkan murid menanya soalan untuk mendapat maklumat Membuat pemerhatian secara langsung Mengumpul dan merekod maklumat Mematuhi peraturan-peraturan lawatan Berkerjasama dalam kumpulan

Selepas Pembelajaran Luar Bilik Darjah Memberi maklumat tambahan jika diperlukan oleh murid Membimbing murid membuat rumusan Menilai pembelajaran murid dan keberkesanan aktiviti PLBD (termasuk pengurusan & pengelolaan aktiviti). Menyusun maklumat yang dikumpul

Menjawab soalan-soalan tugasan dan membuat rumusan Menyemak dapatan dan rumusan dengan murid atau kumpulan lain Menyediakan laporan Menghantar / membentang hasil / laporan Membincang isu-isu yang mengelirukan (jika ada)

PENGAJAARAN REFLEKTIF Pemikiran dan amalan refleksi terhasil daripada cetusan idea yang dikemukakan oleh Dewey (1933) dalam bukunya yang berjudul How We Think. Walaupun gagasan idea ini sudah agak ketinggalan zaman namun penggunaannya dalam bidang perguruan tidak dapat dipisahkan. Hal ini dibuktikan dengan kewujudan pelbagai kajian berkenaan pemikiran dan amalan refleksi yang dilaksanakan oleh para penyelidik pendidikan di seluruh dunia dari semasa ke semasa. Oleh yang demikian, wajarlah bagi seorang guru sentiasa merefleks terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan bagi memperbaiki prestasi pengajarannya khususnya bagi guru pelatih yang baru bertatih untuk mengajar dan apatah lagi proses pengajaran yang dilakukan di sekolah kawasan luar bandar. Proses refleksi yang berlaku sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu pengalaman yang mencabar. Manakala dari segi definisi pula Dewey (1933) menyatakan individu yang mempraktikkan pemikiran refleksi akan sentiasa aktif dalam memikirkan masalah yang dihadapi, komited untuk mencari jalan penyelesaian, sanggup mengorbankan masa bagi memastikan masalah yang dihadapi dapat di atasi dan sentiasa menerima pandangan dari luar yang berpotensi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi

Konsep Refleksi Refleksi ialah satu proses seseorang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk memikirkan cara memperbaikki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan Kemahiran refleksi boleh diperolehi melalui pelbagai latihan: menyediakan dairi/catatan selepas setiap pengajaran menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran menyediakan soalan tentang aspek yang ingin diperhati/dikaji dan menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat selepas pengajaran menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama ada yang melibatkan aspek kognitif, afektif atau hubungan interpersonal khususnya selepas satu-satu tajuk membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki sama ada selepas satu tajuk atau sesuatu program tamat

Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting bagi seorang guru yang ingin menjadi pakar dalam tugas pengajaran. Aktiviti reflektif ini boleh dilaksanakan secara berterusan dalam tiga peringkat: i. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan ii. Selepas tamat satu modul/kursus/tajuk iii. Selepas tamat satu program Bagi membantu mengubah atau menambahbaik amalan pengajaran setiap apa yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut: Dapatan daripada refleksi kendiri Perubahan yang diperlukan/dicadangkan Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran Rancangan bagi memperbaiki pengajaran Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

ProsesRefleksi Pedagogi Proses ini merangkumi enam peringkat 1. 2. 3. 4. 5. 6. Kefahaman masalah Transformasi kepada rancangan Pelaksanaan rancangan Penilaian pelaksanaan Refleksi pelaksanaan Dapatan kefahaman baru

Dapatan kefahaman baru ini seterusnya menjadi cetusan asas untuk transformasi baru dan tindakan-tindakan yang berikutnya, hingga menjadi satu bentuk lingkaran bergelung secara terus menerus demi meningkatkan ilmu pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran pendidikan seseorang pendidik Peringkat-peringkat Pemikiran Reflektif Ciri pemikiran reflektif ialah melibatkan penyelesaian sesuatu masalah secara berperingkat seperti di bawah

Masalah

Proses Pemikiran reflektif bermula

Membaca dan mentafsir maklumat

Memahami masalah melalui pemikiran kognitif

Menentu dan menyusun maklumat

Memproses dan menganalisis data dengan pemikiran secara kritis

Mencari Hubungan

Mengingat kembali perhubungan pengalaman dengan penyelesaian masalah

Mencadang Hipotesis

Penggunaan pemikiran kritis dan kritif

Membukti hipotesis

Mencari pelbagai kemungkinan penyelesaian

Menilai Penyelesaian

Penggunaan pemikiran refleksi untuk membuat keputusan atau tindakan

Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap segala tindakannya.

LATIHAN TAJUK 16 1. Manakah bukan contoh yang paling sesuai untuk menggambarkan pembelajaran secara kontekstual ? A. B. C. D. Murid mengaplikasi prinsip tuas untuk mengangkat beban yang berat Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demonstrasi serta membuat latihan amali Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menjana idea dan pengetahuan baru.

2.

Cikgu Amin mengajar tajuk Mengusahakan barang bagi murid tahun enam. Murid dikehendaki menjual barang-barang keperluan harian di sekolahnya secara berkumpulan. Apakah strategi utama yang sesuai digunakan oleh Cikgu Amin untuk meningkatkan lagi pemikiran reflektif pelajarnya? A. B. C. D. Membimbing pelajar menggunakan teknik penyelesaian masalah Membimbing pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk menyelesaikan masalah Membimbing pelajar menggunakan pemikiran metakognisi untuk menulis jurnal r eflektif. Membimbing pelajar menggunakan pemikiran kritis, teknik menganalisis dan mentafsir maklumat daripada data

3.

Kaedah lawatan adalah satu cara yang berkesan untuk mewujudkan interaksi pelajar dengan persekitaran dan ia amat sesuai dengan subjek perniagaan dan keusahawanan. Pilih pembelajaran yang paling sesuai digabungkan semasa sesi lawatan berlangsung. A. B. C. D. Kendiri dan reflektif Kontekstual dan reflektif. Kendiri dan pembelajaran masteri Penyelesaian masalah dan kendiri

4.

Bagi pengajaran topik Pengurusan Jualan, Cikgu Habibah melaksanakan simulasi jualan dan belian. Apakah elemen kontekstual yang terlibat dalam pengajaran tersebut di atas? A. B. C. D. Mengalami. Memindahkan Mengaplikasikan Menghubung kait

5.

Pengajaran reflektif penting kepada guru pelatih, guru permulaan dan guru berpengalaman kerana ia A. B. mempengaruhi faktor-faktor kemajuan murid seperti kemahiran mengajar guru dan iklim bilik darjah menggalakkan pembangunan profesional guru untuk meningkatkan mutu pendidikan berdasarkan bukti.

C. D.

melihat pedagogi sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan penyelidikan untuk memajukan amalan dalam bilik darjah membangunkan standad pengetahuan dan kefahaman guru; perancangan, pengajaran dan pengurusan kelas dan pemantauan, pentaksiran dan merekod

6.

Bagaimanakah guru dapat mengaplikasaikan pembelajaran masteri di bilik darjah? (A) Melakukan simulasi jual beli di dalam kumpulan (B) (C) (D) Mengarahkan murid membuat kerja secara individu Menggalakan murid-murid menerokai pembelajaran menggunakan komputer Beralih kepada kemahiran baru setelah murid menguasai kemahiran yang diajar.

7.

Apakah kesan utama daripada pembelajaran Konstruktivisme? (A) (B) (C) (D) Guru berperanan sebagai fasilitator Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid Pembelajaran menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian murid Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut.

8.

Lawatan merupakan satu teknik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran . Antara yang berikut manakah kebaikan lawatan? A. B. C. D. Lawatan dapat menjimatkan kos Lawatan dapat menyediakan suasana sebenar . Lawatan dapat menjimatkan masa dan tenaga Lawatan dapat mengurangkan risiko dan bahaya

Aktiviti Kumpulan: Bincang kelebihan dan kekurangan setiap bentuk pengajaran dan pembelajaran yang diberi dalam konteks P&P perniagaan dan keusahawanan.

TAMA

Anda mungkin juga menyukai