Anda di halaman 1dari 1

DENGARLAH NASIHAT

Di dalam sebuah taman hutan hujan tropika, tinggal tiga sahabat iaitu Si Tupai, Si Semut dan Si Belalang yang memang terkenal akan keakraban mereka. Mereka hidup dengan gembira dan harmoni. Pada masa suatu hari, mereka menyedari bahawa musim hujan akan tiba di kawasan mereka. Tupai: Kawan-kawan, musim tengkujuh akan tiba. Marilah kita mencari makanan. Kita mesti menyimpan makanan sekarang. Semut: Baiklah. Tupai, mari kita kumpulkan makanan. Belalang, marilah kita bersama-sama mencari makanan. Belalang: Kamu pergilah dahulu. Saya hendak bernyanyi dan menghiburkan penghuni di taman ini. Tupai: Baiklah, tapi jangan lupa ikut kami pergi mencari makanan. Si Tupai dan Si Semut pun bersama-sama mencari makanan untuk musim tengkujuh yang akan datang. Tetapi Si Belalang terus bernyanyi dan bermain dengan gembiranya. Dia tidak kisah akan perkhabaran yang dibawa oleh masyarakat hutan itu. Semut: Tupai, di mana kita hendak menyimpan kesemua makanan-makanan ini? Tupai: Semut, rasanya pada pokok itu ada lubang besar. Kita boleh menyimpan makanan di situ. Mereka menyedari bahawa lubang besar pada pokok itu dimiliki oleh Si Belatuk, jiran tetangga mereka yang lebih berusia. Tupai: Belatuk, lubang itu kepunyaan kamu? Bolehkah kami menyimpan makanan di situ? Belatuk: Saya akan benarkan. Tetapi boleh saya tahu apa sebab kamu ingin menggunakan lubang itu? Tupai: Kami ingin menggunakan lubang itu untuk menyimpan makanan sepanjang musim tengkujuh. Hari berganti hari, masyarakat di hutan hujan bertungkus lumus mencari makanan untuk musim tengkujuh yang semakin hampir. Akhirnya musim tengkujuh tiba. Hujan turun dengan lebatnya. Si Belalang kelam-kabut kerana dia tidak mengumpulkan makanan sebelum musim tengkujuh. Dia yang lemah-longlai kerana tidak makan datang ke rumah Si Tupai. Belalang: Tupai, saya lapar. Berilah saya sedikit makanan. Tupai: Hah, itulah! Dahulu saya telah mengajak dan menasihati kamu supaya menyimpan makanan. Belalang: Saya minta maaf, saya takkan ulang kesilapan yang sama lagi Semut: Tak apa. Kami akan berikan makanan kepada kamu sebab amalan saling membantu masyarakat kan amalan kita.

Anda mungkin juga menyukai