Anda di halaman 1dari 22

KOD KURSUS:

SGDY 4022

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

TUGASAN BERKUMPULAN

(GROUP C)

PENSYARAH:

PROF MADYA DR. FAUZIAH MD.JAAFAR


SGD 4022 APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY
Prof. Fauziah Binti Md Jaafar

SITI SYAFIQAH NUR


BINTI GHAZALI SYAHIRAH
(830981) BINTI HASSAN
NAZIEHAH
HAKIMAH BINTI (831201)
ZATI IWANI BINTI
MAT ABDUL HADI
AJI@HAMDAN (830943)
(831164)
ANALISIS FILEM RON CLARK
PENGENALAN
The Ron Clark Story adalah sebuah filem terbitan Randa Haines Film yang
bersumber daripada sebuah kisah yang benar. Tokoh utama dalam filem ini
adalah Ron Clark iaitu seorang guru yang sangat inovatif, kreatif dan
bersemangat. Dia adalah seorang guru yang sangat menginspirasi dan
bermotivasi kepada pelajarnya.En. Clark mampu membuat perbezaan luar
biasa dalam kehidupan pelajarnya.

Ia menceritakan tentang seorang guru dengan teknik mengajar yang


pelbagai dalam mendidik sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di New
York. Filem ini merupakan Filem motivasi dengan membawa nilai-nilai yang
positif bagi penonton terutama bagi para guru.
SINOPSIS WATAK
Ron Clark Tayshawn Shameika
seorang guru yang pelajar yang pelajar yang
sangat bijak, keras hati, tabah, berani,
pantang menyerah, berani, acuh pemimpin yang
penyayang, bersemangat,
tak acuh
inovatif, kreatif dan sifat keibuan
bersemangat.
Principal Turner Marissa Vega Julio Vazquez
pengetua yang rakan sekerja pelajar yang
mementingkan yang baik, suka mencuri,
diri sendiri, tidak cantik, rajin, suka bertaruh,
bijak. pandai pandai bermain
berlakon. kad
ISU-ISU YANG TERDAPAT DI
DALAM
'MOVIE RON CLARK'
Pelajar tidak menghormati guru

❖ Ron Clark ketika masuk ke kelas pada kali pertamanya, dia melihat keadaan
yang agak ketara seperti mereka begitu acuh tidak acuh dengan Ron Clark
yang berdiri di hadapan kelas. Ketika Ron Clark mula mengajar di kelas
baru,semua pelajar di dalam kelas tersebut membuat pelbagai tindakan dan
ucapan yang kurang adab. Contohnya julio memandang ke arah belakang
semasa Ron Clark bercakap dengannya dan Syameika yang sengaja
menjatuhkan buku untuk provokasi ron clark.

Pelajar tiada disiplin


❖ Kelas yang diajar oleh ron clark tidak mempunyai disiplin dan sikap
yang baik dari awal ron clark mengajar.Contohnya pelajar pergi ke
kantin tidak beratur dan syameika telah memotong barisan ketika
beratur pergi ke kantin.
Tiada motivasi daripada pihak sekolah

❖ Pengetua hanya mementingkan pencapaian sekolah dan tidak menghiraukan


sikap pelajar yang bermasalah. Contohnya,pengetua sekolah memberitahu
kepada Ron Clark perlu mengikuti cara beliau mengurus sekolah.
❖ Contohnya, En. Turner yang merupakan guru besar sekolah dia merasakan
gaya pembelajaran Ron Clark tidak sesuai dan dia berkata kepada Ron Clark
tentang”Sekolah saya, peraturan saya, cara saya”.
❖ Selain itu, En.Turner juga hanya mementingkan gred dan pengijazahan
semua pelajarnya, jadi dia tidak percaya dengan kaedah yang digunakan
oleh Ron Clark.
Pelajar yang mempunyai masalah keluarga
❖ Syameika tidak dapat fokus pada kerja sekolah yang diberikan
oleh Ron Clark kerana sibuk menjaga adik-adiknya yang masih
kecil dirumah sehinggakan pada suatu hari Ron Clark sendiri
yang mengambil alih tugas Syameika untuk membuat kerja
rumah seperti memasak bagi memberi ruang kepada Syameika
untuk menyiapkan kerja sekolah.

❖ Tayshawn selalu disakiti oleh bapa tirinya di rumah membuatkan


Tayshawn menjadi pelajar yang bermasalah selalu bergaduh
dengan rakannya di sekolah.
TEORI DALAM FILEM
“THE RON CLARK”
1.TEORI SKINNER: PELAZIMAN OPERAN
Hukuman Negatif
❏ En. Clark menggunakan konsep Hukuman Negatif dalam Pelaziman Operan (Akpan &
Kennedy, 2020) dengan menahan pelajarannya daripada keluar rehat bagi
mengurangkan kemungkinan pelajar untuk tidak beratur sebelum keluar kelas lagi.
❏ Menerusi Hukuman Negatif, stimulus atau rangsangan yang menyenangkan telah
ditarik (Cherry,2019). Perkara ini telah menyebabkan pelajar tidak merasa senang
kerana sesuatu yang mereka suka dan sering mereka lakukan kini telah ditarik oleh
En.Clark.
❏ Hukuman Negatif ini berjaya membuat pelajar untuk tidak lagi berkelakuan seperti
selalu iaitu keluar kelas dengan tidak teratur. Pelajar akhirnya beratur mengikut
peraturan yang dikenakan oleh En.Clark.
Peneguhan positif
En.Clark juga menggunakan konsep Peneguhan Positif dalam Teori Pelaziman
Operan. Dalam hal ini, En Clark telah menggunakan gula-gula sebagai
peneguhan apabila pelajarnya berjaya menjawab soalan dengan cemerlang. En.
Clark menggunakan gula-gula sebagai hadiah apabila pelajarnya berjaya
menjawab soalan dengan cemerlang. Hal ini sangat berhasil dan membangkitkan
semangat pelajarnya untuk terus belajar dan sekaligus dapat menjaga tingkah
laku masing-masing.
2. Teori Sosiobudaya Vygotsky
Lev Vygotsky (1978), menekankan kepentingan latar belakang budaya kanak-kanak
sebagai usaha ke peringkat perkembangan. Dalam 'The RonClark Story' Mr.Clark
memrapatkan hubungan guru-pelajar profesional dengan pelajarnya melalui penggunaan
memilih dan mengaplikasi strategi pengajaran yang sesuai dan pembelajaran psikologi
pendidikan teori, yang membangunkan secara strategik dan merangsang pembelajaran
pelajar dalam Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) mereka dengan sewajarnya.

Dia menulis lagu rap untuk pelajarnya yang menggabungkan maklumat sejarah tentang
masa lalu Presiden Amerika yang merupakan sebahagian daripada rap budaya remaja pada
era itu. Dia juga belajar menggunakan '–izzle'slang untuk menamakan pelajar yang
merupakan sebahagian daripada rapculture pada tahun 1970. Ini menunjukkan, guru
dikehendaki merancang pembelajaran pelajar dalam ZPD mereka. Lagu itu menunjukkan
pelajarnya bahawa dia mengambil berat tentang mereka dan mempercayai mereka, dengan
meluangkan masa untuk memahami diri mereka, apa yang mereka minati, cara terbaik
mereka belajar dan apa mereka ingin capai.
INTERVENSI YANG TERRDAPAT DALAM FILEM
Interaksi antara pelajar dan guru berlaku di persekitaran bilik darjah yang
kondusif . Persekitaran bilik darjah jenis ini merangsang pembelajaran dan
membuatkan kedua-dua pengajar dan pelajar berasa menarik, yang
akhirnya membawa kepada proses pembelajaran yang berkesan.

Ron Clark menggunakan teknik dan strategi yang berbeza untuk menarik
minat pelajar. Mulakan pelajaran tatabahasa supaya mereka boleh belajar
dengan lebih baik dalam pembelajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris,
pada masa itu, dia meneguk susu coklat setiap 15 saat untuk membuat
mereka kekal fokus kepada pengajarannya
3. TEORI IVAN PAVLOV
● Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan rangsangan dengan gerak
balas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan
pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.
● Seorang Guru perlu tahu bahawa kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dilazimkan atau
dipelajari. Seperti yang terdapat di dalam filem. Mr Clark meletakkan peraturan kepada pelajarnya
iaitu sebelum atau keluar kelas perlu beratur dalam satu barisan tanpa memotong kawan
dihadapan. Apabila loceng berbunyi pada waktu rehat iaitu pukul 10.00 pagi, Mr. Clark menyuruh
pelajarnya beratur sebelum menuju ke kantin, pada awalnya terdapat salah seorang pelajarnya
tidak mengikuti peraturan tersebut dan Mr. Clark menasihati pelajarnya dengan cara yang paling
bermotivasi terhadap pelajarnya itu , perbuatan ini diulang- ulang sehingga apabila loceng
berbunyi (rangsangan) tepat pada jam 10.00 pagi pelajarnya akan terus membuat barisan (tindak
balas) untuk ke kantin tanpa arahan Mr Clark lagi
4. TEORI BANDURA DALAM FILEM
INTERVENSI
❖ Ahli psikologi Albert Bandura telah mendefinisikan efikasi kendiri sebagai
kepercayaan seseorang terhadap keupayaan seseorang untuk berjaya dalam
situasi tertentu atau menyelesaikan sesuatu tugas.

❖ Mr Clark ditawarkan untuk mengajar murid yang agresif dan nakal. Berbagai cara
dilakukan oleh Clark untuk dapat mengambil hati anak muridnya. Dengan
kesabaran yang ditunjukkan oleh Mr Clark anak muridnya yang tidak
menghormati guru, biadap kemudian lama kelamaan muridnya mula memberi
perhatian kepadanya. Sedikit demi sedikit usaha Clark terserlah. Jelas efikasi
kendiri yang ditunjukkan Mr Clark bahawa dia percaya pada dirinya dan tidak
berputus asa dia boleh mengajar dan mendidik kelas tersebut sehingga berjaya.
WATAK YANG MENARIK DALAM RON CLARK

TEORI SKINER:
● Ron Clark minum 15 kotak air susu untuk menarik perhatian muridnya sebagai
permulaan pembelajaran.
Teori Bandura:
● Ron clark dia mendalami sikap pelajarnya dan turut korbankan dirinya untuk masuk
dengan jiwa anak murid, contoh di dalam filem tersebut ialah:
● Ron clark bermain tali skipping dengan pelajarnya pada waktu petang, dengan itu,
muridnya semakin hari semakin suka dengan sikap yang ditonjolkan oleh Ron clark,
walaupun pada awalnya Ron tidak tahu cara untuk bermain, akan tetapi dia telah
membuktikan bahawa setiap kejayaan perlu datangnya dengan usaha gigih.
KESIMPULAN
Peranan guru amat penting bagi menggabungkan pelbagai teori pembelajaran
pendidikan dalam pembelajaran murid kerana ia akan memastikan bahawa
seseorang memenuhi kepelbagaian, meminimumkan isu tingkah laku pelajar
apabila pelajar terlibat dalam pengalaman pembelajaran mereka. Guru mesti
memahami ciri dan keperluan pelajar mereka dan sentiasa dapat memotivasikan
pelajar untuk belajar. Guru mesti bijak memberi peneguhan positif dan negatif
kepada pelajar
RUJUKAN
1. Simbolon, Naeklan, Faktor-faktor yang Mempengaruhi Minat Belajar Peserta Didik,
Elementary School Journal PGSD FIP Unimed, 2014.
2. Sugiyono, Metode Penelitian Kombinasi. Bandung: Alfabeta, 2012.
3. Alma Musyarofah, (2020). Upaya guru mengembangkan minat belajar siswa dalam Filem The
Ron Clark, Pendidikan guru madrasah Ibtidaiyah, Indonesia.
4. Moelong, Lexy J, Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: PT Remaja Rosdakarya, 2006.
5. Internet Movie database. The Ron Clark Story. Retrieved from, https://WWW.imdb.com/title/tt0473389/

Anda mungkin juga menyukai