Anda di halaman 1dari 4

Cerita Film The Ron Clark Story The Ron Clark Story

Watak utama dalam cerita ini adalah Ron Clark, seorang guru yang sangat inovatif, kreatif dan bersemangat. Dia adalah seorang guru yang sangat menginspirasikan pelajar-pelajarnya. Ron Clark atau En. Clark menjadi guru di Snowden Elementary school di Aurora, North California pada tahun 1994. En. Clark menjadi guru di sana selama 4 tahun, dan menjadikan sekolah tersebut sebagai salah satu sekolah dengan nilai kelulusan peperiksaan yang memuaskan. Akhirnya dia memutuskan untuk berpindah ke luar bandar. Sebenarnya keluarga dan guru-guru di sekolah tersebut tidak menginginkan perpindahan En. Clark. Sesampainya En. Clark di New York, beliau segera mencari sekolah awam untuk mengajar di sana. Dalam usahanya menjadi guru di New York, beliau sering gagal dalam temuduga, namun akhirnya dia berjaya untuk mengajar di sekolah barunya iaitu Inner Harlem Elementary School. Beliau diterima di sekolah tersebut ketika ada seorang guru yang keluar dari sekolah tersebut. Selanjutnya beliau diajak En. Turner, Guru Besar Inner Harlem Elementary School untuk mengelilingi sekolah dan menunjukkan kelas yang akan En. Clark mengajar. Sebelum beliau mengajar kelas tersebut, terlebih dahulu beliau mengunjungi rumah dan ibubapa para pelajarnya. Ketika mengunjungi para pelajarnya, beliau bertemu dengan pelbagai masalah dan latar belakang yang sangat berbeza. Ketika En. Clark masuk ke kelasnya untuk kali pertama, beliau melihat keadaan yang begitu tidak terkawal. Mereka bersikap acuh terhadap guru mereka dan tidak menghargai guru mereka. En. Clark mencuba untuk menyesuaikan dirinya dengan suasana dan karenah para pelajarnya yang mendapat label kelas yang tidak diinginkan. Dia seterusnya menerapkan beberapa peraturan dalam kelasnya dan peraturan yang pertama sekali dibuat adalah menjadikan kelas tersebut sebagai sebuah keluarga. En. Clark sangat menekankan peranan mereka sebagai sebuah keluarga yang harus saling membantu, menghargai dan menyayangi.

Ketika awal pengajaran beliau, En. Clark mengalami berbagai macam masalah yang kebanyakan didatangkan oleh para pelajarnya sendiri. Mulai daripada perangai mereka yang tidak menghargai kawan maupun guru mereka sendiri, berkelahi, dan kenakalan-kenakalan lain. Perangai mereka telah membuatkan En. Clark hilang sabar sehingga beliau menterbalikkan meja seorang pelajarnya yang bernama Shemika, Peristiwa tersebut telah membuatkan En. Clark berasa menyesal dan putus asa. Ketika menghadapi keadaan yang sangat menyulitkan dan tidak mendapatkan perhatian dan rasa hormat dari para pelajarnya, En. Clark berasa putus asa dan berniat untuk berhenti mengajar di Inner Harlem Elementary School. Namun, terdapat seorang rakan En. Clark yang bernama Maurice, dia adalah seorang wanita yang dikaguminya. Maurice memberinya semangat agar tetap berjuang dan membuktikan bahawa dirinya mampu mengubah sikap pelajar-pelajarnya. Berkat dorongannya itu, akhirnya En. Clark membatalkan niatnya untuk menyerah kalah dan kembali mengajar di kelasnya keesokan harinya. Selain itu, muncul juga masalah dari En. Turner yang merupakan Guru Besar Inner Harlem Elementary School. En. Turner berasa kurang senang dengan gaya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh En. Clark, bahkan dia telah menegaskan kepada En. Clark bahawa My school, my rule, my way. En. Turner juga hanya berorientasikan kepada nilai dan kelulusan seluruh pelajarnya, sehingga dia kurang percaya dengan kaedah pengajaran yang dilakukan oleh En. Clark dan terus menuntut agar seluruh pelajarnya lulus. Dalam mengajar para pelajarnya, En. Clark menggunakan kaedah-kaedah yang lain daripada yang lain. Dia menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disukai dan dapat membuat pelajarnya berasa selesa dan senang selama proses pembelajaran berlaku. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menarik telah digunakan oleh beliau seperti menggunakan radio kaset, berjalan jalan, bergaya spontan, bahkan beliau tidak malu untuk duduk di atas meja dimana kebiasaanya hal itu adalah hal yang tidak sopan, apatahlagi jika dilakukan oleh seorang guru. Dia mencuba mendalami pelajar-pelajarnya yang memiliki masalah satu persatu kemudian beliau

berusaha menanganinya. Beliau rela mengorbankan waktu dan wangnya sendiri untuk membantu pelajar-pelajarnya agar dapat belajar dan menjadi lebih baik lagi. En. Clark adalah seorang guru yang dapat melihat potensi-potensi kecerdasan dan bakat yang dimiliki oleh pelajar-pelajarnya dengan baik. Bahkan kini beliau dapat membuat pelajar-pelajarnya mulai untuk menyukai beliau. En. Clark bekerja keras untuk membuat pelajar-pelajarnya dapat belajar Dengan baik. Dia meluangkan waktunya untuk memberikan kelas tambahan kepada pelajarnya secara individu dan percuma. Bahkan sehingga dia tidak menghiraukan keadaan kesihatannya. Ketika masa tinggal beberapa minggu sebelum peperiksaan besar dilakukan, berbagai macam usaha dan kerja keras telah dilakukan En. Clark, fikirannya semakin mendapatkan tekanan hebat dan tenaganya berkurangan, hingga membuat badannya dalam keadaan yang kurang sihat. Ketika beliau terpaksa dirawat di Hospital, beliau masih nekad mengajar sehingga beliau jatuh pengsan ketika mengajar di hadapan kelas. Ketika seorang guru dirawat di hospital, sudah tentu proses pembelajaran di kelasnya pun akan terhenti. Namun tidak demikian pada kelas En. Clark, dia tetap mengajar pelajar-pelajarnya dengan menggunakan rakaman video dari Hospital. Dibantu oleh Maurice, En. Clark membuat video pengajaran untuk digunakan kepada pelajar-pelajarnya di dalam kelas. Sungguh seorang guru yang luar biasa. Seminggu sebelum Peperiksaan Awam En. Clark sudah masuk kembali ke kelasnya. Beliau hanya sekadar mengulang dan memberikan penguatan-penguatan kepada pelajar-pelajarnya. Kelas En. Clark kini menjadi sebuah kelas yang sangat berbeza dengan keadaan awal, rasa kekeluargaan yang terbina kini menjadi semakin erat. Ketika hari pelaksanaan Peperiksaan Awam En. Clark berasa cemas dan khuatir memikirkan keadaan pelajarnya. Ketika ujian berakhir, terpancar ekspresi lega dari raut wajah En. Clark. Seterusnya , En. Clark mengajak seluruh pelajarnya ke pementasan Phantom Of De Opera, sebagai hadiah dan sekaligus menenangkan fikiran setelah mengerjakan Peperiksaan Awam. Saat para siswa mendapat tiketnya, terlihat mereka begitu senang dan bersemangat.

Malam menjelang ketika pementasan bermula, dan sebelum memasuki ruang pentas, En. Clark menghitung jumlah muridnya dan ternyata ada salah seorang muridnya yang tidak ada, Tishawn, seorang muridnya yang sangat berbakat dalam bidang seni lukis. Selepas itu, beliau mencari Tishawn di rumahnya, namun En. Clark tidak berjumpa dengannya. Kemudian, beliau mencari ke sebuah tempat dimana Tishawn biasa berada. Dan dia berjumpa dengan Tishawn yang dianiaya oleh bapa angkatnya. Hal ini menyebabkan dia diajak oleh En. Clark tinggal sementara di rumah En. Turner. Ketika keputusan Peperiksaan awal telah diperoleh, pada hari itu En. Clark telah mengundang waris kepada semua pelajar untuk menyaksikan pengumuman keputusan dari putra-putri mereka. Di tengah-tengah majlis itu, En. Turner tiba-tiba masuk dan memberikan sijil keputusan.Di antara Isi daripada keputusan tersebut adalah nilai daripada salah satu pelajarnya mendapat keputusan tertingggi dalam Peperiksaan Awam, bahkan keputusan rata-rata kelas itu adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan keputusan rata-rata kelas yang diberi perhatian. Dalam kesempatan tersebut Shemica, sebagai wakil daripada rakan-rakannya mengatakan En. Clark, terima kasih kerana selalu berada disisi kami, Encik telah memberikan kami inspirasi. En. Clark bukanlah sekadar guru dalam pengertian tradisional, ia memandang profesinya sebagai sebuah panggilan hidup. Pada akhirnya siswa siswa Mr. Clark melanjutkan ke beberapa sekolah sekolah lanjutan terbaik di Kota New York.

Anda mungkin juga menyukai