Anda di halaman 1dari 3

( TAKSONOMI BLOOM )

Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi
ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom ini. Elemen elemen
tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah
dan pemikiran aras tinggi. Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek
taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi
Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras
ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau
pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini
iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk
perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran,
pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan
masalah. Dan aras yang ketiga adalan pengetahuan tentang perkara yang bersifat
sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila
dan beri. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan
proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,
prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid
memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga
iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menterjemah bahasa lain ke
bahasa lain tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi
iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri.
Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat inferens tentang apa yang akan
berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi
aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti
kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk
yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti
jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid
benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah.
Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan
aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan
bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk
memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian
antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur
unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu
memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk
menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat
perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid
perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras
analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan
pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan
melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk
menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini
penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba
menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya
kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah
fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan
yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan
kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori,
hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.
Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat
membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai
sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat
pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea
atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan,
memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid
perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu
tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah
memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada
dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,
menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan
kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh
seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian
bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai
kebudayaan tertentu.

Anda mungkin juga menyukai