Anda di halaman 1dari 2

Setelah mengikuti kuliah topik Asas Fotografi, anda diminta menjawab soalan-soalan di bawah dan hantar jawapan anda

1. Kelajuan shutter merujuk kepada


kelajuan shutter (shutter speed) adalah masa yang diambil atau berapa lama aperture terbuka dan terdedah kepada cahaya ketika merakamkan sesuati imej. Kelajuan shutter dilihat seperti 1/30, 1/1500 di dalam tetapan DSLR. Kelajuan ini dikira dalam unit saat. Kelajuan shutter bergantung kepada keadaan cahaya. Jika cahaya kurang, maka kelajuan shutter perlu lebih perlahan untuk mengumpul cahaya. kelajuan shutter mempengaruhi gambar yang diambil dari segi dedahan cahaya dan juga masalah blurry. Kelajuan shutter juga bergantung kepada pergerakan subjek. Shutter yang laju seperti 1/1000 akan menghentikan subjek yang bergerak sebagai contoh gambar sukan yang menggukan banyak gerakan. Kelajuan shutter yang rendah pula merakan pergerakan subjek dengan samar.Ketika menggunakan kelajuan shutter yang perlahan, seperti 1/5, tripod di perlukan bg mengurangkan kesan samar (blur). Jika tidak menggunakan tripod, minimum bg kelajuan shutter biasanya adalah dari 1/50 hingga 1/100. namun ia juga bergantung kepada teknik dan kekuatan tangan anda. Anda perlu rajin mencuba kelajuan shutter yang berbeza untuk mendapatkan gambar yang baik bg sesuatu keadaan.

2. Aperture adalah tetingkap yang membenarkan ..


cahaya masuk ke dalam kamera. semakin kecil lubang itu semakin sedikit cahaya masuk. aperture diwakili dengan simbol f pada kamera. semakin besar no f semakin kecil saiz aperture. sebagai contoh f4 lebih besar dari f8. (hanya terbalik sahaja). Kegunaan lain aperture adalah mengawal Depth Of Field atau DOF.

3. ISO adalah penting untuk menentukan tahap .. iso pula merupakan sensitiviti sensor terhadap cahaya. semakin besar nilai ISO semakin terang gambar. ISO yang besar berguna untuk kawasan yang gelap yang mempunyai cahaya yang kurang seperti dalam rumah, bilik dan sebagainya.. namun penggunaan ISO yg tinggi akan menyebabkan gambar menjadi berbintik2 yang dinamakan noise.

gambar di atas kita boleh lihat dengan jelas dengan menggunakan iso yang tinggi gambar akan menjadi terang.. tetapi akibatnya gambar lebih berbintik bintik berbanding menggunakan iso yang rendah seperti gambar di kanan.. tetap kebanyakan kamera yang mahal yang mana walaupun iso yang tinggi digunakan namun gambar masih sharp dan kurang noise.. secara keseluruhan iso yg tinggi membantu dalam fotografi yang mempunyai cahaya yang kurang..

3.

4. Jelaskan Istilah Depth of Field dalam teknik penggambaran dan jelaskan juga tiga teknik penggambaran yang telah anda pelajari.
"Depth of Field" atau DOF merupakan tahap kekaburan bagi latar belakang dengan subjek utama.semakin dalam atau deep tahap dof semakin kabur.. ini dikawal oleh saiz aperture. semakin besar aperture( no f kecil) semakin dalam (deep) dof. gambar kiri menunjukkan tahap kekaburan yang deep kerana menggunakan f1.8 dan apabila menggunakan f8 kita dapati subjek utama dan latar belakang semuanya sharp disebabkan dof yang cetek atau shallow. senang cerita jika kita nak semua subjek dalam gambar kita sharp maka kita gunakan f yang besar dan begitu la sebaliknya jika kita nak fokus pada subjek kita dan latarbelakang gambar menjadi kabur maka kita guna f yang kecil.

Anda mungkin juga menyukai