Anda di halaman 1dari 86

Pengenalan

 Apa itu DSLR?


Exposure
 Untuk memahirkan diri tentang exposure atau
dedahan, anda perlu mengenal 3 perkara utama dalam
kamera iaitu APERTURE, SHUTTER SPEED dan ISO.
 Dedahan adalah jumlah cahaya yang diterima oleh
filem atau sensor di dalam kamera dan di kawal oleh
lens diaphragm atau bukaan (aperture).
 Dedahan di kawal dengan mengawal bukaan
(aperture), berapa lama ia di buka iaitu tempoh
dedahan (kelajuan shutter), dan kawalan ISO.
Shutter Speed
 Kelajuan shutter boleh dikatakan sebagai setting
utama dedahan kerana membuka shutter dengan 2
kali lebih lama akan memberikan cahaya yang lebih
banyak iaitu dalam 1 julat (1 stop). Kelajuan shutter
yang tinggi seperti 1/1000 akan membuatkan subjek
yang bergerak laju akan kelihatan statik dalam
gambar. Kelajuan yang rendah seperti 1/10 pula akan
merakam pergerakan objek dengan kesan pergerakan.
 Kelajuan shutter merujuk kepada tempoh berapa lama
tirai aperture dibuka. Biasanya di kenali sebagai 1/60,
1/200. Tempoh ini di kira dalam unit saat. Shutter yang
di buka dengan lama akan membenarkan lebih banyak
cahaya masuk. Kelajuan shutter akan mempengaruhi
gambar yang kita ambil dari segi dedahan cahaya dan
juga masalah kabur.
 Shutter yang perlahan, contohnya 1/15 mungkin akan
menyebabkan gambar kabur kerana tangan yang
bergoyang. Untuk mengambil gambar static, shutter
1/50 -1/100 biasanya adalah minimum yang di perlukan
sekiranya kita memegang kameramenggunakan
tangan. Bagaimanapun ini tertakluk kepada teknik
dan kekuatan tangan jurugambar.
Ada kalanya shutter speed perlahan sengaja di
gunakan untuk merakam gambar pergerakan.
Walaupun kelajuan shutter pada 1/200s, masih Teknik Panning Dengan Shutter
belum cukup untuk menghentikan pergerakkan Speed yang agak laju memberikan
subjek ketajaman pada keseluruhan subjek.

Teknik Panning dengan Shutter speed yang Tanpa panning, subjek static kelihatan sharp
agak perlahan menampakkan blur pada dan subjek bergerak kelihatan kabur.
sesetengah tubuh subjek Dengan panning kesan yang dicapai adalah
sebaliknya.
Aperture
 Merujuk kepada BUKAAN
 Lebih BESAR aperture, lebih banyak cahaya masuk ke
dalam kamera
 Lebih BESAR aperture, MASA yang diperlukan untuk
CAHAYA masuk kedalam kamera akan BERKURANGAN
 Lebih KECIL aperture, MASA yang diperlukan untuk
CAHAYA masuk kedalam kamera akan menjadi LEBIH
LAMA
 Lebih BESAR aperture, Depth-Of-Field akan menjadi lebih
NIPIS
 Lebih KECIL aperture, Depth-Of-Field akan menjadi lebih
TEBAL
 Bukaan (aperture) adalah pintu yang membenarkan
cahaya masuk dan jatuh ke atas sensor kamera digital.
 Bukaan yang terbuka lebih besar akan membenarkan
cahaya masuk lebih banyak. Pintu yang terbuka kecil,
memerlukan dedahan yang lebih lama.
 Saiz bukaan (aperture) akan mempengaruhi
bagaimana bentuk focus kepada subject utama.
Sebagai contoh, dengan menggunakan saiz f2, subject
akan menjadi lebih tajam dan latarbelakang akan
menjadi sangat sama. Bokeh merujuk kepada kualiti
kekaburan yang terhasil. Ini dipanggil sebagai Depth
Of Field.
 Terdapat cadangan saiz bukaan (aperture) f2.8 ke f8
sesuai digunakan untuk portrait. Saiz 8 dan ke atas
sesuai untuk landscape. Bagaimanapun ini cuma satu
cadangan bukan kemestian. Ada jurufoto yang
memilih untuk menggunakan bukaan (aperture) f11
untuk mengambil gambar portrait. Sebenarnya
terdapat berbagai jenis penyebab seseorang
jurugambar memilih untuk menggunakan sesuatu
aperture dan pemilihan ini adalah berdasarkan
pengalaman dan kemahuan kreativiti seseorang
jurugambar tersebut.
Bukaan (aperture) juga dikenali sebagai f-number.
 Pemilihan bukaan (Aperture) untuk mengawal Depth of Field
Selain dari mengawal kemasukan cahaya, faktor terpenting
jurugambar memilih sesuatu aperture yang digunakan adalah untuk
mengawal Depth of field.
Pemilihan bukaan (aperture) mengikut ketajaman optimum
Kadangkala, apabila sumber cahaya tidak menjadi masalah,
jurugambar boleh memilih bukaan bukaan (aperture) mengikut
ketajaman optimum lensa mereka.
Kebanyakan pakar optik mencadangkan bagi kebanyakkan lens,
bukaan (aperture) yang optimum adalah 2 stop dari bukaan (aperture)
terluas.
 Sebagai contoh:
Untuk lens 50mm f1.8, bukaan (aperture) yang mempunyai ketajaman
optimum adalah pada f3.5 atau f4.
Untuk lens 70-200 f2.8, bukaan (aperture) yang mempunyai ketajaman
optimum adalah f5.6. Bagaimanapun kualiti optic lensa 70-200 f2.8
adalah sangat baik sehingga pada bukaan f2.8 sekalipun, anda kurang
dapat melihat perbezaan kualiti optic pada lensa ini pada pelbagai
bukaan (aperture).
Saiz aperture dan kiraan f-stop

 Dari f/16 ke f11, bermakna SEKALI GANDA cahaya masuk kedalam kamera.
 Dipanggil +1 stop
 Berikut adaah turutan f-stop
 1.0, 1.4, 2.0, 2.8, 4.0, 5.6, 8.0, 11, 16,22, 32
ISO
 ISO menentukan berapa sensitif sensor kamera kepada
cahaya. ISO200 adalah 2 kali lebih sensitif dari ISO100.
Kita memilih ISO berdasarkan berapa banyak cahaya yang
ada disekeliling kita. Pemilihan ISO yang rendah akan
menyebabkan sensor kurang peka kepada cahaya dan kita
akan memerlukan bukaan (aperture) yang lebih besar atau
kelajuan shutter yang lebih lama.
 Sebagai contoh, sekiranya dalam suatu suasana, dedahan
nya adalah, ISO800, f4 dan 1/60. Apabila anda
mengurangkan ISO kepada ISO400, anda juga perlu
mengubah salah satu daripada aperture atau kelajuan
shutter. Sekiranya anda menukar kelajuan shutter kepada
1/30, anda mungkin akan menghadapi risiko gambar blur.
DIGITAL NOISE
 ISO (hampir) tidak memberikan kesan kepada kualiti
gambar, hanya jika ISO terlalu tinggi, bergantung
kepada jenis kamera, akan menyebabkan gambar
banyak digital noise dan mungkin kehilangan details.
Sebagai asas, anda perlu mengambil gambar
menggunakan ISO yang terendah yang memberikan
kelajuan shutter dan ketajaman (dof) yang anda
perlukan. Sekiranya anda perlukan lebih ketajaman
(dof) tetapi tidak mahu mengurangkan kelajuan
shutter, maka anda perlu menaikkan ISO dan
mengurangkan bukaan (aperture).
 Sekiranya gambar anda dirosakkan oleh masalah blur kerana
kelajuan shutter yang rendah, anda perlu menaikkan sensitivity
walaupun akan menyebabkan digital noise. Ini kerana gambar
yang mempunyai noise yang tinggi tetap boleh difahami oleh
mata berbanding gambar yang terlalu blur.
Digital noise terhasil kerana aktiviti rakaman didalam gambar.
Sensor cip yang lebih kecil biasanya menghasilkan kepanasan
yang tinggi terutamanya untuk gambar yang mempunyai
kawasan gelap. Kepanasan ini akan menggangu sel yang
menghasilkan pixel dan menghasil bintik-bintik yang dipanggil
digital noise. Semakin besar sensor biasanya mempunyai jarak
yang lebih jauh antara sel dan ini mengurangkan gangguan
digital noise. Kamera yang menggunakan sensor full frame yang
besar seperti D3 dan Canon 1Ds kurang menghasilkan digital
noise.
Gambar yang mempunyai noise yang tinggi boleh dikurangkan
dengan menggunakan photoshop plugin seperti noiseninja atau
nik dfine.
Depth-Of-Field (DOF)
 Depth of Field (DOF) merupakan salah satu aspek
yang agak penting dalam fotografi.
 DOF merupakan suatu dari sedikit aspek fotografi
yang menggunakan pengiraan matematik. DOF bukan
fokus, tapi DOF adalah sebuah ruangan, ruangan
dimana semua objek di dalam ruang tersebut akan
terlihat fokus
 Apa itu DOF?
 Penjelasan ringkasnya adalah sebuah area/bahagian
pada sebuah foto yang terlihat fokus.
 DOF ada dua:-
 DOF luas
 DOF sempit (atau bokeh).
DOF Luas
 Sebuah foto dikatakan memiliki DOF luas apabila
semua bahagian/elemen dalam gambar itu memiliki
ketajaman yang sama.

Gambar ini nampak


tajam disemua
bahagian, dari
foreground hingga ke
background.
DOF Sempit
 DOF sempit adalah membuat beberapa elemen foto
terlihat menonjol dibandingkan yang lainnya.
 DOF dipengaruhi oleh tiga faktor utama:
 Bukaan diafragma (aperture)
 Panjang fokus lensa yang digunakan
 Jarak fokus utama dari kamera
 Bukaan Diafragma

 Aperture atau bukaan adalah ukuran pembukaan diafragma


yang mengawal banyaknya cahaya yang masuk ke dalam
kamera. Biasanya dilambangkan dengan huruf f.
 Angka bukaan aperture ini umumnya merupakan urutan 1;
1.2; 1.4; 2; 2.8; 4; 5.6; 8; 11; 16, dan seterusnya. Angka bukaan
yang besar akan menyebabkan ruang ketajaman berkurang.
Sebaliknya angka bukaan yang kecil akan menyebabkan
ruang ketajaman bertambah.
 Nilai bukaan merupakan perbandingan antara jarak fokus
lensa dengan diameter lubang diafragma, yang biasanya
dituliskan dengan format f/(nilai bukaan). Sebagai contoh,
lensa 100mm, pada pengaturan bukaan 4 (f/4), membawa erti
bahawa diafragma pada lensa tersebut sedang terbuka dengan
diameter 25mm.
 Focal Length

 Focal length atau jarak fokus adalah ukuran jarak antara


elemen lensa dengan permukaan filem (atau sensor
digital) pada kamera.
 Lensa dengan panjang fokal besar akan memberikan
sudut pandang yang sempit sehingga sebuah objek pada
jarak jauh akan nampak menjadi lebih besar di dalam
foto. Sebaliknya lensa dengan panjang fokus kecil
memberikan sudut pandang tangkap lebih luas.
 Jarak fokus utama dari kamera

 Pada contoh ini katakan saya hendak mengambil gambar 3 orang dengan nama Depan
(d), Tengah (t), dan Belakang (b) sementara k adalah kamera.
 Katakan hendak mengambil gambar si Tengah.

 1. DOF pendek
(bukaan besar = f/ angka kecil)
k_____________d________t________b
____________________| dof |

 maka, hasil yang akan kita dapat adalah, si Tengah akan fokus. si Depan dan Belakang
akan nampak blur. Ini terhasil kerana kita mengggunakan bukaan besar, maka DOF-nya
pendek. sehingga, si Depan dan si Belakang tidak masuk dalam ruang fokus.

 2. DOF panjang
(bukaan kecil = f/ angka besar)
k______________d________t________b
______________|- dof -|

 maka hasil yang akan kita dapat adalah, si Tengah, si Depan dan si Belakang akan
fokus (tajam). Semua orang di dalam foto akan terlihat tajam.

 Jika si Belakang mundur ke belakang lagi atau si Depan maju ke depan lagi, maka dia
akan keluar dari ruang DOF dan dengan demikian, si Belakang dan si Depan akan
kelihatan blur.
 DOF adalah kawasan yang tajam didalam gambar.
 Untuk meminimumkan Depth Of Field
 1. Menggunakan Aperture yang luas.
 2. Menggunakan Focal length yang lebih panjang pada
lens
 3. Rapatkan lens anda kepada subjek
 Anda juga boleh menambahkan jarak antara latar
dengan subjek untuk menambahkan kesan DOF.
 Untuk memaksimumkan Depth Of Field
 1. Gunakan Aperture yang kecil
 2. Guna focal length yang pendek
 3. Jarakkan antara lens dengan subjek
BOKEH
 Bokeh adalah bertentangan dengan sharp, tetapi
bokeh itu sendiri merujuk kepada rupabentuk dan
ciri-ciri kekaburan sesuatu kawasan yang out of focus
itu.
Bokeh yang paling ideal, kemas dan
"creamy" pada 200mm, f8. Walaupun
pada f8, tetapi kerana lens cukup dengan
dengan subjek, cukup tele, dan
background jauh dari subjek, boleh
kelihatan sangat smooth.
Bokeh dari 200mm f2.8
Bokeh dari 50mm f1.4
KOMPOSISI
 Setelah memahirkan diri dalam proses rakaman yang
asas iaitu mendapatkan exposure yang baik dan tepat,
anda perlu mempelajari lebih lanjut tentang
kompososi.
 Komposisi adalah susun atur elemen-elemen yang ada
dalam gambar. Dalam membina sesebuah komposisi,
harus ada ketelitian dalam pengamatan dan perlu ada
strategi dalam susun atur elemen-elemen supaya
sesebuah imej itu berhasil dan efektif.
 Garisan adalah jalan antara dua titik.
 Garisan boleh jadi lurus, bengkok, menegak, menyendeng dan
sebagainya.
 Garisan horizontal menggambarkan tranquility dan kelihatan
senang.
 Garisan vertikal menggambarkan kekuatan dalam komposisi.
 Garisan menyendeng beri impak pergerakan, aksi dan
perubahan.
 Garisan berliku beri impak sensual, senyap dan tenang.
 Garisan yang mengecil akan berikan impak kejauhan,
kedalaman, saiz dan jarak.
 Garisan adalah elemen rekaan yang efektif kerana ia memandu
mata penonton ke dalam imej.
 Untuk membina gambar yang efektif, anda harus mencari
garisan dan menggunakan di dalam imej anda supaya
menghasilkan kesan yang tertentu.
Memilih Paras Horizon

Split 50-50, komposisi yang lemah


Split 1/3, 2/3, Komposisi lebih kuat.
 Antara kelemahan ramai jurufoto baru dan lama ialah
memilih untuk membahagikan paras horizon pada
pertengahan bingkai. Teknik ini bukanlah salah tetapi
ada cara yang lebih baik untuk memilih paras horizon.
Sekiranya anda mahu foreground dominan dalam
gambar, pastikan foreground mendominasi 2/3 dari
frame, atau sekiranya anda ingin langit terserlah,
pastikan langit mendominasi 2/3 frame.
Panduan Sepertiga (Rules-of-Third)
 Secara mudahnya, sekiranya anda merakam gambar ibu-bapa dengan
berlatarbelakangkan langit biru, anda perlu membuat keputusan
dimanakah wajarnya diletakkan ibu bapa anda di dalam gambar, ke
kirikah atau kekanankah? keatas atau kebawah? adakah anda perlukan
langit yang luas atau perlu penuhkan frame dengan ibu bapa anda dan
langit sedikit sahaja?
 Keputusan yang anda buat itu adalah keputusan susun atur di dalam
gambar. Ataupun teknik komposisi.
 Tiada satu keputusan komposisi yang boleh dikatakan salah dalam
proses rakaman gambar. Yang ada cumalah komposisi yang menawan
atau tidak.
 Salah satu teknik mudah untuk anda memperbaiki komposisi didalam
gambar ialah dengan mengelakkan dari meletak titik fokal dari di
tengah bingkai. Dan dengan menggunakan panduan sepertiga atau
rule of thirds, ianya lebih mudah lagi.
 Apa yang perlu anda buat ialah dengan membahagikan bingkai gambar
anda secara visual kepada 9 kotak yang sama besar. Dan kemudian
letakkan titik fokal atau subjek utama anda pada titik persilangan
tersebut.
Teknik Pencahayaan
 Apabila kita berkerja dengan lanskap, cuaca
mempengaruhi hasil gambar kita. Kadangkala kita
hanya perlu menunggu masa yang sesuai untuk
mendapatkan cahaya yang paling menarik.
 Sebagai contoh, dalam gambar dibawah, perbezaan
hanya 30 min memberikan makna yang besar dalam
gambar. Pemahaman kepada cuaca dan bagaimana
rupa landskap di kawasan anda mempengaruhi hasil
yang aakan anda berikan.
Cahaya pada jam 6.50ptg pada jam 7.30 malam Cahaya Twilight
Rakam bayi anda di rumah
seperti di studio foto!
 Anda tidak perlu lagi melabur ribuan ringgit untuk
membeli lampu studio sebaliknya dengan flash kecil
anda, anda boleh menghasilkan gambar yang baik.
 Hanya dengan menambah beberapa aksesori, anda
boleh mendapatkan gambar setanding hasil studio
fotografi.
 Ada pelbagai cara untuk mendapatkan hasil seperti
ini, anda boleh menggunakan NIKON CLS, CANON
STE2, Phottix tetra, atau Flash yang mempunyai
optical slave trigger seperti YN460. Anda juga
memerlukan payung penyerak, pemegang payung dan
flash, serta tiangnya.
Behind the scene
 Untuk mendapatkan cahaya lembut, anda boleh
menggunakan beberapa kaedah. Antara kaedahnya ialah :
 1. Gunakan softbox atau payung
 2. Gunakan tingkap yang besar dan tidak mengenai cahaya
matahari secara terus
 3. Bounce flash pada dinding putih
 4. Bounce pada reflector
 Semakin besar sebuah sumber cahaya, semakin lembut
cahaya yang terhasil dan mengenai subjek potret anda.
Sumber cahaya yang besar akan mengurangkan bayang
bayang, mengurangkan contrast dan menghilangkan
tekture, seperti jerawat atau parut.
 Sumber yang besar akan menyebabkan cahaya menyinari
subjek dari arah yang lebih luas, mengurangkan bayang-
bayang dan memberikan kesan yang lebih rata pada wajah.
Teknik Asas menggunakan Flash
 Flash unit yang juga dikenali sebagai speedlite, merupakan sumber cahaya
artificial yang sangat berguna untuk jurugambar. Flash unit yang ada terbina
pada badan kamera tidak dapat memberikan hasil cahaya yang lembut kerana
tidak boleh bounce.
 1. Asas penggunaan flash adalah untuk mengisi ruang gelap pada sesuatu
subjek akibat ketiadaan cahaya. Konsep ini dipanggil fill in flash.
 2. Fill in selalu kita gunakan apabila matahari terik dan mengurangkan
masalah mata subjek berada dalam gelap.
 3. Anda boleh menggunakan direct flash untuk fill in. Penggunaan diffuser
boleh membantu. Mode TTL BL adalah mod paling mudah untuk
mendapatkan cahaya flash yang sekata dengan cahaya
ambience. Bagaimanapun berhati-hati dengan mode Aperture priority
kerana aperture yang terlalu besar seperti f2.8 atau f4 akan menyebabkan
metering terpaksa menggunakan shutter speed yang lebih laju dari flash
sync speed (kebiasaannya 1/250s) , Shutter speed yang lebih laju akan
menyebabkan cahaya flash tidak memberi kesan ataupun hanya kelihatan
separuh.
 4. Flash juga boleh digunakan untuk memberikan catch light pada mata.
Gunakan kad pemantul putih untuk kesan yang lebih baik.
 5. Apabila berada di dalam rumah atau indoor, kita mempunyai peluang untuk
melembutkan cahaya dengan memantulkan cahaya pada dinding atau syiling
rumah yang berwarna putih atau cerah. Permukaan siling/dinding yang
berwarna akan menyebabkan color cast pada subjek.
 Berikut adalah contoh penggunaan flash direct,
bounce 45 darjah dan bounce ke belakang.

Flash - Direct
FLASH DIRECT.
Flash direct akan memberikan warna yang paling cerah dan detail yang paling
lengkap, bagaimanapun cahaya yang diberikan adalah agak berkilauan dan bayang-
bayang yang dihasilkan adalah amat nyata dan keras (harsh).
Flash - Bounce 45 darjah
Flash Bounce 45 darjah
Flash bounce pada 45 darjah akan melembutkan cahaya melalui penyerakan
pantulan menggunakan siling. Bagaimanapun masih ada sedikit bayang bayang
kelihatan walaupun telah kelihatan lebih lembut.
Flash - Bounce ke sebelah/belakang
Flash Bounce Ke belakang / Sisi
Flash yang di pantul ke belakang, memberikan peluang cahaya berserak ke semua
permukaan dalam bilik dan semakin luas permukaan pantulan. Bayang-bayang juga
hampir tiada, hampir menyamai kesan mengambil gambar dengan menggunakan
cahaya persekitaran (ambience light) saja.
Direct flash
Bounce 90 darjah
NIKON CLS
 1. CLS adalah singkatan dari Creative Lighting System.
 2. Sistem ini merupakan teknologi meliputi
pengendalian dan kawalan unit-unit flash nikon.
 3. Salah satu ciri-ciri teknologi ini ialah anda boleh
mengawal unit Flash anda secara tanpa wayar.
 4. Peralatan yang menyokong CLS, terdiri dari Kamera
nikon DSLR seperti D70s, D80, D90, D200, D300, D300s,
D700, SB600, Sb800, Sb900, Sb400, SU800 dan banyak lagi
 5. Dalam CLS, anda boleh trigger flash slave (hamba)
memancarkan cahaya dengan menggunakan Master
Commander.
 Dalam contoh ini saya akan menunjukkan teknik
paling mudah CLS.
 1. setkan Flash Popup pada Kamera D300 kepada
Commander Mode.
 2. Sebuah Flash SB900 akan dijadikan SLAVE.
 3. Flash tersebut akan dipancarkan kepada subjek dari
sisi.
SB900 sebagai remote slave, dipancarkan dari sisi subjek.

Untuk setting pada D300, anda perlu memilih Pop Up


flash menu dan menukar dari TTL kepada commander.
Paparan Menu Commander (pada d90)
Anda perlu memastikan anda memilih 1 channel,
sebagai contoh pada setting saya, saya memilih
Channel 1, Group A
Remote setting pada SB900
Pada SB900 juga saya memilih Channel 1, Group A.
Dan pastikan sensor Infrared pada flash, sentiasa menghadap pada popup
flash. Kalau tidak sb900 takkan di trigger. Atas sebab ini ramai jurufoto
memilih untuk menggunakan Pocket Wizard atau phottix tetra untuk trigger
slave/remote flash.
Asas Pencahayaan Untuk Portrait
 Dalam potret, satu sumber cahaya sudah pun
memadai untuk mendapatkan potret yang
baik.Panduan untuk menetapkan dimana harus
diletakkan lampu ialah, secara asasnya kita harus
letakkan lampu pada satu sudut kepada wajah subjek
supaya kita akan memperolehi kecerahan pada satu
sisi dan bayang-bayang pada satu lagi sisi.
 Bayang-bayang tersebut penting untuk menunjukkan
sifat dan rupabentuk wajah.
Asas Pencahayaan untuk Portrait
(Outdoor)
 Gunakan Gold Reflector
 Salah satu cara untuk menambahkan impak potret
adalah dengan menggunakan pencahayaan sisi dan
warna suam.
Gambar mood suam dengan cahaya dari
dwi-sisi

Di dalam gambar dibawah, saya


menggunakan Cahaya lembut matahari
untuk menyinari sebelah sisi kanan wajah
subjek, dan menggunakan Reflector emas
untuk menyinari sisi sebelah kiri subjek.
Pencahayaan sisi akan memberikan impak
dimana ia akan menyerlahkan sifat
subjek.Pencahayaan sisi diatas lebih kepada
untuk menyerlahkan rambut subjek dan
memberikan mood suam pada subjek.
Penggunaan relfector gold memberikan
cahaya emas yang setara dengan cahaya asal
dari matahari pada ufuk.

Sila rujuk gambarrajah untuk penggunaan


relfector tersebut.
Setup
Fill in Flash
 Salah satu teknik untuk mendapatkan portrait yang
lebih jelas sewaktu diluar adalah dengan
menggunakan teknik fill in flash. Dengan teknik ini,
anda menggunakan flash untuk menaikkan kecerahan
dalam bahagian yang gelap.
Shooting Outdoor Tanpa Flash Fill In Flash (TTL Bal)
Tips :
 1. Pastikan subjek membelakangi cahaya matahari supaya
a. mata tidak mengecil dan dahi subjek tidak berkerut
b. anda mendapat sedikit rim light
 2. Gunakan shutter speed tidak akan melebihi kelajuan flash
sync speed pada kamera anda. Paling selamat ialah 1/200s.
 3. Pastikan flash anda mempunyai kekuatan batteri yang cukup.
 4. Pastikan Aperture anda tidak melebihi f16 kerana biasanya
kuasa flash tidak dapat melebihi dari f16 (kecuali ISO
ditinggikan)
 5. Penggunaan stofen atau diffuser dome dengan disengetkan
pada 45 darjah akan membuatkan anda kehilangan -2 stop
cahaya. Diffuser dome lebih baik digunakan dalam ruang yang
kecil dan mampu memantulkan cahaya seperti dalam bilik.
 6. Gunakan light modifier seperti payung, reflector atau softbox
untuk sekiranya anda perlu mendapatkan cahaya yang lembut
untuk portrait.

Setting yang selamat :


 Program mode, shutter 1/200s
Flash : TTL BL, direct
Light Modifier Diffuser Dome
 Untuk memahami sesuatu sifat diffuser, kita perlu
memahami sifat cahaya yang dikeluarkan oleh flash.
 Flash merupakan unit lampu yang memancarkan
cahaya secara tegak. berikut adalah rupa pancaran dari
direct flash atau guna diffuser dome. Perbezaan adalah
sedikit sahaja.
Direct Flash

Direct Flash with


Diffuser Dome
 FAKTA :
 Pengunaan diffuser cuma akan meluaskan lebar / luas pancaran dari
flash.
 Diffuser secara direct masih akan menyebabkan cahaya yang rata,
tegak dan tidak menarik.
 Diffuser lebih sesuai digunakan indoor, secara bounce kerana
bounce akan melembutkan cahaya, dan Diffuser akan
memancarkan fill flash kepada subjek.
 Kesan dari Diffuser adalah sama seperti wide angle diffuser panel yang
memang ada pada flash.
 Diffuser tidak sesuai digunakan Outdoor dengan kaedah bounce
dengan sebarangan. Anda cuma akan menghabiskan batteri
flash dan membuang sumber cahaya yang berharga.
 Sesetengah jurufoto mungkin akan menggunakan flash secara outdoor
dengan kaedah bounce tanpa syiling, tetapi dengan teknik lain yang
dipanggil light feathering. Dengan menggunakan sisi cahaya yang
terpancar, subjek akan disinari oleh sumber cahaya yang lembut dan
kurang kekuatannya.
Mengapa gambar saya gelap
walaupun memakai flash?
 Pernahkah anda mengalami masalah gambar
underexpose walaupun menggunakan flash? dan flash
anda sentiasa berbunyi beep beep beep dan nilai
flash exposure menunjukkan negatif?

f16, 1/60 @ ISO400. Flash Mode : TTL


Sebagai contoh dalam gambar diatas, saya sengaja memilih f16 untuk
memberikan Nikon Speedlite SB600 berkerja keras untuk mengeluarkan
limpahan cahaya yang lebih. Hasilnya adalah gambar yang underexpose
dengan FLash Exposure menunjukkan nilai -1.7.
Apakah maksud nilai -1.7 ini?
Maksud nilai ini ialah anda kekurangan cahaya sebanyak 1.7 stop, iaitu
hampir sebanyak 2 stop. Ini juga bermaksud kuasa maksimum flash anda
sekarang ialah pada kurang -1.7 stop.
Apakah yang anda boleh buat untuk memperbetulkan masalah ini?
Mudah, anda perlu tambahkan cahaya sebanyak 1.7 samada dari aperture,
shutter speed ataupun dari flash itu sendiri.
Melalui Aperture, anda hanya perlu mengambil Aperture yang lebih besar
sebanyak 1.7 stop. Tambahan 1.7 stop pada aperture dari f16 ialah f9
(rujuk kaedah mengira stop melalui aperture. nilai f9 wujud kerana DSLR
kebanyakan mempunyai keperincian sebanyak 1/3 stop)
Bagaimanapun, saya memilih untuk menambah lagi +0.3 stop, membawa
kepada bukaan aperture f8, hasil akhir yang saya perolehi adalah lebih
baik.
F8, 1/60s, ISO400. Flash Mode : TTL
Available Light
 Anda tidak perlu berhabisan beribu-ribu ringgit untuk membeli lampu studio.
Cukuplah dengan sumber matahari yang tidak dapat ditandingi oleh mana-
mana lampu pun dalam dunia ni.
 tips :
1. Cahaya pagi dalam pukul 10am dan mendung, biasanya boleh memberikan
cahaya yang sangat lembut untuk portrait.
2. Cari kawasan tertutup, seperti dalam bilik, dan buka tingkap untuk beri
cahaya masuk untuk mendapatkan cahaya yang sangat lembut. Meletakkan
subjek dalam kawasan tertutup memberi anda peluang bermain dengan
shadow dan highlight.
3. Gunakan lensa pantas seperti 50mm f1.8 untuk mendapatkan contrast dan
warna yang optima.
4. Gunakan aperture dalam f2.8 f4 kerana anda mungkin kekurangan
kekuatan cahaya. Anda mungkin perlu menggunakan ISO400.
5. ISO yang terlalu tinggi seperti 1600 akan menyebabkan noise yang tidak
menarik pada kulit bayi. Anda perlu mengelakkan noise ini kerana ia akan
kelihatan tidak natural pada kulit bayi yang selalunya lembut dan licin.
6. Letakkan wajah bayi berhadapan dengan sumber datangnya cahaya untuk
mendapatkan luminasi cahaya yang baik pada wajah, terang dan menarik.
7. Letakkan wajah bayi bersetentangan dengan sumber datangnya cahaya
untuk mendapatkan rimlight.
Sunlight and Skylight
 Di dalam gambar diatas, menggunakan dua sumber
cahaya. Sunlight yang intensitinya kuat sebagai rim
light, dan skylight sebagai main light.
 Sekiranya menggunakan reflector di sebelah kanan,
lalu membalikkan sedikit cahaya kepada separuh
wajah Irfan, ia akan mendapat side lighting yang
cantik.
 Bagaimanapun gambar ini adalah candid. Penggunaan
relfector sudah pasti menghilangkan mood dan cerita
di dalam gambar.
 Gambar yang baik adalah direka, bukan ditemui secara
tidak sengaja.
 Pengetahuan tentang pencahayaan boleh membantu
menaikkan kualiti gambar anda.
Cahaya Malam
 Sebenarnya kita hidup dizaman yang penuh cahaya. Di kiri
kanan anda adalah sumber cahaya. Masalah anda bukan tiada
cahaya, tetapi anda kekurangan teknik untuk merakam
cahaya.
 Berikut adalah teknik yang penting yang anda harus
pertimbangkan:
 1. Latih kepekaan anda untuk melihat cahaya. Sebenarnya
cahaya wujud dimana-mana. Lihat gambar dibawah.
 2. Paling mudah ialah dengan penggunaan lensa pantas, dan badan
kamera yang sangat sensitif seperti 5d mark II atau D3.
 3. Bagaimanapun penggunaan tripod adalah juga amat baik, Tripod
rm50 pun boleh membuatkan d40 atau 1000D memberikan result
yang sangat baik pada waktu gelap / suram.
 4. Gunakan ISO yang tertinggi anda boleh gunakan sekiranya itu
saja option yang anda ada. Jgn takut noise kerana gambar yang
berbintik2 tetapi masih dikenali, adalah lebih baik dari gambar
yang blur akibat handshake.
 5. Penggunaan unit2 flash juga boleh memberikan hasil yang baik.
 Apabila menjalankan sesi potret malam, berikut adalah beberapa tips
yang anda boleh ikuti:
 1. Gunakan tripod untuk mendapatkan gambar yang cukup sharp
dan menggunakan shutter yang perlahan.
 2. Shutter yang perlahan diperlukan untuk merakamkan
ambience light
 3. Tukar mode flash kepada REAR flash supaya anda dapat
gambar yang lebih sharp 4. Aperture yang besar seperti f1.4 atau
f2.8 menjadi satu keperluan untuk portrait malam.
 5. GUnakan flash untuk mendapatkan main light yang baik.
 6. Flash tambahan sebagai kick light/hair light boleh
mencantikkan kesan pencahayaan anda.
 7. Sekiranya Autofokus tidak berfungsi, gunakan Manual Fokus
untuk mendapatkan ketajaman yang baik.
 8. Gunakan Payung pemantul untuk mendapatkan main light
yang soft.
 9. Jangan terus buang gambar yang sedikit soft sekiranya
expressi pada gambar tersebut menarik.
 10. Bawa sumber cahaya tambahan seperti lampu LED camping.
Ia boleh membantu autofokus pada kamera anda.

Anda mungkin juga menyukai