Anda di halaman 1dari 1

2.

-/

Bagi merealisasikan objektif no. iii di atas, YPASM bercadang untuk


menghantar pelajar-pelajal sekolah yang terpilih dari Malaysia untuk
menyertai program lawatan sambil belajar ke Artik dan Antartika. Lawatan
ini akan diatur melalui program Sfudenfs on lce (SOI) anjuran Sfudenfs
on lce Foundation yang berpangkalan di Kanada. Pelajar-pelajar
Malaysia yang terpilih akan bersama-sama dengan lebih kurang 100
orang pelajar dari seluruh dunia menyertai lawatan ke Artik dan Antartika.
Antara tujuan lawatan ini ialah :

i.
ii.
iii.
iv.

memperlengkapkan golongan muda dengan pengetahuan dan


teknik yang boleh menghubungkaitkan isu-isu global dan realiti
setempat disamping menggalakan mereka untuk menyumbang
kepada perubahan yang positif;
mengkaji kemungkinan penyelesaian terhadap isu-isu
perubahan global yang mendesak seperti perubahan cuaca;
menghubungkan golongan muda dengan alam semulajadi; dan
mempelajari persekitaran Artik dan Antartika dan budaya
masyarakat di sini.

3.

Sehubungan dengan ini, sukacita pihak YPASM menawarkan


peluang menyertai lawatan ke Artik dan Antartika kepada pelajar-pelajar
dari negeri Johor. Melalui tawaran ini, pihak Kerajaan Negeri Johor
dicadangkan untuk bekerjasama dengan pihak YPASM untuk tempoh 5
tahun melalui program Sfudenfs on lce - Antarctica and Arctic Expedition

2015-2019. Melalui program ini, pihak YPASM akan bekerjasama dengan


pihak Kerajaan Negeri Johor untuk memilih pelajar-pelajar dan guru-guru
untuk menyertai lawatan ke Artik dan Antartika mulai dari tahun 20152019. Anggaran kos bagi program ini untuk tempoh 5 tahun ialah RM
1,646,000.00 yang merangkumi kos penyertaan 10 pelajar dan 5 guru ke
Artik dan Antartika dan kos bagi aktiviti pemilihan peserta.

4.

Adalah juga dicadangkan kos ini dibiayai oleh pihak Kerajaan


Negeri Johor atau pihak ketiga yang dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri
Johor. Pihak YPASM akan bertanggungjawab dalam proses pemilihan
pelajar yang akan menyertai lawatan ke Artik dan Antartika dan
menguruskan penyertaan pelajar-pelajar ini dalam ekspedisi ke Artik dan
Antartika.

5.

Adalah dimaklumkan bahawa tarikh ekspedisi ke Artik pada tahun


2015 telah ditetapkan iaitu pada 27 Julai hingga 10 Ogos 2015 dan nama
pelajar-pelajar yang bakal menyertai ekspedisi ini perlu diberikan pada
pihak SOI Foundation selewat-lewatnya akhir bulan Februari 2015.

Anda mungkin juga menyukai