Anda di halaman 1dari 14

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.

com

2.1 Pengenalan Kamera DSLR Kamera DSLR bermaksud Digital Single Lens Reflex. Kamera ini banyak digunakan sekarang kerana ia merupakan trend, dan harganya mampu dimiliki oleh ramai peminat fotografi. Kamera DSLR mempunyai Lensa yang boleh ditukar ganti dan apa-apa komposisi yang dibuat didalam viewfinder akan dirakam didalam sensor setelah menekan butang shutter. Kamera DSLR mempunyai saiz sensor yang lebih besar dari kamera kompak (atau kadang disebut sebagai PNS-Point & Shoot). Pemilihan kamera SLR jangan dipengaruhi oleh MegaPixel tetapi sebaliknya lihatlah pada saiz sensor. Saiz sensor yang besar membolehkan gambar dirakam dengan resolusi yang lagi tinggi. Kamera DSLR membolehkan seseorang jurugambar tersebut mengawal focus, ISO, shutter speed dan aperture secara manual. Bukan semua mode Auto yang ada didalam kamera DSLR dan PNS akan menyelesaikan masalah, sebaliknya masalah-masalah ini harus ditangani dengan cara manual. Pengguna DSLR yang sudah mahir mengendalikan kamera, sudah boleh membaca situasi sebelum memetik shutter, dan mereka tidak berasa kekok kerana tahu dimana kedudukan kawalan tersebut berada. Oleh yang demikian saya berhasrat anda juga seperti begitu, membiasakan diri dengan kamera sendiri dan berupaya untuk mengambil gambar yang bermakna. 2.2 Kawalan di dalam kamera DSLR

Kamera mempunyai 3 kawalan utama iaitu: 1. Focusing Ring 2. Shutter Speed 3. Aperture

Minolta X-700 (1985)

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Focusing Ring bertujuan untuk memfokuskan subjek. Subject di dalam focus akan kelihatan jelas dan boleh menjadi subject utama. Shutter Speed pula bertujuan mengawal kemasukan cahaya (atau dikenali sebagai dedahan atau Exposure) melalui tempoh masa. Ia akan membuka shutter mengikut kadar kelajuan yang di setting pada kamera Manakala aperture pula bukaan cahaya dari lensa yang mengawal ke masukkan cahaya mengikut diameter yang tertentu. Kedua-dua kawalan ini Shutter dan Aperture berkait di antara satu sama lain. Sekiranya shutter speed perlahan digunakan, cahaya yang masuk mungkin agak berlebihan. Ianya boleh dikawal dengan membuat bukaan kecil pada aperture untuk mengimbanginya. Jika shutter speed laju digunakan, maka cahaya yang masuk akan berkurangan, oleh yang demikian, bukaan cahaya yang luas diperlukan untuk mengimbangi cahaya yang masuk.

2.3 Exposure / Dedahan Fotografi adalah proses rakaman cahaya kepada media fotografi tersebut. Jika kita menggunakan DSLR, media kita adalah sensor. Maka sensor tersebut mesti mempunyai keupayaan untuk merakam cahaya. Cahaya yang masuk mestilah mencukupi perkadarannya, jika tidak gambar tersebut akan menjadi gelap atau terlalu cerah. Gambar yang tidak cukup cahaya dipanggil underexpose, manakala gambar yang terlebih cahaya dipanggil overexposed. Gambar yang kurang cahaya boleh menyebabkan noise juga meningkat, manakala gambar yang terlebih cahaya akan menyebabkan gambar tersebut burn atau terbakar. gambar yang terbakar ini tidak boleh direcover kerana nilai cahayanya (exposure value) dirakam pada kadar maksimum. Sensitiviti sesuatu sensor itu bergantung kepada kepekaan ISO nya. ISO yang rendah (e.g. ISO 100) akan mengekalkan noise yang paling minima, dan keupayaannya untuk memperlahankan penggunaan shutter speed dan meningkatkan bokeh yang maksimum. Manakala ISO yang tinggi (e.g. ISO 1600) akan menyebabkan tambahan gain yang menyebakan kesan noise kelihatan ketara. ISO yang tinggi membolehkan seseorang jurugambar tersebut merakam gambar dengan kelajuan shutter yang tinggi dan membenarkan jurugambar untuk menggunakan lensa bukan laju (fast lenses e.g. f/2.8). Masalahnya, apabila kita merakam gambar dengan ISO yang tinggi, kita terpaksa mengimbangkan kadar noise yang mempengaruhi kualiti gambar tersebut. Kita khuatir apabila menggunakan noise yang tinggi akan menyebabkan gambar tidak mempunyai detail dan seterusnya tidak membawa sebarang makna jika terus dirakam.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

2.3.1 ISO ISO adalah salah satu kawalan kepekaan cahaya yang selalu kita setkan di dalam kamera. ISO yang rendah mempunyai sensitiviti cahaya yang kurang, manakala ISO yang tinggi mempunyai sensitiviti cahaya yang tinggi. ISO berkait rapat dengan kewujudan noise pada sesuatu gambar itu. ISO yang rendah mempunyai kadar noise yang rendah, manakala ISO yang tinggi mempunyai kadar noise yang tinggi. Pertimbangan ini bergantung kepada hasil yang ingin diperoleh dan keperluan pada semasa itu. Sekiranya kita ingin mengambil gambar landskap, gunakanlah ISO yang rendah seperti ISO 50 atau ISO 100. dan jika mengambil gambar di tempat yang kurang cahaya, pastinya ISO yang rendah akan menyebabkan kesan slow shutter berlaku untuk menyelesaikan masalah ini, kita mungkin terpaksa menaikkan ISO dan mengetepikan isu noise yang tinggi. Mengapa tidak kita menggunakan sahaja ISO yang tinggi?? buat apa mengujudkan ISO yang rendah??? emmmm sebenarnya ada beberapa keadaan kita memerlukan ISO yang rendah seperti contohnya bila kita mengambil gambar aliran sungai menggunakan shutter speed yang rendah. kita boleh menggunakan ND filter, tetapi jika ISO boleh di set serendah yang mungkin, pasti ianya akan lagi membantu.

2.3.2 Shutter Speed

Shutter Speed Dial Shutter speed bertujuan untuk mengawal kemasukkan cahaya mengikut masa. Sekiranya kita ingin memegunkan sesuatu pergerakkan itu, kita perlu menggunakan shutter speed yang tinggi. Kadang2 apabila kita menghadapi masalah kekurangan cahaya, maka kita terpaksa menggunakan shutter speed yang perlahan untuk membenarkan lebih cahaya masuk ke sensor kita.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Kawalan Shutter Speed adalah seperti berikut : 1s 1/2 s 1/4 s 1/8 s 1/15s 1/30s 1/60s 1/125s 1/250s 1/500s 1/1000s atau lebih setiap pertukaran speed ini dipanggil 1 stop. 1/1000s bermaksud, shutter akan dibuka bersamaan dengan 1/1000 saat cahaya yang masuk. 1/4s bermaksud, shutter akan dibuka selama 1/4 saat.

2.3.3 Aperture

Aperture Ring Aperture merupakan kawalan cahaya yang masuk melalui bukaan cahaya pada lensa. Kawalan di dalam lensa ini adalah dengan membuka bukaan lubang cahaya besar dan lubang kecil yang mana dikenali sebagai f/stop.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Kawalan f/stop adalah : f/1 f/1.4 f/2 f/2.8 f/4 f/5.6 f/8 f/11 f/16 f/22 Aperture mempunyai beberapa peranan yang sangat penting dalam fotografi: 1.Mengimbang kemasukan cahaya mengikut shutter speed 2. Mengawal kesan depth of field 3. Memberikan kesan sharpness yang paling tinggi pada sesuatu lens.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

2.4 Lensa Terdapat pelbagai jenis lensa di pasaran, masing-masing mempunyai penggunaannya yang tertentu. Juga yang membezakan lensa-lensa ini adalah dari segi kualitinya. Lensa yang berkualiti tinggi menggunakan kaca optic yang komplikated dari segi design dan bahannya. Lensa Wide Angle

Penggunaan Lens Wide Angle, diambil pada jarak 2 kaki dari tok imam

Lensa wide angle mempunyai sudut pandangan yang luas, cantik digunakan untuk mengambil gambar landskap, dan mampu mengambil gambar pada ruang yang sempit. Lensa ini senang untuk difokuskan, ia mempunyai kesan depth of field yang tinggi, yang mana fotografer tidak perlu susah untuk memfokuskan objek. ia juga boleh mengambil gambar pada jarak yang dekat, dan boleh menampakkan kesan lengkungan. Lensa wide angle tidak sesuai digunakan untuk mengambil gambar potrait, kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih gemuk kerana kesan lengkungan. Mengambil gambar menggunakan lensa ini akan menyebabkan sesuatu ruang itu kelihatan lebih luas. Jadi jangan mudah terpedaya apabila melihat gambar yang luas apabila gambar tersebut diambil menggunakan lens wide angle. lensa wide angle mempunyai focal lenght dari 14mm - 28mm

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Standard Lens

Standard Lens 50mm

Standard Lens bagi kamera Fullframe adalah 50mm, lensa ini mempunyai sudut pandangan yang paling hampir dengan mata. Ia amat mudah untuk digunakan kerana seseorang fotografer itu boleh mengagak sudut pandangan merujuk kepada mata. Bagi kamera APSC kesan standard lens ini boleh dicapai apabila kita menggunakan lens 35mm. Lens 50mm mempunyai aperture paling maksima f/1.2 ke f/1.8. Ini menyebabkan ianya sesuai untuk mengambil gambar sukan dan keadaan low light. Telephoto

Telephoto adalah lens yang mampu membesarkan imej yang berjarak jauh. Kadang2 ia dikenali dengan Long Lens kerana lens ini selalunya memang panjang. Lensa ini mempunyai Jarak Depth of Field yang pendek berbanding dengan lens2 yang lain. Ia senang menghasilkan bokeh dan subject mudah untuk diasingkan dari backgroundnya.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Zoom Lens Zoom lens mempunyai reka bentuk & susun atur glasses yang sangat komplek. Ia mempunyai kumpulan2 lensa dan mempunyai tujuan2 yang tertentu. Salah satu bertujuan untuk mengubah pembesaran imej, memfokuskan dan membuat pembetulan. Zoom Lens boleh mengubah focal lenght dalam tahap beberapa kali seperti 2x, 3x, 4x dsbnya. Contoh2 Lensa Zoom adalah: 18-24mm : Zoom Wide Angle 24-85mm : Zoom Standard 70-210mm : Zoom Telephoto Masalah dalam zoom lens ini adalah, ia selalunya tidak mempunyai aperture yang besar, tidak boleh mengekal aperture yang sama pada focal lenght yang berbeza dan harganya yang agak mahal. Seperti contoh lensa 18-55mm mempunyai aperture f/3.6-5.6. Jika adapun aperture yang maksima adalah f/2.8 tetapi harganya terlalu mahal. Aperture maksima pada 18mm adalah f/3.5 manakala aperture maksima pada 55mm adalah f/5.6. Fikirkan jika harga Lensa 18-55mm adalah RM1,100 adakah berbalaoi untuk menggunakan focal lenght pada 50mm f/5.6??? sedangkan harga 50mm f/1.8 adalah RM480!! Sebab itu saya lebih gemar menggunakan fixed lens untuk mengekalkan kualiti gambar dan mendapatkan bukaan aperture yang maksima. Zoom Lens banyak membantu journalist & wedding photographer, kerana ia banyak membantu untuk meringankan bag mereka, mereka tidak perlu membawa lensa yang banyak. Ia memudahkan mereka untuk membuat komposisi tanpa perlu bergerak belakang dan hadapan. Banyak flexibility yang membantu mereka bila menggunakan lensa ini. Fish Eye

Lensa Fish Eye mempunyai sudut pandangan hampir kepada 180 darjah. Ia mempunyai kelengkungan yang membulat apabila menggunakan lensa ini. Lensa ini sangat mahal dan sesuai digunakan dalam beberapa keadaan sahaja. Selain dari besar dan sukar dibawa, ia juga sukar untuk dijaga. Ia tidak boleh menggunakan filter untuk mengelakkan dari lens tercalar (scratch). Tetapi hasil gambar yang diambil akan kelihatan menarik.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Macro

lens AF micro

Lensa makro adalah lensa yang mampu mengambil gambar pada jarak yang sangat dekat seperti 5 inci dsbnya. Lensa ini selalunya digunakan untuk mengambil gambar spesis2 serangga yang kecil, bunga, dan lain2 gambar still photo. Harganya juga mahal tetapi berbaloi untuk dimiliki.

2.5 Aksesori Terdapat pelbagai Aksesori yang biasa digunakan untuk Kamera SLR antaranya: 1) Flash 2) Filter 3) Extension Tube 4) Battery Grip 5) Tripod 6) Lens Hood 7) Hot Shoe (Off Flash) Masing-masing mempunyai tujuan dan kelebihan yang tertentu.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

2.5.1 Flash Flash merupakan aksesori yang wajib dan perlu ada setiap kamera SLR. Asas Flash mempunyai no GN (Guide Number) yang diguna untuk menetapkan f/no pada sesuatu jarak. Nombor GN yang tinggi mempunyai kekuatan cahaya yang tinggi. Bukan semua GN yang tinggi merupakan flash yang terbaik, ia bergantung kepada kekuatan yang diperlukan. GN yang terlalu tinggi menyebabkan kita tidak boleh mengambil gambar dengan jarak yang dekat (seperti Macro Photography) Penentuan Aperture dibuat mengikut formula : f = GN / jarak Seperti contoh jika GN pada flash adalah 40. Jarak objek dari flash adalah 10 meter, maka aperture perlu diset kepada f/4. Kebanyakan dedicated flash adalah berbentuk Digital dan mempunyai fungsi TTL (Through the Lens), di mana GNnya juga boleh berubah-ubah. Dedicated Flash boleh berkomunikasi dengan Kamera untuk menentukan jumlah cahaya flash yang perlu disimbahkan kepada subjek. Di dalam fungsi TTL, pre flash akan memancarkan Cahaya Awalan untuk menyukat kadar cahaya di dalam Kamera, sekiranya cahaya kurang 2 stop, cahaya yang sebenarnya akan ditambah 2 stop. Begitu juga jika cahaya terlebih 1 stop, ia akan mengurangkan kadar cahaya 1 stop. Sekiranya kita ingin menggunakan slave unit, pastikan anda mematikan fungsi TTL, jika tidak, flash akan menyala semasa pre-flash menyemburkan cahaya. Dan tiada cahaya akan terakam pada gambar kerana cahaya dari slave telah menyala dahulu dan perlu menunggu proses recycle untuk mendapatkan caj penuh semula. Untuk flash yang mempunyai sensor di badannya sendiri, ia mengawal cahaya dengan mengawal masa simbahan. Jika jarak subjek hampir dengan flash, sensor yang menerima cahaya terus memotong cahaya flash. Jika jarak subjek jauh dari flash, cahaya akan di terus disimbah sehingga kadar cahaya tersebut mencukupi. Flash menyimbah cahaya mengikut masa, sekiranya jarak dekat ia akan menyimbah flash pada kadar kelajuan 1/10,000s. dan boleh menyimbah dengan cahaya maksima pada kelajuan 1/1000s. Ini bermakna flash mampu menghentikan pergerakan pada kelajuan yang sama iaitu 1/1000s atau lebih laju!!. Seperti contoh kita boleh menghentikan pergerakkan titisan air dari kepala paip jika menggunakan flash, walaupun kita set shutter speed pada 1/8s. Didalam penggunaan flash, kita tidak boleh menggunakan shutter speed yang melebihi dari synch speed. Kerana shutter akan terbuka sepenuhnya pada synch speed kamera tersebut. Ini kadang menyebabkan masalah apabila kita ingin menggunakan aperture yang besar dan shutter speed yang laju. Di mana shutter speed itu pula melebihi synch speed.
Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

10

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Sebab itu, flash yang baru mempunyai mode FP (focal plane) Di mana cahaya flash disimbahkan pada masa yang lama sama seperti shutter speed yang digunakan. Oleh yang demikian, banyak tenaga yang digunakan dan boleh menyebabkan flash kehilangan kuasa bateri dengan cepat. Flash yang boleh dikawal flash headnya membolehkan seseorang fotografer mengawal atau berkreatif dgn mengubah posisi flash headnya. Ada flash head yang boleh membuat pusingan 360 darjah dan boleh mendongak sehingga 90 darjah ke atas.

2.5.2 Filter

Filter Mengambil gambar terus dari lensa tidak dapat menyelesaikan semua masalah di dalam fotografi. Kadang2 kita terpaksa menggunakan aksesori lain untuk mendapatkan gambar yang kita kehendaki. Terdapat pelbagai filter yang ada di pasaran, seperti contoh : 1) CPL - Circular Polarizer 2) ND Filter - Neutral Density 3) Graduated Filter 4) Star Filter 5) Soft Filter 6) Macro Filter dll CPL digunakan untuk menghalang polarisasi cahaya yang berselerak melalui filter ini dan hanya membenarkan sudut yang sama sahaja yang melaluinya. Ia mampu untuk menghilangkan kesan reflection pada air, tingkap dsbnya. ND Filter bertujuan untuk membantu photographer menjatuhkan dedahan kepada 1 stop sehingga 3 stop. Ada sesetengah lensa tidak boleh diubah aperturenya, maka ia terpaksa menggunakan ND filter untuk mengawal dedahan cahaya ini.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

11

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Graduated Filter pula digunakan untuk mengawal atau mengimbang exposure yang tidak seragam, terutamanya apabila kita mengambil gambar langit yang mempunyai perubahan stop sehingga 2 -4 stop!! Star filter digunakan untuk menghasilkan kilauan, Cross 4 akan menghasilkan 4 silangan, Cross 6 akan menghasilkan 6 silangan pada cahaya yang tertumpu. Soft Filter boleh digunakan untuk melembutkan gambar supaya kelihatan soft. Macro lens digunakan untuk mengambil gambar jarak dekat, ia disukat mengikut diopter. dan terdapat pelbagai lagi filter untuk pelbagai tujuan.

2.5.3 Extension Tube Extension tube adalah aksessori untuk mengambil gambar makro. ia merupakan tube yang kosong disambung di antara lensa dan body kamera. Pemasangan tube ini membolehkan kita mengambil gambar pada jarak yang dekat seperti 2 inci, tetapi menyebabkan kita kehilangan beberapa stop exposure. 2.5.4 Battery Grip Battery Grip merupakan gadget untuk menampakkan kamera anda bersaiz besar dan sedap untuk di pegang. Tetapi ia sebenarnya berperanan untuk menampung keperluan kuasa bateri. Dan beberapa model battery grip mempunyai shutter release dan dial knob. Ia memudahkan photographer untuk mengambil gambar cara vertical. Jika kamera SLR dahulu, gadget yang dipasang di bawah kamera adalah motor drive, ia memberi membantu photographer untuk memacu frame ke hadapan, tanpa perlu menggunakan ibu jari. Ia juga berat kerana ia menggunakan 4-6 bateri AA. 2.5.5 Tripod Pemilihan tripod adalah bergantung kepada keperluan kepada seseorang photographer itu, bagi saya sesuatu tripod itu perlu memiliki berat yang tertentu untuk menampung stability sesuatu kamera. Tapi hal ini menambah beban kepada photographer untuk membawanya ke hulu dan ke hilir. Selain dari itu, kita perlu melihat features2 yang ada pada tripod itu, seperti contoh untuk peminat macro, tripod itu mesti ada fleksibiliti untuk dipatah2kan tengkok, dipusing upside-down, dan dikangkangkan seluas-luasnya dsbnya. Untuk potrait photography, product dan yang suka menggunakan long lenses mereka memerlukan tripod yang cukup kemas dan cukup berat untuk berdiri. Kadang2 tripod jenis ini mempunyai cangkuk untuk digantungkan bag kamera supaya tripod tersebut betul2 berat.

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

12

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Satu aspek lain lagi adalah, kemudahan untuk menukar balls pada mounting disebelah atas tripod. Ada mounting khas (tanpa pemegang - handle) yang memudahkan seseorang photographer membuat level dan mengunci kedudukan kamera dengan pantas. Saya mempunyai satu balls yang memudahkan saya untuk menukar posisi horizontal & vertical dengan cepat. selain dari itu ia senang membuat full 360 rotation setelah saya mengunci pin horizontal & vertical. Tripod saya juga mempunyai 2 air bubble untuk memudahkan saya membuat levelling. Oleh kerana saya banyak membuat product shot, jadi memilih tripod yang betul2 berat dan tidak goyang semasa saya menekan shutter pada kamera. Tripod yang baik juga tidak akan beralun semasa proses mengambil gambar. Selalunya tripod yang kecil dan ringan tidak mempunyai stability ini. 2.5.6 Lens Hood Lens Hood adalah aksesori di hadapan lens yang dipasang untuk membuang kesan flare pada lens. Ia sering berlaku bila mana kita mengambil gambar di hadapan sebuah intensiti cahaya yang terang kan menyebabkan kesan wash-out pada detail. dengan penggunaan hood yang betul, hal ini boleh dielakkan. Rekabentuk sesuatu lens adalah tidak sama untuk focal lenght yang berbeza. Jika hood yang digunakan tidak match pada lens tersebut ia akan menyebabkan 2 keadaan: 1. Kesan vignette berlaku pada hujung 4 bucu kerana hood tersebut adalah sempit dan tidak cukup luas. 2. Tiada kesan hilang flare, kerana hood tidak cukup sempit untuk membuang flare. Saya tidak gemar kepada hood ini, kerana: 1. Menambah berat dan ruang didalam kamera bag saya. 2. Hood tidak berfungsi dalam ke banyakkan lens zoom, kerana setiap perubahan focal lenght akan menyebabkan reka bentuk hood mesti diubah. 3. Menyusahkan saya semasa memfokuskan, jika hood tidak digunakan. 4. Hood menyebabkan lensa saya menjadi terlalu panjang, dan susah nak simpan di dalam bag. 5. Saya lebih suka menggunakan tangan untuk dijadikan hood, atau saya menggunakan magazine.

Rujukan : Suhaimi Salleh (Juru gambar) http://miephoto.com/wp3/?cat=3

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

13

Fotografi Dapatkan nota di www.klikduniaku.com

Rujukan Suhaimi Salleh, disusun oleh klikduniaku.com

14

Anda mungkin juga menyukai