Anda di halaman 1dari 13

EBOOK PERCUMA ASAS FOTOGRAFI

MENGENALI ISO, SHUTTER SPEED DAN APERTURE


OLEH: Dzul Affandi Roslan


Pengenalan tentang diri saya
Saya merupakan seorang peminat fotografi yang sentiasa ingin belajar tentang fotografi
dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang fotografi.
Saya merupakan jurugambar sepenuh masa di Syarikat Saya A Fun Dee Digital
Enterprise. Selain aktif dengan fotografi perkahwinan saya juga mempunyai premis
perniagaan yang menjurus kepada percetakan dan gambar.
Dalam ebook Percuma ini saya akan kongsikan sedikit demi sedikit tips2 fotografi yang
boleh anda pelajari yang mana saya sendiri telah praktikkan dan ia Berjaya buat saya.
ini saya akan kongsikan seberapa banyak pengetahuan yang perlu ada untuk
seseorang beginner dalam memulakan bidang fotografi tidak kira secara sambilan atau
serius.
Saya harap dengan adanya ebook ini sedikit sebanyak dapat membantu anda
menghasilkan gambar-gambar yang diidamkan
-Melaka





Pengenalan
Ebook ini merupakan ebook mengenai tips-tips fotografi yang menerangkan tentang
asas fotografi, Saya akan menerangkan secara mudah dan ringkas bagaimana anda
boleh mengawal kamera anda dengan menggunakan mode MANUAL. Namun saya
juga akan menerangkan secara keseluruhan tentang fungsi-fungsi yang ada pada
kamera anda yang boleh membantu anda untuk merakam gambar yang anda inginkan.
Ebook ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan bacaan serta kajian yang saya
jalankan sendiri. Dan saya kongsikan di dalam ebook ini bagi membantu anda untuk
mengetahui serba sedikit tentang fotografi.
Namun saya tidak memberi apa-apa jaminan jika ebook ini tidak dapat membantu anda.
Namun begitu saya akan memberi bantuan jika terdapat pertanyaan dari pihak anda.
Ebook ini hanyalah merangkumi perkara asas dan informasi yang ringkas sahaja.
Diharapkan anda mendapat sesuatu melalui ebook ini dan selamat berfotografi =)





Maklumat penting sebelum membaca
Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum mula membaca
keseluruhan isi ebook ini:
1) Walaupun ebook ini berbahasa melayu namun terdapat istilah-istilah yang
digunakan dalam bahasa inggeris kerana ia telah menjadi bahasa biasa dalam
dunia fotografi.
2) Bahasa yang digunakan penulis adalah yang seringkas mungkin untuk
meningkatkan kefahaman pembaca.
3) Pembaca digalakkan mencuba selepas membaca.
4) Anda dilarang untuk memberi ebook ini secara percuma kepada sesiapapun.



PENGENALAN KEPADA SHUTTER SPEED, APERTURE DAN ISO
Setiap benda mesti bermula dengan asas. Begitu juga fotografi. Dalam bab pertama ini
saya akan mendedahkan tentang asas penting dalam fotografi. Terdapat 3 perkara
asas yang MESTI anda ketahui dalam fotografi iaitu:
1. Shutter speed
2. Aperture
3. ISO/ASA
Ketiga-tiga elemen di atas sangat berkait rapat diantara satu sama lain. Hal ini kerana
ketiga-tiga elemen tersebut akan mempengaruhi kita untuk merakam gambar yang kita
inginkan dan juga mendapatkan exposure yang baik.Namun saya akan menerangkan
satu demi satu elemen-elemen tersebut dan di akhir bab ini saya akan menerangkan
kaitan antara elemen-elemen tersebut.
Shutter Speed ( kelajuan Shutter)
Shutter merupakan alat yang mengawal kuantiti cahaya yang masuk ke dalam sensor
kamera kita. Ia berbentuk seperti tingkap. Ia dikawal dengan kelajuan.SEMAKIN LAJU
SHUTTER SPEED SEMAKIN KURANG CAHAYA MASUK dan SEMAKIN KURANG
KABUR
Selain itu juga ia memberi kesan yang menarik iaitu jika anda menggunakan shutter
speed yang laju anda boleh memberhentikan pergerakan sesuatu objek atau subjek
yang bergerak. Sebagai contoh:




Shutter yang laju menyebabkan pergerakan air yang mengalir dapat
diberhentikan (shutter 1/1000s)

Shutter yang perlahan menyebabkan pergerakan air yang mengalir menjadi kabur
( shutter 1/10 s)




Kredit untuk foodrepublik.com







Aperture ( bukaan Iris kanta)
Kamera aperture mirip dengan Iris dalam mata:

Diameter aperture boleh dilaras menjadi lebih besar atau lebih kecil bergantung pada
kesan yang dikehendaki jurugambar. SEMAKIN BESAR DIAMETER APERTURE,
SEMAKIN KECIL F-NOMBOR DAN SEBALIKNYA. Nombor tersebut boleh
mengelirukan, tapi ingat
diameter yang lebih besar = Nombor F kecil.


Misalnya aperture besar adalah f/2.8, sementara f/11 adalah aperture kecil.

Aperture yang lebih besar membolehkan lebih cahaya mengenai sensor gambar,
dengan itu shutter speed akan menjadi semakin pantas. Namun, aperture yang lebih
besar akan menghasilkan gambar yang SHALLOW DEPTH OF FIELD( kurang
kawasan fokus), yang bermaksud apa-apa objek yang lebih jauh dari titik fokus utama
akan keluar dari fokus. Dalam foto di bawah ini, perhatikan bagaimana sebagai
penurunan diameter aperture (angka yang lebih besar) objek latar belakang mula
mendapat lebih fokus atau GREATER DEPTH OF FIELD.




ISO/ASA ( sensitiviti sensor/filem)
ISO (international standard organization) bagi kamera merujuk kepada sensitiviti atau
kepekaan sensor terhadap cahaya ( bagi filem adalah ASA).
Kepekaan sensor diwakili dengan nombor. Biasanya iso yang paling rendah dalam
kebanyakan kamera hari ini adalah 100 dan boleh menjangkau ke 12800 atau lebih
bagi kamera yang lebih canggih (high end)
SEMAKIN TINGGI NILAI ISO SEMAKIN PEKA SENSOR TERHADAP CAHAYA.
Secara tidak langsung shutter speed akan semakin laju apabila semakin tinggi nilai
iso.
Iso secara mudahnya menggandakan kesan cahaya terhadap sensor. Dalam erti kata
lain iso 200 adalah 2 kali ganda sensitiviti sensor terhadap cahaya dan gambar akan 2
kali lebih terang dari iso 100. Iso 400 kali 3 kali ganda terang dari iso100, iso 800 4 kali
ganda iso 100 dan seterusnya.
Namun semakin tinggi nilai iso semakin banyak noise pada gambar yang dirakam.
Noise adalah bintik-bintik putih kuning yang terhasil daripada pixel gambar yang rosak
akibat nilai ISO yang tinggi.



Gambar di atas tidak dibesarkan 100%
Anda dapat perhatikan semakin tinggi nilai iso semakin ketara noise. Detail gambar
juga hilang. Jadi berhati-hati semasa menggunakan iso.
Namun seelok-eloknya gunakan iso yang terendah untuk kualiti gambar yang
maksimum.
Cuba-cuba: anda cuba rakam dengan menggunakan iso bermula dari nilai terkecil
sehingga yang paling maksimum dan kemudian besarkan gambar sehingga 100% dan
lihat sendiri perbezaannya =)
KOMBINASI SHUTTER,APERTURE DAN ISO


Anda telah mengetahui secara individu bagaimana setiap elemen asas tersebut
berfungsi. Tetapi kita perlu tahu juga bagaimana hendak menggabungkan penggunaan
ketiga-tiga elemen tersebut untuk mendapatkan gambar yang diinginkan.
Sebenarnya ia bergantung dengan jenis gambar apa yang anda ingin rakam.
Sebagai contoh:
1. Ambil contoh air yang mengalir seperti gambar yang sebelumnya. Jika anda
ingin memberhentikan pergerakan air tersebut maka anda perlu memikirkan
tentang shutter speed terlebih dahulu berbanding aperture dan shutter. Saya
huraikan seperti berikut:
i. Shutter speed mesti laju barulah objek berhenti. Tapi bila guna
shutter laju cahaya gambar akan gelap. Maka..
ii. Saya kena guna aperture yang besar (no f kecil) supaya walaupun
shutter speed laju tetapi disebabkan lubang aperture saya besar
maka cahaya lebih banyak masuk..
iii. Tapi bila aperture yang paling besar pun gambar masih gelap
sedikit oleh itu saya tinggikan ISO sedikit supaya sensor lebih
sensitive terhadap cahaya dan gambar saya mendapat exposure
yang betul.



Dan jika anda ingin merakam gambar yang sebaliknya iaitu merakam pergerakan yang
perlahan contohnya pergerakan air yang perlahan maka caranya adalah disebaliknya.
Saya huraikan seperti berikut:
i. Shutter speed mesti perlahan barulah objek kabur. Tapi bila guna
shutter perlahan cahaya gambar akan terang disebabkan cahaya
lebih banyak masuk . Maka..
ii. Saya kena guna aperture yang kecil (no f besar) supaya walaupun
shutter speed perlahan tetapi disebabkan lubang aperture saya
kecil maka cahaya lebih kurang masuk..
iii. Tapi bila aperture yang paling kecil pun gambar masih terang
sedikit oleh itu saya rendahkan ISO sedikit sehingga exposure
yang saya nak tercapai dan supaya sensor lebih kurang sensitive
terhadap cahaya dan gambar saya mendapat exposure yang betul.






Dan begitulah juga jika anda ingin merakam gambar yang lain. Kesemuanya
bergantung pada anda. Saya huraikan seperti berikut:
Jika inginkan latar belakang kabur ( shallow depth of field)
i. Maka fikirkan aperture dahulu ( aperture besar )
ii. Kemudian guna iso terendah untuk kualiti gambar yang maksimum
iii. Dan guna shutter yang sesuai.
Diharapkan penerangan ringkas dalam ebook ini dapat member pemahaman kepada
anda semua tidak kira yang baru atau yang lama dalam bidang fotografi.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan saya melalui email di
afundee.photography@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai