Anda di halaman 1dari 8

Masalah Aircond Kereta dan punca-puncanya..

Baru-baru ini aku baiki Pendingin Hawa (Aircond) kereta. Banyak perkara yang aku
belajar daripadanya. Jadi, alang-alang dah tahu, elok aku kongsikan di sini. Tapi sebelum
itu, kita fahamkan dulu sistem pendingin hawa untuk kereta.
Sistem Pendingin Hawa (Aircond) Kereta
Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk.
Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.

Sistem aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas

aircond ke udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal
di dalam sistem paip. Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang sistem
aircond lakukan ialah dengan 'memindahkan haba dari satu takungan ke takungan lain'.
Haba yang dipindahkan, bukan menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta
dikeluarkan ke luar kereta.
Bagaimana ia dapat dilakukan? Penyebab utama ialah ciri-ciri yang ada pada gas aircond
itu. Kalau dulu kita gunakan gas Freon (R10), lepas tu kita tukarkan kepada gas yang
lebih 'eco-friendly' gas R12 dan sekarang untuk kereta kita gunakan gas R134a. Gas ini
berbentuk gas pada suhu bilik tetapi apabila dimampatkan ia berbentuk cecair, sama
seperti gas aerosol penyembur nyamuk atau gas memasak. Dalam keadaan termampat
pada tekanan tinggi, gas itu berbentuk cecair.
Gas aircond dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta).
Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas
aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar. Apabila
kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang lebih sejuk akan
menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan bertukar menjadi
cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba dipindahkan dari gas aircond ke
udara luar.
Apabila cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi
akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil). Cecair tu
akan kembali bertukar kepada bentuk gas. Hasilnya, dengan prinsip yang sama
(PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur aerosol lama-

lama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi sejuk? Kerana sedikit
tenaga haba telah dikeluarkan tadi.
Seterusnya, gegelung penyejuk yang sejuk tadi ditiupkan pula oleh kipas angin di dalam
kereta. Angin ini akan menyentuk dinding gegelung penyejuk menyebabkan angin itu
menjadi lebih sejuk. Apa yang berlaku ialah haba dari angin dalam kereta itu dipindahkan
ke gas aircond, sebab itulah angin itu jadi sejuk. Angin sejuk inilah yang ditiupkan ke
dalam kereta dan kereta pun jadi sejuk.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa haba dari dalam kereta dibawa ke luar.

Masalah aircond kereta

Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah
masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di
beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem
yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan
sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan
cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed'
dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika
gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan
tetap panas.

Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin
kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung
penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat
kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak
sesejuk mana.

Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing.
Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu.
Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk
membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak
dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed'
pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston
atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat
bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan
dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient)
supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan
suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat
dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak
berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak
sejuk.

Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak, tiada
input untuk sistem bekerja.

Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada
kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada
sistem kluc kompresor untuk on atau off.

Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu aliran
cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika
ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang
kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas
dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.
Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca dia atas
atau punca yang lain daripada di atas.
Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?
Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms
tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung
penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju
tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi
(aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti
sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku
kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu
yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali sistem kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah
cukup, kompresor akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali,
ini bermakna sistem aliran gas/cecair aMonday,

February 24, 2014

Masalah Aircond Kereta dan punca-puncanya..

Baru-baru ini aku baiki Pendingin Hawa (Aircond) kereta. Banyak perkara yang aku
belajar daripadanya. Jadi, alang-alang dah tahu, elok aku kongsikan di sini. Tapi sebelum
itu, kita fahamkan dulu sistem pendingin hawa untuk kereta.
Sistem Pendingin Hawa (Aircond) Kereta
Konsep asasnya adalah sama seperti aircond di rumah, di pejabat dan juga peti sejuk.
Sistem aircond kereta bukanlah sekompleks mana pun sebenarnya.

Sistem aircond sebenarnya bukan menyejukkan udara dengan menyemburkan gas

aircond ke udara itu. Ianya adalah satu sistem tertutup, maknanya gas aircond itu kekal
di dalam sistem paip. Kalau tidak bocor, gas aircond tidak akan habis. Apa yang sistem
aircond lakukan ialah dengan 'memindahkan haba dari satu takungan ke takungan lain'.
Haba yang dipindahkan, bukan menyejukkan haba. Haba dari dalam kabin kereta
dikeluarkan ke luar kereta.
Bagaimana ia dapat dilakukan? Penyebab utama ialah ciri-ciri yang ada pada gas aircond
itu. Kalau dulu kita gunakan gas Freon (R10), lepas tu kita tukarkan kepada gas yang
lebih 'eco-friendly' gas R12 dan sekarang untuk kereta kita gunakan gas R134a. Gas ini
berbentuk gas pada suhu bilik tetapi apabila dimampatkan ia berbentuk cecair, sama
seperti gas aerosol penyembur nyamuk atau gas memasak. Dalam keadaan termampat
pada tekanan tinggi, gas itu berbentuk cecair.
Gas aircond dimampatkan oleh kompressor (yang menggunakan kuasa dari enjin kereta).
Apabila termampat, hukum gas (PV =mRT) menyatakan, suhu akan bertambah. Jadi, gas
aircond yang dimampat tadi mempunyai suhu yang melebihi suhu udara di luar. Apabila
kipas aircond berpusing atau kereta bergerak laju, angin luar yang lebih sejuk akan
menyejukkan gas aircond ini dan dalam masa yang sama gas akan bertukar menjadi
cecair. Apakah yang berlaku? Sebenarnya tenaga haba dipindahkan dari gas aircond ke
udara luar.
Apabila cecair aircond tadi melalui injap pengembang (expansion valve), cecair itu tadi
akan tersembur dan di dalam gegelung penyejuk (evaporator / cooling coil). Cecair tu
akan kembali bertukar kepada bentuk gas. Hasilnya, dengan prinsip yang sama
(PV=mRT), gas itu menjadi lebih sejuk sama seperti apabila menyembur aerosol lamalama, tin itu akan menjadi sejuk. Kenapa gas aircond itu menjadi sejuk? Kerana sedikit
tenaga haba telah dikeluarkan tadi.
Seterusnya, gegelung penyejuk yang sejuk tadi ditiupkan pula oleh kipas angin di dalam
kereta. Angin ini akan menyentuk dinding gegelung penyejuk menyebabkan angin itu
menjadi lebih sejuk. Apa yang berlaku ialah haba dari angin dalam kereta itu dipindahkan
ke gas aircond, sebab itulah angin itu jadi sejuk. Angin sejuk inilah yang ditiupkan ke
dalam kereta dan kereta pun jadi sejuk.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa haba dari dalam kereta dibawa ke luar.

Masalah aircond kereta

Apa pun puncanya, satu perkara yang kita dapati ialah angin aircond tidak sejuk. Itulah
masalahnya. Puncanya boleh terjadi bermacam-macam tetapi yang biasa terjadi ialah:

Gas aircond sudah habis akibat paip bocor. Kebocoran ini boleh berlaku di
beberapa tempat lazimnya di persendian / pertemuan (joints) yang tidak ketat, sistem
yamg bocor akibat tebuk atau karat. Sebenarnya, gas aircond itu dicampurkan dengan
sedikit cecair pelincir (lubricant) untuk memelihara kompresor. Jika sistem bocor, gas dan
cecair pelincir ini akan keluar. Cecair ini penting, jika kurang, kompresor boleh 'jammed'
dan rosak. Gas aircond berfungsi sebagai 'pembawa haba' dari dalam kereta ke luar. Jika
gas aircond tiada atau kurang, haba tidak dapat dipindahkan. Jadi, angin aircond akan
tetap panas.

Gegelung penyejuk (cooling coil) sudah kotor. Haba dari angin di dalam kabin
kereta dipindahkan apabila angin itu menyentuh permukaan logam pada gegelung
penyejuk. Jika gegelung penyejuk itu kotor dengan habuk yang melekat akibat
kondensasi air di situ, perpindahan haba tadi tidak efisien. Jadi, angin aircond tidak
sesejuk mana.

Kipas di kondenser (di ruang enjin) tidak berfungsi baik atau tidak berpusing.
Jadi, tiada bantuan angin untuk menyejukkan gas / cecair aircond yang panas itu.
Kecualilah kereta itu dipandu laju kerana ada angin masuk ke ruang enjin untuk
membantu menyejukkannya. Jika gas/cecair aircond tidak disejukkan (haba tidak
dikeluarkan dari dalam sistem), sistem tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

Kompresor rosak. Banyak sebab kompresor boleh rosak. Lazimnya kerana 'jammed'
pada galas (bearing) dan piston (kalau jenis piston) atau bilah kompresor. Kalau piston
atau bilah kompresor 'jammed' biasanya disebabkan cecair pelincir telah habis akibat
bocor. Fungsi kompresor ialah untuk memampatkan gas kepada bentuk cecair dan
dengan itu suhu gas itu akan bertambah melebihi daripada suhu di luar (ambient)
supaya nanti angin di luar dapat 'membuang' haba itu. Jika gas itu tidak termampat dan
suhunya tidak naik melebihi suhu angin di luar, haba di dalam gas itu tidak dapat
dipindahkan. Selain daripada itu, injap pengembang (expansion valve) juga tidak
berfungsi dengan baik untuk menyembur. Jadi, angin aircond di dalam kabin tetap tidak
sejuk.

Alat kawal suhu (butang aircond di dashboard) telah rosak. Jika telah rosak,
tiada input untuk sistem bekerja.

Sensor suhu telah rosak. Tugas sensor suhu ini ialah untuk mengetahui sama ada
kesejukkan yang diingini telah dicapai atau belum. Maklumat ini akan diberikan kepada
sistem kluc kompresor untuk on atau off.

Alat penapis (filter drier) telah kotor atau tersumbat. Ini akan mengganggu
aliran cecair aircond seterusnya menganggu tugas sistem.

Injap pengembang (expansion valve) rosak atau tersumbat. Ia boleh berlaku jika
ada bendasing (foreign material) dalam sistem paip. Injap ini mempunyai lubang yang
kecil, seperti muncung aerosol itu. Jika tersumbat, cecair tidak disembur menjadi gas
dengan sempurna dan akan mengganggu perpindahan haba.

Walaubagaimana pun, kerosakkan itu mungkin terdiri daripada gabungan beberapa punca dia atas
atau punca yang lain daripada di atas.

Bagaimana mahu mengesan sistem telah rosak?

Sistem telah rosak jika angin di dalam kabin sudah tidak sejuk. Tapi ada symptoms
tertentu untuk mengagak bahagian mana yang rosak.

Angin tidak sejuk dan angin yang keluar dari air-vent tidak kuat - gegelung
penyejuk telah kotor atau tersumbat, kipas angin telah rosak. Jika kipas berpusing laju
tetapi tiada angin dan berbunyi kuat, sesuatu telah menghalang saluran ventilasi
(aircond duct). Mungkin juga 'flapper' telah patah atau jatuh.

Angin tidak sejuk dan kompresor asyik 'on' atau 'engaged' tanpa henti
sedangkan kita pasang aircond pada tahap sederhana atau kurang - berlaku
kekurangan gas aircond menyebabkan kompresor bekerja lebih untuk mencapai suhu
yang diperlukan. Mungkin berlaku kebocoran.

Angin tidak sejuk dan kompresor sekejap 'on' sekejap 'off' berkali-kali - sistem
kompresor itu ada 'pressure sensor', jika tekanan di dalam paip telah cukup, kompresor
akan berhenti. Jika kompresor itu 'on' dan 'off' berkali-kali, ini bermakna sistem aliran
gas/cecair aircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

Angin tidak sejuk bila kereta berhenti tetapi sejuk sikit bila kereta bergerak kipas kondensor (di ruang enjin) tidak berfungsi dengan baik untuk menyejukkan cecair
aircond. Kebocoran gas aircond pun mungkin puncanya.

Enjin kereta terhenti apabila aircond dihidupkan - kompresor telah 'jammed'.

Tiada kedengaran kompressor berpusing walau setelah dihidupkan aircond sama ada tombol suis aircond telah rosak atau talisawat kompressor (aircond belting)
telah putus.

Komponen mana yang mahal?

Pertama-tama sekali, kompressor. Sila jaga isipadu gas aircond dan minyak pelincirnya.

Evaporator (cooling coil) dan kondenser.

Motor-fan untuk kondenser, injap pengembang (expansion valve)

Saluran paip dan gas aircond.

Komponen lain-lain.

Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat tulis dan kongsikan.

ircond telah tersumbat di mana-mana, biasanya pada 'expansion valve'.

Anda mungkin juga menyukai