Anda di halaman 1dari 11

PB BENGKEL MTA 3012 SISTEM PENYAMANAN UDARA

BIL PERKARA MS
1 PENGHARGAAN 2
2 PENGENALAN 3
3 KAEDAH PENYERAPAN HABA 4
4 4 LANGKAH FUNGSI KITARAN PENYEJUKAN “COOLING CYCLE” 5
5 KOMPONEN 6-11
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulilah kerana dengan izin Allah S.W.T. telah diberi kesempatan untuk
melengkapkan dan menyiapkan folio subjek Bengkel MTA 3012 sebagai sebahagian daripada
syarat Penilaian Berterusan Kolej Vokasional Besut.
Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru subjek Bengkel
MTA 3012 iaitu cikgu Azlan bin Kamaruddin telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar
amat saya hargai.
Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada kedua ibu-bapa saya kerana sentiasa
memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan
mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan
amat saya sanjungi.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membantu saya
dan berkongsi maklumat sepanjang pelaksanaan tugasan ini. Dengan adanya bantuan dari
mereka, tugasan ini dapat saya siapkan pada masa yang singkat. Jasa mereka akan saya kenang
sampai bila-bila.
PENGENALAN
Sistem penyamanan udara kenderaan merupakan satu keperluan kepada pengguna.
Bolah dikatakan semua kenderaan samaada domestik atau komersial akan dipasang
dengan sistem penyaman udara.

Tujuan penyaman udara untuk mengekalkan suasana selesa dalam kehidupan


manusia. Mengikut sejarah, penyamanan udara bermula lebih dari 12 ribu tahun
dahulu. Penyamanan udara kenderaan yang pertama ialah pada tahun 1927.
Kebanyakan kenderaan pada masa itu hanya dipasang sistem pemanas, pengagih
udara dan penapis angin bersama motor kipas sahaja. Sehinggalah pada tahun 1940,
heater and defrosters standard equipment dipasang pada kereta. Sistem penyaman
udara kenderaan yang moden dan lengkap telah diperkenalkan oleh Syarikat cadillac.

Tahun-tahun seterusnya mula perlabagai syarikat mencipta dan memasang sistem


penyaman udara kenderaan tidak hanya terhad pada kenderaan domestik tetapi telah
berkembang pada kenderaan komersial, dan perkapalan. Maka bermulalah era yang
bukan lagi sebagai barang mewah tetapi satu keperluan pada pengguna. Dengan ini
penyamanan udara menjadi satu sumber pendapatan yang sentiasa memperbaharui
ciptaan dan keluaran.

 Sistem penyamanan udara kenderaan berfungsi menggunakan gas yang


dimampatkan oleh compressor.
 Gas ini akan mengalir melalui cooling coil yang berada di dalam kabin kenderaan
dan blower akan meniup angin melalui cooling coil ini dan mengeluarkan angin
yang sejuk.
 Selepas itu, gas in perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator condenser
yang akan menyejukkan gas tersebut. Begitulah secara asasnya bagaimana
penghawa dingin kereta berfungsi.
KAEDAH PENYEPAN HABA KENDERAAN
 Haba dalam kenderaan melalui banyak punca.
 Haba meresap masuk semasa kenderaan berhenti / bergerak.
 Haba terhasil bukan sahaja berpunca daripada pancaran matahari.
 Haba dalam kenderaan bole disingkirkan melalui proses penghawa
dingin kenderaan.
 Alat penghawa dingin kenderaan mempunyai komponen yang boleh
menyingkirkan haba dari bahagian dalam kenderaan.
4 LANGKAH FUNGSI KITARAN PENYEJUKAN “COOLING CYCLE”

 Sistem penyamanan udara kereta merupakan suatu sistem aliran gas tertutup.
 Gas yang dimaksudkan ialah gas aircon iaitu gas R134a.
 Gas penyamanan udara in akan bergerak dari compressor ke cooling coil ke gas filter ke
radiator condensor dan kembali semula ke compressor.
 Secara asasnya ianya boleh diterangkan seperti berikut:
• Gas dimampatkan oleh compressor kemudian gas in akan dialirkan ke bahagian
dalam kereta melalui cooling coil yang berada biasanya di bawah dashboard.
• Pada
• masa yang sama blower akan meniup angin melalui cooling coil dan
membebaskan angin yang sejuk.
• Selepas itu gas ini perlu disejukkan kembali dan akan melalui radiator condensor
yang akan menyejukkan gas tersebut.
KOMPONEN PENYAMANAN UDARA KENDERAAN
1. Pemampat (Compressor)
2. Pemeluap (Condenser)
3. Kipas Pemeluap (Condenser Fan)
4. Penerima Lebih Kering (Receiver Drier)
5. Injap Pengembangan (Expansion Valve)
6. Gegelung Penyejuk / Pennyejat (Cooling coil / Evaporator)
7. Kipas Tiup (Blower Fan)
8. Hos & Paip (Hoses & Pipes)
9. Suis tekanan (Pressure Switch)

1. Pemampat (Compressor)

Fungsi : Compressor ni bertugas memampatkan gas supaya tekanan dan suhu gas tu menjadi
sangat tinggi dan bila suhu dan tekanan telah tinggi, gas tadi dapat bertukar menjadi cecair di
condenser.

 Seterusnya, bahagian di antara pemampat dan injap pengembangan dikenali sebagai


sektor tekanan tinggi.
 Manakala bahagian antara injap pengembangan dan pemampat merupakan sektor
tekanan rendah.
 Kemudian gas penyejuk yang dimampat di dalam pemampat akan mengalami
pemanasan terlampau
2. Pemeluap (Condenser)

Fungsi : Kondenser ini digunakan untuk menyejukkan tekanan tinggi dan suhu yang tinggi gas
penyejuk dan perubahan kepada penyejuk cecair.
• Pengaliran gas berlaku apabila disalurkan ke dalam pemeluwap di bawah tekanan
dan suhu yang tinggi.
• Gas penyejuk dalam keadaan tekanan tinggi dan panas akan menghasilkan haba
yang menyebabkan pemeluwapan berlaku.
• Manakala gas penyejuk tersebut berubah daripada gas kepada cecair.
• Fungsi penapis atau penumpuk kering pula adalah membersihkan dan
mengeringkan bahan penyejuk yang kini dalam bentuk cecair.

3. Kipas Pemeluap (Condenser Fan)

Fungsi : memindahkan haba dari sistem penyejuk ke udara luar, yang menghalang pemampat daripada terlalu
panas.Operasi biasa unit pemeluwap kipas adalah untuk mengangkut udara dari unit luar
merentasi gegelung pemeluwapan.
 Apabila proses itu dicapai, dan kerana kita tidak menggunakan gegelung penyejat,
gegelung pemeluwapan memindahkan haba ke udara yang membolehkan penyejuk
terpeluwap daripada gas kembali kepada bentuk cecair

1. Penerima Lebih Kering (Receiver Drier)

Fungsi : Menangkap lembapan dan kotoran daripada penyejuk dan memastikan sistem dalam
keadaan baik

 Ia mengeringkan bahan pendingin, kerana kelembapan dalam sistem mempunyai kesan


buruk pada minyak pemampat dan operasi komponen, ia menapis zarah yang
mencemarkan dan menyimpan bahan pendingin cecair.

5. Injap Pengembangan (Expansion Valve)

Fungsi : Tujuan injap pengembangan ini adalah untuk membolehkan cecair tekanan tinggi untuk
berkembang kerana a memasuki penyejat.
 Selepas melalui penyejat, penyejuk penghawa dingin akan kehilangan haba lagi sehingga
akhirnya menjadi gas tekanan rendah yang sangat sejuk.
 Kemudian, penyejat yang sangat sejuk tadi akan ditolak oleh motor blower ke kawasan
dalam penumpang kereta untuk menghasilkan suhu yang menyejukkan dan nyaman di
bahagian dalam kereta.

6. Gegelung Penyejuk / Pennyejat (Cooling coil / Evaporator)

Fungsi : Menyerap haba dari ruang yang didinginkan. Semasa proses penyerapan berlaku,
berlaku sejatan cecair bahan pendingin yang akan bertukar kepada bentuk wap bersuhu rendah
dan wap bertekanan rendah. Penyejuk sejuk melalui gegelung penyejat, yang mana mengewap
dan menerap haba dari rang penumpang.

 Bagi proses yang terakhir dalam sistem penghawa dingin, bahan dingin yang kini dalam
bentuk gas tekanan rendah dan sejuk akan kembali ke pemampat untuk memulakan
proses kitaran tersebut sekali lagi.
 Proses yang berulang dalam kereta anda mampu memberikan keselesaan yang nyaman
ketika dalam perjalanan.

7. Kipas Tiup (Blower Fan)


Fungsi : Meningkatkan halaju udara atau gas apabila ia melalui pendesak yang dilengkapi

 Peniup udara menggunakan pendesak/pemutar berputar untuk mencipta vakum. Vakum


ini menyebabkan udara mengalir masuk ke dalam blower.
 Udara memasuki pusat pendesak dan dibahagikan dengan bilah berputar.
 Daya sentrifugal meningkatkan kelajuan udara dan isipadu aliran udara di dalam
perumahan.

8. Hos & Paip (Hoses & Pipes)

Fungsi : Mengangkut bahan pendingin ke seluruh sistem AC

 Paip hos AC disambungkan kepada pelbagai komponen sistem AC, seperti pemampat,
pemeluwap, penyejat, dan penerima-pengering atau penumpuk.
 Ia membawa bahan pendingin antara komponen enjin kenderaan ini, memudahkan
proses pemindahan haba.

9. Suis tekanan (Pressure Switch)


Fungsi : Bertindak sebagai peranti keselamatan yang menghentikan pemampat dengan
menghidupkan dan mematikan Klac magnet apabila tekanan ke atas garis tekanan tinggi dalam
keadaan luar biasa tinggi.

Anda mungkin juga menyukai