Anda di halaman 1dari 6

LATAR BELAKANG PENGARUH

BAHASA ASING
DALAM BAHASA MELAYU
3.1 Pengaruh bahasa Sankrit
Menurut Mohamed Baba (2012), Bahasa Sanskrit dapat meresap ke dalam bahasa
Melayu melalui para pedagang India yang beragama Hindu dan Buddha.  Para pedagang
yang menetap di rantau turut membawa bahasa Sanskrit ke rantau ini.  Kemasukan
pengaruh Sanskrit ini membawa kesan yang positif terhadap perkembangan bahasa Melayu
menjadi bahasa yang bertaraf tinggi.  Pengaruh utama adalah dari segi kosa kata, imbuhan
dan sistem bunyi. Banyak perkataan baru diterima masuk ke dalam bahasa Melayu.
Kebanyakan batu bersurat yang ditemui menggunakan bahasa Sanskrit.
Berikut disertakan beberapa perkataan asal bahasa Sanskrit yang masih digunakan
dalam bahasa Melayu hingga sekarang.
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu

bhasika dialek, bahasa


cittaja cinta
supati suami
karanka Kepala/rangka
adosa Tidak berdosa
argha harga
naraka neraka
svarga syurga
guruputra anak guru (lelaki)
mauktika mestika
Vaha bahu
Daiva dewa
• 3.2 Pengaruh Bahasa Jawa
• Pengaruh bahasa Jawa terhadap bahasa Melayu menjadi dominan
pada zaman kerajaan Majapahit yang menjadikan bahasa Jawa
sebagai teras pemerintahannya. Pada zaman bahasa Melayu kuno,
bahasa jawa bukan sahaja mempengaruhi koasa kata bahasa
Melayu tetapi turut mempengaruhi  aspek tulisan. Penyebaran
bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu berlaku melalui
kesusasteraan Jawa dalam bentuk cerita- cerita panji. Berikut
contoh beberapa perkataan Melayu berasal daripada bahasa Jawa.
Antaranya: adegan, awet, ayu, bagus, beres, bibit, calon, cerdas,
dadar, duda,  enak, enteng, garing, gembleng,  gugah,  jerok,
keringat, keruan, ketara,  lapor, dan sebagainya.
• 3.3 Pengaruh Islam/ Bahasa Arab
• Dalam abad ke-13, kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah
sistem bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
Terdapat tiga batu bersurat membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa
Melayu. Antaranya :
• a. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
• b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
• c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
• Sebagai bahasa al-Quran dan al-Hadis, bahasa Arab datang ke kepulauan Melayu
seiring dengan kedatangan Islam pada abad ke-13. Bahasa Melayu yang menggunakan
aksara Arab sebagai tulisan rasmi ketika itu berjaya meletakkan status bahasa Melayu
sebagai ‘Lingua Franca’. Majoriti umat Islam di Malaysia tetap memerlukan bahasa
Arab yang juga bahasa al-Quran dan al-Hadis yang menjadi rujukan utama dalam
semua bidang kehidupan seharian selain untuk keperluan ibadah khusus. Maka
kedatangan Islam dengan perantaraan bahasa Arab telah memainkan peranan penting
dalam perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu.
• 3.4 Pengaruh Bahasa Cina
• Oleh sebab kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu
berasal dari daerah selatan China (Hokkien dan Canton), maka
kebanyakan kosa kata yang dipinjam berasal dari dialek bahasa
daerah tersebut. Antara kosa kata bahasa Cina dalam bahasa
Melayu ialah:
• camca, pongkes, cawan, teko, beca, tauke, kuaci, lobak, tauhu,
tocang, gincu, pisau, tong, loceng, kicap, laici, cincau, dacing, kuih
mihun, pau, cat, inci, sampan, tauge dan sebagainya.
3.5 Pengaruh Bahasa Inggeris
Bahasa Inggeris mula mempengaruhi bahasa Melayu pada abad ke-18, iaitu bermulanya
penjajahan Inggeris. Pengaruh bahasa Inggeris begitu dominan dan menguasai bahasa Melayu
terutama dalam bidang ekonomi, pentadbiran, dan masyarakat disebabkan oleh dasar penjajah
yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Selain itu, pendidikan Inggeris juga telah
mempengaruhi penduduk Tanah Melayu dalam penggunaan bahasa perhubungan. Ketika itu,
peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa dan sikap orang Melayu sendiri yang lebih
mengagungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.
Bahasa Melayu banyak meminjam kosa kata bahasa Inggeris bagi meningkatkan keupayaan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains dan teknologi.
i . Pengaruh bahasa Inggeris terhadap peribahasa bahasa Melayu.
ii Pengaruh bahasa Inggeris terhadap imbuhan bahasa Melayu. Contonya:
anti kemajuan, anti penjajah, anti-Inggeris, automatic, autimobil, makroekonomi,
mikroekonomi, monopoli, multimedia, poligami, prokerajaan, subtajuk, supranasional,
ultrabunyi, klinikal, defendan, geografi, kaunter, detektif, automatic, dan sebagainya.
iii. Tulisan rumi telah menggantikan tulisan Jawi akibat pengaruh bahasa Inggeris terhadap
sistem tulisan bahasa Melayu
(Din Senu, 2010 ; Samsul Mardiyyah et al, 2016; Nik Shafiah Karim et al, 2016; Abd. Karim, 2014)
Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

work load beban kerja

honey moon bulan madu

Flim star bintang filem

black and white hitam dan putih

Anda mungkin juga menyukai