Anda di halaman 1dari 1

Tugasan ke-2 Novel Di Sebalik Dinara :

( Buat dalam buku Latihan Komsas. )

( Tugasan ini tidak perlu dihantar. Cikgu hanya mahu jawapan ini semasa kelas google meet hari
Khamis nanti.) TIDAK FAHAM BERTANYA….JANGAN MEMBISU SEHINGGA MEMBUAT TULIS TUGASAN
YANG SALAH…

Arahan : Jawab soalan 1-5

1. Cari nama penulis novel.

2. Senaraikan nama-nama watak sampingan dalam novel.

3. Daripada senarai di atas, pilih SATU nama watak sampingan yang KAMU SUKAI.

4. Kemudian Pilih 2 perwatakan untuk watak sampingan yang kamu suka tadi.

5. Jelaskan/ tunjukkan bukti peristiwa yang menunjukkan mereka memiliki sikap begitu.

Cth Jwpan No 3 :

Aqraam

Cth Jwpan No 4 :

1) Aqram seorang pekerja yang taat setia dengan majikan .


2) Aqram seorang yang memiliki perasaan simpati.

Cth Jwapn No 5 :

1) Aqram seorang pekerja yang taat setia dengan majikan .

Hal ini dibuktikan apabila Aqram sanggup mengikut apa sahaja arahan daripada Dr Karl dan Dr Maxi
dalam usaha mereka menjejaki Farisha yang amat diperlukan untuk membaiki sistem Dinara yang
telah dicerobohi oleh virus bom jangka. Antara usaha yang pertama dilakukan ialah Aqraam
menjejak Farisha sehingga berjumpa Farisha di dalam kapal terbang dan berusaha untuk mengambil
contoh air liur Farisha untuk ujian kesepadan DNA dengan Dr Karl.

2) Aqram seorang yang memiliki perasaan simpati.

Hal ini dibuktikan apabila Aqram sanggup mengikuti permintaan Medina untuk melarikan Farisah
daripada Dr Karl kerana dia tidak sanggup melihat Farisha yang masih kecil Ketika itu disiksa oleh
ayah kandungnya yang memasukkan impalan dan ubat-ubatan ke otak dan badan Farisha tanpa ubat
bius.

Anda mungkin juga menyukai