Anda di halaman 1dari 3

AKUAN IBU BAPA/PENJAGA

Saya ________________________________________________ ibu/bapa/penjaga kepada


_________________________________(nama anak) amat berbesar hati kerana anak saya telah diterima untuk
dididik dan diasuh di TASKA ini. Saya memberi kepercayaan penuh kepada pihak pengurusan TASKA untuk
mendidik dan mengasuh anak saya dengan selayaknya. Oleh itu, saya bersedia dan bersetuju untuk mematuhi
segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak TASKA bagi kepentingan dan kebaikan bersama.
Saya bersetuju untuk :-
1) Sentiasa mematuhi waktu/masa/jadual pengoperasian TASKA iaitu bermula dari jam 7.30 pagi
sehingga 5.30 petang sahaja dan saya tidak akan menyalahkan atau mengambil apa-apa tindakan
terhadap pihak TASKA sekiranya berlaku sebarang kejadian ke atas anak saya di luar waktu tersebut.

2) Saya juga akan mengikut waktu operasi TASKA berpandukan jam utama yang terdapat di TASKA.

3) Mematuhi caj kelewatan yang telah ditetapkan oleh pihak TASKA sekiranya saya mengambil ANAK
LEBIH JAM 5.30 PETANG. (CAJ LEBIH MASA AKAN DIKENAKAN BERMULA JAM 5.31
PETANG) Dibayar tunai PADA HARI YANG LEWAT.

4) Saya juga akan mematuhi etika pemakaian anak saya ke TASKA mengikut jadual di bawah.

JENIS PAKAIAN HARI PEMAKAIAN

BAJU SUKAN ISNIN - KHAMIS

BAJU MELAYU / BAJU KURUNG JUMAAT

5) Saya juga tidak akan menghantar anak saya hadir sekiranya TIDAK SIHAT atau ada ahli
keluarga yang menghadapi penyakit berjangkit seperti penyakit : DEMAM, BATUK, SELSEMA
(suhu 37.5 c ke atas ) DEMAM CAMPAK, CHICKEN POX, SAKIT MATA, HFMD,KUTU,
CORONAVIRUS dan lain-lain yang berkaitan. (sebarang ubat-ubatan tidak akan diterima)

6) Saya juga akan melaporkan masalah kesihatan anak saya kepada pihak TASKA.
7) Saya juga akan memaklumkan kepada pihak TASKA dan mencatat di dalam buku log harian anak
saya sekiranya terdapat sebarang kecederaan pada tubuh badan anak saya untuk direkodkan oleh
pihak pengurusan TASKA.

8) Saya juga akan memastikan anak saya tidak membawa sebarang bentuk permainan daripada rumah
ke TASKA dan begitu juga sebaliknya serta tidak menyalahkan pihak TASKA sekiranya barang yang
dibawa rosak atau hilang.

9) Saya juga akan memberi kerjasama dan perhatian kepada setiap arahan/maklumat terkini yang akan
dikeluarkan oleh pihak TASKA sama ada secara lisan atau pun bertulis.

10) Memberi komitmen penuh dalam setiap aktiviti yang telah dirancang oleh pihak pengurusan
TASKA dan melibatkan diri dalam KOLABORASI IBU BAPA bersama TASKA sebanyak 4 jam /
bulan.

11) Bersikap terbuka dan bertoleransi terhadap pihak TASKA dan sentiasa bersedia untuk berbincang
secara baik sekiranya terdapat sebarang permasalahan atau kekeliruan tanpa memperbesarkan isu-isu
atau melibatkan pihak-pihak yang berkenaan.

12) Saya juga akan mematuhi cuti-cuti persekolahan yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS, setahun 2
kali seminggu pada minggu pertama cuti persekolahan bulan Mei/Jun dan November/Disember.
(Sebarang perubahan tarikh cuti akan dimaklumkan oleh pihak TASKA)

13) Saya juga akan mematuhi cuti-cuti khas yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian mahupun dari
Jabatan KEMAS sendiri. Contohnya, cuti disebabkan jangkitan kuku, tangan, mulut, kaki (HFMD),
Coronavirus, jerebu atau sebagainya.

14) Saya juga akan membayar yuran bulanan TASKA selewat-lewatnya 3 hari selepas tarikh gaji
untuk yuran bulanan berikutnya.

15) Saya juga akan membayar yuran mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak TASKA walaupun
kehadiran anak saya ke TASKA kurang dari sebulan ataupun disebabkan cuti khas dan lain-lain
perkara.

16) Saya juga akan memastikan anak saya sentiasa bersih dan mandi sebelum dihantar ke TASKA.

17) Saya juga akan memastikan anak saya tidak memakai perhiasan diri ke TASKA.

18) Saya juga akan membenarkan pihak TASKA menghantar anak saya ke klinik kesihatan yang
berhampiran sekiranya berlaku sebarang kecemasan tanpa menunggu kedatangan ibubapa.
Contohnya :- terjatuh atau sebagainya.

19) Saya juga akan memaklumkan kepada pihak TASKA sekiranya anak saya tidak dapat hadir ke
TASKA.
20) Sekiranya anak saya gagal hadir ke TASKA selama sebulan atau lebih tanpa menunjukkan surat
tunjuk sebab, saya membenarkan pihak TASKA mengeluarkan anak saya serta merta tanpa
memaklumkan kepada saya.

21) Sekiranya anak saya hadir lewat ke TASKA tindakan seperti berikut akan dikenakan :

i) 3 kali – Surat Amaran Pertama dikeluarkan


ii) 4 kali – Surat Amaran Kedua dikeluarkan
iii) 5 kali- Pihak TASKA berhak untuk mengambil tindakan kepada kanak-kanak
terbabit.

22) **Anak saya sihat dan normal serta tiada penyakit berjangkit atau masalah dari segi
pembelajaran, pendengaran, penglihatan atau sebagainya yang memerlukan penjagaan dan
pengkhususan yang rapi.

23) **Saya juga akan bekerjasama dengan pihak TASKA sekiranya memerlukan laporan kesihatan anak
saya.

24) Menerima segala keputusan pihak TASKA untuk mengeluarkan/memberhentikan anak saya sekiranya
gagal untuk mematuhi/melanggar segala peraturan yang termaktub di atas.

25) Saya juga tidak akan mengambil apa-apa tindakan atau membuat rayuan kepada pihak TASKA
mahupun IBUPEJABAT KEMAS sekiranya anak saya dikeluarkan daripada TASKA.

26) Saya juga akan menyediakan atau membekalkan makanan kepada anak saya sekiranya anak saya
alahan terhadap makanan.
Saya sesungguhnya faham dan bersetuju akan segala perkara yang di atas.

…………………………………… ………………………………………………
( T/Tangan Ibu bapa/penjaga ) (Cop Rasmi TASKA KEMAS KKDW)
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai