Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG UNTUK KANAK-KANAK DAN IBU BAPA

YANG MENGHANTAR KANAK-KANAK KE TADIKA.

 Ibu bapa dikehendaki menghantar anak masing-masing mengikut jadual yang


telah ditetapkan oleh pihak tadika dan juga ibu bapa mesti menghantar anak
masing-masing kepada pembantu tadika itu sendiri.
 Semua kanak-kanak TADIKA diwajibkan memakai kasut putih dan stoking
putih. Selipar dan kasut yang tidak sesuai untuk kanak-kanak adalah tidak
dibenarkan sama sekali bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dan berlaku
kemalangan.
 Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai / membawa barang berharga seperti
barang kemas atau wang yang banyak ke TADIKA. Jika berlaku kehilangan
barang, pihak TADIKA tidak akan bertanggungjawab.
 Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan bersih
apabila tiba di TADIKA. (Cth: mandi, berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur
(pijama) tidak dibenarkan
 Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar
kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TADIKA sehingga
mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak
tersebut telah pulih sepenuhnya.
 Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun,
Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak
TADIKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau
kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TADIKA.
 Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TADIKA :
Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TADIKA
sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang
didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TADIKA. Jika
Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk
tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.
 Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TADIKA dalam
waktu operasi TADIKA kecuali atas sebab yang penting.
 Kanak-kanak mesti memakai uniform lengkap ketika hadir ke TADIKA.
 Orang yang tidak dikenali dan mencurigakan tidak dibenarkan berada di
dalam kelas atau sekitar kawasan Kelas TADIKA sepanjang masa
persekolahan

Anda mungkin juga menyukai