Anda di halaman 1dari 11

PERATURAN PENDIDIKAN KHAS

SK SUNGAI KANTAN
PERATURAN KELAS PENDIDIKAN KHAS SK SUNGAI KANTAN

JADUAL WAKTU PERGI DAN BALIK

PERATURAN PPKI

AKTIVITI PPKI YANG PERNAH


DIJALANKAN
PERATURAN PPKI
KETIDAKHADIRAN KE SEKOLAH

1. Semua ibubapa / penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran


anak masing-masing kepada guru kelas. Sebarang surat makluman
atau sijil cuti sakit perlu diserahkan kepada guru kelas pada hari
kehadiran berikutnya.
2. Sekiranya ibubapa / penjaga ingin mengambil anak lebih awal ,
mereka perlu ke pejabat dan mengisi borang mengambil anak
dengan kebenaran pentadbir sekolah.
3. Bagi anak yang perlu pulang awal,ibu bapa / penjaga boleh
mengambl anak masing- masing dengan memaklumkan kepada
guru kelas atau guru matapelajaran pada waktu tersebut.
WAKTU PULANG.

1. Ibubapa / penjaga perlu mengambil anak masing-masing mengikut waktu pulang


yang tepat seperti di atas. Keperihatinan ibubapa atau penjaga amat dihargai dalam
urusan mengambil anak masing-masing semasa waktu pulang ini.
2. Sekiranya berlaku kelewatan,sila maklumkan kepada guru kelas masing-masing.
3. Sila ambil perhatian waktu pulang pada hari Jumaat untuk semua murid adalah pada
pukul 12.15 tengahari.

WAKTU PEMBELAJARAN

1. Ibubapa / penjaga tidak dibenarkan berada bersama anak masing-masing di dalam


kelas sepanjang waktu pembelajaran.
2. Ibubapa / penjaga hanya dibenarkan menghantar anak masing-masing di pintu kelas
sahaja.
PAKAIAN TAMBAHAN.

1. Semua murid mesti beruniform rasmi sekolah pada setiap hari


Isnin.
2. Pakaian sukan mesti dipakai semasa Pendidikan Jasmani atau
pada hari yang dimaklumkan oleh guru kelas.
3. Ibubapa /penjaga mesti menyediakan sepersalinan pakaian
tambahan termasuk tuala muka dan tuala mandi saiz sederhana
di dalam beg anak masing-masing.
- Sila pastikan pakaian tersebut bersih.

- Sekiranya pakaian tersebut pinjaman dari sekolah, ianya perlu

dikembalikan semula setelah dicuci.


- Pakaian tambahan ialah Tshirt putih / tshirt sukan yang dibeli

dari sekolah manakala seluar panjang berwarna biru gelap.


PENGURUSAN DIRI.

1. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada ibubapa /penjaga sekiranya


anak masing-masing mengalami masalah tingkah laku di luar kawalan dan
pengurusan diri yang berat.

2. Sila pastikan anak masing-masing dalamkeadaan yang bersih,kemas dan


sihat sebelum hadir ke sekolah.

KAWALAN MURID.

1. Ibubapa/penjaga perlu memberi kepercayaan penuh kepada anak


masing-masing untuk Berdikari di sekolah.
2. Berilah peluang kepada mereka untuk berdikari dan bersosial.
3. Sila beri sepenuh kerjasama sekiranya ada makluman bantuan diperlukan
dari masa ke semasa.
PENYERTAAN AKTIVITI LUAR.

1. PPKI SK Sg Kantan juga terlibat dengan aktiviti luar seperti


lawatan, karnival kejohanan dan ada kemungkinan sampai lewat
ke sekolah dari tempat yang dilawati /dikunjungi.
2. Guru pengiring yang terlibat akan menghubungi ibubapa/penjaga
murid yang terlibat.
3. Ibubapa/penjaga sila pastikan dapat menunggu anak masing-
masing mengikut masa yang telah dijanjikan dan maklumkan
kepada guru pengiring sekiranya ada masalah.
AKTIVITI PPKI YANG
PERNAH DIJALANKAN
AKTIVITI PERINGKAT SEKOLAH DAN DAERAH

Anda mungkin juga menyukai