Anda di halaman 1dari 5

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN MURID-MURID TINGKATAN 2 HINGGA 5

SM SAINS SULTAN HAJI AHMAD SHAH (SEMSAS)


SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023
SECARA BERSEMUKA

Berikut adalah garis panduan / SOP yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan murid semasa pulang ke asrama
untuk mencegah penularan covid 19 :

1. Murid dikehendaki hadir ke sekolah mengikut JADUAL yang ditetapkan bagi melancarkan proses
pendaftaran dan mengelakkan kesesakan seperti jadual di bawah.

TARIKH HARI TINGKATAN MASA PENDAFTARAN

TINGKATAN 2 08.30 PG – 09.30 PG


04 APRIL ISNIN TINGKATAN 3 10.00 PG – 11.00 PG
2022 TINGKATAN 4 11.30 PG – 12.30 TGH
TINGKATAN 5 01.00 TGH – 02.00 PTG

2. Pastikan murid yang sihat sahaja kembali ke sekolah. Jika di dapati anak dalam keadaan tidak
sihat,dan suhu badan melebihi 37.50C atau bergejala tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah.

3. Ibu bapa/penjaga dan murid diminta menjalani mengimbas QR code MySejahtera di pintu masuk
utama sekolah (PUTERA) dan Asrama Blok Aisyah (PUTERI) dan masuk ke kawasaNn yang
dibenarkan

4. Hanya murid sahaja dibenarkan turun untuk menjalani Ujian Kendiri Covid-19 \

5. Murid-murid diminta memakai pelitup muka dan menggunakan hand sanitizer untuk
keselamatan dan pencegahan covid-19.

6. Murid diminta mendaftar di kaunter pendaftaran dan menyerahkan borang yang telah
ditandatangani olehmurid dan ibu bapa/penjaga seperti berikut

a) Borang Pengisyitiharan Kesihatan (Google Form – telah dicetak)


b) Borang Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga Pelaksanaan Ujian Kendiri Covid-19 (telah
dicetak)
c) Borang Maklumat Murid beserta Akurjanji (Google Form – telah dicetak)

7. Murid dibenarkan membuat Ujian Kendiri Covid-19 di rumah masing-masing pada 4 APRIL
2022 sebelum bergerak ke SEMSAS dan menunjukkan keputusan Ujian kepada Guru / Warden
bertugas

8. Murid yang belum melaksanakan Ujian dikehendaki menjalani Ujian Kendiri Covid-19 di
dalam Dewan Sri Pahang (PUTERA) dan Asrama Blok Aisyah (PUTERI) dengan pengawasan
guru bertugas.

9. Hanya murid yang didapati negatif sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar masuk ke asrama.

10. Bagi murid didapati positif TIDAK DIBENARKAN mendaftar masuk ke asrama dan perlu
Kembali ke rumah/ mengikut SOP KKM.

11. Murid yang tidak menjalani Ujian Kendiri covid-19 juga tidak dibenarkan mendaftar masuk ke
asrama.
12. Murid yang telah selesai menjalani Ujian Kendiri Covid-19 dan keputusannya adalah negatif boleh ke
kaunter pendaftaran asrama di Bilik Gerakan Asrama (PUTERA) dan Asrama Blok Aisyah
(PUTERI) untuk pendaftaran masuk ke asrama.

13. Kenderaan ibu bapa/penjaga dibenarkan untuk ke kawasan yang dibenarkan untuk
menurunkan murid dan barang-barang.

14. Hanya MURID sahaja dibenarkan turun daripada kenderaan ke asrama.

15. Murid-murid diminta untuk menurunkan semua barang dan menyelesaikan urusan dengan ibu bapa
dengan kadar segera sebelum mendaftar masuk ke asrama.

16. Pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan sepanjang berada di sekolah dan asrama.Ibu bapa
boleh membekalkan topeng muka dan hand sanitizer secukupnya untuk keperluan murid.

17. Murid dibenarkan masuk ke kamar selepas pendaftaran di hadapan dewan makan.

18. Outing, pulang bermalam dan lawatan Ibu Bapa Penjaga TIDAK DIBENARKAN sehingga
arahan terbaru dikeluarkan KPM/ BPSBP.

19. Penghantaran barang dibenarkan mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Penghantaran makanan basah atau bermasak TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

20. TELEFON BIMBIT termasuk telefon pintar adalah TIDAK DIBENARKAN. Semua murid boleh
membeli KAD TELEFON AWAM yang dijual di koperasi sekolah untuk penggunaan telefon
awam di asrama.

21. Penggunaan peranti lain seperti komputer riba (laptop) dan tablet personal computer dibenarkan melalui
PERMOHONAN SECARA BERTULIS Ibu Bapa Penjaga kepada Pengetua SM Sains Sultan Haji
Ahmad Shah (SEMSAS) dan mendapat KELULUSAN.

22. Murid dikehendaki membawa sejadah dan telekung sendiri untuk kegunaan di surau SEMSAS.

23. Peraturan sekolah dan asrama masih berkuatkuasa seperti yang telah ditetapkan di dalam Buku
Peraturan Sekolah dan Asrama SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS)

24. Segala perubahan tertakluk kepada arahan semasa daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh (BPSBP).

MAZLAN BIN SARIYEO


PENGETUA
SM Sains Sultan Haji Ahmad
Shah Kuantan Pahang
(SEMSAS)
CARTA ALIR PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 2-5 SEMSAS 2022

MULA

MENGIMBAS QR Code
Ibu bapa/ penjaga /murid mengimbas QR code di
pondok pengawal

BERGERAK KE ASRAMA
menghantar anak/anak jagaan ke asrama
secara drop off.

KAUNTER PENDAFTARAN
Serah Borang Pengisytiharan Kesihatan dan
Borang Kebenaran Pelaksanaan Ujian Kendiri

KAUNTER UJIAN KENDIRI COVID-19


Murid menjalani Ujian Kendiri Covid-19

IBU BAPA/ PENJAGA


YA MEMBAWA MURID
POSITIF MENDAPATKAN
RAWATAN LANJUT DI
TIDAK PUSAT KESIHATAN
DAERAH (PKD)
Murid membawa barang ke dorm yang
telah ditetapkan

IBU BAPA/ PENJAGA MENINGGALKAN KAWASAN


SEKOLAH

PENGURUSAN DIRI MURID

URUSAN KOPERASI DAN BUKU TEKS AKAN


DISELESAIKAN OLEH MURID BERSAMA GURU

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai