Anda di halaman 1dari 2

SKRIP CERITA ARNAB DAN BUAYA

SK JANGKAR, LUNDU

Hai, semua. Salam sejahtera saya ucapkan. Saya, Lovellya


Eldora anak Jamal berumur 6 tahun dari Prasekolah SK
Jangkar. Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk Arnab Dengan Buaya.

        Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah


seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya
lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi
dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain
di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.

        Akibat pujian ini, semakin hari arnab itu menjadi


semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang
tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain
mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa
lagi yang suka berteman dengannya, arnab itu selalu berjalan
sendirian.

        Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia


ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab
berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
        “Hai Arnab, cantik sungguh gigi engkau! Kalau gigi aku
juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di
laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh
gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian
begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya
buaya itu lagi. Arnab berasa gembira dengan pujian itu.
Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak
makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah


engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang
rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun
menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu.
Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya
dan menelan arnab itu.

Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang


cantik tetapi pendek akal itu. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai