Anda di halaman 1dari 6

PASIR PENAMBANG – Beban lebih 100 ibu bapa diringankan menerusi sumbangan

‘Back To School’ Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong Karang, Nor Az Azlan Ahmad berkata, seramai
134 anak penduduk dipilih menyertai program itu yang diperkenalkan kerajaan
negeri sejak 2008 lagi.

“Program Tawas antara agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang


diperkenalkan kerajaan negeri selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Selangor.

“Ketika rakyat dihimpit pelbagai bebanan dan kos sara hidup yang semakin
meningkat, kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
komited membantu golongan berpendapatan rendah,” katanya selepas
menyempurnakan Program ‘Back To School’.

Menurutnya, penganjuran program ‘Back To School’ ini sebahagian contoh


keprihatinan kerajaan negeri terhadap beban ditanggung rakyat, lebih-lebih lagi
perbelanjaan persekolahan tahun ini.

"Malah, Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas) yang diperkenalkan turut membantu
ibu bapa yang berpendapatan RM2,500 ke bawah menerima bantuan bayaran
bulanan RM50.

“Saya juga menggalakkan ibu bapa supaya tidak melepaskan peluang mendaftarkan
anak untuk Tawas dan Tunas sekali gus menikmati manfaat agenda MES,” katanya.
SETIAP kali sesi persekolahan baharu bermula, golongan ibu bapa cukup sibuk memastikan kelengkapan anak-
anak mereka sempurna dalam memulakan sesi pembelajaran.
Pakaian dan kelengkapan sekolah yang serba baharu sudah tentu memberi semangat kepada anak-anak untuk
kembali melangkah ke sekolah. Ini sudah tentu memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha bagi mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran.
Tetapi tidak semua ibu bapa mampu menyediakan kelengkapan serba
lengkap untuk anak-anak memulakan sesi baharu persekolahan.
Prihatin dengan nasib golongan kurang mampu itu, terutama mereka yang tinggal di luar bandar, Tenaga
Nasional Berhad (TNB) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program
Kembali Ke Sekolah atau Back to School dengan fokus kepada murid-murid dari keluarga yang kurang bernasib
baik.
Matlamatnya ialah membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan
kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi.
Yang paling penting melalui program itu dapat menceria dan memberikan keriangan kepada anak-anak terbabit
untuk memulakan sesi persekolahan.
Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Roslan Ab. Rahman berkata, objektif utama program Back To School itu
untuk membantu murid-murid kurang mampu sekali gus meringankan beban perbelanjaan persekolahan
yang ditanggung ibu bapa.
Katanya, setiap murid yang berusia tujuh hingga 12 tahun menerima dua persalinan pakaian seragam sekolah,
sepasang kasut dan sebuah beg serta peralatan alat tulis.
"Pada awalnya program ini dirancang pada Disember lalu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana banjir besar yang
melanda negeri ini khususnya daerah Kemaman, awal Disember
lalu.
"TNB amat bersimpati dengan musibah yang dihadapi penduduk di daerah Kemaman dan memahami kesusahan
serta kesulitan yang mereka tanggung," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Program itu turut diadakan di enam negeri iaitu Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Kelantan.
Mengulas lanjut, Roslan berkata, sehingga kini TNB telah memberi bantuan kepada 1,300 murid daripada 78
buah sekolah yang membabitkan peruntukan sebanyak RM300,000.
"Program ini merupakan salah satu inisiatif dan tanggungjawab sosial TNB untuk membantu mereka yang
kurang berkemampuan.
"Bantuan yang diberikan ini adalah bagi memperbanyakkan usaha sokongan sosio pendidikan di negara ini,"
katanya.
Selain itu kata Roslan, pendidikan memang bidang yang diberi perhatian oleh TNB.
Oleh itu katanya, dengan pemberian sumbangan berupa kelengkapan persekolahan itu diharapkan anak-anak
dapat belajar dengan sempurna dan selesa.
Di Kemaman, Terengganu, 200 murid dari 14 buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal
tela
h menerima bantuan Back To School
itu yang diadakan di Dewan Sivik Kijal.

Di Kedah, 200 murid yang kurang bernasib baik di daerah Padang Terap telah mendapat manfaat daripada
keprihatinan TNB pada majlis yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang.
Sumbangan di Kuala Nerang itu telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air,
Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil turut dihadiri Pengurus Besar Negeri Kedah Bahagian Pembahagian TNB ,
Zubir Hashim.
Mahdzir ketika berucap berkata, bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban keluarga terbabit dalam
membuat persediaan persekolahan.
Dari Kedah program itu singgah di Balik Pulau, Pulau Pinang dengan 200 murid di kawasan Parlimen Balik
Pulau terpilih menerima sumbangan Back To School.
Di Balik Pulau majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya yang juga
Ahli Parlimen Balik Pulau.
Di Teluk Intan, Perak pula, 201 murid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik, di Chenderong
Balai, mendapat manfaat daripada program CSR TNB itu.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak,
merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin. Turut hadir
Pengurus Besar Negeri (Perak), Bahagian Pembahagian TNB, Wan Kamizi Wan Ishak.
Kawasan DUN Nenggiri di Gua Musang pula terpilih sebagai destinasi program Back To School di Kelantan.
Sebanyak 200 murid di kawasan itu menerima sumbangan untuk meringankan beban mereka pada
majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bendahara, Jerek.
Kelengkapan persekolahan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mat Yusoff
Abdul Ghani. Yang turut hadir, Pengurus Besar Negeri Kelantan Bahagian Pembahagian TNB, Md. Yuslan Md.
Yusoff dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang, Zahari Othman.
Di Pahang, program Back To School memberi manfaat kepada 300 pelajar Orang Asli di Cameron Highlands
yang penyampaiannya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Telanok.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140116/pe_04/Bantuan-suntik-semangat-ke-


sekolah#ixzz5YciGPLB6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Program ‘Kembali Ke Sekolah’ atau juga dikenai sebagai ‘Back To School’ merupakan satu program amal
komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk
kembali ke sekolah. Program ini memberi tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib
baik dan anak-anak golongan yang memerlukan di kawasan luar bandar.

Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan penyumbang akan bersama-sama
membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan persekolahan sebelum bermulanya sesi
persekolahan 2017. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg
sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh para sukarelawan dan juga rakan kerjasama
Islamic Aid Malaysia.

Program 'Back to School 2017' kali ini merupakan tahun keenam perlaksanaanya, telah member manfaat kepada
lebih 1,600 orang pelajar sekolah rendah kurang berkemampuan dari sekitar 32 buah sekolah.

Bagi tahun 2016, perlaksanaan penyerahan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar terpilih telah
diadakan di beberapa lokasi utama iaitu :

1. Sekolah Kebangsaan Rakyat Tupong, Kuching, Sarawak.

2. Sekolah Kebangsaan Bekelam, Bachok, Kelantan.

3. Sekolah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah.

4. Dewan Balora Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang.

5. Sekolah Kebangsaan Permatang Pelandok, Chenderong, Balai, Perak.

6. Sekolah Kebangsaan Penerok, Kukup, Pontian, Johor.

7. Sekolah Kebangsaan Buang Sayang, Papar, Sabah.

Di setiap lokasi diatas, Seramai kira-kira 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari beberapa buah
sekolah dari kawasan berdekatan telah menerima bantuan persiapan persekolahan.

IAM mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan para penaja, rakan
kerjasama, para sukarelawan serta berbagai pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di
dalam menjayakan program ini.
Program Kembali Ke Sekolah Bagi Sesi 2018
Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu
persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah. Program ini memberi
tumpuan kepada anak-anak yatim, kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan anak-anak golongan yang
memerlukan di kawasan luar bandar. Melalui program ini Islamic Aid Malaysia bersama rakan penaja dan
penyumbang akan bersama-sama membantu pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyediakan kelengkapan
persekolahan sebelum bermulanya sesi persekolahan 2018. Penyediaan kelengkapan persekolahan ini
merangkumi uniform sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan juga alat tulis. Program ini akan dilaksanakan oleh
para sukarelawan dan juga rakan kerjasama Islamic Aid Malaysia.

Objektif utama program ini adalah bagi mengurangkan beban golongan memerlukan dalam membuat persediaan
untuk membolehkan anak-anak mereka meneruskan sesi persekolahan 2018 dengan unifom serta kelengkapan
persekolahan yang mencukupi. Program ini merupakan antara program kemanusiaan yang diadakan setiap tahun
bagi membantu meringankan beban keluarga miskin yang mempunyai tanggungan yang ramai serta kurang
berkemampuan untuk menyediakan uniform dan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak mereka.

Bagi tahun sesi persekolahan yang lalu, IAM telah mencatat seramai lebih 1,450 penerima manfaat melalui
program ini. Perlaksanaan program ‘Kembali Ke Sekolah pada tahun ini pula akan dilaksanakan melalui
beberapa fasa dan akan berlangsung di sepanjang cuti persekolahan sebelum bermulanya penggal pertama
persekolahan pada tahun 2018 dan melibatkan seramai 1,600 orang pelajar miskin.

Bagi sesi persekolahan yang lepas, perlaksanaan penyerahan kelengkapan persekolahan kepada pelajar-pelajar
terpilih telah diadakan di beberapa lokasi utama iaitu :

1. Program Kembali Ke Sekolah 2016 Peringkat Negeri Sabah berlokasi di Sekolah Kebangsaan
Kindu,Tuaran,Sabah. Seramai kira-kira 200 orang pelajar yang kurang berkemampuan dari sekolah tersebut
telah menerima bantuan persiapan persekolahan dari program ini.

2. Dewan Terbuka Sek Keb Telosan, Pasir Puteh, Kelantan- Program ini telah memberi manfaat kepada 200
orang pelajar yang kurang berkemampuan dari Sek. Keb. Telosan, Sek. Keb Kampung Raja dan Sek Keb Jeram.

3. Dewan Inderapura, Sekolah Kebangsaan Ahmad, Pekan, Pahang- Program ini telah memberi manfaat kepada
200 orang pelajar dari 5 buah sekolah dari kawasan sekitar daerah Pekan. Program istimewa ini telah dirasmikan
oleh Yang Mulia Lt.Kol Tengku Dato' Sri Kamarulzaman Al Haj Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, Penaung
Yayasan ALMAS.
4. Sekolah Keb Seri Pantai, Mersing, Johor- Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang pelajar dari
Sek. Keb. Seri Pantai, Sek Keb. Mersing Kanan, Sek Keb Bandar Mersing dan Sek Keb Seri Mersing.

5. Sekolah Kebangsaan Kroh, Pengkalan Hulu, Perak- penerima sumbangan adalah terdiri daripada 200 orang
pelajar yang kurang berkemampuan yang merupakan para pelajar dari Sek. Keb. Kroh, Sek. Keb Ayer Panas,
Sek Keb Kuak Hulu dan Sek. Keb Klian Intan.

6. Dewan Balora Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang. Program ini telah memberi manfaat kepada 50 orang pelajar
miskin terpilih dari Apartment Kos Rendah sekitar Balik Pulau.

7. Sek Keb Lahar Kepar, Kepala Batas, Pulau Pinang - Program ini telah memberi manfaat kepada 200 orang
pelajar dari Sek. Keb. Lahar Kepar, Sek Keb Penaga, Sek Keb Penaga Jaya, Sek Keb Permatang Sintok dan
Sek Keb Paya Keladi.

8. Sek Keb Haji Hassan Itam, Simpang Empat, Alor Setar, Kedah- Program ini telah memberi manfaat kepada
200 orang pelajar dari Sek. Keb. Haji Hassan Itam, Sek.Keb. Kangkung dan Sek Keb Buluh Lima.

Selain dari lokasi di atas, IAM bersama rakan sukarelawan juga turut mengagihkan bantuan kelengkapan
persekolahan kepada pelajar-pelajar miskin dengan mengunjungi kediaman masing-masing di beberapa lokasi
terpilih di negeri Selangor.

Bagi meneruskan misi kemanusian ini, pihak IAM amat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan orang ramai
bagi bersama-sama menjayakan program ‘Kembali Ke Sekolah’ bagi sesi persekolahan 2016 ini.

Pakej Amal Bantuan Sekolah RM150 untuk seorang kanak-kanak

• Uniform SekolahPelajar Lelaki (Baju & Seluar)


• Pelajar Perempuan (Baju, Kain & Tudung)
• Kasut Sekolah
• Stokin
Beg Sekolah & Alat Tulis

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi En.Farouq Zauji di talian 019-3973558/03-89485939.


Bagi sumbangan, sila klik disini

Anda mungkin juga menyukai