Anda di halaman 1dari 10

TAJUK: PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI BIDANG FIZIK DALAM KEHIDUPAN

SEHARIAN

1.0 Pendahuluan

Dunia hari ini telah banyak berubah seiring dengan kemajuan dalam bidang sains fizik.
Pengenalan kepada pelbagai teknologi baru yang lebih canggih dan moden ini menjamin
peningkatan kualiti hidup manusia. Ia membantu manusia dalam menjalankan kehidupan
seharian yang lebih sempurna. Antara teknologi yang akan dibincangkan ialah teknologi
nano, enjin hybrid, teknologi pertanian dan perubatan serta teknologi kitar semula.

2.0 Perkembangan Teknologi Fizik dalam Kehidupan Seharian

2.1 Teknologi Nano dalam Pembuatan Bahan


“Nano” berasal daripada perkataan Latin yang bererti sesuatu yang sangat
kecil (dwarft) (Firda Yanuar, 2014). Manakala istilah “nanoteknologi” pula
ditakrifkan sebagai suatu pemprosesan bahan-bahan melalui pemisahan,
penyatuan dan pencacatan bentuk oleh sebiji atom atau sebiji molekul (Norio
Taniguchi, 1974). Nanoteknologi ini merupakan sebuah cabang ilmu yang
berfokus pada bahan-bahan pada ukuran antara 1 hingga 100 nanometer
(1nm=10^-9) (Teknologi Nano di Bidang Pangan, 2013). Hakikatnya,
nanoteknnologi ialah membawa perkembangan pelbagai bidang sains yang sedia
ada kepada skala nano. Skala yang terkecil ini akan meningkatkan nisbah luas
permukaan dengan volum yang mana ia akan memungkinkan penciptaan bahan-
bahan baru yang menarik serta penggunaan-penggunaan yang baru.

Dalam kehidupan seharian, kita dikelilingi oleh pelbagai produk nanoteknologi


dan antara penciptaan terbaru adalah dalam bidang perubatan. Pengenalan virus
yang bertindak sebagai nano kamera telah banyak membantu para ahli
perubatan untuk mengesan dan mendapat gambaran mengenai rangkaian
proses hidup sel virus tersebut serta cara ia berkerja. Pengesanan yang pantas
ini membolehkan para sainstis untuk merangka cara bagi mengatasi penyebaran
dan serangan virus tersebut terhadap sistem tubuh manusia dan juga haiwan.
Nanoteknologi juga telah banyak membawa pembaharuan dalam bidang tekstil
ataupun pakaian. Antaranya ialah pengenalan pakaian kalis air. Kain yang
digunakan untuk menciptanya adalah dilengkapi dengan elemen teknologi nano
pada gentian

1
fibernya. Ini mengakibatkan molekul-molekul air tidak dapat menembusi fabrik
berkenaan kerana adanya lapisan udara mikroskopik yang menghalangnya
daripada membasahi fabrik itu. Fabrik ini juga telah dilapisi oleh berbilion-bilion
partikel silika (Baju Kalis Air, 2017). Sebelum menggelongsor jatuh ke bawah,
molekul-molekul air ini akan membentuk sfera. (Rujuk rajah 1 dan 2)

RAJAH 1 RAJAH 2

2.2
Teknologi Enjin Hibrid
Sejarah industri automotif dunia telah mencatatkan penciptaan
kenderaan bermotor. Namun malangnya, penggunaan kenderaan bermotor
ini telah menyebabkan pembebasan gas beracun iaitu gas karbon monoksida
berlaku secara berleluasa. Justeru, pengenalan enjin hybrid telah
menyelesaikan sedikit sebanyak permasalahan yang timbul. Menurut Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM Prof. Ir. Dr Azhar Abdul Aziz, kereta
hibrid merujuk kepada kenderaan yang menggunakan dua atau lebih punca
tenaga untuk memacu kenderaan bergerak di atas jalan raya dengan lebih
menjimatkan, berbanding kaedah biasa yang digunakan sekarang (Utusan,
2009, Mei 07). Struktur enjin hybrid dibina untuk menggabungkan kuasa
elektrik dan bahan api yang mana bahan api disalurkan ke enjin dan dalam
masa yang sama bateri membekalkan kuasa elektrik kepada motor
elektriknya. Antara komponen yang terdapat di dalam kereta berenjin hybrid
ialah enjin pembakaran dalam, motor Generator 1 (MG1), motor Generator 2
(MG2), planetary gear set,iInverter, HV battery, HV ECU (Komponen Utama
Kenderaan Hibrid, 2013). (RAJAH 3)

2
RAJAH 3

Kereta hybrid berfungsi melalui pengeluaran tenaga iaitu voltan yang


disimpan dalam bateri dan kemudian tenaga ini akan disalurkan kepada
penjana kuasa yang juga bertindak sebagai motor elektrik. Pergerakan motor
ini, akan membolehkan roda berputar dan memacu kenderaan di atas jalan
raya. Apabila tenaga susut daripada bateri, enjin akan dihidupkan kembali
bagi membolehkan proses mengecas bateri diteruskan. Kereta hybrd ini
mampu untuk bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum dicaj semula.
Pengenalannya telah berhasil untuk mengurangkan pengeluaran gas karbon
monoksida yang mana ianya 80 % lebih rendah berbanding kenderaan
konvensional. Hal ini membuktikan bahawa kereta berenjin Hybrid ini tidak
mencemarkan alam. Antara kereta hybrid yang sudah berada dalam pasaran
adalah seperti model Toyota Prius (RAJAH 3), Honda Civic hybrid dan Ford
Fusion Hybrid.

RAJAH 3

3
2.3 Teknologi Fizik dalam Perubatan
Apabila berbincang tentang teknologi Fizik dalam bidang perubatan, kita akan
mudah teringat akan teknologi ultrasonik (gelombang bunyi) ataupun kini telah
dinaiktaraf dengan gelaran ultrasonografi kerana ia mampu memaparkan imej
pada skrin. Teknologi ini digunakan untuk menyiasat keadaan organ pesakit dan
keadaan bayi dalam kandungan ibu. Ultrasonik merupakan suara atau getaran
dengan frekuensi yang terlalu tinggi untuk didengar oleh manusia iaitu kira-kira
20 kHz ke atas. Justeru, gelombang ini hanya dapat dikesan dengan
menggunakan beberapa peralatan khas seperti transduser yang menyalurkan
pantulan gelombang yang telah ditangkap, monitor untuk memunculkan gambar
dan mesin USG untuk mengubah pantulan gelombang suara menjadi gambar di
monitor (RAJAH 4). Gelombang ultrasonik mampu untuk merambat dalam
medium yang padat, cair dan gas.

RAJAH 4

2.4 Teknologi Fizik dalam Bidang Pertanian


Teknologi fizik juga banyak memberi sumbangan dalam bidang pertanian.
Antaranya ialah “Genetically Modified Crops”. Tumbuhan-tumbuhan ini diubah
struktur dalamannya dengan menyuntik genetik daripada serangga, haiwan dan
bakteria. Tumbuhan yang terhasil adalah sangat berbeza dengan makanan yang
asli. Teknologi ini sangat penting untuk menambah ketahanan tumbuhan
terhadap serangan serangga atau perubahan iklim. Buah pertama yang berjaya
dihasilkan melalui teknologi ini ialah tomato. Tomato ini mampu bertahan selama
45 hari tanpa sebarang kerosakan (Rajah 5). Ketahanan ini adalah tiga kali
ganda lebih lama berbanding buah biasa yang hanya mampu untuk bertahan

4
selama 15 hari (Kate, 2010). Teknologi ini amat berguna kepada penduduk
sewaktu Perang Dunia ke-3 bagi memenuhi peningkatan keperluan makanan
(Perry, 2003). Kini, kawasan tumbuhan yang ditanam dengan kaedah “GM
Crops” di seluruh dunia meliputi 52.6 juta hektar terutamanya di USA, Argentina,
Canada, China dan Australia.

RAJAH 5

2.5 Teknologi Fizik dalam Kitar Semula


Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007
(Akta 627), kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa
pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran baru (Latifah, 2018). Teknologi
ini mampu untuk meminimalkan bahan buangan, penggunaan bahan mentah
baru, penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari pembakaran),
pencemaran air (tapak pelupusan) dan pengeluaran gas rumah hijau. Antara
bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, logam, bahan
elektronik dan juga fabrik. Bahan fabrik ini sangat wajar untuk dikitar semula
kerana ia diperbuat daripada serat tiruan campuran petrokimia seperti nilon,
polyester, akrilik dan spandex yang apabila dibakar akan mengeluarkan gas
metana iaitu gas rumah hijau yang berbahaya (Harian Metro, 2017). Proses
pengitaran semula bahan fabrik buangan ini akan menghasilkan aksesori
fabrik lain. Dalam masa yang sama, teknologi fizik juga digunakan untuk
mengitar semula bahan tertentu yang mahal seperti plumbum daripada kereta
dan emas daripada komponen komputer.

5
3.0 Penutup
Konklusinya, perkembangan bidang fizik telah banyak mempengaruhi
kemajuan dalam bidang-bidang lain. Hal ini berlaku seiring dengan permintaan,
keperluan dan kehendak manusia dalam menjalani kehidupan yang semakin moden
dan canggih ini. Dari bidang pembuatan sehinggalah kepada bidang perubatan
semua teknologi yang ada adalah mustahil tanpa perkembangan dalam bidang ilmu
fizik. Fizik bukan sahaja muncul dengan alat-alat atau gajet-gajet canggih semata-
mata tetapi ia juga membawa kita kearah teknologi yang lebih mesra alam.

(1010 patah perkataan)

6
RUJUKAN
Latifah Abdul Manaf. (2018). Kitar Semula. Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka

Firda Yanuar. (2014). Pemanfaatan Nanoteknologi Dalam Pengembangan Pupuk


Dan

Pestisida Organik. Jurnal Sains dan Teknologi.

Joen N. Perry. (2003). Genetically Modified Crops. Journal of Science. S & CB


(2003), 15,141–163 0954–4194

Kate Davelin. (2010). Article on Scientists create GM tomatoes 'which stay fresh for a
month longer than usual'.

Fazurawati Che Lah. (2018. Ogos 18). Kitar Semula Fabrik. Metro. Diambil dari
https://www.hmetro.com.my/nuansa/2018/01/308132/kitar-semula-sisa-fabrik.
Diakses pada 23 Ogos 2018

Laupa Junus. (2009, Mei 07). UTM Majukan Teknologi Hibrid. Utusan Malaysia.

Apa itu Teknologi Hybrid. Diambil dari http://www.serv.my/APA-ITU-TEKNOLOGI-


KERETA-HYBRID.html. Diakses pada 21 Ogos 2018

Baju Kalis Air dilengkapi Teknologi Nano. Diambil dari

http://mb.erabaru.com.my/2017/02/06/baju-kalis-air-yang-dilengkapi-
teknologi-nano-ini-boleh-membuatkan-anda-tampil-lebih-yakin/. Diakses pada
21 Ogos 2018

Henry Purnobasuki. (2004). Teknologi nano untuk kenali virus. Diambil dari

http://www.nano.lipi.go.id/utama.cgi?cetakartikel&1104874677. Diakses pada


20 Ogos 2018

7
Komponen Utama Kenderaan Hibrid. Diambil dari

http://notaautomotif.com/2013/11/komponen-utama-kenderaan-hibrid.html.
Diakses pada 21 Ogos 2018

Norio Taniguchi dalam

https://app.schoology.com/course/1639310657/materials/gp/1642002993.
Diakses pada 20 Ogos 2018

Teknologi Nano di Bidang Pangan. Diambil dari

file:///C:/Users/Windows%2010/Downloads/Teknologi-Nano-Nanotechnology-
di-bidang-PANGAN-PH-Okt-2013-Compatibility-Mode.pdf. Diakses pada 21
Ogos 2018

8
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Teknologi Fizik Dalam Kehidupan Harian

2.1 Teknologi Nano Dalam Pembuatan Bahan 1-2

2.2 Teknologi Enjin Hibrid 2-3

2.3 Teknologi dalam Perubatan 4

2.4 Teknologi dalam Pertanian 4-5

2.5 Teknologi Kitar Semula 5

3.0 Penutup 6

4.0 Rujukan 7-8

9
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS BATU LINTANG, KUCHING,SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


(PISMP)

FIZIK AM

SCES3193

TAJUK TUGASAN:
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI TERKINI BIDANG FIZIK DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

NAMA NO KAD PENGENALAN NO MATRIK


NUR SAKINAH BINTI 990511-06-5822 201706083
WAHAB

KUMPULAN / PROGRAM : PISMP SEJARAH (SK) JUN 2017


SEMESTER : SATU
TAHUN : SATU
NAMA PENSYARAH : DR TAN MING TAN
TARIKH HANTAR : 30 OGOS 2018

10

Anda mungkin juga menyukai