Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

PENSEJARAHAN MALAYSIA
Minggu 3

mismas
ANAKRONISME
• Perkataan anakronisme berasal daripada perkataan anachronus yang merupakan
cantuman daripada dua perkataan iaitu ana dan chronus.
• Perkenaan ana bermaksud bertentangan (against) manakala chronus bermaksud
masa. Hal ini bererti, perkataan anachronus bermaksud bertentangan dengan
masa.
• Dalam sejarah, anakronisme merujuk kepada sesuatu peristiwa sejarah yang
menyentuh kepada keadaan “masa bersalahan masa” atau bertentangan dengan
waktu yang sebenarnya berlaku.
• Funk & Wagnalls mentakrifkan anakronisme sebagai “satu kesalahan dalam
penggunaan sistem tertibtarikh (kronologi) atau dinyatakan peristiwa yang berlaku
atau diwakilkan sebagai berlaku yang terkeluar dari masa yang betul dan
sewajarnya”. 
• Dalam pensejarahan Melayu tradisional, terdapat beberapa peristiwa
dalam karya pensejarahan yang dilihat bersifat anakronisme seperti dalam
Sejarah Melayu, Bustanus Salatin, Hikayat Sultan Acheh Marhum, Hikayat
Merong Mahawangsa dan Hikayat Putroe Gumba Muih.  Secara umumnya,
Muhammad Yusoff Hashim (1988) telah membahagikan permasalahan
anakronisme dalam pensejarahan Melayu tradisional kepada tiga jenis
iaitu:
1.Anakronisme pada Sebuah Karya yang Sama:
• Dalam Sejarah Melayu versi R.O Winstedt, pengarang menyebut bahawa
Sultan yang berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang adalah
Sultan Mansur Syah.
• Dalam Sejarah Melayu versi Shellabear pula, diperkatakan bahawa
Sultan yang berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang adalah
Sultan Mahmud Syah.
• Selain menyalahi konsep masa, berlaku pertentangan fakta sejarah
dalam kedua-dua teks tersebut kerana kedua-dua sultan yang disebut
adalah dua individu yang berbeza.
2.Anakronisme pada Membanding Dua Teks Sejarah Berlainan dalam
Satu Peristiwa yang Sama:
• Terdapat percanggahan di antara teks Bustanus Salatin dan Hikayat
Sultan Acheh Marhum.
• Dalam hal ini, berlaku percanggahan di mana peristiwa yang telah
lama berlaku digambarkan sebagai berlaku kemudian manakala
peristiwa yang baru berlaku tetapi dianggap berlaku lebih awal.
• Sebagai contoh, dalam peristiwa Sultan Acheh menghantar utusan
ke Turki bagi mendapatkan bantuan ketenteraan menentang
Portugis, Bustanus Salatin menjelaskan utusan tersebut dihantar
pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahar
(pada pertengahan abad ke-16) manakala Hikayat Sultan Acheh
Marhum menjelaskan utusan tersebut dihantar pada zaman Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam (pada pertengahan abad ke-17). 
3. Anakronisme dengan Membanding Sebuah Sumber Sejarah dengan Sumber
Sezaman yang Lain:
• Dalam Sejarah Melayu, pengarang menyebut tentang perkahwinan Sultan
Mansur Syah dengan anak Bentara Majapahit, Puteri Raden Galoh Cendera
Kirana.
• Dalam teks tersebut juga, dikhabarkan tentang Mangkubumi Majapahit yang
mahsyur, Pateh Gadjah Mada yang turut berada dalam majlis perkahwinan
tersebut.
• Hal ini menunjukkan satu bentuk anakronisme berlaku kerana Sultan Mansur
Syah memerintah Melaka pada tahun 1459-1477 sedangkan mengikut babad
Jawa, Pateh Gadjah Mada mangkat pada tahun 1365.
KONSEP MASA
• Pengetahuan terhadap sesuatu peristiwa atau fakta sejarah dapat
membantu pengkaji dalam memahami tingkah laku manusia pasa
masa lampau,kini dan akan dating
• Adalah menjadi tanggungjawab mereka yang mengkaji tentang
sejarah memahami sepenuhnya konsep yang berkaitan dengan
masa
• Tanggungjawab pengkaji sejarah bertujuan untuk membuka masa
peristiwa lalu agar menjadi lebih beerti bagi rujukan masa kini
• Konsep masa amat penting bagi sejarah untuk mengetahui apa
yang berlaku pada masa lalu, kini dan akan datang
• Konsep masa dalam dalam sejarah terdiri daripada empat
peringkat;
a. Perkembangan
b. Kesinambungan
c. Pengulangan
d. Perubahan
• Dalam membahaskan sesuatu peristiwa dan bahan sejarah, konsep perubahan
dan kesinambungan pelu diberi perhatian
• Pengkajian peristiwa sejarah merupakan kajian masa lampau. Pengkajian masa
lampau membawa pengertian yang luas.
• Rangkaian peristiwa adalah peristiwa yang berlanjutan atau berkesinambungan
• Pengkajian sesuatu sejarah seperti melihat sesuatu aspek melalui 3 dimensi
iaitu;
mengkaji masa silam
meneliti kesesuaiannya dengan masa sekarang
meneliti kesannya dan kesesuaian masa depan
• Apabila mengkaji sejarah kita akan mengkaji dengan masa
peristiwa tersebut berlaku, terus bergerak dari masa sebelumnya
dan menelitinya pada konteks masa hadapan.
• Peristiwa-peristiwa baru saling berkaitan kerana perjalanan
sejarah tidak pernah terhenti.
• Kajian terhadap konsep masa dalam sejarah juga melibatkan
kajian terhadap kronologi sesuatu peristiwa sejarah bermakna
meneliti kesesuaian dengan urutan waktu sesuatu peristiwa
tersebut berlaku
• Peristiwa berlaku secara berurutan dan tidak berpisah antara satu dengan yang lain.
• Dalam mempelajari sejarah kita harus memahami dengan jelas setiap tempoh masa
dan urutan kejadian sesuatu peristiwa tersebut.
• Dengan adanya pembahagian tempoh masa tersebut akan memudahkan seseorang
pengkaji mempelajari sesuatu sejarah yang dibincangkan.
• Peristiwa-peristiwa masa lampau yang mengambil masa terlalu terlal panjang boleh
dikelompokkan, disederhanakan dan diringkaskan menjadi beberapa tempoh masa
tertentu akan memudahkan seseorang untuk memahami sejarah.
• Tempoh masa sesuatu peristiwa sejarah tersebutbdisususn mengikut kronologi agar
memudahkan pembaca memahami kronologi sejarah yang panjang dan saling
berkaitan antara satu dengan yang lain

Anda mungkin juga menyukai