Anda di halaman 1dari 17

anakronisme dalam tradisi pensejarahan melayu dan contoh-

contoh yang sesuai merujuk kepada naskah-naskah melayu


lama.

Yusry Sulaiman

Hanif Izzuddin Bin Azman

Norzie Aiha Binti Zuhari

1.1 PENGENALAN
Pada dasarnya, penggunaan konsep pensejarahan yang lebih saintifik dan terperinci dapat
dilihat apabila bermulanya hasil cetusan idea yang diilhamkan oleh Bapa Pensejarahan
Moden iaitu Leopold Von Ranke pada abad ke-19. Dalam konsep yang diterapkan oleh
Ranke, beliau memberikan pendekatan yang agak sinonim dengan diri beliau dalam dunia
pensejarahan iaitu menurut beliau “Saya hanyalah berhajat semata-mata untuk
memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar”. Namun perkara atau ciri yang
paling selalu dibimbangi oleh para sejarawan dan para ilmuan ialah terdapatnya unsur
anakronistik iaitu kesilapan atau percanggahan untuk menempatkan sesuatu peristiwa,tokoh
dan tempat pada zaman yang sebenarnya.Di sampingi tu juga, terdapatnya unsur mitos,
lagenda, dongeng yang manamerupakan unsur mewarnai karya–karya pensejarahan
tradisional yang akhirnya menyebabkan karya-karya ini dilanda pelbagai kontroversi
seandainya nilai sejarah itu dilihat daripada sudut pensejarahan moden. 1

2.1 DEFINISI ANAKRONISME

Istilah anakronisme berasal daripada bahasa Yunani iaitu merujuk kepada perkataan
anachronus. Anakronisme sebenarnya berasal daripada cantuman dua perkataan, iaitu ana,

1
Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin), Kuala Lumpur: Utusan
Publications dan Distributors, 1997, hlm. 45-49.
yang bererti pertentangan dan chronus yang bererti masa.2 Jadi anachronus membawa erti
“pertentangan dengan masa”. Istilah anachronus sebenarnya adalah satu konsep dan
persoalan yang menyentuh tentang masa yang bertentangan dengan masa yang sebenar. Di
samping unsur lain yang terdapat dalam penulisan “sejarah” tradisonal Melayu seperti
“mitos” dan “post-eventum” yang tergolong ke dalam the realm of folklore, anakronisme
sebenarnya merupakan satu fenomena dalam penulisan sastera Melayu klasik genre ini.3

Funk dan Wagnalls memberikan pengertian anakronisme sebagai “satu kesalahan


dalam penggunaan system tertib tarikh atau dinyatakan peristiwa yang berlaku atau
diwakilkan sebagai berlaku terkeluar dari masa yang betul dan sewajarnya. 4 Menurut Ahmad
Baso (1999) pula, anakronisme merujuk kepada istilah yang sering digunakan untuk
menjelaskan terdapatnya kesalahan logik atau realiti dalam memahami sesuatu peristiwa
atau berfikir yang tidak sesuai dengan zaman ketika sebuah fenomena atau peristiwa
terjadi. Selain itu, anakronisme juga merujuk kepada ketidaksesuaian penempatan tokoh
atau watak dalam sesebuah cerita atau ketidaksesuaian latar yang terjadi terhadap tokoh
atau watak yang dikisahkan.

3.1 BENTUK DAN CONTOH ANAKRONISME

Anakronisme merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam penulisan Sejarah
Melayu terutamanya. Anakronisme ini wujud dalam naskah-naskah Melayu lama yang
selalunya berkaitan dengan Sejarah Melayu, Bustan al-Salatin, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Sultan Acheh. Ekoran dari anakronisme yang
berlaku telah menyebabkan ramai pengkaji terutamanya pihak barat yang menolak naskah-
naskah Melayu sebagai bahan sejarah. Mereka dilihat sukar untuk memahami teks Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah yang dilihat sukar difahami kerana teks-teks tersebut tidak
memberikan makna sejarah seperti yang mereka kehendaki. Mereka juga menganggap
maklumatmaklumat yang terdapat dalam manuskrip juga kurang saintifik, tidak masuk akal,
penuh dengan cerita fantasi, lagenda dan mitos yang mereka tidak fahami. Oleh itu, mereka
telah memperlekehkan manuskrip Melayu terutama Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah

2
Funk-Wagnalls, Standard Dictionary of the English Language, London: Oxford, 1933, hlm. 151.

3
Mohd. Taib Osman, “Mythic Elements in Malay Historiography”, Tenggara, 1:2, 1986, hlm. 80-89.

4
“A Chrological error or something occurring or represented as occurring out of its proper time ”, lihat Funk-
Wagnalls, op.cit, hlm. 115.

2
kerana unsur anakronisme yang wujud, namun mereka menutup mata kepada anakronisme
yang terdapat dalam drama William Shakespeare.

Dengan merujuk dan menggunakan beberapa buah karya seperti kitab Sejarah
Melayu (Sulaltus Salatin), Bustan’ Us-Salatin, Hikayat Sultan Acheh Marhum, Hikayat Merong
Mahawangsa dan Hikayat Putroe Gumba Muih. 5 Anakronisme dalam semua teks sejarah ini
dapat dibahagikan ke dalam tiga bentuk. Pertamanya, anakronisme yang ditulis berdasarkan
sesuatu peristiwa atau episode yang “khusus”. Ini terdapat pada sebuah karya “sejarah”
yang sama tetapi berlainan edisinya. Kedua, gejala peristiwa yang sama yang terdapat pada
dua buah teks yang berbeza serta muncul pada masa yang berlainan. Ketiga, anakronisme
yang muncul setelah perbandingan antara satu peristiwa atau episod dalam sebuah teks
dengan sumber atau fakta sejarah sezaman.6

3.1.1 Anakronisme pada sebuah karya yang sama.

Ini terdapat contohnya dalam karya Sejarah Melayu. Terdapat dua buah edisi yang berlainan
pada karya ini.Pertama, edisi yang diedit dan diterbitkanoleh R.O Winstedt dari risensi
terawal MS.NO.18, koleksi T.S. Raffles dalam JMBRAS.7 kedua, edisi yang mashur iaitu oleh
W.G.Shellabear yang telah diterbitkan. 8Satu peristiwa yang mashur terdapat pada kedua-
dua edisi ini adalah tentang peminangan Puteri Gunung Ledang oleh sultan Melaka.Tetapi
terdapat perbezaan yang jelas antara kedua edisi ini, iaitu tentang siapakah yang
memerintahkan peminangan tersebut. Dalam edisi Winstend, dikatakan yang berhasrat
meminang ialag Sultan Mansur Syah. Petikannaya berbunyi begini:

“maka Sultan Mansur Shah memberi titah pada segala orang


besar-besar’…..bahawa kita hendak beristeri terlebih dari
segala raja-raja dalam dunia ini….’ Maka titah baginda, ‘kita
hendak meminang Puteri Gunung Ledang, Laksamana dan
Sang Setialah kita titahkan. Maka sembah Laksamana dan
Sang Setia, ‘Baiklah, tuanku.9

5
Hikayat ini bukannya sebuah karya yang bercorak sejarah. Namun isinya dibina dari fakta dan kebenaran
sejarah.

6
Ding Choo Ming, Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu, Aswara, 195-225, 2009.
7
R.O Winstend, “The Malay Annal”, JMBRAS, (teks bahasa Melayu), XIV; iii, (1938), hlm. 42-226.

8
W.G. Shellabear, Sejarah Melayu, Singapura: Malaya Publishing House, 1961, hlm. 20.

9
R.O. Winstend, op.cit., hlm. 129.

3
Edisi Shellabear pula menyebutnya sebagai Sultan Mahmud lah yang berhasrat meminang.
Teks ini berbunyi:

“Maka titah Sultan Mahmud, ‘jikalau beristeri sama anak


raja-raja ini, adalah raja-raja lainpun demikian juga; yang
kita kehendaki, barang yang tiada pada raja yang lain….
Akan sekarang kita hendak meminang Puteri Gunung
Ledang; Laksamana dan Sang Setia kita titahkan.’ Maka
sembah Laksamana dan Sang Setia, ‘Baiklah tuanku’.

Disamping itu, Sejarah Melayu dalam versi R.O Winstedt dan Shellabear dilihat
terdapat perbezaan isi cerita berdasarkan watak dan tempat. Sejarah Melayu versi R.O
Winstedt dilihat lebih tua jika dibandingkan dengan versi Shellabear. Melalui dua versi ini
terdapat perbezaan watak dalam peristiwa perkahwinan Sri Tri Buana. Melalui versi R.O
Winstedt Sri Tri Buana dikahwin dengan anak Demang Lebar Daun iaitu Wan Sendari. Hasil
dari perkahwinan tersebut Sri Tri Buana telah dikurniakan dua orang putera yang dilahirkan
di Temasik iaitu negeri yang baru dibuka oleh Sri Tri Buana. Namun, berbeza pula menerusi
versi Shellabear, dalam versi ini Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba yang
berkahwin dengan Wan Sendari dan dikurniakan dua orang putera dan dua orang puteri
iaitu Sang Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi yang
dilahirkan di Palembang. Selain contoh ini, banyak lagi contoh anakronisme yang terdapat
pada kedua-dua edisi yang berlainan itu. Namun, ini merupakan contoh yang lebih jelas dan
nyata.

3.1.2 Anakronisme dengan membandingkan dua buah buku teks sejarah yang
berlainan terhadap peristiwa yang sama.

Untuk perbincangan ini, telah dijadikan contoh dua buah karya sejarah yang terdapat di
Acheh, iaitu kitab Bustan ‘us-Salatin dan Hikayat Sultan Acheh Marhum sebuah versi Melayu
daripada karya asal dalam bahasa Acheh, Hikayat Poteumeureuhoem Menkuta Alam . Hal ini
dibahagiakan kepda dua bahagian. Pertama, satu peristiwa yang telah lama berlaku, tetapi
diletakkan seolah-olah berlaku pada masa terkemudian. Kedua, peristiwa yang berlaku
kemudian tetapi diletakkan seolah-olah pada masa yang lebih awal.

3.1.2 (a) Diletakkan pada masa terkemudian

4
Diambil contohnya tentang penghantaran utusan Sultan Acheh ke Barat. Dalam Bustan‘us-
Salatin, dikisahkan bagaimana Sultan Acheh menghantar seorang Duta ke Turki, justeru
untuk mendapatkan bantuan tentera dan senjata untuk menentang Portugis. Utusan ini
telah berjaya juga mendapatkan bantuan pakar membina kota dari Turki. Antara lain kitab
ini menyebut:

“kemudian dari itu maka kerajaan Sultan Alauddin Riayat


Syah ibn Sultan Ali Mughayat Syah, pada hari
isnin….menyuruh utusan kepada Sultan Rom ke Istanbul,
kerana meneguhkan agama Islam. Maka dikirim Sultan Rom
daripada jenis utus dan tahu menuang bedil. Maka pada
zaman itulah dituang orang meriam yang besar-besar. Dan
ialah pertama-tama ghazi dengan segala kafir…dan itulah
disebut orang akan dia Marhum Kahar.”10

Ini bermakna bahawa yang melakukan peristiwa sejarah ini ialah Sultan Alauddin
Riayat Syah Al-Kahar, 946-975H (1539-1567).

Dalam Hikayat Sultan Acheh Marhum pula, ada disebut peristiwa yang sama.
Peristiwa sejarah ini dikisahkan dengan lebih terperinci lagi. Kononnya, dua buah kapal
berisi dengan lada yang bakal dipersembahkan kepada raja Turki telah dihantar ke Barat.
Utusan ini mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke Turki sehinggakan lada-lada
tersebut habis dijual di pertengahan jalan. Apabila mereka sampai ke Turki, Cuma dua
cupak lada yang tinggal. Inilah yang dipersembahkan kepada raja Turki itu. Sebagai
balasannya, utusan ini telah dianugerahkan senjata dan meriam yang sangat besar buatan
Turki. Untuk mengingati peristiwa ini, orang Acheh menggelar meriam besar itu sebagai
“Lada Sicupak”. Tetapi peristiwa ini terlalu berbeza dengan peristiwa yang terdapat dalam
Bustan’us-Salatin. Hikayat ini menerangkan bahawa yang melakukan penghantaran ini
bukannya Sultan Alauddin, tetapi Sultan Acheh yang mashur iaitu Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam(1606-1636/7M). sedangkan jarak jangka masa kedua–duanya memerintah
ialah satu abad lamanya.

3.1.2 (b) Diletakkan pada masa yang lebih awal.

10
T. Iskandar, Bustan’Us-Salatin (Bab II, Fasal 13) oleh Nuruddin ar-Raniri, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm.31.

5
Kedua-dua hikayat dari Acheh ini juga turut digunakan sebagai contoh. Dalam Bustan’us-
Salatin, ada dikisahkan bagaimana Sultan Iskandar Thani(1637-1640) membina sebuah
“Bustan” (taman) yang sangat indah berhampiran istananya, serta dibina sebuah bangunan
yang bernama “Gegunung Menara Permata” di taman ini. Hal ini dikisahkan dengan panjang
lebar bermula dari ayat,

“Kata sahibu’t-tarikh: Pada zaman bagindalah berbuat suatu bustan, iaitu kebun, terlalu
indah-indah…..” sehingga ke ayat “….dan buah jela, dan jintan, dan jagung, dan jaba dan
sekoi dan enjelai”.11

Dalam Hikayat Sultan Acheh Marhum juga ada disebut bagaimana telah didirikan
sebuah taman dan “Gegunungan Menara Permata” berhampiran istana raja Acheh.
Anehnya, dalam hikayat ini yang dinyatakan membina taman indah atau besar ini bukannya
Sultan Iskandar Thani tetapi Sultan Iskandar Muda (1606-1636/7M) juga. Sedangkan
baginda memerintah lebih awal daripada Sultan Iskandar Thani. Kononnya istina ini dibina
bagi menghiburkan hati permaisuri baginda yang berasal daripada Pahang yang merindukan
halamannya.tiap-tiap wanita Acheh dikehendaki membawa secubit kapur di jari masing-
masing untuk membina taman dan bangunan tersebut.

3.1.2 (C) Anakronisme dengan membandingkan antara sebuah hasil sejarah


dengan sumber atau fakta sejarah sezaman yang lain.

Untuk bentuk ini, dirujuk kitab Sejarah Melayu dan kitab Hikayat Merong Mahawangsa.
Dalam kitab Sejarah Melayu kita dapat lihat tentang perkahwinan Sultan Mansur Syah
daripada Melaka, dengan Puteri Radin Galuh Cendera Kirana, puteri betara Majapahit dan
Puteri Wi Kesuma. Banyak peristiwa yang dramatik dan tragik berlaku dalam babak atau
peristiwa ini, sehingga Hang Tuah dikatakan mendapat gelaran “Laksamana” dari ratu
Majapahit itu.12 Yang menghairankan ialah ketika peristiwa ini berlaku, Perdana Menteri
(Mangkubumi) Majapahit ketika itu dikatakan sebagai “Patih Gajah Mada” yang mashur
dalam sejarah Jawa. Di sini gejala anakronisme jelas sekali dapat dilihat. Sultan Mansur
memerintah Melaka antaraanatara tahun 1459-1477, sedangkan “babad” Jawa pula
mengatakan bahawa Patih Gajah Mada mati pada tahun 1365. Ia menunjukkan lebih seratus
tahun awal sebelum kedatangan rombongan Sultan Melaka tersebut. mustahil untuk Sultan
Mansur Syah untuk berkahwin dengan anak Patih Gajah Madah, dimana Patih Gajah Madah
ini telah meninggal beberapa puluh tahun sebelum zaman beliau. Percanggahan dalam

11
Ibid., hlm. 48-52.
12
W.G.Shellabear, ‘Alkisah Cetera yang Keempat Belas”, hlm. 109-124,

6
kedua-dua perkara ini dengan fakta sezaman menjelaskan unsur anakronisme yang berlaku
dalam pensejarahan Sulalatus Salatin.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga dikatakan setelah rajanya yang pertama, iaitu
Pra Ong Mahawangsa memeluk Islam, dan kemudian digelar Sultan Muzaffar Syah, telah
disebut nama ulama Acheh yang terkenal iaitu Syeik Nuruddin ar-Raniri bersama dua
kitabnya iaitu Siratul Mustaqim dan Babul-Nikah dihantar ke Kedah. Sedangkan kita tahu
bahawa Sultan Kedah yang pertama memeluk Islam ilah pada tahun 1474, apabila raja
Islamnya yang pertama pergi untuk dinobatkan oleh Sultan Mahmud Syah di Melaka ini jelas
tercatat dalam Hikayat Acheh dan Sejarah Melayu yang menyatakan bahawa:

“Arakian maka raja Kedah pun datang menghadap ke


Melaka, hendak memohon nobat; telah datang ke Melaka
didudukkan oleh Sultan Mahmud raja Kedah itu di atas
cetera yang banyak, dianugerahi Sultan Mahmud……”

Walhal yang pasti ialah Syeik Nuruddin ar-Raniri yang mengarang Bustan’us-Salatin dan
menyusun kitab Siratal-Mustaqim yang dikatakan oleh Hikayat Merong Mahawangsa datang
ke Acheh dari India hanya pada tahun 1637, ketika Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar
Thani. Oleh itu, jelas perbezaan masa terdapat lebih kurang dua abad lamanya.

Contoh lain pula misalnya dalam karya Misa Melayu. Di sini dapat dilihat bentuk
pertentangan dalam pensejarahannya dengan fakta sezaman. Seperti, ketidaksamaan ruang
masa yang digunakan dalam Misa Melayu dengan fakta sejarah. Raja Chulan menulis
tempoh pemerintahan raja Melayu di Perak iaitu Sultan Mahmud Shah (Mahrum Besar)
adalah selama 120 tahun dan Sultan Alauddin Shah selama 20 tahun. Tetapi tempoh
pemerintahan yang dinyatakan ini bertentangan dengan tempoh pemerintahan yang ditulis
dalam salasilah pemerintahan raja Perak, dimana Sultan Mahmud Shah hanya memerintah
selama 66 tahun bermula pada tahun 1654 hingga 1720, manakala Sultan Alauddin Shah
hanya selama 8 tahun iaitu dari tahun 1720 hingga 1728.13

4.1 FAKTOR TERJADINYA ANAKRONISME DALAM TRADISI PENSEJARAHAN

13
Arbadiyah Mohd Noor, Fakta Sejarah dalam Karya-Karya Pensejarahan Melayu: Antara Pencanggahan dan
Kebenaran, Dalam Sarjana dan Kesarjanaan, Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya, hlm 35.

7
hal ini perlu ditinjau daripada dua factor. Pertama, harus dipertimbangkan perspektif masa
(zaman) dan masyarakat Melayu tradisional. Kedua, bentuk kesusasteraan sejarah yang
lahir oleh masyarakat ini.

4.1.1 Zaman dan masyarakat

Faktor ini dikaitkan dengan penulis dan “sikapnya” tentang penulisan sejarah. Hal ini
dikaitkan dengan keadaan masyarakat tempat penulis hidup sehingga mempengaruhi sikap
penulis. Penulis boleh membuat tokok tambah isi byang diperlukan dengan sesuka hati
ataupun menidakkan mana-mana isi yang dirasakan tidak diperlukan. Hal ini berlaku
disebabkan pada ketika itu tindakan tokok tambah tidak dibantah dan tiada peraturan yang
wujud berkenaan perkara tersebut. Professor Kartodhirjo pernah mengatakan bahawa:-

“maka tidak dapat secara begitu sahaja norma-norma ilmu sejarah


dipergunakan untuk mengukur nilai histiografi tadi. Semuanya harus
dikembalikan kepada kerangka kebudayaan yang menimbulkan histiografi
itu, unsur asli dan pengaruh luar, peranan epos, magis dan metodologi…” 14

Oleh itu, bentuk masyarakat Melayu itulah yang wajib difahami. Lantaran rupa dan
kehendak masyarakatnyalah yang menyebabkan mereka bersikap demikian. Sebenarnya kita
patut memahami milieu dan tingkat pemikiran masyarakat kini, berbanding masyarakat
Melayu tradisional. Masyarakat Melayu tradisional juga masih belum mempunyai tradisi
menyimpan bahan-bahan sejarah sama ada yang tertulis dalam bentuk buku, dokumen,
mencatat apa yang berlaku dan sebagainya. Peristiwa bersejarah yang berlaku hanya diingat
sahaja dan diwarisi daripada seseorang kepada seseorang yang lain dan keluarga hingga ke
keturunan. Kesannya telah membentuk peristiwa tersebut menjadi sejarah lisan yang
kesahihan dan faktanya sering kali melencong dari “versi” asal.

Di samping itu, kita perlu menyedari gejala kemasyarakatan yang lain seperti world-
view, etos dan sistem kepercayaan yang terdapat pada masyarakat jenis ini. Berbeza
dengan masyarakat Barat sezaman, mereka agak kurang kritis tentang masa. Sedangkan
konsep masa ini sering pula dihubungkan dengan alam sekeliling.fahaman dan konsep
mereka tentang sejarah yang pada pensejarahan moden sangat mementingkan faktor masa
14
Sartono Kartodhirdjo,” Segi-segi Struktural Histiografi Indonesia” Lembaran Sedjarah, 1968, hlm. 24-39.

8
dan kewajiban sedar pada faktor tertib tarikh, kuarang terdapat pada mereka atau si penulis
sejarah itu.15 Professor Mohd. Taib Osman melihat karya sejarah sepert ini sebagai satu hasil
ungkapan “budaya-jiwa” si penulis akibat daripada tekanan keadaan dan “sosiobudaya”
masyarakatnya.16

4.1.2 Bentuk Kesusasteraan Sejarah

Sosiobudaya masyarakat dan budaya-jiwa penulis muncul lantaran semangat zaman itu, dan
norma sosiopolitik semasa. Dalam masyarakat tradisional Melayu sebelum pertengah abad
ke-19, seorang penulis yang hubungannya rapat dengan golongan istana, pasti tidak dapat
lari dari keadaan dan kehendak keliling iaitu menyanjungi raja, istana dan golongan
pemerintah pada zamannya. Pihak yang menjadi pelindung atau penaung, perlu diberikan
tempat yang sebaik-baiknya. Ini bermakna bahawa penulis secara langsung atau tidak,
sedar akan kuasa dan peranan sosiopolitik yang bergerak di belakangnya. Penulisannya
harus selari dan sewarna dengan kehendak kuasa itu. Akibatnya, bentuk penulisan sejarah
yang timbul menurut Profesor A.E.Teeuw:

“bahawa kesusasteraan ini yang berwarna sejarah pertama-


tama ditulis untuk keperluan raja, dinasti dan kerajaan.
Buku-buku ini yang ditulis atau disalin oleh yang berkenaan
bukan untuk tujuan hiburan, penglipur lara,, pun bukan I’art
pour I’ art semata-mata.17

Bahkan tujuan penulisan ini ialah untuk memberikan taraf pengesahan untuk
pemerintah, di samping bertujuan, “….for the glorification of kings or of one particular
king”18 dan C.C. Berg pula mengatakan sebagai ad majorem gloriam. Walaupun hakikatnya
masih kabur, namun C.Skinner mencadangkan sebagai:-

“to give in such a way as to delight the hearts and rejoice


the imagination of their prospective patrons….so that his

15
M. Oakshott, Experience and Historical Modes, 1993. Hlm. 99-100.

16
Mohd. Taib Osman, op.cit. hlm. 81.
17
A.E.Teeuw & T.D Situmorang (ed). Sejarah Melayu (dari versi Abdullah Munsyi 1831). Jakarta: Penerbit
Djambatan, 1952, Hlm.413.

18
C.C.Berg “De Evolutie de Javaanse Geschiedschijving” (terjemahan), 1951, Hlm 121-146.

9
potential patrons wounld be satisfied to hear their names
mentioned and their deeds preised”

Kesan daripada semangat dan dorongan ini, maka soal penulisan sejarah mengikut
aliran realisme dan objektif sejarah tidak di ambil beratoleh penulis tradisi. Kerana didorong
oleh kehendak kosmos sekitarnya, penulis lebih mementingkan gejala subjektiviti dalam
penulisannya. Pada mereka, objektifviti adalah tidak penting. Yang penting ialah menulis
tentang raja yang memerintah di zamannya. Kesan serta-merta daripada gejala ini ialah
penulisan sejarahnya berbentuk tumpuan raja dan istana atau tumpuan golongan pembesar
bangsawan. Penulis sengaja berbuat demikian kerana faktor sosiopolitik yang bergerak di
belakangnya. Lantaran tidak sengaja pula world-view masyarakat sezamannya memandang
dan menggunakan konsep “masa” dengan cara yang longgar, dan kurang pasti tentang
sistem tertib tarikh. Mereka menulis sejarah bukan untuk menyatakan fakta-fakta semata-
mata, tetapi untuk keagungan dan kebesaran rajanya.

4.1.3 Anjakan Paradigma Penyalin Terkemudian

Sememangnya ramai ahli sarjana yang maklum bahawa terdapat banyak perbezaan antara
pengarang asal dengan pengarang terkemudian dalam menyalin sesebuah karya. Hal ini
adalah berkaitan rapat dengan kehidupan masyarakat, pemerintahan dan gaya hidup zaman
pengarang asal dengan zaman pengarang terkemudian. Pengarang terkemudian mungkin
merasai banyak perkara dalam cerita asal tidak bersesuaian dengan keadaan waktu. Oleh
yang demikian, hal ini mendorong pengarang terkemudian memasukkan sesuatu yang
dianggap baik dan sesuai dengan nukilan karya mereka. Menurut Winstedt dan Shellabear
telah menampakkan kelainan pandangan. Winstedt menamatkan kisah dalam tahun 1535
Manakala edisi Shellabear diakhiri tahun 1612. Hal ini jelas menunjukkan edisi Shellabear
lebih terkemudian. Shellabear cuba membina versi baru dengan menukar legenda
peminangan Puteri Gunung Ledang. Dalam kebanyakan edisi seperti edisi Winstedt
peminangan berlaku dalam zaman Sultan Mansur Syah. Shellabear cuba berusaha untuk
menukar peristiwa peminangan itu daripada zaman Sultan Mansor Syah ke zaman Sultan
Mahmud Syah. Tujuannya agar zaman Sultan Mahmud Syah juga akan masyhur sekiranya
terdapat peristiwa luar biasa setanding dengan kemasyuran zaman Sultan Mansur Syah. 19

19
Jelani Harun dan Abd Rahman Abd. Rahsid, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Selangor: Pearson
Malaysia Sdn, Bhd. 2005, hlm. 58-62.

10
4.1.4 Percanggahan Tafsiran

Semasa proses penyalinan dan penerbitan, masalah salah tafsiran ataupun kesilapan
pembacaan oleh penyalin atau penterjemah sering sahaja timbul. Keadaan seumpama ini
berlaku disebabkan penyalin yang menyalin naskah asal tidak faham isi kandungan naskah
asal. Antara permasalahannya ialah naskah asal menggunakan tulisan jawi dan rata-rata
penyalin bukan semua mempunyai kemahiran dalam membaca dan menulis dalam tulisan
jawi. Seandainya boleh membaca pun mungkin mereka tidak dapat membunyikannya
dengan betul dan mereka menulis mengikut kefahaman mereka sendiri. Sememangnya
membaca naskah jawi adalah lebih sukar, Winstedt juga turut membuat kesilapan. Beberapa
perkataan jawi dalam Sejarah Melayu yang disalin oleh Winstedt diterjemahkan dalam
Bahasa Melayu tetapi ejaan jawinya masih dikekalkan dengan apa yang ditulis oleh beliau. 20

5.1 KESAN-KESAN ANAKRONISME

5.1.1 Sukar diterima Sebagai Sumber

Kesan penting anakronisme dalam penulisan sejarah Melayu adalah kesukaran untuk
menerima karya tersebut sebagai sumber sejarah yang utama. Keadaan ini akan
menambahkan kelemahan bagi hasil karya tersebut. Oleh itu, hal ini akan dijadikan alasan
oleh sesetengah sarjana untuk tidak menerima karya sejarah Melayu sebagi sumber sejarah
penting melainkan hanyalah mitos atau lagenda. Contohnya, R. O Winstedt yang menolak
sumber pensejarahan Melayu disebabkan oleh kelemahan ini. Kekeliruan dalam menentukan
penulis sebenar Hikayat Hang Tuah dan penyalin Bustan us-Salatin juga menyumbang
kepada kurangnya nilai sejarah dalam penulisan karya ini. 21

5.1.2 Fakta yang mengelirukan

Disamping itu, anakronisme yang berlaku dalam penulisan ini juga telah menyebabkan
timbul kekeliruan dalam menentukan peristiwa yang betul dan tepat. Contohnya, perbezaan

20
Muhd Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya, Sejarawan dan Pensejarahan: Ketokohan Dan Karya,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998, hlm. 70-72.
21
Hendrik M. J. Maier, “Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar”, Jurnal Sari, 2001, 19, hlm. 5,
159-178.

11
yang wujud antara pelaku sejarah bagi peristiwa yang sama misalnya peristiwa peminangan
Puteri Gunung Ledang. Terdapat perbezaan yang berlaku dalam penulisan bagi edisi R. O.
Winsted dan W. G. Shellabear. Adalah menjadi persoalan siapakah sebenarnya Sultan
Melaka yang telah mengarahkan utusan peminangan tersebut. 22

5.1.3 Tidak diiktiraf Sebagai Tulisan Ilmiah

Kewujudan anakronisme dalam pensejarahan Melayu menyebabkan karya tersebut tidak


dianggap sebagai tulisan yang berbentuk ilmiah. Contoh yang boleh dilihat adalah dalam
penghasilan karya tempatan iaitu Riwayat Kinta yang ditulis oleh Abdul Talib Haji Ahmad.
Walaupun karya ini masih boleh dianggap sebagai salah satu sumber sejarah disebabkan
oleh kekurangan sumber yang lain namun jika dilihat dari aspek penggunaan sumber
ternyata tidak begitu memuaskan.23

6.1 Langkah Mengatasi Anakronisme

6.1.1 Kembali Kepada Sumber Asal

Sumber primer merupakan elemen yang amat penting dalam usaha para sejarawan untuk
merungkai kembali sesuatu percanggahan fakta mahupun peristiwa sejarah yang menjadi
perdebatan. Sumber primer ataupun sumber asal adalah perkara yang perlu di masukkan
dalam kewajipan penulis. Hal ini, adalah bagi mengelakkan berlaku anakronisme dalam
karya penulisan yang diterbitkan yang pada akhirnya akan memberi kesan ke atas intipati
penulisan tertentu. Namun begitu, penulis juga harus membuat penelitian dan analisis
terhadap karya penulisan yang lain bukan sahaja yang dihasilkan oleh penulis melayu tetapi
juga penulis daripada Eropah.

Penyelesaian ini jelas dapat dibuktikan dapat menyelesaikan masalah bentuk


anakronisme iaitu anakronisme yang berlaku dalam satu karya yang sama yang dapat dilihat
dalam edisi Winstedt dan Shellaber dalam peristiwa peminangan puteri gunung ledang di
mana berlaku perbezaan dan percanggahan pelaku iaitu nama Sultan Melaka dalam
penulisan mereka. Hal ini, kerana mereka menggunakan nama Sultan Melaka yang berbeza
iaitu dalam edisi Winstedt nama yang diberi adalah Sultan Mansur manakala shellaber
menggunakan menamakan Sultan Melaka dalam edisinya sebagai sultan Mahmud. Namun

22
W.G Shellabear, Sejarah Melayu, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1989, hlm. 215.

23
Ibid., hlm. 27.

12
jika kembali kepada sumber asal terutamanya yang dihasilkan oleh Tun Sri Lanang beliau
menggunakan nama Sultan Melaka sebagai Sultan Mahmud ini bermaksud edisi yang
dihasilkan oleh Shellaber merupakan penulisan yang bersumber oleh itu anakronisme dapat
di selesaikan secara langsung dengan melakukan rujukan semula pada sumber asal.

6.1.2 Kritikan Sumber

Kritikan sumber juga antara aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam aspek penulisan
sejarah. Hal ini kerana, pada zaman lampau kaedah penyelidikan sejarah yang dijalankan
oleh ahli sejarah adalah bersifat terbatas, terhad serta tidak sistematik. Kaedah pendekatan
yang digunakan oleh mereka adalah hanya berlandaskan kepada aspek pemerhatian sejarah
dan budaya dalam sesebuah masyarakat. Perkara ini berlaku kepada ahli sejarah terdahulu
seperti Herodotus, Thucydides, Ibn Khaldun dan Tun Seri Lanang. 24 Di mana, proses
pengumpulan maklumat hanya berdasarkan beberapa sumber yang wujud ketika itu seperti
sumber lisan dan pengalaman mereka atau individu yang terlibat dalam peristiwa itu.
Sememangnya, kaedah pendekatan dalam penyelidikan sejarah pada zaman lampau sudah
pun wujud sama ada secara jelas, tersurat dan kadangkala dinyatakan secara tersirat. 25
Namun, faktor perubahan masa dan zaman telah menuntut supaya kalangan ahli sejarah
berubah dengan menggunakan pelbagai kaedah dan aspek penyelidikan berdasarkan
perkembangan ilmu.

Oleh itu, kritikan sumber sangat perlu bagi penyelesaian masalah anakronisme dalam
penulisan sejarah. Bagaimanapun, kritikan sumber haruslah berasas dan beretika bukan
hanya cuba menegakkan prinsip yang dipegang sebagai satu kebenaran yang mutlak.
Kritikan yang dilakukan perlulah bersikap jujur dan bertanggungjawab. Menurut Prof.
Emeritus Datuk Dr. Khoo Kay Kim, dalam bidang sejarah tidak boleh ada individu yang
mengatakan betul atau salah kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah yang
wujud dalam bidang sejarah. Dengan itu, kritikan dalam bidang sejarah perlu dilakukan
secara telus dan membina iaitu seperti pendapat yang juga diutarakan oleh Rozeman Abu
Hassan menyatakan bahawa bukan keburukan dan kesalahan yang perlu ditonjolkan tetapi
ahli sejarah yang mengkritik perlu bersifat professional dengan memberi penjelasan yang
tepat dan boleh diterima oleh kalangan sejarah yang lain.

24
Ibid, hlm 33.
25
Muhd. Yusof Ibrahim, Falsafah Sejarah: Perkembangan dan Kewajaran’’, Simposium Kebangsaan Ilmu
Sejarah; Sejarah Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Jabatan Sejarah , Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
30-31 Oktober 1998, hlm 9.

13
Dalam aspek penyelesaian mengenai isu anakronisme ini, kritikan sumber memang
wajar dilakukan kerana ini merupakan sarana yang penting untuk menyelesaikan segala
persoalan-persoalan yang dibangkitkan dalam penulisan sejarah khususnya mengenai
anakronisme. Kritikan sumber adalah satu garis panduan yang dapat membantu ahli sejarah
untuk mentafsir sumber-sumber sejarah yang bersifat asli dan tulen. 26 Istilah kritikan
merujuk kepada proses pentafsiran bukti. 27 Maksudnya ialah, kritikan mengenai aspek
anakronisme yang berlaku dalam penulisan sejarah sangat perlu kerana melalui kritikan
inilah yang dapat membantu untuk mencari penyelesaian terhadap kebenaran sesuatu fakta
bukan hanya mencari kesalahan semata-mata.

26
Ibid, hlm 41.

27
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn. Bhd, 1985, hlm 35.

14
7.1 ANALISIS

Sebagai analisisnya, fenomena anakronisme sememangnya wujud dalam penulisan sejarah


Melayu. Berlaku keadaan tertentu yang membawa kepada terjadinya anakronisme dalam
menghasilkan sesuatu karya sejarah. Misalnya, penyalinan semula yang menyebabkan
wujud perbezaan dalam pentafsiran atau penterjemahan bagi setiap penyalin. Hal ini
berlaku kerana pemahaman yang tidak sama bagi setiap penyalin. Perbezaan ini akan
mengurangkan sifat penulisan ilmiah itu sendiri. 28 Ketiadaan kaedah penulisan dan
pemerolehan sumber yang sistematik menyebabkan penulis tradisional menggunakan tradisi
lisan yang merupakan satu-satunya jalan untuk mendapatkan sumber sejarah dalam
menghasilkan pensejarahan Melayu. Mereka tidak mempunyai pilihan selain untuk menerima
sumber sejarah lisan tersebut walaupun terdapat banyak percanggahan dan tokok tambah.
Faktor zaman dan masyarakat turut mempengaruhi anakronisme.

Pada zaman dahulu, masyarakat Melayu tradisional tidak mempunyai tradisi


penyimpanan bahan-bahan sejarah seperti penulisan, catatan mahupun dokumentasi. Hanya
tradisi lisan yang menjadi warisan sejak turun temurun. Oleh itu, dalam penceritaan berlaku
tokok tambah bagi menyedapkan cerita yang sebenar. Apabila berlaku, keadaan ini akan
menghilangkan sifat sejarah yang asli. Selain daripada itu, hubungan penulis dengan pihak
istana juga mempengaruhi. Setiap penulisan yang dihasilkan mestilah mengikut kehendak
pemerintah istana. Oleh itu, penulis terikat dengan kehendak pemerintah dan akan
mengagung-agungkan kelebihan atau kebijaksanaan para pemerintah. Hal ini juga dilakukan
bagi menutup kelemahan golongan atasan.

Disamping itu, kurangnya penekanan dalam aspek pentarikhan oleh penulis yang
akan menyebabkan timbul pelbagai spekulasi mengenai tarikh apabila karya asal
diterjemahkan oleh penulis terkemudian. Bagi mengatasi masalah ini, para sejarawan
perlulah bijak dan teliti dalam penulisan sejarah. Sejarawan perlu menggunakan kembali
kepada sumber yang asal atau terawal bagi merujuk kepada fakta sejarah yang sebenar. 29
Namun begitu, jika masalah atau kekeliruan fakta masih lagi berlaku, sejarawan perlulah
kembali kepada prinsip dan proses penulisan sejarah yang telah ditetapkan. Antaranya ialah
dengan menjalankan kajian heuristik, mengkritik sumber dan meletakkan sumber rujukan
bagi memastikan bahawa fakta sejarah yang dihasilkan tersebut adalah sahih dan boleh
dipercayai.
28
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 90.

29
Hussain Othman, Konsep Pensejarahan Melayu: Perspektif Kosmologi, Johor: UTHM, 2011, hlm. 180

15
8.1 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kewujudan anakronisme ini dalam penulisan sejarah Melayu tidak dapat
dinafian lagi. Disebabkan ini, pensejarahan Melayu dianggap tidak relevan dan tidak
dianggap sebagai sumber sejarah yang betul oleh sesetengah sarjana terutamanya sarjana
Barat. Percanggahan pendapat, pentarikhan yang bertentangan dan pelaku sejarah yang
berbeza menimbulkan keraguan dan kesukaran untuk mengakui pensejarahan ini sebagai
sumber sejarah. Namun sebagai pewaris, kita hendaklah berusaha untuk memartabatkan
dan menjaga warisan ini agar tidak pupus ditelan zaman. Penulis sejarah hendaklah bijak
dalam merujuk sumber-sumber sejarah agar tidak berlaku kesilapan yang boleh
dipersoalkan. Penulisan sejarah mempunyai kaedah dan kriteria tertentu yang perlu diikuti.
Telah menjadi kewajiban kita selaku generasi kini untuk memelihara warisan pensejarahan
tradisional kita daripada hilang begitu sahaja daripada ditelan zaman.

RUJUKAN

Arbadiyah Mohd Noor. 2014. Fakta Sejarah dalam Karya-Karya Pensejarahan Melayu: Antara
Pencanggahan dan Kebenaran. Dalam Sarjana dan Kesarjanaan. Kuala Lumpur:
Jabatan Sejarah Universiti Malaya

Abu Hassan Sham. 1997. Beberapa Aspek dari Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin), Kuala
Lumpur: Utusan Publications dan Distributors.

A.E.Teeuw & T.D Situmorang (ed). 1952. Sejarah Melayu (dari versi Abdullah Munsyi 1831) .
Jakarta: Penerbit Djambatan.

C.C.Berg. 1951. “De Evolutie de Javaanse Geschiedschijving ” (terjemahan). Hlm 121-146.

Ding Choo Ming. Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu. Aswara. 195-225. 2009.

Hussain Othman. 2011. Konsep Pensejarahan Melayu: Perspektif Kosmologi. Johor: UTHM.

Hendrik M. J. Maier, “Raja Ali Haji dan Hang Tuah: Arloji dan Mufassar”, Jurnal Sari, 2001,
19, hlm. 5, 159-178.

Jelani Harun dan Abd Rahman Abd. Rahsid. 2005. Sulalatus Salatin Sejarah Melayu.
Selangor: Pearson Malaysia Sdn, Bhd.

Muhd. Yusof Ibrahim. 1998. “Falsafah Sejarah: Perkembangan dan Kewajaran”. Simposium
Kebangsaan Ilmu Sejarah: Sejarah Dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Jabatan
Sejarah. 30-31 Oktober. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

16
Muhd Yusof Ibrahim Dan Mahuyudin Hj. Yahya. 1998. Sejarawan dan Pensejarahan:
Ketokohan Dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Yusof Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah
Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Taib Osman. “Mythic Elements in Malay Historiography” , Tenggara, 1:2, 1986, hlm.
80-89.

M. Oakshott.1993. Experience and Historical Modes.

R.O Winstend, “The Malay Annal”, JMBRAS, (teks bahasa Melayu), XIV; iii, (1938), hlm. 42-
226.

Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican & Sons (M)
Sdn. Bhd.

Sartono Kartodhirdjo. 1968.” Segi-segi Struktural Histiografi Indonesia ” Lembaran Sedjarah.


hlm. 24-39.

T. Iskandar (ed). 1966. Bustan’us-Salatin (Bab II, Fasal 13) oleh Nuruddin ar-Raniri . Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

W.G. Shellabear. 1961. Sejarah Melayu, Singapura: Malaya Publishing House.

W.G. Shellabear. ‘Alkisah Cetera yang Keempat Belas ”. hlm. 109-124,

17

Anda mungkin juga menyukai