Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan penyataan di atas, huraikan konsep Pensejarahan Malaysia dari segi

pendekatan, masalah filolog dan anakronisme serta contoh-contoh yang sesuai.

Sejarah merujuk kepada keseluruhan masa yang sudah berlepas. Tiada suatu bidang yang
boleh dikatakan terkeluar daripada lingkungan sejarah. 'Pensejarahan' pula ialah penulisan
sejarah. Manakala, 'Pensejarahan Malaysia' pula merujuk kepada karya-karya sejarah
mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam
entiti politik . Menurut Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya (1988), pensejarahan
bolehditakrifkan sebagai “hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau
sejarawan”Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa
yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan
akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti
bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial

Anakronisme adalah sebuah unsur yang boleh diperolehi dalam sesebuah naskah
penulisan sejarah. Kamus dewan edisi ke-4 telah menyatakan bahawa unsur anakronisme
membawa maksud kesilapan menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh, tempat, dan pada
zaman yang sebenarnya. Unsur anakronisme juga dapat ditemui dalam naskhah Melayu.
Anakronisme dalam pensejarahan Melayu pada umumnya dihubungkan dengan masa
berlakunya sesuatu peristiwa serta penukaran kepada peristiwa itu sendiri. Secara
ringkasnya anakronisme sebagai kesalahan menggunakan tarikh dan tempat peristiwa yang
berlaku sesuai dengan masa dan tarikh sebenarnya. Contohnya peminangan Puteri Gunung
Ledang dicatatkan dalam naskah Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh R.O. Winstedt
dan naskah Sejarah Melayu yang diselenggarakan oleh Shellabear menampakkan unsur
anakronisme. Dalam edisi R.O Winstedt, Sultan Mansur Syah ingin meminang Puteri
Gunung Ledang, akan tetapi bertentangan dengan edisi Shellabear di amana Sultan Melaka
yang terakhir iaitu Sultan Mahmus Syah yang ingin meminang Puteri Gunung Ledang. Hal
ini dapat dilihat dengan jelas terdapat kontradik antara sultan yang berhajat untuk
mengahwini Puteri Gunung ledang. Sememangnya unsur-unsur ini menjadi masalah dalam
menjalankan kajian terhadap naskhah-naskhah Melayu. Namun unsur-unsur ini digunakan
untuk mengangkat seseorang raja atau untuk memperolehi kepercayaan daripada raja.

Begitu juga bagi Syair perang mengkasar, menurut Cyrill skinner " untuk menyukakan hati
yang mendengarnya". Oleh itu undur-undur seperti ini dijadikan sebagai pewarna atau
pemanis dalam naskhah Melayu agar tampil indakh, unik dan menarik. Oleh kerana ia
dilahirkan olehsuatu bentuk masyarakatm temapatan, maka segala rangka kajian terhadap
persoalan ini patut dirujuk dan dikembalikan kepada masyarakat itu sendiri ( inilah yang
dilupai oleh Winstedt, p.j veth dan john Crawfurd) dalam menilai naskhah Melayu.
Maksudnya mendalami atau melihat masyarakat terdahulu dari perspektif "space and time"
masyarakat tersebut. Inilah yang sukar dilakukan.

2. Dengan merujuk karya Khoo Kay Kim bertajuk The Western Malay States 1850
– 1873 :The Effect of Commercial Development on Malay Politic dan karya R. O.
Winstedt bertajuk A History of Malaya, hasilkan sebuah penulisan esei dari aspek
pendekatan dan motif penulisan penulis.

Anda mungkin juga menyukai