Anda di halaman 1dari 12

HSM 215 PENSEJARAHAN MALAYSIA

SEMESTER I SIDANG AKADEMIK 2019/2020

TAJUK ESEI:
“WALAUPUN MENAMPAKKAN PENGARUH KARYA
SASTERA SEJARAH, SYAIR-SYAIR YANG MENGISAHKAN
PERISTIWA-PERISTIWA BERSEJARAH ATAU DISEBUT
SEBAGAI SYAIR SEJARAH SEBENARNYA BOLEH
DIGOLONGKAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH.” SETUJUKAH
ANDA?

NAMA PELAJAR: NOR ATIQAHYANI BINTI JASNI


NO. MATRIK: 141002
NAMA PENSYARAH: PROF. DR. MAHANI MUSA
TARIKH HANTAR: 15 NOVEMBER 2019
WAKTU TUTORIAL: RABU (2-3 PETANG)
1.0 PENGENALAN

Terdapat pelbagai sumber rujukan yang boleh digunakan sebagai bahan untuk kajian

sesuatu peristiwa berkaitan sejarah terutamanya pensejarahan yang berlaku di negara kita

sendiri. Namun begitu, kebanyakan sumber-sumber ini merupakan hasil tulisan atau karya

berunsurkan sastera seperti puisi,sajak,syair dan sebagainya. Pelbagai tanggapan yang

menolak sumber-sumber tersebut bahawa bahan sebegitu tidak sesuai untuk dijadikan

sebagai sumber utama pengkajian berkaitan sejarah disebabkan oleh pelbagai

permasalahan yang timbul. Antara permasalahan yang sering dibangkitkan tentang

pengkajian teks-teks bercorak sejarah ini tentang kewujudan dan pencampuran unsur

fantasi seperti mitos,lagenda dan post-eventum yang dianggap bukan sejarah1.

Namun begitu, walaupun ramai yang menolak sumber-sumber sastera yang

menceritakan peristiwa-peristiwa bersejarah dijadikan sebagai sumber sejarah, tetapi

karya-karya tersebut sebenarnya sangat membantu para sejarawan khususnya dalam

meneliti sesebuah peristiwa yang dikisahkan di dalam karya sastera sebegitu. Oleh hal yang

demikian, pengkaji ingin menegaskan bahawa pengkaji sangat bersetuju bahawa sumber-

sumber sastera khususnya syair yang menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah sebenarnya

boleh digolongkan sebagai sumber sejarah.

Apakah itu syair? Syair merupakan salah satu daripada jenis hasil kesusasteraan Melayu

lama. Syair juga dijadikan sebagai “alat” dalam kalangan masyarakat dan penulis Melayu

pada ketika itu untuk menuliskan isi-isi yang bersifat sejarah yang mana peristiwanya itu

benar-benar berlaku dan dialami oleh mereka2. Oleh hal yang demikian, dapat disimpulkan

bahawa kebanyakan syair-syair ini sebenarnya ditulis berdasarkan pengalaman yang

berlaku sewaktu penulis syair itu hidup atau setelah beberapa tahun peristiwa tersebut

1
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm.14.
2
Ibid, hlm.49.

2
berlaku barulah ditulis oleh penulis syair itu sendiri dalam menceritakan sejarah yang

terjadi pada ketika itu. Hasil penulisan yang bercorak sejarah dalam sesebuah hasil kreatif

tradisional iaitu syair mempunyai ciri,bentuk,kandungan,falsafah dan matlamat yang amat

berlainan sekali daripada hasil penulisan sesebuah sejarah moden3.

2.0 FAKTOR-FAKTOR SYAIR BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI SUMBER SEJARAH

2.1 Syair menceritakan rentetan peristiwa yang berlaku

Syair sememangnya boleh dirujuk untuk dijadikan sebagai sumber sejarah disebabkan

oleh karya tersebut mengisahkan rentetan peristiwa yang berlaku mengikut kronologi masa

iaitu sebelum,semasa dan selepas sesebuah kejadian itu terjadi. Hal ini menjadi faktor utama

membolehkan syair boleh digolongkan sebagai sumber sejarah. Sebagai contoh, dalam Syair

Perang Mengkasar4, penulis syair tersebut berupaya menceritakan sebuah kisah peperangan

yang berlaku antara penduduk tempatan dengan penjajah dari Barat iaitu Syarikat Hindia Timur

Belanda yang mahu menguasai penempatan mereka untuk kepentingan syarikat barat itu

sendiri yang mana peperangan tersebut tercetus akibat daripada rasa tidak puas hati penduduk

tempatan di situ yang berasakan bahawa tanah air mereka semakin lama semakin dicengkam

oleh kuasa Barat yang menjajah mereka sehinggakan pelbagai hak mereka sebagai penduduk

di situ mula dinafikan. Oleh hal yang demikian, rakyat dan juga kerabat di istana mula

bekerjasama untuk mengusir kuasa tersebut sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Rentetan peristiwa yang berlaku bagi menggambarkan suasana pada ketika itu berjaya

ditulis oleh penulis syair tersebut yang mana beliau mampu mengisahkan bagaimana kronologi

masa yang mencetuskan peperangan tersebut yang mengorbankan banyak askar-askar

tempatan dan akhirnya tanah air mereka ditakluki oleh kuasa Barat tersebut. Oleh hal yang

demikian, jelas di sini bahawa syair berupaya menceritakan rentetan peristiwa mengikut

3
Ibid, hlm.7.
4
Ibid, hlm. 375.

3
kronologinya sebagaimana objektifnya sesebuah sumber sejarah yang dikatakan perlu

diceritakan seperti yang sebenar-benarnya berlaku.

Di sini, jelas dapat dilihat bahawa kejayaan penghasilan Syair Perang Mengkasar ini

menjadi faktor mengapa karya sastera bercorakkan sejarah boleh dijadikan sebagai rujukan.

Hal ini dikatakan demikian kerana sudah jelas bahawa syair ini ditulis mengikut permulaan

cerita bagaimana kedatangan penjajah tidak disenangi oleh penduduk tempatan yang berada di

situ pada waktu kejadian berlaku. Jelas terbukti bahawa Syair Perang Mengkasar merupakan

antara karya sastera yang tergolong dalam sastera Melayu yang bersifat sejarah5. Keobjektifan

syair ini juga tidak dapat disangkal ketepatan kronologi masanya kerana keupayaan penulis

karya tersebut yang mampu menulis secara objektif sejarah yang begitu teliti dan terperinci

walaupun hanya melalui tulisan syair6. Faktor-faktor dongeng yang berdasarkan mitos-mitos

juga dilihat diketepikan ,kisah-kisah istana dikurangkan dan penulis hanya menulis

berdasarkan fakta yang benar-benar berlaku mengikut kronologi masa yang mengisahkan

sebagaimana dahsyatnya perang berlaku antara Melayu Mengkasar (Makasar) dengan tentera

Kompeni Syarikat Hindia Timur Belanda (V.O.C)7.

Oleh hal yang demikian, penulis sangat bersetuju bahawa karya seperti syair sastera

sebegini boleh digolongkan sebagai sumber rujukan sejarah atas faktor wujud syair sastera

yang bercorakkan sejarah yang mampu menceritakan rentetan peristiwa yang benar-benar

terjadi pada ketika itu yang berkemungkinan ditulis semasa atau selepas beberapa tahun

kejadian itu berlaku bagi menjadi rujukan untuk generasi akan datang.

5
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 379.
6
Ibid.
7
Ibid.

4
2.2 Syair memperjelaskan mitos dan lagenda mempunyai fungsi tersendiri

Tidak dapat dinafikan banyak unsur-unsur mitos dan lagenda digunakan dalam

sesebuah karya sastera seperti syair. Kebanyakan sejarawan Barat tidak menerima sesbuah

karya sastera itu sebagai hasil sejarah kerana wujudnya unsur-unsur sejarah yang dicampur-

adukkan dengan unsur-unsur mitos dan lagenda8. Mitos dan lagenda yang terkandung dalam

syair-syair tersebut sebenarnya mempunyai fungsinya tersendiri dan bukan hanya untuk

mencantikkan pengisian dalam syair itu semata-mata. Kita sewajarnya memahami dan tidak

boleh meragui fungsi-fungsi tersebut adalah berkaitan dan berhubung dengan kebudayaan

Melayu itu sendiri9. Hal ini dapat dibuktikan apabila R.G. Collingwod bertegas menggunakan

ukuran pensejarahan moden Barat bahawa sejarah perlu bersifat saintifik, humanistik, rasional

dan self-revealatory namun pada sebenarnya ternyata gagal untuk memahami hakikat sebenar

mitos dan lagenda mempunyai fungsi tersendiri yang berkaitan dengan kebudayaan Melayu10.

Fungsi mitos dan lagenda dalam sebuah syair sebenarnya berhubung kait dengan

kebudayaan Melayu yang mempunyai pelbagai pantang larang khususnya tentang adab

terhadap raja atau pemerintah pada suatu masa dahulu. Cerita yang disampaikan melalui mitos

dan lagenda sebenarnya merupakan kritikan pengarang terhadap pemerintah menggunakan

medium sastera seperti syair11.

“Adalah tidak mungkin bagi seseorang pengarang Melayu ketika itu, di zaman pengaruh feudalisme

begitu kuat mencengkam masyarakat, menyuarakan kritikan mereka secara terbuka dan berterus terang. Dengan

demikian untuk mengkritik kelakuan sultan atau pemerintahannya, pengarang menggunakan kiasan dalam bentuk

dongeng dan mitos”12

8
Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu (Edisi Shellabear) (Petaling Jaya,
Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1994), hlm. 15.
9
Ibid.
10
Zahrah Ibrahim, Sastera Sejarah: Interpretasi Dan Penilaian (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1986), hlm. ix.
11
Ibid.
12
Ibid.

5
Hal ini dikatakan demikian kerana pada ketika dahulu rakyat tidak dibenarkan untuk

membuat kritikan secara lantang dan terbuka terhadap pemerintahan yang dibawa oleh

seseorang sultan atau raja kerana tindakan tersebut boleh mengundang padah kepada dirinya

yang mana disebut sebagai tulah atau balasan kerana menderhaka terhadap sultan yang

memerintah sesebuah negeri itu. Oleh hal yang demikian, melalui unsur-unsur mitos itulah

sebenarnya merupakan kritikan penulis terhadap raja yang memerintah contohnya kisah

Singapura dilanggar todak yang memberi petunjuk tentang raja yang tidak tahu mengenang

budi dan juga kisah peminangan Puteri Gunung Ledang yang menggambarkan tentang seorang

pemerintah yang terlalu mementingkan diri sendiri13.

Oleh hal yang demikian, syair telah memperjelaskan mitos dan lagenda yang

terkandung di dalam sebenarnya mempunyai fungsi tersendiri atau lebih tepat lagi membawa

maksud yang tersirat di setiap bait-bait syair yang ditulis. Jadi, penulis bersetuju bahawa karya

sastera seperti syair ini boleh digolongkan sebagai sumber rujukan sejarah kerana ada

kebenaran di dalam mitos dan lagenda yang ditulis itu sebagaimana yang telah dijelaskan

tentang rakyat jelata tidak boleh secara lantang mengkritik pemerintah secara terbuka kerana

boleh mendapat tulah mengikut kepercayaan masyarakat pada zaman tersebut.

2.3 Syair bersifat spesifik dan tepat

Carl Beaker dan Charles Beard berpendapat bahawa sesuatu sumber sejarah perlulah

mempunyai ketepatan maklumat yang tidak diragui yang mana penulisan sejarah itu ditulis

mengikut pemikiran sezaman mengenai masa lampau yang dilalui oleh penulis karya itu

sendiri14. Ini bermaksud sesuatu sumber sejarah perlu mempunyai nama penulis, pelaku, masa,

latar tempat & latar masa sesuatu peristiwa berlaku15. Ciri-ciri sumber sejarah ini terdapat

dalam Syair Dagang Berjual Beli. Hal ini di mana syair ini mempunyai segala ciri-ciri yang

13
Ibid, hlm. x.
14
R. Suntharalingam, Pengenalan Kepada Sejarah (Kuala Lumpur: Marican, 1985), hlm.123.
15
Ibid.

6
dinyatakan oleh tokoh-tokoh sejarah dalam mengiktiraf sesuatu sumber adalah sumber sejarah

sahih dan boleh dirujuk. Syair Dagang Berjual Beli ini mempunyai penulisnya yang dikenali

oleh Tuan Simi dengan menggunakan latar belakang situasi yang berlaku di Singapura pada

suatu ketika dahulu. Syair ini jelas membuktikan bahawa ianya bersifat spesifik dan tepat

kerana ada penulis yang sahih yang berkemungkinan hidup pada tahun kejadian itu berlaku dan

karya itu ditulis semasa mahu pun selepas beberapa tahun kejadian itu berlaku. Tambahan pula,

syair ini mencorakkan sejarah yang spesifik kerana menceritakan kejadian yang berlaku di

Singapura.

Contoh dalam bait-bait syair ini yang membuktikan karya ini bersifat spesifik dan tepat

adalah melalui bait ini:

Perahu-perahu datang masing-masing

berebut-rebut

berjual beli sambut-menyambut

Cina-Cina Keling-Keling pandai mengugut

Melayu-Melayu Bugis-Bugis bodoh penakut.16

Bait syair ini menceritakan bagaimana keadaan perdagangan di Singapura pada ketika

itu yang mula dikuasai oleh pedagang Cina dan India sehinggakan mereka mula mengenakan

harga yang tidak munasabah terhadap barang-barang jualan mereka yang membuatkan orang

Melayu dan Bugis yang tinggal di situ mula berasa resah dan tidak puas hati akan penguasaan

kaum Cina dan India dalam perdagangan yang seharusnya berada di bawah penguasaan mereka

sendiri yang merupakan orang tempatan di situ. Oleh sebab pedagang-pedagang Melayu dan

Bugis sangat tersepit antara cara perniagaan yang agresif dan penuh dengan tipu helah oleh

kaum Cina dan India, maka syair ini terhasil sebagai tanda luahan hati mereka yang tidak dapat

menerima hakikat nasib mereka akhirnya menjadi malang dan menderita dalam urusan

16
Muhammad Haji Salleh, Syair Tantangan Singapura: Abad Kesembilan Belas (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994), hlm. 40.

7
perdagangan dan juga syair ini juga ditulis atas tujuan untuk memberi nasihat kepada mereka

yang ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang penuh dengan persaingan17.

Bait-bait syair yang ditulis dalam Syair Dagang Berjual Beli ini jelas membuktikan

bahawa ia bersifat syair yang spesifik dan tepat dalam menceritakan sejarah perdagangan yang

berlaku di Singapura pada ketika itu dan ianya tidak dapat disangkal lagi kerana ia

sememangnya berlaku akibat daripada pemerintahan orang Barat yang membawa masuk

pedagang kaum Cina dan India dalam memonopoli perdagangan Singapura suatu ketika dahulu

yang terkenal sebagai sebuah perlabuhan pedagang yang sangat maju. Oleh hal yang demikian,

penulis bersetuju bahawa syair wajar dijadikan sumber sejarah kerana bersifat spesifik dan

tepat ditambah lagi pemikiran penulis yang mahu menceritakan perkara yang benar-benar

terjadi pada ketika itu untuk dijadikan teladan.

2.4 Syair ditulis oleh golongan yang dipercayai

Syair boleh tergolong sebagai sumber sejarah disebabkan oleh kredibiliti karya tersebut

yang ditulis oleh golongan yang boleh dipercayai yang kebanyakannya terdiri daripada ahli

istana yang celik huruf dan pandai menulis yang berwibawa. Pengarang atau penulis syair

boleh digolongkan sebagai seorang raja,pembesar atau penggawa istana18. Hal ini dikatakan

demikian kerana golongan ahli istana pada ketika itu tergolong sebagai orang-orang yang

mendapat pendidikan sehinggakan mereka berupaya menulis syair atau karya-karya sastera

tradisional yang lain untuk menceritakan perkara-perkara yang berlaku sama ada dalam istana

mahupun luar istana. Sebab lain yang menunjukkan bahawa syair ini ditulis oleh golongan

yang dipercayai adalah disebabkan oleh syair yang ditulis menggambarkan peristiwa yang

khusus yang berlaku dalam masa yang singkat19. Kemungkinan besar ditulis oleh pengarang

17
Ibid, hlm. viii.
18
. Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm. 54.
19
Ibid, hlm. 56.

8
dari golongan istana yang hidup pada masa yang sama dengan peristiwa yang dikisahkannya,

atau selewat-lewatnya, selepas peristiwa yang ditulisnya telah terjadi20.

Contoh yang dapat dilihat adalah dalam Syair Dagang Jual Beli yang ditulis oleh Tuan

Simi yang merupakan antara orang-orang yang mendapat pendidikan yang berjaya menulis

syair-syair yang mengisahkan peristiwa yang berlaku sepanjang hayatnya di Singapura. Di

dalam karya syair tersebut, beliau berupaya menceritakan situasi penduduk tempatan yang

mula tergugat dalam sektor ekonomi mereka khususnya dalam perdagangan yang dilihat

semakin dikuasai oleh pedagang dari China dan India yang berhijrah ke Singapura.

“It was composed by Tuan (Mr.) Simi who could be a Bugis or Malay living and

working in the heart of an alarming and disturbing Singapore. Events that were

taking place around him must have impacted him very strongly and prompted him

to pen his thoughts and feelings in the form popular at the time, that is, the syair”21

Syair ini dilihat ditulis oleh Tuan Simi kerana sikap prihatinnya terhadap nasib rakyat

tempatan Singapura pada ketika itu sehingga syair tersebut menjadi sumber sejarah yang sangat

baik untuk mengisahkan suasana sosioekonomi di situ.

“Syair Dagang therefore, is a good historical source on the socioeconomic history

of Singapore Malay society in the 1830's through the eyes of a common man. It

voiced Tuan Simi's anxiety and anger about the changes that were fast taking place

around him as the result of British rule.These changes had dislocated the Malay

society”22

Windstedt berpendapat bahawa syair bersifat topikal23. Walaupun ada kemungkinan

penulis syair bukan daripada golongan penulis istana, tetapi dapat dilihat bahawa kebanyakan

20
Ibid.
21
Badriyah Haji Salleh, Syair as Historical Sources: The Syair Tantangan Singapura, a Nineteenth Century Text,"
dalam Cheah Boon Kheng (ed), New Perspectives and Research on Malaysian History (Kuala Lumpur: MBRAS,
2007), hlm. 104.
22
Ibid.
23
Muhammad Haji Salleh, Syair Tantangan Singapura: Abad Kesembilan Belas (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994), hlm. 59.

9
yang pakar dalam penulisan syair sudah tentu merupakan seorang yang tajam penglihatannya

yang mampu membuat tafsiran mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada sesuatu tempoh

dalam bentuk karya sastera yang bersifat sejarah yang objektif24. Snouck Hurgronje

mengganggap teks-teks yang berunsurkan sejarah ini sebagai satu penjelmaan daripada budaya

tempatan dan mempunyai nilai sejarahnya yang berbeza daripada pemahaman dan nilai sejarah

yang difahami oleh masyarakat Eropah25.

“Ini disebabkan hal-hal yang lampau, dilihat secara berbeza oleh masyarakat zaman

lampau daripada penglihatan masyarakat masa kini. Adalah mustahil hendak

dipertemukan dua nilai masyarakat yang berbeza coraknya ke dalam satu ruang dan

waktu yang serupa. Pandangan masyarakat tentang world-view pada hari ini amat

berbeza dengan pandangan masyarakat dahulu mengenai perkara yang sama. Oleh

yang demikian, dongeng dan fakta mempunyai pertalian yang relatif” 26

Oleh hal demikian, jelas membuktikan bahawa syair yang bercorakkan elemen sejarah

boleh diperakui keobjektifannya kerana ditulis oleh golongan yang celik ilmu yang berupaya

menulis karya-karya yang menjadi medium untuk menulis sejarah yang berlaku sepanjang

hayat mereka untuk dijadikan sebagai iktibar. Syair bersifat sejarah tidak boleh dinafikan

keupayaannya menjadi sumber rujukan hanya disebabkan oleh sentimen karya sastera tidak

layak atau setanding dengan sumber-sumber atau dokumen sejarah yang lain kerana karya

sejarah ada keistimewaannya yang tersendiri yang sewajarnya dihargai oleh para sejarawan

dalam negara.

24
Ibid.
25
Muhammad Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu Nusantara (Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992), hlm 14.
26
Ibid, hlm. 14-15.

10
KESIMPULAN

Konklusinya, walaupun karya syair masih mempunyai ciri-ciri sastera yang kuat namun

begitu karya-karya tersebut masih relevan untuk digunakan sebagai rujukan sejarah di negara

kita. Seseorang sejarawan sewajarnya berfikiran kritis dalam menginterprestasikan karya

tersebut agar boleh dijadikan sebagai sumber sejarah utama yang boleh dirujuk tanpa rasa was-

was. Pelbagai kaedah yang boleh dilakukan bagi mengenalpasti sumber sastera yang bersifat

sejarah yang objektif yang boleh membantu dalam memahami sejarah yang berlaku di negara

kita sendiri pada suatu ketika dahulu. Oleh hal yang demikian, penulis ingin menegaskan sekali

lagi bahawa penulis bersetuju syair-syair yang mengisahkan peristiwa-peristiwa bersejarah

atau disebut sebagai syair sejarah sebenarnya boleh digolongkan sebagai sumber sejarah.

Kita sewajarnya membuang persepsi bahawa tiada sebarang karya sejarah yang layak

untuk dirujuk sebagai bahan sejarah hanya disebabkan mentaliti yang berpendapat bahawa

karya sastera seperti syair hanya sengaja ditulis oleh penulis karya tersebut dengan alasan untuk

mencantikkan bahasa karya mereka semata-mata sahaja. Persepsi negatif sebegitu sewajarnya

tidak wujud dalam pemikiran kita agar kita menghargai hasil-hasil penulisaan karya Melayu

dahulu kala yang mungkin ada pro dan kontra nya mengikut kefahaman diri masing-masing.

Jelaslah bahawa karya syair sangat relevan untuk digunakan oleh para sejarawan yang ingin

meneliti sesebuah peristiwa sejarah yang berlaku sebagaimana yang diceritakan dalam karya

syair tersebut.

11
BIBLIOGRAFI

Cheah Boon Kheng. New Perspectives and Research on Malaysian History. Kuala Lumpur:

MBRAS, 2007.

Muhammad Haji Salleh. Syair Tantangan Singapura: Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994.

Muhammad Yusoff Hashim. Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah Melayu

Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.

Muhammad Yusoff Hashim dan Abdul Rahman Kaeh. Sejarah Melayu (Edisi Shellabear).

Petaling Jaya, Selangor: Longman Malaysia Sdn. Bhd., 1994.

R. Suntharalingam. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marican, 1985.

Zahrah Ibrahim. Sastera Sejarah: Interpretasi Dan Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1986.

12

Anda mungkin juga menyukai