Anda di halaman 1dari 29

Pengaruh Sejarah Melayu dalam Kesultanan Negeri Perak:

Suatu Penelitian Sumber dan Fasa Baru Magna Carta Melayu

Jelani Harun
Universiti Sains Malaysia

Abstrak
Makalah ini akan membicarakan pengaruh Sulalatus Salatin/Sejarah Melayu dalam salasilah
kesultanan Negeri Perak yang merangkumi persoalan asal-usul raja-raja dan beberapa amalan
adat istiadat raja-raja Melayu di negeri tersebut. Kajian pengaruh akan membuka beberapa
dapatan baru tentang perkaitan Sejarah Melayu/ Sulalatus Salatin dengan raja-raja pemerintah
di Negeri Perak yang mempunyai pertalian secara langsung dengan zuriat keturunan dan
amalan adat istiadat raja-raja Melaka, termasuk dari segi waad dan wasiatnya. Penelitian
adalah berasaskan beberapa buah sumber manuskrip Melayu yang berhubungan dengan
Negeri Perak, terutamanya Hikayat Misa Melayu yang tersimpan di Cambridge University
Library (MS Or. 832). Selepas 400 tahun, kelangsungan warisan Sulalatus Salatin / Sejarah
Melayu masih berterusan di Negeri Perak pada hari ini, tetapi pastinya dalam bentuk yang
baru dan menyangkut persoalan dan cabaran sezaman. Salah sebuah contoh penulisan yang
dimaksudkan terungkap di dalam dua buah buku berjudul The Monarchy in Contemporary
Malaysia (2004) dan Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga
(2012) nukilan DYTM Raja Nazrin Shah, Raja Muda bagi Negeri Perak Darul Ridzuan
sekarang. Buku mengandungi beberapa asas baru Magna Carta Melayu dalam menghadapi
persoalan-persoalan dan cabaran-cabaran semasa yang berlaku di Malaysia masa kini, sekali
gus memperlihatkan kesinambungan kearifan raja-raja Melayu memelihara keutuhan institusi
kesultanan merentasi zaman.

Pengenalan

Kewujudan Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu sudah pun berada dalam pengetahuan orang

Eropah seawal abad ke-18 lagi. Pada tahun 1724, sewaktu Valentyn menerbitkan buku catatan

perjalanannya ke Timur, beliau turut memberikan puji-pujian terhadap nilai dan kepentingan

Taj al-Salatin, Misa Gomitar, Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin.1 Sebahagian

daripada catatan itu telah diterbitkan semula di dalam The Journal of the Indian Archipelago

and Eastern Asia / JIAEA (1850) dengan judul kecil “Description of Malakka and Our

1 Lihat versi asal tulisan Francois Valentyn berjudul Beschryvinge van Oost-Indien diterbitkan oleh Joannes
van Braam pada tahun 1724 di Amsterdam oleh penerbitan Met Privilegie. Bahagian tentang “Van Malakka”
terdapat pada halaman 308-360.

1
Establishment There”. Petikan tulisan Valentyn tersebut adalah seperti berikut (JIAEA, 1850:

747):

These books are now called “Tadjou-essalathina” or “Makota Segala Radja” that is
“the crown of kings”, “Misa Gomitar”, and “Kitab Hantouwa” or “Hangtoua”, that is
the “Book Hangtouwa”, otherwise commonly called among the learned in the tongue
by the name of “Soulalet-essalathina” that is the “Descent list” or “Geneaology of
kings” (that is to say of Malakka). These are three jewels that are very rarely found in
libraries, and those in our possession, although filled with many fables and useless
occurrences, are yet held to be the best written works in the Malayan tongue, and are
not only the most serviceable to students, but also afford much useful information
concerning events in Javanese and Malayan history that cannot be obtained from any
other source.

Pengaruh awal Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu dalam sejarah persuratan Melayu
pula dapat dikesani wujud lebih awal lagi, seawal tahun 1638 sewaktu Nuruddin al-Raniri

menulis Bustan al-Salatin di Aceh. Di dalam kitab ketatanegaraan tersebut, Nuruddin al-

Raniri secara langsung merujuk kepada Bendahara Paduka Raja pengarang Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu.2 Besar kemungkinan, itulah pertama kalinya naskhah Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu telah dijadikan bahan rujukan yang "ilmiah" bagi menerangkan salasilah raja-

raja Melayu yang berkerajaan di Melaka. Sumbangan maklumat daripada Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu dirasakan begitu bermakna sekali kepada Nuruddin al-Raniri yang sedang

menyusun sebuah sejarah dunia (world history atau universal history) bagi masyarakat

Melayu ketika itu. Sejarah raja-raja di seluruh dunia telah berjaya dihubungkan dengan

sejarah pemerintahan raja-raja Melayu melalui perantaraan tokoh Iskandar Zulkarnain seperti

yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Ketika itu, Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu baharu sahaja kira-kira 26 tahun disusun oleh Tun Seri Lanang dan sudah pun

memberi sumbangan besar kepada penulisan sejarah dunia mengikut kaca mata Nuruddin al-

Raniri.

2 Tun Seri Lanang menjadi Bendahara Paduka Raja pada zaman pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah
II (1570-1597), Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615) dan Sultan Abdullah Ma’ayat Shah (1615-1623).
Selepas Johor Lama ditewaskan oleh Aceh, Sultan Alauddin Riayat Shah III dan Tun Seri Lanang telah dibawa
ke Aceh sebagai tawanan perang. Tun Seri Lanang akhirnya mangkat di Aceh pada tahun 1615. Sepanjang yang
diketahui, Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu merupakan satu-satunya karya yang dikarang atau disusun oleh
Tun Seri Lanang. Lihat perbincangan lanjut tentang Tun Seri Lanang dalam Muhammad Haji Salleh (1997),
Abdul Rahman Haji Ismail (1998) dan Braginsky (2004).

2
Pengaruh Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu dalam persuratan Melayu berterusan pula

di Riau pada tahun 1835 sewaktu Raja Ali Haji mengarang Tuhfat al-Nafis. Pada bahagian

awal teks sejarah tersebut (Matheson, 1982: 127-138), Raja Ali Haji mencatatkan

pengetahuannya terhadap sejarah asal-usul raja-raja Melaka dan Johor yang bersumber

daripada Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Pada tahun 1991 yang lalu telah diterbitkan pula

Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu. Selain ketinggian mutu penyalinannya, naskhah

tersebut juga mempunyai ciri keunikannya yang tersendiri kerana mengandungi pemikiran

yang “berpusatkan Melayu” bagi menggantikan pandangan-pandangan awal Raja Ali Haji

yang “bersikap berat sebelah” kepada Bugis (Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu, 1991:

xiv). Yang Dipertuan Muda Tengku Raja Mizan Zainal Abidin sewaktu merakam titah
“Muqaddimah” kepada penerbitan naskhah tersebut turut menyentuh tentang kepentingan

sejarah yang berpusatkan Melayu ini dengan kata-kata “kesultanan Terengganu mempunyai

kedudukan yang istimewa dalam sejarah bangsa Melayu sebagai pendukung tradisi kesultanan

Melaka.” (Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu, 1991: vii).3

Kedua-dua teks Bustan al-Salatin dan Tuhfat al-Nafis adalah contoh-contoh awal

bagaimana Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu telah memberi pengaruh dalam sejarah

persuratan Melayu, lebih-lebih lagi hasil nukilan daripada dua orang pengarang penting di

dunia Melayu, Nuruddin al-Raniri dan Raja Ali Haji. Kedudukan Sulalatus Salatin / Sejarah

Melayu adalah menyamai kepentingan teks Undang-Undang Melaka dan Undang-Undang

Laut Melaka yang menjadi induk kepada penulisan berbagai-bagai bentuk teks undang-

undang adat di Alam Melayu. Mungkin beberapa rujukan lain terhadap Sulalatus Salatin /

3 Kata-kata daripada Yang Dipertuan Muda Tengku Raja Mizan Zainal Abidin ini mungkin ada hubungannya
dengan sejarah asal-usul raja-raja Terengganu daripada Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Seri Maharaja,
Johor antara tahun 1688-1697 yang lalu. Pengasas kesultanan Terengganu pada tahun 1725 ialah Sultan Zainal
Abidin I putera kepada Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang mempunyai hubungan kekerabatan dengan raja-
raja dan pembesar zaman kesultanan Melaka. Oleh itu, secara langsung atau tidak langsung, zuriat kesultanan
Terengganu yang ada sekarang adalah warisan daripada sejarah kesultanan Melayu di Johor dan Melaka seperti
yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Yang Dipertuan Muda Tengku Raja Mizan Zainal
Abidin sekarang ialah Kebawah DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri
Terengganu Darul Iman yang ke-16.

3
Sejarah Melayu ada dibuat oleh pengarang-pengarang yang lain sama ada secara langsung

atau tidak langsung.

Kesultanan Johor Lama

Pengaruh Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu dalam sejarah kesultanan Johor memang amat

bertaut rapat antara satu sama lain. Sungguh pun pelbagai kajian telah dilakukan terhadap

asal-usul teks Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu dan identiti pengarangnya, hampir

keseluruhannya menjurus kepada Tun Seri Lanang sebagai pengarang atau penyusun teks

tersebut sehingga wujud seperti yang ada sekarang ini. Paling ketaranya, bahagian akhir
Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu adalah sebenarnya berkisar kepada sejarah kesultanan

Johor sebagai sambungan kepada zuriat keturunan raja-raja Melaka. Bahagian akhir yang

dimaksudkan bermula dengan peristiwa "Di Saat Akhir Kesultanan Melayu Melaka"

sehinggalah ke akhir teks (A. Samad Ahmad, 1996: 262-312).4 Bahagian akhir ini seolah-olah

membentuk suatu bahagian yang tersendiri dan khusus berhubungan dengan pemerintahan

raja-raja Melayu yang berkerajaan di Johor Lama. Adalah sangat diyakini, penulisan bahagian

akhir teks ini lahir daripada minda kepengarangan Tun Seri Lanang sendiri selaku Bendahara

Johor ketika itu, menyusun semula sejarah kejatuhan kesultanan Melaka sebagai iktibar raja-

raja Johor yang sedang memerintah masa itu.

Salah satu maklumat awal tentang Johor Lama terakam dalam Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu susunan Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Dalam bahagian Mukadimah teks

tersebut (A. Samad Ahmad, 1996: 2), ada dicatatkan perihal Tun Seri Lanang mendapat

perintah mengarang atau menyusun Sulalatus Salatin sewaktu beliau berada di “Batu Sawar

Daru’l-salam”. Nama Batu Sawar disebut semula oleh Tun Seri Lanang di bahagian akhir

4 Terdapat berbagai-bagai versi Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu meliputi versi yang pendek dan versi yang
lebih panjang. Kalangan sarjana sependapat bahawa manuskrip Raffles No. 18 adalah versi pendek dan tertua
Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu yang diketahui wujud setakat ini. Sementara versi A. Samad Ahmad yang
digunakan dalam kajian ini adalah salah sebuah versi panjang yang berakhir dengan sejarah Johor Lama. Lihat
perbincangan terkini tentang versi-versi Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu dalam Kratz (2011).

4
Sulalatus Salatin sewaktu beliau menceritakan kisah pelantikannya sebagai Bendahara Johor,

di samping penyebutan beberapa nama tempat lain seperti Seluyud (Seluyut), Tanah Putih

(Batu Sawar), Makam Tauhid, Pasir Raja, Tanjung Batu, Tanjung Surat dan Johor Lama.

Semua nama tempat ini adalah sebenarnya kawasan yang sekarang ini terletak di Kota Tinggi,

Johor, kawasan asal persemayaman raja-raja pemerintah Negeri Johor. Nama Johor Lama

yang dicatat oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin adalah merujuk kepada Kota Johor

Lama atau Kampung Johor Lama yang sekarang ini terletak di tebing kiri Sungai Johor, kira-

kira 30 kilometer dari Bandar Kota Tinggi.5

Sewaktu mengunjungi Kampung Makam yang terletak di Bandar Kota Tinggi, penulis

berpeluang melihat kesan-kesan runtuhan Makam Tauhid yang menempatkan makam raja-

raja Johor masa silam. Keadaan makam masih terpelihara dengan baik ditandai dengan batu-

batu nesan Aceh tetapi dalam keadaan yang kurang terurus dan bersemak-samun.

Mengingatkan sejarah yang terakam dalam Sulalatus Salatin (A. Samad Ahmad, 1996: 310)

tentang Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597) yang pernah bertakhta di Makam

Tauhid, pastilah tempat tersebut pernah menjadi tumpuan ramai suatu masa dahulu. Tidak

jauh daripada kawasan makam tersebut, terdapat beberapa buah rumah orang kampung yang

dibina berhampiran dengan makam-makam lama yang sudah tidak dapat dikenal pasti tuannya

lagi.

Tun Seri Lanang yang hidup sezaman dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam

zaman awal kesultanan Melayu Johor pasti mempunyai maklumat-maklumat yang lebih

mendalam tentang beberapa situasi yang berlaku di istana Johor ketika itu. Sebahagian

daripadanya dapat dibaca dalam Sulalatus Salatin khusus ketika beliau menceritakan majlis

pertunangan dan perkahwinan kerabat istana yang penuh dengan adat istiadatnya. Penceritaan

5 Johor Lama terletak di sekitar kawasan yang sekarang ini dikenali sebagai Kota Tinggi. Kepesatan
pembangunan Kota Tinggi mungkin ada kaitan dengan kedudukannya yang tidak berapa jauh dari Bandar Johor
Bahru yang menjadi ibu kota bagi Negeri Johor Darul Takzim. Sistem jalanraya di Kota Tinggi sudah semakin
baik dengan pemandangan-pemandangan ladang kelapa sawit yang luas saujana mata memandang. Kota Tinggi
sebenarnya banyak menyimpan sejarah silam masyarakat Melayu di Negeri Johor, sejarah raja-raja khususnya,
seawal tahun 1528. Batu Sawar sekarang terletak di Kampung Minchu, Kota Tinggi.

5
tentang sejarah dan salasilah raja-raja Johor dalam Sulalatus Salatin telah dibuat secara

tersusun dan kronologi sekurang-kurangnya sehingga ke zaman pemerintahan Sultan

Abdullah Ma’ayat Shah (1615-1623). Menurut Sulalatus Salatin, istana di Seluyut dibina oleh

Sultan Muzaffar Shah III (1564-1570) sementara Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-

1597) adalah sultan yang berpindah ke Batu Sawar dan juga ke Makam Tauhid. Melalui mata

pena Tun Seri Lanang, kisah-kisah permusuhan antara raja dan pembesar yang berlaku dalam

sejarah Melaka jangan berulang lagi di Johor, sebaliknya raja dan pembesar serta rakyat Johor

disaran hidup bermuafakat, mengamalkan adat istiadat warisan bangsa dan agama. Demikian

akhirnya Sulalatus Salatin selesai dikarang atau disusun oleh Tun Seri Lanang dengan

harapan agar peringatannya tentang sejarah kejatuhan Melaka terus menjadi panduan kepada
bangsa Melayu sehingga ke hari ini.6

Salasilah Kesultanan Perak


Selain kerajaan Johor Lama, Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu juga amat erat hubungannya

dengan sejarah pemerintahan kesultanan Melayu di Negeri Perak Darul Ridzuan. Sejarah

kesultanan Perak yang ada pada hari ini mencatatkan salasilah raja-rajanya yang berasal-usul

daripada Sultan Mudzafar Shah (1528-1549) yang merupakan putera kepada Sultan Mahmud

Shah, sultan Melaka yang mangkat di Kampar pada tahun 1530. Sejarah ini telah termaktub

secara rasmi dalam salasilah kesultanan Perak yang ada sekarang. Sultan Mudzafar Shah

adalah pengasas kesultanan Perak pada tahun 1528. Baginda mangkat pada tahun 1549 dan

terkenal dengan julukan Marhum Tanah Abang. Salasilah kesultanan Perak berterusan pula

dengan pemerintahan puteranya, Sultan Mansur Shah I (1549-1577) dan demikianlah

seterusnya silih berganti sehingga zaman pemerintahan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin

Shah (1984 sehingga sekarang).

6 Memang diakui Tun Seri Lanang ada juga mencatatkan beberapa konflik istana Johor ketika itu, misalnya
konflik pewarisan takhta yang melibatkan Raja Omar (Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (1570-1597), tetapi
konflik tidak dibesar-besarkan sehingga membawa kepada pertumpahan darah.

6
Salah sebuah naskhah penting yang mencatatkan salasilah raja-raja Perak kini

tersimpan di Royal Asiatic Society, London, dengan judul Salasilah Raja-Raja Perak (MS

Maxwell 105). Kajian yang agak mendalam terhadap manuskrip ini telah diusahakan oleh

Amelia Ceridwen pada tahun 2001. Dalam kajiannya, Amelia Ceridwen membincangkan jurai

keturunan raja-raja Perak yang bermula daripada kisah Raja Culan masuk ke dalam laut (di

bumi Dika) dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri serta melahirkan tiga orang putera.

Ketiga-tiga putera kemudian mendarat di Bukit Siguntang Maha Miru di Palembang dengan

mendakwa sebagai anak cucu Iskandar Zulkarnain. Ketiga-tiga putera akhirnya diangkat

menjadi raja di Palembang (Sang Nila Utama), Tanjung Pura (Sang Maniaka) dan

Minangkabau (Sang Sapurba).

Sang Nila Utama telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun (Penghulu di

Palembang) dan menukar nama kepada Seri Teri Buana. Baginda kemudian belayar ke Bintan

dan akhirnya membuka negeri baru di Temasik (Singapura). Keturunan daripada Seri Teri

Buana meneruskan pemerintahan Singapura sehinggalah ke zaman Raja Iskandar Shah.

Akibat serangan daripada Majapahit, Raja Iskandar Shah terpaksa melarikan diri sehingga

akhirnya berjaya membuka negeri baru di Melaka. Demikian bermulanya sejarah

pemerintahan raja-raja Melayu di Melaka. Sewaktu zaman pemerintahan Sultan Mahmud

Shah, kemajuan dan kemakmuran Melaka akhirnya musnah diserang oleh Portugis. Sultan

Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Kampar dan mangkat di sana. Baginda terkenal

dengan julukan Marhum Kampar. Salah seorang putera baginda bernama Raja Alauddin telah

diangkat menjadi raja di Johor sementara seorang lagi yang bernama Raja Mudzafar telah

menjadi raja di Perak bergelar Sultan Mudzafar Shah.

Menurut naskhah tersebut, Raja Mudzafar Shah adalah putera Sultan Mahmud Shah

dengan isteri baginda puteri raja dari Kelantan. Selepas kemangkatan Sultan Mahmud Shah,

Raja Mudzafar Shah telah disingkirkan oleh pembesar istana di Kampar.7 Akibatnya, Raja

7 Dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu (A. Samad Ahmad, 1996: 271-274), ada diceritakan kisah Sultan
Mahmud Shah dan isteri baginda Tun Fatimah yang terpaksa melarikan diri ke Kopak (Sumatera) setelah Melaka
ditawan oleh Portugis. Pada mulanya, Sultan Mahmud Shah sangat kasih kepada puteranya Raja Mudzafar
(bondanya Puteri Onang Kinang, anak Raja Kelantan) dan bakal dilantik sebagai pengganti kerajaan. Walau
bagaimanapun, selepas Tun Fatimah melahirkan Raja Ali, kasih Sultan Mahmud Shah telah beralih pula kepada

7
Mudzafar Shah berserta isteri baginda Tun Terang dan putera baginda Raja Mansur telah

belayar ke Siak dan akhirnya sampai ke Kelang. Ketika itu, terdapat seorang saudagar yang

sering berniaga dari Perak ke Kelang bernama Siwa Maya. Saudagar Siwa Maya akhirnya

membawa Raja Mudzafar Shah ke Perak dan seterusnya menaiki takhta kerajaan dengan

memakai gelaran Sultan Mudzafar Shah. Apabila mangkat, Sultan Mudzafar dikenali sebagai

Marhum Tanah Abang. Naskhah Salasilah Raja-Raja Perak kemudian meneruskan jurai

keturunan raja-raja yang memerintah Perak sehingga ke zaman Marhum Sayong di Pasir

Panjang.8

Berdasarkan naskhah di atas, dapat dibuat suatu susunan ringkas bagaimana

bermulanya kesultanan Perak sebagai sambungan daripada zuriat raja-raja Melaka. Salasilah

raja-raja Melaka yang terdapat dalam naskhah itu sebenarnya adalah ringkasan daripada

salasilah raja-raja yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Dengan kata-

kata lain, naskhah Salasilah Raja-Raja Perak telah memperlihatkan pengaruh yang ketara

daripada Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu untuk menghubungkan jurai keturunan raja-raja

Perak daripada zuriat keturunan raja-raja Melaka yang dikatakan berasal-usul daripada anak

cucu Iskandar Zulkarnain.

Walau bagaimanapun, suatu persoalan timbul semasa pengarang naskhah Salasilah

Raja-Raja Perak menceritakan susur galur raja-raja Perak daripada Raja Mudzafar Shah,

kerana tanpa memberikan sumber rujukannya. Kisah kedatangan Raja Mudzafar Shah ke

Negeri Perak tiada dinyatakan sumbernya secara jelas, sedang kisah tersebut ternyata tiada

putera baginda yang baharu ini. Akhirnya Raja Ali ditabalkan oleh Sultan Mahmud Shah sebagai pengganti
kerajaan bergelar Sultan Alau’d-Din Ri’ayat Shah atau disebut orang Sultan Muda. Sementara itu, Raja
Mudzafar dikahwinkan dengan Tun Terang, anak Tun Fatimah dengan Tun Ali (yang dihukum bunuh oleh
Sultan Mahmud Shah sewaktu di Melaka). Perkahwinan Raja Mudzafar dengan Tun Terang melahirkan seorang
putera bernama Raja Mansur. Selepas Sultan Mahmud Shah mangkat di Kampar, Sultan Alau’d-Din Ri’ayat
Shah berpindah ke Johor dan seterusnya menjadi sultan di Johor. Baginda mangkat di Johor dan dikenali sebagai
“Marhum di Johor Lama”. Sementara kisah Raja Mudzafar dan Tun Terang serta Raja Mansur tiada diceritakan
secara lebih lanjut dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu.

8 Putera Sultan Mahmud Shah, 1765-1773 (Marhum Muda di Pulau Besar Indera Mulia) yang menjadi Raja
Bendahara Perak. Apabila mangkat, baginda dikenali dengan julukan Marhum Sayong di Pasir Panjang.

8
tercatat di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Ada kemungkinannya kisah tersebut

bersumber daripada cerita lisan warisan masyarakat istana di Negeri Perak.

Sebuah lagi naskhah yang sangat penting dalam menyusurgalur salasilah raja-raja

Perak ialah Misa Melayu, sebuah karya sejarah yang cukup sinonim dengan kesultanan Perak,

nukilan Raja Chulan pada tahun 1784. Misa Melayu menjadi begitu terkenal setelah

diterbitkan oleh R.O. Winstedt pada tahun 1919 dan kemudiannya telah diulang cetak

beberapa kali oleh penerbit-penerbit yang lain pula. Sehingga kini, sekurangnya-kurangnya

enam buah salinan manuskrip Misa Melayu diketahui wujud iaitu di Perpustakaan Negara

Malaysia, Kuala Lumpur (MS 6), di Muzium Pusat Jakarta (ML 423), di Royal Asiatic

Society, London (MS Maxwell 25), di Royal Institute of Linguistics and Anthropology,

Leiden (KITLV Or. 70), di Perpustakaan School of Oriental and African Studies / SOAS,

London (MS 48165/ 1), dan sebuah lagi di Cambridge University Library (MS Or. 832).

Penelitian mendapati isi kandungan bagi lima buah naskhah yang pertama yang

dinyatakan di atas adalah tidak jauh berbeza berbanding dengan Misa Melayu yang telah

diterbitkan oleh R.O. Winstedt pada tahun 1919. Secara keseluruhannya, semua naskhah

mempunyai isi kandungan yang hampir-hampir sama antara satu sama lain, kecuali beberapa

perbezaan dari segi penggunaan bahasa dan perincian peristiwa. Hal ini memberi gambaran

bahawa penyalinan naskhah-naskhah tersebut adalah berpunca daripada sebuah manuskrip

induk yang sama. Kesemua naskhah menceritakan salasilah raja-raja Perak yang bermula

dengan Almarhum Jalilullah (Sultan Mudzafar Shah II memerintah pada 1636-1653, sultan

yang ke-10 dalam salasilah kesultanan Perak. Sumber penulisannya tiada dinyatakan oleh

Raja Chulan sama ada daripada Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu ataupun daripada sumber-

sumber rujukan yang lain.

9
Manuskrip Keterangan

PNM, Kuala Lumpur Terdiri daripada 145 halaman dan berukuran 35 sm x 21 sm,
(MS 6). bertarikh 1252 Hijrah yang bersamaan tahun 1836 Masihi.
Manuskrip Jawi telah diterbitkan oleh Abdullah Zakaria
Ghazali, Yayasan Penataran Ilmu, pada tahun 1994.

Muzium Pusat Jakarta Naskhah berukuran 34.5 sm x 22 sm, terdiri daripada 84


(ML 423). halaman, tanpa tarikh.

Royal Asiatic Society, Naskhah berukuran 29.5 sm x 20.5 sm dan terdiri daripada
London (MS Maxwell 121 halaman. Merupakan salinan daripada manuskrip milik
25). Raja Muda Yusuf pada tahun 1877. Raja Muda Yusuf
kemudiannya menjadi Sultan Perak ke-27 antara tahun 1876-
1886 dengan gelaran Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzafar
Shah. Keterangan awal tentang penemuan manuskrip Hikayat
Misa Melayu tersebut telah diberikan oleh W. E. Maxwell
dalam JSBRAS pada tahun 1878 yang merupakan pertama kali
nama karya “Misal Melayu” muncul dalam sejarah persuratan
Melayu.

Royal Institute of Manuskrip terdiri daripada 103 halaman dalam kertas bersaiz
Linguistics and 34 sm x 21 sm. Pada halaman 76, terdapat catatan dengan
Anthropology, Leiden pensil seperti berikut: “Dikarang 11 March 86.
(KITLV Or. 70).

SOAS, London (MS MS 48165/1 terdiri daripada 96 halaman dan bersaiz 33 sm x


48165/ 1 & MS 20 sm. Naskhah bahagian prosa Misa Melayu. Pada halaman
48165/2) awal terdapat tanda tangan R.O. Winstedt dan tarikh 3/2/20
serta catatan “MS B of my Singapore edition of the Misa
Melayu”.

MS 48165/2 terdiri daripada 30 halaman, merupakan


bahagian syair Misa Melayu. Pada halaman awal terdapat
catatan daripada R.O. Winstedt “MS C of my Singapore
edition of the Misa Melayu” dan tarikh 3/2/20.

Di samping kelima-lima buah manuskrip di atas, terdapat sebuah lagi manuskrip Misa
Melayu yang agak jarang dibicarakan oleh sarjana. Manuskrip yang dimaksudkan berjudul

10
Hikayat Misa Melayu yang kini tersimpan di Cambridge University Library (MS Or. 832).

Manuskrip bertarikh 21 Disember 1909 yang merupakan pemberian Sultan Idris

Murshidul’azam Shah (1887-1916) kepada R. J. Wilkinson yang kemudiannya diserahkan

pula oleh R. J. Wilkinson kepada Cambridge University Library pada tahun 1910. Pada

halaman pertama MS Or. 832 tersebut terdapat catatan “Bahawa inilah Hikayat Misa Melayu

Sultan Idris ibn Almarhum Iskandar Shah, iaitu Keturunan Peraturan Isti‘adat Segala Raja-

Raja Yang Kerajaan Negeri Perak, maka beta hadiahkan kepada seri paduka sahabat beta

Tuan R.J. Wilkinson, sekretari Tuan Residen Perak adanya”. Besar kemungkinan catatan

tersebut adalah daripada Sultan Idris Murshidul’azam Shah sewaktu baginda menyerahkan

salinan manuskrip itu kepada R. J. Wilkinson yang ketika itu berkhidmat sebagai Setiausaha
kepada Residen Inggeris di Negeri Perak.

Manuskrip Or. 832 memperlihatkan penampilan yang istimewa, berjilid kemas dengan

kertas kadbod berwarna putih dan berukuran 32.5 sm x 20.5 sm. Terdapat 23 baris ayat pada

satu halaman yang tertulis pada kertas yang bergaris biru. Tulisan Jawi menggunakan dakwat

berwarna hitam dan merah serta tertulis dalam petak-petak empat segi bergaris warna merah

berukuran 21 sm x 12.5 sm. Tulisan Jawi dibuat dalam bentuk khat yang menarik dan

memperlihatkan kemahiran seni khat penyalinnya. Keseluruhan manuskrip terdiri daripada

250 halaman.

Manuskrip Or. 832 mengandungi teks Hikayat Misa Melayu yang lengkap, iaitu judul

dan faharasat (hlm. 1-4), bahagian prosa (hlm. 5-166), bahagian syair (hlm. 167-218) dan

bahagian prosa serta kolofon (219-244). Bahagian faharasat (senarai tajuk) diberi judul “Maka

inilah yang boleh menghuraikan perkataan hikayat ini.” Bahagian syair tertulis dalam petak-

petak bergaris merah berukuran 20 sm x 11.5 sm dengan judul “Ikat-ikatan Raja ke Laut”.

Manuskrip diakhiri dengan sebuah lakaran gambar rajah yang mengandungi salasilah kerajaan

Perak (hlm. 245-250) bermula dari Sultan Muzafar Shah ibn Sultan Mahmud Shah (Marhum

Tanah Abang) sehinggalah zaman pemerintahan Sultan Idris Murshidul’azam Shah, sultan ke-

28 bagi kerajaan Negeri Perak. Senarai salasilah raja-raja Perak ini ternyata merupakan
tambahan yang dibuat sendiri oleh penyalinnya, Muhammad Ghauath. Walau bagaimanapun,

11
salasilah raja-raja tersebut adalah menyamai senarai raja-raja yang memerintah Negeri Perak

sekarang.

Manuskrip Or. 832 mencatatkan sekurang-kurangnya dua tarikh yang berkaitan

dengan penyalinan dan penulisan Hikayat Misa Melayu tersebut. Tarikh yang pertama tercatat

pada halaman 242 manuskrip dalam mana penyalin mencatat tarikh pada 8 Zulhijjah 1327

yang bersamaan dengan 21 Disember 1909. Sebuah lagi tarikh dicatatkan oleh penyalin pada

bahagian kolofon manuskrip, iaitu tahun 1202 H, yakni tarikh Hikayat Misa Melayu dikarang

oleh Raja Chulan, yang bersamaan dengan tahun 1784. Keseluruhan kolofon manuskrip

adalah seperti berikut (hlm. 242):


Adapun yang mengarang hikayat salasilah aturan adat kerajaan Raja Chulan ibn Raja
Hamid. Maka ialah yang bijak bestari kepada mengarang surat-surat sebagainya
kepada zaman Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Almarhum Haji Allah dan
baginda Sultan Iskandar ‘Inayat al-Shah Yang Dipertuan Negeri Perak. Maka lalu
sampai kepada baginda Sultan ‘Ala al-Din Mansur Shah Iskandar Khalifat al-Rahim
kerajaan Perak sampai kepada tahun sanah 1202 seribu dua ratus dua di dalam Negeri
Perak Dar al-Ridhuan adanya. Amin, amin, amin ya Rab al-‘Alamin. Adanya tamat
kepada 8 Zulhijjah sanah 1327 (21-12-1909).
Tamatlah hikayat ketinggian salasilah aturan ‘adat dan isti‘adat kerajaan Negeri Perak
ini yang kemudian daripada Almarhum Jalilullah sampai kepada Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan ‘Ala al-Din Mansur Shah Iskandar Muda Khalifat al-Rahim
pada hijrah Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam sanah 1202.

Antara lain, Hikayat Misa Melayu (MS Or. 832, hlm. 5) dimulai dengan kisah tiga

orang putera Raja Suran dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain bernama Enchi’ Tarum,

Enchi’ Jali dan Paldu Tani yang muncul di Bukit Seguntang Mahabiru dan bertemu dengan

Demang Lebar Daun. Enchi’ Tarum kemudian menukar nama menjadi Kasran Pendita, Enchi’

Jali menjadi Nila Pahlawan dan Paldu Tani bergelar Nila Utama. Kasran Pendita

kemudiannya menjadi raja di Hijaz, Nila Pahlawan di Minangkabau sementara Nila Utama di

Johor, Singapura dan Melaka. Keturunan daripada Nila Utama kemudiannya telah menjadi

raja di Negeri Perak dan di beberapa buah negeri Melayu yang lain. Penceritaan kemudian

diteruskan dengan menyebut Sultan Mudzafar Shah selaku sultan yang pertama di Negeri
Perak yang dikenali dengan panggilan Almarhum Tanah Abang.

12
Permulaan Hikayat Misa Melayu di atas ternyata tiada ditemui dalam salinan-salinan

naskhah Misa Melayu yang lain termasuk dalam teks terbitan R. O. Winstedt pada tahun

1919. Kesemua naskhah yang lain bermula dengan catatan ringkas tentang zuriat keturunan

Raja Iskandar Zulkarnain dan diikuti dengan pemerintahan Almarhum Jalilullah (1636-1653),

sultan yang ke-10 dalam salasilah kesultanan Perak. Penyebutan nama-nama tiga orang anak

raja keturunan Iskandar Zulkarnain di dalam Hikayat Misa Melayu amat penting kerana

memperlihatkan pertalian yang berterusan tentang jurai keturunan raja-raja Perak yang awal.

Diceritakan keturunan raja-raja Perak adalah berasal-usul daripada zuriat Nila Utama seperti

yang tercatat di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu. Petikan keseluruhan mukadimah

naskhah Hikayat Misa Melayu (MS Or. 832, hlm. 5-6) adalah seperti berikut:
Ini hikayat yang kepada zaman Sultan Iskandar Zulqarnain Khalifat al-Rahman Johan
Berdaulat zillullah fi al-‘alam. Bahawasanya maka adalah daripada asal raja-raja itu
dicheterakan oleh orang yang empunya chetera dahulukala daripada hijrah Raja
Iskandar Zulqarnain yang menjalani daripada matahari masuk ke matahari naik dan
nasafnya daripada Raja Nasarwan ‘Adil dan anak cucu cicit raja yang turun ke dalam
laut jatuh ke negeri Raja Fatr ar-Radhi. Maka anaknya tajalli di Bukit Seguntang
Mahabiru. Maka lalulah turun-temurun ganti-berganti khalifah Allah beberapa julat
sudah dahulu daripada zaman ini maka sampailah sekarang.
Maka adapun Raja Suran itu beristerikan anak Raja Fatr ar-Radhi yang bernama Puteri
Hamayun. Maka ia berputera tiga orang laki-laki, yang tuhanya bernama Enchi’
Tarum dan yang tengahnya bernama Enchi’ Jali, dan yang bongsunya [6] Paldu Tani
namanya. Maka anak raja tiga orang inilah yang tajalli di Negeri Palembang di Bukit
Seguntang Mahabiru kepada seorang Demang Lebar Daun, isterinya bernama Wan Po’
Dang Malini. Maka tatkala anak raja tiga orang ini sampai ke dalam negeri itu telah ia
berubah namanya. Maka yang tuhanya Enchi’ Tarum itu bergelar Kasran Pendeta, dan
yang tengahnya Enchi’ Jali itu bergelar Nila Pahlawan, dan yang bongsunya Paldu
Tani itu bergelar Nila Utama. Maka adapun Kasran Pendeta itu ia pergi ke Tanah
Hijaz iaitu Negeri Arab, dan yang tengahnya Nila Pahlawan itu ia pergi ke Tanah
Minangkabau iaitu Pulau Percha, dan yang bongsunya Paldu Tani itu ia pergi ke
Tanah Johor, Singapura dan Melaka. Maka nasaf Nila Utama itulah yang jadi raja di
dalam Negeri Perak serta jadi baginda di Negeri Daik dan bendahara di Negeri Pahang
dan temenggong di Negeri Johor. Demikianlah yang tersebut di dalam Salasilah
Sejarah Melayu kedatangan peraturan segala raja-raja ini.

Melalui petikan di atas, pengarang Hikayat Misa Melayu secara nyata menyatakan

sumber penulisan daripada sebuah karya yang berjudul Salasilah Sejarah Melayu. Penulis
kurang pasti tentang naskhah yang dinamakan sebagai Salasilah Sejarah Melayu ini, tetapi

13
besar kemungkinannya pengarang atau penyalin Hikayat Misa Melayu merujuk kepada

Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu susunan Tun Seri Lanang pada tahun 1612. Sekiranya

andaian ini benar, hal ini menunjukkan bagaimana Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu telah

dijadikan bahan rujukan bagi memerikan asal-usul raja-raja Negeri Perak. Menurut Hikayat

Misa Melayu nama tiga orang putera raja yang mendarat di Palembang ketika itu ialah Enchi’

Tarum (bergelar Kasran Pendeta), Enchi’ Jali (bergelar Nila Pahlawan) dan Paldu Tani

(bergelar Nila Utama). Dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu (1996: 21), penyebutan

nama bagi ketiga-tiga orang anak raja tersebut memang wujud dengan variasi ejaannya yang

berbeza seperti berikut:


Maka sahut Nila Pahlawan, "Adapun kami ini bukan daripada jin dan peri, dan bukan
kami daripada bangsa indera, bahawa adalah bangsa kami ini daripada manusia. Asal
kami daripada anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, dan nasab kami Raja Nusyirwan
Adil, raja masyrik dan maghrib, pancar kami daripada Raja Sulaiman 'alaihissalam,
dan nama kami Nila Pahlawan, dan yang seorang ini Krishna Pandita, dan yang
seorang Nila Utama..."

Antara Waad dengan Wasiat

Waad yang tertera di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu memberikan beberapa

gambaran jelas tentang ciri-ciri asas ketuanan Melayu yang asal, bahawa raja perlu mendapat
sumpah setia hamba rakyat, dan bagi sesiapa yang melanggar sumpah setia akan membawa

kepada perbuatan derhaka kepada raja. Dilihat dalam konteks ini, waad bukan sekadar

perjanjian raja dengan rakyat yang biasa, tetapi memerikan sebuah pemikiran tentang

ketuanan Melayu yang sakral sifatnya yang terbendung dalam lingkungan kepercayaan dan

semangat serta roh masyarakat pada zamannya. Waad adalah suatu permulaan adat istiadat

dan undang-undang raja-raja Melayu bersetia dengan rakyatnya. Setia dan derhaka merupakan

dua perkataan yang begitu bermakna kepada raja dan rakyat yang memberi erti dalaman

kepada kedaulatan raja-raja dan kehambaan rakyat jelata. Punca asal bagi kepercayaan,

semangat dan roh masyarakat tersebut pastinya boleh disusuri ke akar kata "dorhaka" dalam
kepercayaan Hindu-Buddha yang sudah meresapi kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman

pra-sejarah lagi. Mitos kemunculan tiga orang anak raja dari laut yang menjadi benih induk
14
kepada asal-usul raja-raja Melayu adalah jelmaan lebih awal tentang dewaraja kepada

kepercayaan, semangat dan roh kewujudan raja-raja Melayu.

Dengan tidak menafikan kerangka pemikiran Melayu dan Hindu-Buddha, penulisan

Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu turut disusun dalam satu kesedaran pemikiran Islam yang

begitu dominan sekali. Waad tidak sepenuhnya terbina daripada nilai kepercayaan Melayu

dan Hindu-Buddha tetapi tertera dalam bingkai keislaman yang primer kedudukannya. Allah,

dan bukan mana-mana kuasa lain, yang akan memberi balasan kepada raja atau rakyat yang

mengikut atau melanggar waad yang telah dimeterai. Magna Carta ketuanan Melayu ini

adalah sebenarnya kontrak sosial antara raja dengan rakyat yang bersaksikan sumpah setia

kerana Allah SWT.

Daripada waad, tasawwur keislaman dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu

diperkukuhkan pula melalui bingkai pemikiran Islam yang berteraskan tradisi wasiat.

Terdapat sekurang-kurangnya sembilan peristiwa wasiat yang diceritakan dalam Sulalatus

Salatin / Sejarah Melayu (A. Samad Ahmad, 1996: 56, 62, 136, 160, 174, 178, 272, 290 dan

291). Walau bagaimanapun, wasiat-wasiat tersebut bukan berkaitan dengan pewarisan takhta

atau harta benda, sebaliknya lebih menekankan kepada nasihat tentang keadilan pemerintahan

kepada bakal pewaris takhta kerajaan, suatu tema yang lazimnya menjadi teras penulisan

dalam karya dari golongan adab ketatanegaraan Melayu.9 Hampir dalam setiap wasiat, raja

yang sedang nazak akan menyampaikan pesanan-pesanan akhir kepada bakal pengganti

kerajaan atau kepada para pembesar yang tinggal agar meneruskan pemerintahan kerajaan

mengikut lunas-lunas keadilan yang dituntut dalam Islam. Berikut merupakan tiga daripada

wasiat yang tertera di dalam Karya Agung tersebut:

9 Usaha raja-raja, para pembesar, penasihat atau ulama istana masa silam merangka, menyusun dan menulis
karya-karya yang memberi panduan dan nasihat pemerintahan kepada raja-raja bukanlah suatu perkara yang
baharu, sebaliknya telah lama berkembang dalam sejarah persuratan dan ketamadunan Islam, khusus melalui
karya yang dikenali umum sebagai adab ketatanegaraan seperti Taj al-Salatin (1604) oleh Bukhari al-Jauhari dan
Bustan al-Salatin (1638) oleh Nuruddin al-Raniri di Aceh, dan kelahiran karya dari kalangan kerabat istana
seperti Raja Ali Haji di Riau yang menghasilkan Thamarat al-Muhimmah (1857) dan Sultan Haji Omar Ali
Saifuddien di Brunei Darussalam yang mengarang Syair Perlembagaan Negeri Brunei (1960).

15
Wasiat 1

Wasiat Sultan Mansur Syah kepada puteranya, Raja Ahmad. Dalam sejarah kesultanan

Melaka, Sultan Mansur Syah terkenal sebagai seorang sultan yang bijaksana dan telah

membawa keamanan serta kemakmuran kepada kerajaan Melaka. Selepas kemangkatan

Sultan Mansur Syah, Raja Ahmad menaiki takhta kerajaan Melaka dengan memakai gelaran

Sultan Alau'd-Din Riayat Syah. Sebelum kemangkatannya, Sultan Mansur Syah berwasiat

kepada Raja Ahmad seperti berikut (A. Samad Ahmad, 1996: 160):
Maka Sultan Mansur Syah pun memandang kepada anakanda baginda, Raja Ahmad,
maka titah baginda, "Hei anakku, ketahui olehmu, bahawa dunia ini sekali-kali tiada
kekal adanya. Yang hidup itu sedia akan mati juga sudahnya, iman yang sempurna dan
pekerti yang baik, itulah yang kekal disebut orang selama-lamanya.
Adapun peninggalan aku ini, hei anakku, hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat,
dan jangan engkau mengambil hak orang tiada sebenarnya. Makan haqu 'l-adam
terlalu besar dosanya, tiada diampuni Allah subhanahu wa ta'ala, melainkan dengan
izin yang empunya hak juga, dan jangan khali engkau keluar dihadap orang, kerana
hamba Allah sekaliannya banyak berserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya,
hendaklah segala yang kesakitan itu segera engkau tolong, jikalau teraniaya ia,
hendaklah engkau periksa ia baik-baik, supaya di akhirat jangan diberatkan Allah
atasmu, kerana sabda Nabi sallallahu alaihi wassalam: Kullukum ra 'in wa kullulkum
mas'ulun 'an ra'iyyatihi, yakni segala kamu yang mengembala dunia lagi akan ditanyai
daripada gembalaan kamu, ertinya, segala raja-raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah
subhanahu wa ta'ala daripada segala rakyat.
Sebab demikianlah, maka sebaiknyalah engkau berbuat adil dan saksama, supaya di
sana jemaah diringankan Allah ta'ala kira-kiramu, dan hendaklah engkau muafakat
dengan segala menteri dan segala orang besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau
bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan pegawai,
di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu? Dan tiada akan sentosa
kerajaannya, kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpama kayu, kerana
api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu, seperti kata Parsi: 'Ar'ayatu juan bakhasta
sultan khasad, yakni rakyat itu umpama akar dan raja itu umpama pohon, jikalau
tiada akar nescaya tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala
rakyatnya.
Hei anakku, hendaklah engkau turut seperti amanatku ini, supaya beroleh berkat diberi
Allah subhanahu wa ta'ala, biji bin-nabi sallallahu alaihi wa sallam."

16
Wasiat 2

Wasiat Sultan Alau'd-Din Riayat Syah kepada puteranya, Raja Mamad. Sultan Alau'd-Din

terkenal dengan sifat adil dan berani serta mengambil perhatian tentang kebajikan dan

keselamatan rakyat. Selepas kemangkatan Sultan Alau'd-Din, Raja Mamad menaiki takhta

kerajaan Melaka dengan gelaran Sultan Mahmud Syah (A. Samad Ahmad, 1996: 174):
Maka baginda memandang kepada muka anakanda baginda, Raja Mamad, maka titah
baginda, "Hei anakku, adapun engkau hendaklah banyak-banyak sabar, dan ampunmu
akan segala hamba sahayamu, dan baik-baik memelihara akan dia, kerana firman
Allah ta'ala, Inna'llaha ma'as sabirin, yakni bahawa Allah ta'ala serta pada segala yang
sabar. Dan jikalau datang kepada dua pekerjaan, suatu pekerjaan Allah, dan suatu
pekerjaan dunia, maka dahulukan olehmu pekerjaan Allah daripada pekerjaan dunia.
Hendaklah engkau sangat-sangat menyerahkan diriku kepada hadrat Allah ta'ala yang
akan memelihara akan kamu, kerana wa man yatawakkal'ala'llah.
Dan segala anak Melayu bagaimanapun besar dosanya, jangan olehmu diaifi dia, dan
sampai kepada hukum syarak dosanya derhaka, bunuhlah, kerana segala Melayu itu
ketanahanmu, seperti kata Arab, Al-'abdi tinu' l-maulahu, yang hamba itu tanah
tuannya. Jikalau engkau bunuh ia tiada dengan dosanya, bahawa kerajaanmu binasa.
Hei anakku, hendaklah engkau turut dan engkau ingatkan wasiatku ini, dan kau
kerjakan, supaya berkat diberi Allah subhanahu wa ta'ala."

Wasiat 3

Wasiat Bendahara Paduka Raja kepada para pengikutnya dan kepada Sultan Mahmud Syah

yang sedang memerintah Melaka ketika itu. Tun Perak terkenal sebagai bendahara yang

bijaksana dan taat setia kepada raja Melaka (A. Samad Ahmad, 1996: 178):
Maka Bendahara menyuruh memanggil segala anak cucunya, yang sehari dua hari
perjalanan. Setelah berkampung semuanya, maka Bendahara Paduka Raja pun
berwasiatlah pada segala anak cucunya itu, katanya, "Hei segala anak cucuku, jangan
kamu tukarkan agamamu dengan dunia yang tiada kekal adanya ini, yang hidup itu
sahaja akan mati juga kesudahannya. Hendaklah kamu semua tuliskan kepada hatimu
pada berbuat kebaktian kepada Allah ta'ala dan Rasul Allah sallallahu alaihi wassalam,
yang adil itu dengan nabi sallallahu alaihi wassalam umpama dua buah permata pada
sebentuk cincin, lagi pula raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana ia zillullah
fil'alam. Apabila berbuat kebaktian akan nabi Allah, serasa berbuat kebaktian kepada
Allah ta'ala. Firman Allah ta'ala, Ati'ul-laha wa 'ati'ur rasula wa ulil amri minkum,
yakni berbuat kebaktianlah kamu akan Allah, dan akan rasul-Nya, dan akan raja,
inilah wasiatku kepada kamu semua. Hendaklah jangan kamu sekalian lupai, supaya
kebesaran dunia akhirat kamu semua peroleh."

17
...
Setelah itu maka terdengarlah kepada Sultan Mahmud Syah, Bendahara sakit sangat.
Maka baginda pun berangkatlah mendapatkan Bendahara Paduka Raja. Maka
Bendahara pun menyembah pada baginda, maka sembah Bendahara Paduka Raja,
"Ampun tuanku, pada perasaan patik yang dunia ini luputlah daripada genggaman
patik, melainkan negeri akhiratlah semata-mata patik hadapi, segala anak buah patik,
petaruh patiklah ke bawah duli tuanku. Hendaklah tuanku jangan dengar-dengarkan
akan sembah orang yang tiada sebenarnya, jikalau tuanku dengar-dengarkan akan kata
orang yang fitnah, akibat tuanku menyesal kelak. Bahawa yang kehendak nafsu itu
daripada waswas syaitan alihi 'l-la'anat. Banyak raja-raja yang besar-besar dibinasakan
Allah kerajaannya sebab menurutkan hawa nafsu syaitan."

Ketiga-tiga buah wasiat yang tertera di atas menggariskan beberapa asas penting

tentang keperibadian seseorang pemerintah yang selaras dengan tuntutan Islam. Walaupun
wasiat tersebut hanya merupakan suatu bahagian yang kecil daripada keseluruhan Sulalatus

Salatin / Sejarah Melayu tetapi mengandungi amanat kenegaraan Islam yang padat dan luas

cakupan maknanya. Dari segi struktur, wasiat yang diberikan terdiri daripada tiga bahagian

asas yang saling berkaitan antara satu sama lain, iaitu nasihat tentang sesuatu perbuatan,

balasan yang bakal diterima seandainya mengikut atau melanggar nasihat, dan alasan tentang

kewajaran sesuatu nasihat itu:

1. Kedudukan Raja

Dalam waad, hamba Melayu telah bersumpah dan berjanji akan taat dan setia kepada raja

walaupun raja itu memerintah secara zalim, tetapi sebab sebenar ketaatan hamba Melayu itu

tidak dinyatakan dengan jelas dalam waad tersebut. Andaian yang dapat dibuat hanyalah

merujuk kepada mitos arketaip asal-usul raja-raja Melayu yang berhubungan dengan avatar

dan dewaraja pancaran ajaran Hindu-Buddha. Arketaip kedaulatan dan kesucian raja-raja

tersebut telah sekian lama berakar umbi dalam kepercayaan masyarakat Melayu dan

seterusnya diperkukuhkan pula melalui pelbagai adat istiadat dan pantang larang hubungan

antara rakyat dengan golongan kerabat raja.

18
Kedatangan Islam di Alam Melayu telah membawa pemikiran baru terhadap

kedudukan raja. Keperluan hamba Melayu taat dan setia kepada raja-raja tidak lagi dicernakan

melalui mitos kesakralan raja tetapi sebaliknya menerusi sebuah ungkapan zillullah fil'alam

yang hidup dalam tradisi pemikiran Islam dengan maksud "raja adalah sebagai bayang-

bayang Tuhan di dunia" atau "the king is the shadow of God" atau "the king is the shade of

God". Dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu, ungkapan raja adalah zillullah fil'alam telah

dinyatakan oleh Bendahara Paduka Raja sewaktu menasihati para pengikutnya supaya taat

dan berbuat bakti kepada raja (Wasiat 3).

Kedudukan raja selaku zillullah fil'alam diperkukuhkan lagi oleh Tun Seri Lanang

dengan satu lagi sifat utama seorang pemerintah dalam Islam, yakni, selaku "penggembala"

melalui kata-kata Sultan Mansur Syah, "kamu yang menggembala dunia lagi akan ditanyai

daripada gembalaan kamu, ertinya, segala raja-raja di akhirat lagi akan ditanyai Allah

subhanahu wa ta'ala daripada segala rakyat." (Wasiat 1). Sebagaimana pemikiran tentang raja

sebagai "bayangan Tuhan di dunia", konsep raja selaku "penggembala" juga merupakan

idealisma yang sering muncul dalam karya adab ketatanegaraan, seperti terungkap dalam Taj

al-Salatin dan Bustan al-Salatin. Kesedaran Tun Seri Lanang terhadap kedudukan istimewa

raja di sisi Tuhan diperhalusi lagi dengan petikan kata-kata, "bahawa raja-raja yang adil itu

dengan nabi sallallahu alaihi wassalam umpama dua buah permata pada sebentuk cincin."

Pada dasarnya, ungkapan ini juga adalah biasa ditemui dalam karya adab ketatanegaraan.

Oleh itu, melalui ketiga-tiga buah wasiat di atas, ada kecenderungan atau pengetahuan

Tun Seri Lanang untuk memperlihatkan kedudukan sebenar raja-raja Melayu selaku "wakil

Tuhan" terhadap kepimpinan rakyat jelata. Raja-raja bukan lagi diagung-agungkan melalui

mitos kesakralan mereka, sebaliknya ditinggikan martabat mereka berdasarkan ajaran Islam,

sekurang-kurangnya seperti yang lazim terdapat dalam karya adab ketatanegaraan. Ketinggian

kedudukan raja-raja di sisi agama ini tidak terserlah dalam waad, sebaliknya terungkap kemas

dalam wasiat yang diperturunkan kemudiannya. Waad dan wasiat justeru membentuk suatu

magna carta yang tersendiri dalam budaya pemikiran masyarakat Melayu tentang kedaulatan
dan ketuanan raja-raja Melayu dari dahulu sehingga sekarang.

19
2. Ciri Pemerintah

Di samping persoalan kedudukan raja, wasiat yang terdapat dalam Sulalatus Salatin / Sejarah

Melayu membariskan beberapa ciri asas seorang raja atau pemerintah menurut ukuran

kenegaraan Islam. Setiap raja atau pemerintah dinasihati agar berusaha memiliki atau

berupaya memiliki ciri-ciri asas yang melayakkannya menjadi ketua kepada sebuah negara

dan rakyat jelatanya. Oleh sebab ciri-ciri tersebut dibuat dalam bentuk wasiat, justeru agak

ringkas dan padat, serta tidak tersusun dengan teratur. Suatu susunan semula telah dibuat

mengikut keutamaannya yang boleh dibahagikan kepada lima ciri yang berikut:

i. iman yang sempurna dan pekerti yang baik...

Nasihat agar setiap raja pemerintah memiliki "iman yang sempurna dan pekerti yang baik"

terungkap dalam Wasiat 1 dalam mana keimanan kepada Allah SWT dan pekerti yang baik

akan membentuk jiwa dan keperibadian seorang raja yang alim dan berbudi tinggi. Dalam

budaya pemikiran masyarakat Melayu, gabungan antara keimanan dan budi pekerti yang baik

akan mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia yang sentiasa berpegang kepada

kebenaran dan kebaikan. Dalam Wasiat 2, gabungan ciri-ciri ini disampaikan oleh Tun Seri

Lanang melalui sifat-sifat raja yang penyabar dan pengampun serta sentiasa menyerahkan diri

di bawah pimpinan dan naungan Allah SWT. Sementara dalam Wasiat 3, penekanan tentang

ciri keperibadian raja ini diungkapkan dengan nada yang lebih tegas, bahawa "jangan kamu

tukarkan agamamu dengan dunia."

ii. hendaklah engkau berbuat adil sangat-sangat...

Tuntutan agar raja berlaku adil dalam pemerintahan terdapat dalam ketiga-tiga buah wasiat

yang tertera di atas, malah juga dalam kebanyakan wasiat yang lain. Dalam karya adab

ketatanegaraan, sifat adil menjadi tuntutan terbesar yang perlu dipenuhi oleh setiap

pemerintah, seperti banyak terakam dalam Taj al-Salatin, Bustan al-Salatin atau Nasihat al-

Muluk. Ciri adil menghindarkan sifat zalim kepada raja-raja. Dalam Wasiat 2, pesanan agar
raja berlaku adil kepada rakyat dijelmakan melalui imbasan semula terhadap peristiwa waad,

dalam mana seorang raja tidak harus memberi aib kepada rakyatnya. Sekiranya seorang rakyat
20
melakukan kesalahan yang besar dan patut dihukum bunuh, laksanakanlah hukuman bunuh

tersebut mengikut undang-undangnya, bukan diberi malu, aib atau dihina dengan pelbagai

hukuman yang tidak sepatutnya.

iii. muafakat dengan segala menteri...

Seorang raja adalah dituntut memerintah negeri dengan mendapatkan nasihat dan bantuan

daripada para menteri, pembesar, ulama dan sebagainya. Hal ini begitu jelas dinyatakan dalam

Wasiat 1, dalam mana Sultan Mansur Syah menasihati warisnya agar sentiasa bermuafakat

dengan menteri, atau dalam erti kata lain, bermusyawarah dengan para pembesar istana.

Kepentingan hubungan akrab antara kedua-dua pihak ini diumpamakan seperti api dengan

kayu: raja umpama api, sementara menteri ibarat kayu. Api tidak akan dapat bernyala tanpa

adanya kayu. Demikian juga dengan sebuah perumpamaan lain: rakyat umpama akar dan raja

umpama pohon. Pohon tidak dapat berdiri tanpa adanya akar. Dalam Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu memang ada peristiwa-peristiwa yang memperlihatkan hubungan erat antara

raja dengan para pembesarnya yang bijaksana, di samping tidak kurang juga peristiwa

hubungan buruk antara raja dengan pembesar sehingga membawa kepada keruntuhan

kerajaan.

iv. jangan khali engkau keluar dihadap orang...

Seorang raja bukan hanya tinggal di istana tanpa berusaha mengambil tahu hal kehidupan

rakyat yang tinggal di luar istana. Ada ketikanya rakyat datang ke istana mengadu hal

permasalahan mereka, dan ada masanya pula raja perlu keluar dari istana melawat kampung

dan desa bagi mengetahui permasalahan rakyat jelata. Nasihat agar raja perlu sentiasa

mengambil tahu urusan kehidupan rakyat terungkap dalam Wasiat 1 sebagai suatu cara raja

memastikan kemakmuran dan kesejahteraan hidup seluruh rakyatnya. Peristiwa raja dan

rombongan istana keluar melawat kampung dan desa yang terdapat dalam dalam Sulalatus

Salatin / Sejarah Melayu atau Misa Melayu atau karya-karya yang lain adalah gambaran-

gambaran awal tentang keprihatinan seorang pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawab


memelihara negara dan rakyat.

21
v. jangan dengar-dengarkan fitnah...

Seorang raja adalah ditegah sama sekali daripada mendengar sesuatu berita atau pengaduan

tanpa usul periksa secara teliti kerana dikhuatiri akan terdedah kepada hasutan fitnah. Fitnah

adalah perbuatan buruk hasil hasutan "waswas syaitan" dan "hawa nafsu syaitan" seperti

tertera dalam Wasiat 3 di atas.

Dari segi logik dalaman teks, umumnya para sarjana sependapat tentang kejatuhan

Melaka ke tangan Portugis akibat daripada Sultan Mahmud Syah yang telah melanggar waad

dengan bertindak zalim terhadap rakyat. Walau bagaimanapun, penelitian ini mendapati, logik

dalaman teks dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu tidak hanya berhubungan dengan

waad, tetapi juga berkaitan dengan pelanggaran wasiat. Sultan Mahmud Syah melanggar

wasiat bapanya supaya memerintah dengan adil (Wasiat 2) dan wasiat Bendahara supaya

jangan mendengar fitnah (Wasiat 3). Kedua-dua unsur waad dan wasiat telah membentuk

Magna Carta keramat yang memelihara keharmonian hubungan antara raja dengan rakyat,

tetapi malangnya, kedua-duanya telah dilanggar oleh Sultan Mahmud Syah sehingga

membawa kepada kehancuran Melaka.

Fasa Baru Magna Carta Melayu

Selepas lebih kurang 400 tahun kemunculan Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu, teks tersebut

masih terus dijadikan sumber rujukan oleh pelbagai pihak bagi mengesani asal-usul dan adat

istiadat pemerintahan raja-raja Melayu. Antara tulisan terbaharu yang membuat rujukan

langsung kepada teks tersebut ialah dua buah buku hasil nukilan DYTM Raja Nazrin Shah

berjudul The Monarchy in Contemporary Malaysia (2004) dan Peranan Institusi Raja Melayu

Dalam Memupuk Perpaduan Warga (2012). Melalui buku-buku ini, Raja Nazrin Shah terus

memperkukuhkan pemikiran baginda tentang isu-isu semasa yang berlaku dalam arus

pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia sekarang. Dalam konteks ini, Raja Nazrin
Shah bukan sahaja menyampaikan pandangan dan pemikiran baginda sebagai seorang sarjana,

tetapi juga selaku pewaris takhta yang menilai isu-isu dari perspektif dalaman istana. Hal ini
22
dinyatakan oleh Raja Nazrin Shah dalam bahagian pengenalan buku-buku tersebut seperti

berikut:

My point is that the monarchy since then has evolved, and it is necessary to see it in
the context of contemporary society, its contemporary form and structure, and the
equally contemporary animus it commands. I do not intend this to be an academic
treatise - there are ample textbooks on the subject - but to present my own personal
perspective of the monarchy, Malaysia-style and of twenty-first century vintage.
Monarchy is a subject of special importance to me personally. In dealing with it, I
have to acknowledge a certain degree of subjectivity. However, if this also enables me
to bring an insider's view to the subject, I am happy to do so.
(Raja Nazrin Shah, 2004, The Monarchy in Contemporary Malaysia, hlm. 2-3)

Kepada diri Beta, Institusi Raja Melayu adalah subjek yang mempunyai keistimewaan
dan amat menghidupkan minda. Beta terlebih dahulu mengisytiharkan kepentingan
Beta sebagai seorang Raja Muda kepada Negeri Perak Darul Ridzuan serta pewaris
takhta yang sering kali diberikan amanah menyempurnakan tanggung jawab
Pemangku Raja. Dengan demikian, Beta tidak terlepas dari melakukan penilaian
bersifat peribadi. Namun status tersebut sebenarnya memberikan kelebihan,
membolehkan Beta melakukan penilaian dari perspektif dalaman serta melakukan
tafsiran berasaskan pengalaman yang pernah dan sedang dilalui.
Raja Nazrin Shah, 2012, Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan
Warga, hlm. 3)

Melalui Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga (2012: 8),

Raja Nazrin Shah menitipkan tiga prinsip asas yang menjadi tonggak kesultanan Melayu, iaitu

Islam, adat dan muafakat yang menjadi "serapah sakti" perpaduan antara raja dengan rakyat.

Pertama, Islam "telah mencorakkan sistem semak dan imbang terhadap kuasa raja,

memastikan raja bersikap adil". Dalam membincangkan persoalan ini, Raja Nazrin Shah

memetik beberapa catatan yang terdapat di dalam Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh dan juga

peristiwa pembunuhan anak Tun Perak yang terakam di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah

Melayu. Sikap adil Sultan Mansur Shah digambarkan melalui sikap tegas baginda membuang

puteranya sendiri dari bumi Melaka gara-gara bersalah membunuh anak Tun Perak tersebut.

Hikmah pengajaran daripada peristiwa ini sungguh besar ertinya, bukan hanya memerikan

23
sifat adil Sultan Mansur Shah pada masa lalu, tetapi memahat sama peri hubungan perpaduan

raja dengan rakyatnya agar kekal terpelihara.

Kedua, adat dan menurut Raja Nazrin Shah (2012: 10), "Dalam istilah istana

kesultanan Melayu adat merujuk kepada undang-undang." Sewaktu mengulas persoalan ini,

baginda kembali merujuk kepada Magna Carta Melayu, waad persetiaan Demang Lebar

Daun dengan Seri Teri Buana yang terdapat di dalam Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu.

Dalam pengamatan baginda, "Perjanjian tersebut adalah kontrak sosial yang diikat antara

institusi raja dengan institusi rakyat" yang sewajarnya harus terus berkekalan sehingga ke hari

ini.10 Raja dan rakyat harus memahami tugas masing-masing dan bertindak berdasarkan
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Raja yang melanggar perjanjian akan menerima

balasan yang setimpal, akan kehilangan kuasa dan takhta kerajaannya. Begitu juga bagi pihak

rakyat yang derhaka, akan menerima bala bencana yang serupa, binasa diri dan seluruh

kehidupannya.11 Raja Nazrin Shah (2012: 10) seterusnya menekankan peri pentingnya

"integriti" dalam pemerintahan raja-raja, "Integriti adalah akar yang menentukan darjat dan

daulat seseorang raja, kebesaran dan kemuliaan sesebuah takhta, keagungan dan kehebatan

sesebuah kerajaan."

Prinsip ketiga pula menjurus kepada muafakat seperti yang dianjurkan Islam, dengan

makna raja-raja Melayu perlu mengamalkan "budaya perundingan" bagi mendapatkan sesuatu

pandangan atau maklumat daripada pembesar dan rakyat, agar terhindar daripada fitnah.

Sekali lagi Raja Nazrin Shah (2012: 11) memetik peristiwa daripada Sulalatus Salatin /

Sejarah Melayu, khususnya peristiwa Sultan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah memberi wasiat

kepada puteranya, seterusnya mengukuhkan pandangan tentang waad dan wasiat sebagai dua

Magna Carta yang baru dalam budaya hidup masyarakat Melayu.

10 Magna Carta (bahasa Greek) yang bermaksud piagam, perjanjian sumpah setia, atau waad, telah membentuk
kerangka atau tulang belakang keseluruhan penulisan Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu.

11 Kratz (2011: 70) menamakan peristiwa waad tersebut sebagai "Sumpah Bukit Siguntang" yang merupakan
suatu peristiwa sumpah "yang paling berarti dan paling berat dalam kebudayaan dan masyarakat Melayu".

24
Sebagai pewaris takhta kesultanan Perak, Raja Nazrin Shah telah melihat lebih jauh ke

hadapan, tentang situasi semasa negara Malaysia sekarang, dengan kedudukan institusi raja-

raja yang berada di bawah payung Raja Berperlembagaan. Raja-raja bukan lagi melaksanakan

tugas mereka seperti masa lampau, sebaliknya kini berhadapan dengan tugas-tugas yang lebih

baharu yang telah digariskan dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Bagi memastikan raja-

raja dapat melaksanakan tugas mengikut arus perubahan zaman ini, Raja Nazrin Shah melalui

bukunya The Monarchy in Contemporary Malaysia (2004: 16-21) telah menggariskan lima

panduan yang dapat diringkaskan seperti berikut:

i. Raja-raja masa kini adalah penaung kepada "multi-ethnic communities" yang

merangkumi kepelbagaian bangsa, agama dan budaya. Dinilai dari sudut ini, makna

ketuanan Melayu bukan lagi raja yang hanya menjadi penaung kepada orang Melayu,

tetapi merangkumi sama bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia sekarang seperti

Cina, India, Iban, Kadazan dan sebagainya.

ii. Raja-raja harus menjadi contoh tauladan ("role models") kepada rakyat termasuk

dari golongan generasi muda. Bagi mencapai matlamat ini, raja-raja pada hari ini harus

mempunyai minat dan berkeupayaan dalam bidang pendidikan moden dan teknologi

maklumat. Dua kualiti diri ini mungkin tidak pernah muncul pada masa lampau tetapi

kini menjadi suatu kemestian kepada modal insan seorang raja.

iii. Raja-raja pada abad ke-21 harus lebih terbuka dalam menerima perubahan tanpa

mengorbankan nilai-nilai mulia warisan silam ("The monarchy must adapt to changing

circumstances. Though steeped in tradition, it must reflect a contemporary outlook.").

Bagi mencapai matlamat ini, raja-raja sewajarnya lebih banyak melibatkan diri dengan

aktiviti sosial masyarakat, mendekati masyarakat mengikut batas-batas yang

dibenarkan, dan lebih pentingnya, "often making a personal contribution that can be
considered outstanding by any criteria."

25
iv. Raja-raja harus berkemampuan memberikan pandangan terhadap sesuatu isu

dengan bebas dan berhikmah (“wisdom”), tanpa rasa takut dan memihak kepada

mana-mana kumpulan. Bagi melaksanakan tugas ini, raja-raja harus melengkapkan diri

dengan ilmu pengetahuan untuk mencapai “good governance” dan sentiasa peka

dengan keadaan semasa negara.

v. Raja-raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang berada di bawah

naungan raja-raja Melayu, suatu tugas warisan yang sudah pun termaktub dalam

sejarah kerajaan kesultanan Melayu masa lampau. Warisan ini sangat perlu

dipertahankan agar kesucian agama Islam akan sentiasa terpelihara, termasuk juga
dalam hal-hal yang berhubungan dengan adat istiadat dan budaya hidup mulia

masyarakat Islam (“Muslim ummah”) secara keseluruhannya.

Kelima-lima ciri yang digariskan oleh Raja Nazrin Shah di atas adalah sebahagian

daripada pemikiran baru tentang Magna Carta Melayu yang selaras dengan keadaan semasa

di Malaysia sekarang. Walupun dalam konteks Raja Berperlembagaan di Malaysia,

kedudukan raja-raja sering dikatakan “rulers reign but not rule”, tetapi pada hakikatnya raja-

raja tetap mempunyai kedudukan mereka yang tersendiri dan mempunyai bidang kuasa

tertentu dalam pentadbiran negeri dan negara. Oleh itu, adalah amat penting sekali agar

institusi raja-raja mendapat penghormatan tinggi masyarakat melalui perlindungan undang-

undang, dan lebih penting lagi, perlindungan yang lahir daripada kepercayaan rakyat negara

ini sendiri. Dalam masa yang sama, raja-raja juga harus sentiasa peka dengan perubahan

zaman yang memerlukan mereka memainkan peranan lebih mesra rakyat, dan sentiasa

menjadi model terbaik kepada rakyat seperti terungkap dalam saranan Raja Nazrin Shah di

atas. Kefahaman ikhlas yang lahir daripada kedua-dua belah pihak membentuk suatu bentuk

perjanjian yang baru dalam hubungan antara raja dengan rakyat, atau dalam kata-kata lain,

membentuk fasa baru dalam Magna Carta Melayu untuk menghadapi cabaran kehidupan

seterusnya.

26
Rumusan
Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu adalah Karya Agung bangsa Melayu yang memerikan

berbagai-bagai sisi ketamadunan bangsa Melayu termasuk juga memberikan sebab-sebab

kehancuran sesebuah negara akibat melanggar waad dan wasiat adat istiadat Melayu warisan

zaman. Dalam maksud yang lebih luas, waad dan wasiat yang tertera di dalam Sulalatus

Salatin / Sejarah Melayu bukan hanya tertuju kepada raja-raja Melaka dan Johor, sebaliknya

telah membentuk pengaruh berterusan kepada raja-raja Melayu yang lain, termasuk bagi

kesultanan Melayu di Negeri Perak Darul Ridzuan. Kesan pengaruh ini tergambar melalui dua

buah buku nukilan DYTM Raja Nazrin Shah, pewaris takhta kesultanan Perak yang ada

sekarang. Melalui tulisannya, Raja Nazrin Shah telah memperlihatkan penghargaan baginda
terhadap Sulalatus Salatin / Sejarah Melayu dan beberapa buah karya sastera sejarah yang

lain seperti Tuhfat al-Nafis, Hikayat Aceh dan Undang-Undang Melaka. Pengetahuan

terhadap karya-karya tersebut telah memberi asas kukuh kepada baginda tentang sejarah asal-

usul bangsa dan negara serta institusi kesultanan Melayu yang harus sentiasa mengambil

iktibar daripada Magna Carta yang telah tersurat dan tersirat dalam lipatan sejarah, agar

kelemahan sejarah lama tidak berulang dan fasa baru perpaduan antara raja dengan rakyat

dapat terus dibina dalam menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seterusnya.

27
Bibliografi
Abdul Rahman Haji Ismail, 1998. “Sulalat Us-Salatin Naskhah Raja Bungsu” dlm. Sejarah
Melayu / The Malay Annals (susunan Cheah Boon Kheng). Malayan Branch of the Royal
Asiatic Society (Reprint No.17), hlm. 1-20.

Ahmad Fauzi Mohd. Basri (peny.), 1992. Misa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
A. Samad Ahmad, 1996. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Braginsky, V.I. 2004. A Heritage of Traditional Malay Literature. Leiden: KITLV Press.
Ceridwen, Amelia, 2001. “The Silsilah Raja-Raja Perak I: An Historical and Literary
Investigation into the Political Significance of a Malay Court Genealogy” dlm. The
Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (74), Part 2, hlm. 23-125.

Jelani Harun, 2011. Umpama Sebuah Bahtera: Kajian Naskhah Melayu Sejarah Kesultanan
Negeri Perak. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.
Jelani Harun, 2011. “Asal-Usul Raja, Negeri dan Adat Istiadat Kesultanan Perak: Beberapa
Variasi dalam Pengekalan dan Penyimpangan Sumber Tradisi” dlm SARI (29), hlm. 3-
35.
Jelani Harun, 2013. “Sebuah Versi Baru Hikayat Misa Melayu Berdasarkan MS Or. 832 di
Cambridge University Library” dlm. IMAN (1), hlm. 3-17.
Kratz, E.U., 2011. "Sulalat al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah: Sumbangan dan Pandangan
Kesarjanaan Barat Terhadap Dua Karya Agung Melayu" Kertas Kerja Persidangan
Antarabangsa Karya Agung Melayu, 1-2 November 2011, Seri Negeri, Air Keroh,
Melaka, anjuran Yayasan Karyawan dan Kerajaan Negeri Melaka.
Matheson, V., 1982. Tuhfat al-Nafis. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.
Maxwell, W.E., 1878. “Notes on Two Perak Manuscripts” dlm. The Journal of the Straits
Branch of the Royal Asiatic Society (2), hlm. 183-183.

Raja Nazrin Shah, 2004. The Monarchy in Contemporary Malaysia. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Raja Nazrin Shah, 2012. Peranan Institusi Raja Melayu Dalam Memupuk Perpaduan Warga.
RNS Publications.
Sulalat al-Salatin ya’ni Perteturun Segala Raja-Raja (sejarah Melayu) Karangan Tun Seri
Lanang (Dikaji dan diperkenalkan oleh Muhammad Haji Salleh). 1997. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Yayasan Karyawan.

Tuhfat al-Nafis Naskhah Terengganu, 1991. Kuala Terengganu: The House of Tengku Ismail.

Valentyn, F., 1724. Beschryvinge van Oost-Indien Deel V/A (Published by Joannes van
Braam). Amsterdam: Met Privilegie.

28
Valentyn, F., 1850. “Description of Malakka and Our Establishment There” dlm. The Journal
of the Indian Archipelago and Eastern Asia (IV), hlm. 747-752.

Winstedt, R.O., 1919. Misa Melayu. Singapore: Methodist Publishing House.


Winstedt, R.O., & Wilkinson, R.J., 1934. “A History of Perak” dlm. The Journal of the Malayan
Branch of the Royal Asiatic Society (12). Part I.

29

Anda mungkin juga menyukai