Anda di halaman 1dari 2

Kesultanan Melayu Melaka (KMM) adalah sebuah kerajaan dan empayar yang tersohor.

Peng
etahuan mengenainya banyak telah diketahui. Sejarah Melayu atau Sulatatus Salatin, telah
menjadi sumber penting tempatan yag telah digunakan untuk kajian bahasa, kesusasteraan,
histriograpi dan sejarah. Namun, tidak semua sarjana berpendapat Sejarah Melayu itu seba
gai satu sumber sejarah yang dapat diterima sepenuhnya. Sumber-sumber Portugis, China d
an Arab lebih dipercayai. Namun, pada pandangan saya Sejarah Melayu memang boleh dijadi
kan sumber sejarah; kerana pemerintahan raja-raja Melaka itu diiktiraf oleh sejarah kecual
i jurai keturunan raja Bukit Seguntang Mahameru yang dilihat luar daripada kebiasaan. Nam
un penceritaan dilain-lain tempat dalam sejarah itu adalah cerita manusia yang biasa. Ketiad
aan tarikh mungkin juga satu sebab mengapa ia diragui. Namun setiap masyarakat mempunya
i tradisi pensejarahannya; bagi masyarakat Melayu ketiadaan tarikh itu adalah kerana cerit
a itu ditulis semula oleh banyak penulis. Oleh timbul isu samada Tun Seri Lanang itu penulisn
ya atau penyusunnya. Namun, itu bukanlah persoalannya disini. Sebagai seorang pengkaji sej
arah, tulisan dalam Sejarah Melayu dapat dijadikan bahan sejarah bagi mengkaji Kesultanan
Melayu Melaka yang tersohor itu. Nama-nama tempat yang disebut masih kekal sehingga ke
hari ini. Oleh itu, dalam mengkaji hubungan luar KMM yang terjalin dengan kawasan sekitarn
ya dan negara-negara luar disepanjang pemerintahan raja-rajanya, dapat dilihat kedinamika
n hubungan itu. Hubungan itu berlaku diperingkat kerajaan dan juga peribadi pemerintah M
elaka dengan dunia luar. Hubungan luar yang bersifat peperangan, penaklukan, pernaungan, p
erkahwinan diraja dan pengembangan Agama Islam , telah menjadi dasar dan pendekatan se
tiap pemerintah Melaka. Mereka menggunakan kaedah yang sama bagi memperkukuhkan

kedaulatannya. Kesultanan Melayu Melaka terpaksa berhadapan dengan semua cabaran luar i
tu dengan

cara yang jelas untuk menjaga ketuanannya dirantaunya. Hubungan dengan kuasa besar pula
dilakukan

dengan bijaksana untuk melindungi dan mengimbangi hubungan itu dan memelihara

kedaulatannya.Kedatangan Feringgi telah merubah kekuatan KMM; kejatuhan kota Melaka d


itangan

Feringgi, telah melemahkan kekuatan Melaka sebagai sebuah kuasa penting di Kepulauan Me
layu.

Namun, KMM tetap mempertahankan kedaulatannya walaupun terpaksa berpindah randah m


embentuk
pusat pentadbiran dan kerajaan ditanah-tanah naungannya. Disamping itu ia sentiasa dicaba
r dengan

kekuatan Feringgi. Mempelajari hubungan luar KMM itu sebenarnya, kita dapat mempelajari
kekuatan

dan kelemahan kepimpinan yang menguruskan hubungan luar itu. Ia juga mempamerkan tama
dun bangsa

Melayu yang diwarisi oleh kita hari ini.

Kata Kunci: Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan
Mahmud

Syah, Majapahit, China.

Anda mungkin juga menyukai