Anda di halaman 1dari 3

Ungkapan “Dunia Tanpa Sempadan” masyarakat Malaysia dapat direalisasikan dengan

kewujudan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) boleh diungkapkan sebagai pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang
digunakan bagi mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul serta mengurus maklumat dan
komunikasi. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun Malaysia menyedari potensi
ICT sebagai indikator terbaik dalam memacu sektor ekonomi, sosial mahupun politik. Pada
hakikatnya Malaysia juga turut tidak berkecuali daripada usaha mendifusi inovasi ICT
khususnya yang menyasarkan golongan pewaris negara. Perkembangan teknologi semasa,
iaitu teknologi maklumat dan komunikasi ini terjelma dalam bentuk Internet, Digital Apps,
Facebook, Instagram dan berbagai lagi tapak digital yang sangat mempengaruhi pembinaan
kesepaduan nasional sekaligus membentuk peradaban majmuk di Malaysia (Ahmad Zamil
Abdul Khalid 2021).

Antara cara drastik untuk menjadikan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) sebagai tapak
kesepaduan nasional ialah yang pertama dengan cara merapatkan jurang komunikasi antara
pelbagai kaum. Umum mengetahui bahawa, sebelum berlakunya revolusi perkembangan ICT,
masayarakat Malaysia terdahalu sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Mereka pula
dipisahkan dengan faktor geografi. Maka, segala informasi hanya diperolehi melalui surat
khabar dan radio. Situasi ini menyebabkan maklumat sukar disampaikan dan menyebabkan
masyarakat Malaysia kurang mengenali antara satu sama lain. Kini, teknologi telah berkembang
dengan pesat sehingga kemunculan internet dan media sosial yang banyak memberi
kemudahan dan pengaruh kepada kehidupan sosial dalam kalangan masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana tiada satu institusi sejagat yang mengawal perkembangan ini, dan
menjadikannya seperti digital jungle. Sebagai contoh masyarakat Malaysia dapat berkenalan
antara satu sama lain melalui aplikasi media seperti Whatsapp, Telegram, Facebook dan lain-
lain lagi. Dengan adanya aplikasi seperti ini mereka akan menguhubungi, berbual dan bergurau
senda antara satu sama lain dalam aplikasi media sosial ini. Pendek kata, ICT merupakan alat
utama dalam era maklumat kerana dengan bantuan teknologi maklumat ia akan menjadi teras
dalam komunikasi antara manusia dan pembekalan maklumat kepada masyarakat (Mohd.
Aizaini Maarof 2004).

Cara yang kedua untuk menjadikan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) sebagai tapak
kesepeduan nasional ialah dengan berfungsi sebagai sumber ilmu pengetahuan. Umum
mengetahui bahawa dengan bantuan ICT semua maklumat kita dapat diakses dalam beberapa
saat dan semuanya adalah di hujung jari. Masyarakat Malaysia atau golongan belia boleh
mengakses pelbagai jenis maklumat menggunakan medium ICT ini. Implikasinya masyarakat
Malaysia dapat mengetahui adat resam dan budaya kaum lain dengan mudah. Mereka tidak
perlu berkomunikasi atau bergaul denga orang lain seperti zaman dahalu untuk mengetahui
semua adat resam kaum lain. Sebagai contoh apabila seseorang ingin mengetahui adat resam
perkhawinan sesuatu kaum maka mereka dapat mengetahuinya dengan lebih terperinci apabila
melayari internet. Keadaan ini penting bagi membentuk masyarakat yang
bermaklumat membolehkan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan
sekaligus dapat menjaga sensitviti setiap kaum di muka bumi ini (Hanafi Atan 2012). Secara
tidak langsung situasi ini membolehkan remaja dapat mengenali pantang larang kaum lain
dengan lebih mendalam dengan cara yang lebih mudah. Dengan ini, golongan remaja dapat
memupuk semangat kecintaan terhadap kaum lain di Malaysia. Mereka juga dapat mengenali
dan memahami kaum lain agar perselisihan faham dan isu perkauman di negara ini dapat
dielakkan.

Cara yang ketiga untuk menjadikan Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) sebagai tapak
kesepeduan nasional ialah dengan cara menggiatkan menjalankan kempen atas talian kepada
semua lapisan masyarakat. Kempen kesedaran tidak lagi dilakukan secara fizikal malah
pengajur mula dilakukan secara atas talian yang membolehkan semua masyarakat dapat
disertai pada bila-bila masa dari lokasi yang berbeza. Bukan itu sahaja, seiring dengan
perkembangan revolusi industri 4.0 kempen atas talian mula mendapat perhatian dan sokongan
yang padu dari masyarakat kita sendiri. Sebagai bukti, kerajaan Malaysia telah menganjurkan
kempen atas talian bagi memupuk perpaduan pada sambutan 50 tahun rukun negara yang
bertempat di Dewan Wawasan Menara PGRM. Dalam kempen tersebut penceramah berkaum
Melayu, India dam Cina melaksanakan ceramah atas talian yang bertajuk kepercayaan kepada
tuhan bagi memupuk perpaduan demi kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada berbilang
kaum di Malaysia. Melalui kempen seperti ini penonton ceramah ini dapat mengekalkan
keharmonian dan dapat mengelakkan perselisihan faham antara kaum.
Dengan adanya Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) ini membolehkan pemimpin dapat
menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih jelas dan tepat. Melalui bantuan ICT ini
pemimpin dan pentadbir negara seperti Yang Di Pertuan Agong dan Perdana Menteri dapat
mengupas isu-isu terkini yang melibatkan pelbagai etnik supaya tidak timbul salah faham dalam
kalangan masyarakat. Dengan menyaluran dan hebahan informasi keperlbagaian agama,
kepercayaan dan adat resam di media sosial; masyarakat akan saling menghormati dan saling
menjaga sensitive kaum.

Anda mungkin juga menyukai