Anda di halaman 1dari 2

1.

0 ULASAN KRITIS

Pendirian Malaysia untuk membawa isu ini ke peringkat lebih tinggi seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)
adalah tepat dan sangat wajar. Seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa sudah lama
menyaksikan episod kekejaman demi kekejaman ke atas etnik Rohingya ini yang
kelihatan seperti tidak ada kesudahannya. Sudah sampai masanya PBB dan OIC
bertindak dengan lebih tegas termasuk mengenakan tekanan ke atas Myanmar.
Masyarakat dunia yang cintakan keamanan tidak dapat menerima apa yang sedang
berlaku di Rakhine. Mereka mahu segala desakan selama ini diterjemahkan kepada satu
tindakan tegas.

Tindakan Malaysia selaku anggota ASEAN, telah mula melanggar prinsip tidak
campur tangan untuk memberi komen mengenai isu Rohingya. Hal ini kerana dalam isu
etnik Rohingya ini, pendirian tidak mahu ‘menjaga tepi kain’ negara anggota ASEAN perlu
diketepikan kerana ini bukan isu yang melibatkan agama Islam sahaja tetapi yang lebih
penting adalah nilai kemanusiaan. Walaupun Malaysia pada mulanya mengambil
pendekatan reaktif, mengkritik tindakan keras terhadap Rohingya, namun kini
menganggap kesanggupan untuk bekerjasama dengan anggota ASEAN bagi
menyelaraskan bantuan di Rakhine. Walaupun Piagam ASEAN menekankan
penghormatan kedaulatan dan keutuhan wilayah, dan prinsip tidak campur tangan dalam
hal ehwal dalaman negara anggota, wujud usaha lebih agresif akhir-akhir ini dalam
kalangan negara anggota untuk bekerjasama menangani isu-isu kemanusiaan serantau,
mempromosi keamanan, pencegahan konflik dan diplomasi pencegahan. Malah,
pembentukan Komuniti ASEAN 2015 semasa giliran Malaysia mempengerusikan entiti
serantau tersebut juga menegaskan kepentingan ekonomi tidak boleh mengenepikan
faktor keamanan dan keselamatan. Hal ini kerana krisis Rohingya bukan sahaja masalah
dalaman Myanmar tetapi memberi kesan jangka panjang terhadap ekonomi, politik dan
keselamatan di rantau ini. Justeru perkembangan ini perlu direbut negara-negara ASEAN
untuk membantu keadaan di Myanmar dengan menyuburkan pendekatan diplomasi
pencegahan menerusi tindakan-tindakan mencegah pertikaian, konflik dan keganasan
dalam menangani masalah yang mempunyai kesan tempatan dan serantau.

1
Akhir sekali, tindakan Malaysia memberi membenarkan pelarian Rohingya
memegang kad UNHCR tinggal sementara di negara ini sehingga dihantar pulang ke
negara asal atau ke negara ketiga adalah wajar. Pemegang kad UNHCR sah berhak
menikmati kemudahan seperti tidak dinafikan kebebasan bergerak dan tidak ditahan
melainkan terbabit aktiviti jenayah atau melanggar undang-undang negara. Selain itu,
mereka tidak akan dihantar kembali ke negara asal melainkan secara sukarela. Malah,
mereka tidak disekat mendapat kemudahan pendidikan di sekolah swasta yang
dikendalikan UNHCR, NGO dan komuniti pelarian. Tindakan ini wajar kerana isu pelarian
adalah masalah sejagat yang memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat
antarabangsa. Pelarian Rohingya juga datang daripada satu rumpun Asia yang sama,
jadi tidak menjadi satu kesalahan untuk Malaysia menawarkan bantuan. Malahan,
Malaysia sendiri tidak mengiktiraf Rohingya sebagai pelarian kerana tidak
menandatangani Konvensyen 1951 Berkaitan Orang Pelarian. Justeru, atas dasar
kemanusian, etnik Rohingya ini perlu diberikan bantuan dari aspek kemudahan dan
penempatan sementara sebelum dihantar pulang.

Anda mungkin juga menyukai