Anda di halaman 1dari 7

Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara yang disebut sebagai “The Association of

Southeast Asian Nations” (ASEAN) dalam bahasa Inggeris merupakan organisasi kerjasama

antara negara di Asia Tenggara yang ditubuhkan pada tahun 1967 melalui Deklarasi

Bangkok. Oraganisasi ini merupakan sebuah pertubuhan antara kerajaan serantau yang terdiri

daripada sepuluh negara di Tenggara, yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan

memudahkan integrasi ekonomi, politik, keamanan, ketenteraan, pendidikan, dan sosial

budaya di antara anggotanya dan negara-negara lain di Tenggara. ASEAN mempunyai

matlamat, prinsip dan tujuannya sendiri yang perlu dihormati oleh semua negara anggota.

Objektif utama ASEAN ialah untuk mempercepat pertumbuhan ekonomi dan melalui

kemajuan sosial dan pembangunan budaya. Objektif sekunder ialah untuk mempromosikan

keamanan dan kestabilan wilayah berdasarkan aturan undang-undang dan prinsip piagam

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Manakala, ‘Cara ASEAN’ pula merujuk kepada

satu pendekatan untuk menyelesaikan isu-isu yang menghormati norma budaya Asia

Tenggara. Cara ASEAN atau dalam bahasa Inggeris ‘ASEAN Way’ menekankan

perundingan, konsensus, dan tidak campur tangan. Ia adalah "proses perundingan" yang

didorong terutamanya oleh keinginan untuk mewujudkan persekitaran yang stabil di Asia

Tenggara.. Bagi pendapat saya, ASEAN-Way tidak relevan dalam menyelesaikan konflik

dalaman di Asia Tenggara pada abad ke-21 disebabkan beberapa alasan.

ASEAN Way tidak lagi relevan untuk dirujuk dalam penyelesaian konflik dalaman di

Asia Tenggara pada abad ke-21 kerana prinsip ASEAN Way iaitu tidak mencampuri hal

dalaman negara anggota ini telah menyekat negara-negara anggota untuk mempertahankan

hak sosial rakyat dalam pentadbiran politik Myanmar. Hal ini dibuktikan melalui salah satu

konflik dalaman di negara itu yang menjadi perdebatan iaitu berkenaan isu rampasan kuasa

oleh militer. Rampasan kuasa ini berlaku pada tahun 2021 berlaku selepas pilihan raya
umum Myanmar pada 8 November 2020, di mana parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi

(NLD) memenangi 396 dari 476 kerusi di parlimen. Walau bagaimanapun, tentera

membantah keputusan tersebut dengan mendakwa bahawa hasil pengundian itu palsu

(Hannay Veech, 2021). Kekangan yang dihadapi oleh negara anggota ASEAN untuk

menangani krisis politik di Myanmar telah menguburkan niat baik negara anggota untuk

menamatkan isu penindasan hak demokrasi rakyat di Myanmar kerana negara anggota

terpaksa mematuhi ‘ASEAN Way’. Prinsip ASEAN Way yang menghalang negara anggota

daripada mencampuri hal politik dan pentadbiran ini jelas tidak lagi kerana ia menjadi

penghalang utama kepada keupayaan kolektif negara anggota untuk bertindak balas secara

berkesan terhadap isu yang mengancam hak kemanusiaan warga Myanmar yang mendorong

kepada kegugatan kestabilan politik serantau. ASEAN sebenarnya memiliki peranan untuk

menawarkan bantuan kepada negara anggota yang mengalami masalah, terlebih lagi tindakan

Myanmar telah melanggar nilai-nilai universal yang terdapat dalam Piagam ASEAN. Namun,

prinsip ‘non-intervention’ yang dipegang teguh dan diterapkan kepada seluruh negara

anggota ASEAN telah menyekat usaha negara anggota ASEAN untuk campur tangan dalam

isu rampasan kuasa oleh junta tentera Myanmar yang telah mengakibatkan banyak nyawa

yang terkorban ketika senario ini berlaku, jelas menunjukkan matlamat ASEAN iaitu untuk

memastikan keamanan dan kestabilan politik serantau terjamin gagal dicapai serta fungsi

ASEAN sebagai organisasi yang memelihara keamanan serantau terlihat lemah. Melalui

prinsip ASEAN Way, negara anggota ASEAN tidak boleh dalam menghadapi isu demokrasi

yang tidak diamalkan oleh Myanmar. ASEAN harus mendorong Myanmar untuk kembali ke

pemerintahan sivil dan melakukan reformasi ketenteraan kerana ini merupakan jalan terbaik

bagi Myanmar untuk berdamai (Siti Hidriyah, 2021). Pergolakan politik di Myanmar

dibuktikan melalui kegagalan Myanmar menstabilkan politik dalam kerana amalan demokrasi

yang tidak dijalankan sepenuhnya di negara tersebut. Oleh itu, keterbatasan negara anggota
ASEAN untuk menyelesaikan isu pergolakan politik di Myanmar yang dikawal oleh junta

militer jelas membuktikkan ASEAN Way sudah tidak relevan dalam menyelesaikan konflik

dalaman Myanmar.

Selain itu, alasan mengapa ASEAN Way tidak relevan dalam menyelesaikan konflik

dalaman termasuklah kegagalan ASEAN dalam menyelesaikan konflik dalaman berkenaan

isu penindasan ke atas etnik Rohingnya di Myanmar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana,

ASEAN terbatas untuk mencampuri konflik dalaman Myanmar kerana terikat dengan salah

satu prinsip ASEAN Way iaitu tidak mencampuri masalah dalaman negara anggota. Walau

bagaimanapun, penyertaan Myanmar dalam ASEAN telah menjadikan isu Rohingya sebagai

permasalahan regional yang mendesak negara anggota untuk turut serta menghadapi isu ini

meskipun prinsip ASEAN Way secara ironinya menyatakan larangan untuk mencampuri

masalah dalaman negara anggota. Jika prinsip ‘non-intervention’ tersebut tidak dipatuhi maka

ia akan melanggar hak kedaulatan dan integriti Myanmar sebagai negara asal konflik

Rohingya. Namun, dengan menjalankan prinsip tidak campur tangan, ASEAN dapat

dianggap tidak mempunyai empati kerana telah mengabaikan hak kemanusiaan dan moraliti

atas isu diskriminasi terhadap etnik Rohingya di Myanmar. Penindasan yang dialami oleh

etnik Rohingya di Myanmar oleh oleh kelompok ekstremis Buddha tidak hanya menjadi isu

domestik Myanmar, tetapi juga kawasan Asia Tenggara apatah lagi setelah Myanmar

merupakan anggota dari organisasi ASEAN. Selain itu, pada masa ini kelompok etnik

Rohingya di Myanmar tidak diberikan status warganegara atau kerakyatan tetap walaupun

telah tinggal di negara tersebut berabad-abad lamanya, malah etnik Rohingya di Myanmar

telah disifatkan sebagai pendatang tanpa izin. (Muhammad Rum, 2020). Pengusiran terhadap

etnik Rohingya yang tidak mendapat pengiktirafan sebagai warganegara Myanmar ini

menyebabkan korban konflik ini pergi meninggalkan Myanmar untuk mencari tempat
perlindungan di negara-negara jirannya seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Pergolakan politik di Myanmar pasti akan menyebabkan ketidakstabilan di rantau Asia

Tenggara, misalnya masalah pelarian Rohingya dan konflik etnik di Myanmar dijangka

bertambah kritikal di bawah pemerintahan junta tentera. Negara jiran seperti Bangaladesh dan

Thailand termasuk Malaysia pasti akan berdepan masalah pelarian Rohingya ( Anthony Roy

Rogers, 2021) Konflik dalaman di Myanmar berkenaan penindasan etnik Rohingya ini turut

menjejaskan negara-negara jirannya Keprihatinan dan kepedulian terhadap isu Rohingya

kemudian menjadikan negara seperti Indonesia, Malaysia, dan Thailand yang menjadi tempat

perlindungan kepada etnik Rohingya sedangkan tiga negara tersebut tidak menandatangani

Konvensi 1951 dan Protokol 1967. Sekiranya ASEAN tidak memiliki prinsip campur tangan

dalam urusan hal dalaman negara anggota, bantuan kemanusiaan boleh saja dilakukan oleh

ASEAN dengan longgar bagi menghentikan konflik dalaman berkenaan konflik Rohingya

yang terjadi di Myanmar daripada terus berlaku. Penekanan ASEAN supaya tidak campur

tangan dalam urusan domestik ahlinya sebenarnya membelakangkan hak kemanusiaan

sejagat dan memberikan pemerintah Myanmar kebebasan autonomi serta pada masa yang

sama telah membolehkan Myanmar mempunyai pelbagai keistimewaan dan faedah khas

sebagai ahli ASEAN.


Ketidakrelevenan ASEAN-Way juga dapat dilihat menerusi keterbatasan negara ASEAN

masuk campur dalam hal politik di Asia Tenggara. ASEAN tidaklah bebas konflik. Sebut saja

konflik bersenjata antara tentara Malaysia melawan warga Philipina yang mengaku sebagai

warga kerajaan Sulu, Mindanau, Philipina, di awal 2013 yang lalu yang mengklaim Sabah

adalah wilayah milik leluhur mereka. Jumlah korban yang tewas dari kedua belah pihak

akibat konflik bersenjata antara pasukan tentara Malaysia melawan warga Sulu itu tidaklah

sedikit. Malaysia menggunakan jet tempur dan senjatasenjata militrenya untuk menumpas

warga Sulu, sehingga mengundang reaksi internasional termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa

(PBB) yang menyerukan para pihak untuk menghentikan konflik bersenjata tersebut. Konflik

lain yang juga cukup menarik perhatian dan berpotensi mengancam perdamaian keamanan

serantau. Konflik-konflik ini menampakan bahwa ASEAN hanya bersikap pasif sebagai

organisasi di mana kekerasan, pelanggaran hak asasi manusia, konflik berdarah, konflik

bersenjata terjadi. PBB langsung bereaksi dengan menyerukan perdamaian, mengapa

ASEAN hanya bersikap diam, seolah-olah tidak terjadi apapun dirantaunya. Sikap yang sama

ditunjukkan oleh organisasi ini dalam isu konflik perbatasan antara Kamboja dengan

Thailand, konflik beberapa negara serta konflik bersenjata yang telah terjadi bertahun-tahun

antara Thailan dengan Malaysia di perbatasan tiga provinsi Thailand Selatan seperti Pattani,

Yala, dan Narathiwat yang berdekatan dengan sempadan. Malaysia.

Protes di Thailand bermula pada awal 2020 dengan tunjuk perasaan menentang Perdana

Menteri Prayut Chan. Mereka kemudiannya diperluaskan untuk memasukkan seruan yang

tidak pernah berlaku sebelum ini untuk reformasi monarki Thai. Para penunjuk perasaan

menentang pemerintahan Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha. Bekas panglima militer itu

memimpin kudeta pada 2014 dan memerintah kerajaan di bawah kekuasaan militer selama 5

tahun. Di bawah komando junta, undang-undang baru dirancang sebelum pilihanraya dan

Prayuth pun terpilih untuk memimpin pemerintahan sivil (Aditya Jaya Iswara, 2020). Para
penunjuk perasaan mengatakan semua proses itu sudah dirancang dan menyerukan agar

parlimen dibubarkan. Mereka juga mengeluarkan daftar 10 tuntutan untuk kerajaan, termasuk

menghapus undang-undang pencemaran nama baik yang melindungi keluarga kerajaan

daripada dikritik kerana tiada kebebasan bersuara yang menetapkan hukuman penjara 15

tahun bagi siapa saja yang mengkritik monarki. Namun, disebabkan terikat dengan ASEAN

Way, negara-negara Asia Tenggara tidak boleh campur tangan dalam hal ehwal dalaman

negara anggota lain. Jadi, pelanggaran hak asasi manusia tidak diselesaikan dan terhad

kepada keadaan kompromi dan konsensus bukanlah penyelesaian konkrit.

Kesimpulannya, ASEAN Way perlu direformasikan kerana prinsip ‘non-intervention’

yang menjadi salah satu landasan kerja ASeAN sudah tidak relevan dalam menyelesaikan

konflik dalamana di Asia Tenggara pada abad ke-21 ini. Sekiranya ASEAN masih bertegas

untuk terus patuh dan mengikuti prinsip ‘non-intervention’, maka konflik dalaman yang

dialami oleh negara anggota seperti di Myanmar, Filipina dan Thailand tersebut tidak akan

dapat diselesaikan. Konflik bukanlah suatu perkara yang boleh dibiarkan berterusan, ia perlu

dihentikan dengan pelbagai pendekatan yang munasabah. Jadi, jelaslah bahawa ASEAN-Way

tidak mampu menyelesaikan banyak isu pertikaian dan konflik antara ahlinya. Organisasi

ASEAN dilihat lemah di arena antrabangsa dalam isu dalam menanganikonflik dalaman

tersebut kerana dilabel mengabaikan demokrasi dan pencabulan hak asasi manusia. Oleh itu,

ASEAN perlu mengkaji semula ASEAN Way menangani isu dan isu melalui kompromi,

konsensus dan campur tangan serta menyembunyikan isu-isu politik dan keselamatan yang

sensitif di bawah karpet ASEAN perlu mempertimbangkan untuk maju ke arah ASEAN Way

yang lebih baik.


REFERENCES

Hannah, B. (2021). Myanmar's Leader, Daw Aung San Suu Kyi is Detained Amid Coup.
https://www.nytimes.com/2021/01/31/world/asia/myanmar-coup-aung-san-suu-
kyi.html (The New York Times)

Anthony, R. R. (2021). Rampasan Kuasa di Myanmar. Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/124914/KOLUMNIS/Rampasan-kuasa-di-
Myanmar

Muhammad, R. (2020). The State of Responsibility to Protect Inception in ASEAN


Regionalism. The Indonesian Journal of Southeast Asian Studies, 3.
https://jurnal.ugm.ac.id/ikat/article/view/50317/27045

Siti, H. (2021). Krisis Politik Myanmar dan Intervensi ASEAN.


https://berkas.dpr.go.id/puslit/files/info_singkat/Info%20Singkat-XIII-6-II-P3DI-
Maret-2021-229.pdf

Aditya Jaya I. (2020). Berani Menentang Raja, Ini Penyebab Demo Thailand dan Prediksi
Selanjutnya. https://www.kompas.com/global/read/2020/09/21/081511470/berani-
menentang-raja-ini-penyebab-demo-thailand-dan-prediksi-selanjutnya?page=all

Anda mungkin juga menyukai