Pada 1 Mac 2017, Kelab Keselamatan, Sekolah Kebangsaan Intan Perdana
menganjurkan ceramah “Menangani Kebakaran” yang disampaikan oleh Encik Tajudin bin Isa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Daerah Port Dickson. Ceramah bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Ceramah ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid
tentang cara mengelakkan dan menangani kes kebakaran.Beberapa tindakan dan tip telah disampaikan oleh Encik Tajudin.Menurut beliau,apabila memasak pastikan tidak ada benda yang mudah terbakar berdekatan dengan dapur.Bahan seperti kain pengelap, minyak masak, plastik atau kertas perlu dijauhkan.
Murid-murid diingatkan bahawa sikap cuai adalah antara punca utama
berlakunya kebakaran. Kita perlulah mematuhi peraturan penggunaan peralatan dan sentiasa berhati-hati.Proses pendawaian dan penyambungan elektrik yang salah akan menyebabkab litar pintas.Akibatnya, berlakulah kejadian malang tidak berbau,Oleh itu,beringatlah sebelum kena.
Selain itu,murid-murid disarankan supaya tidak mudah panik jika berlaku
kebakaran. Mereka perlu segera menghubungi pihak bomba dengan menyatakan lokasi dan status kebakaran.Kita boleh menggunakan kain lembap, pasir atau alat pemadam api sekiranya berhadapan dengan api yang masih kecil.
Secara keseluruhannya,objektif ceramah untuk menambah pengetahuan dapat
dicapai.
Laporan disediakan oleh, 6 MAC 2017
…………………………..
(NADIA BT NASIR) Setiausaha, Kelab Keselamatan, SK Intan Perdana ______________________________________________________________________
Soalan:
1. Apakah tujuan ceramah diadakan?
2. Apakah tip bagi mengelakkan daripada berlakunya kebakaran? 3. Apakah tindakan yang perlu dilakukan apabila berlaku kebakaran?