Anda di halaman 1dari 2

Suasana Hari Raya

Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa,kami sekeluarga telah pulang
ke kampung nenek untuk berhari raya di sana. Kami sekeluarga berasa teruja
untuk pulang ke kampong. Kampung nenek saya terletak di Yan,Kedah. Kami
pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para
penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-masing. Akhirnya setelah 8
jam perjalanan dari Kelantan, kami tiba di rumah nenek ketika hari hampir senja.
Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami
dengan tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk
berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk
berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung. Malam pertama kami
di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang
dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah
nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain bunga
api.
Pada hari yang seterusnya, nenek membawa kami sekeluarga pergi ke
sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Kami telah menyediakan joran dan
umpan. Bapa saudara mengajar saya dan kedua-dua adik lelakiku tentang cara-
cara memancing ikan. Oleh itu, kami dapat memancing banyak ikan yang besar
dengan senang. Selepas itu,kami membawa ikan-ikan yang dipancing ke rumah
datuk dan nenek untuk digoreng pelbagai lauk-pauk pada waktu berbuka puasa.
Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami
memakai pakain baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat
Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan mengunjungi rumah
sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan
istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit.
Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kelantan. Kami berasa seronok berhari
raya bersama nenek di kampung tetapi sedih kerana harus meninggalkan
kampung. Saya berharap agar dapat pulang ke kampung lagi. Suasana
kemeriahan aidilfitri tetap kekal dalam ingatan.

Anda mungkin juga menyukai