Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tahun : Tahun 4 Gemilang
Tarikh : 4 febuari 2013
Bil Murid : 26 orang
Masa : 12.10 - 1.10 tengahari
Bidang Kegiatan : Rekaan dan corak
Aktiviti : Corak tak terancang
Tajuk : Corak bebas
Masa : 1 jam ( 60 minit )

Objektif Pengajaran
Guru dapat mengajar murid untuk menghasilkan mencorak menggunakan teknik lukisan.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran murid dapat:
Mengenali teknik lukisan bagi menghasilkan corak tak terancang.
Memahami cara-cara menghasilkan corak tak terancang menggunakan teknik lukisan.
Menghasilkan gambar corak menggunakan teknik lukisan.
Mengetahui asas perspektif untuk melukis permandangan

Keperluan
Alat : -
Bahan : Kertas lukisan, pensel warna
Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
: Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR.

Prosedur
Guru menentukan aras pembelajaran supaya sesuai dengan tahap murid.
Guru merancang strategi pengajaran dengan teratur supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dengan
menerapkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan set induksi (guru memaparkan contoh corak terancang dan tidak
terancang.
Mempamerkan contoh hasil kerja yang telah siap corak tak terancang yang telah siap.
Guru memberi penerangan kepada murid cara-cara untuk menghasilkan corak tak terancang menggunakan teknik lukisan ( media
kering)
Memberi bimbingan kepada murid dalam menyiapkan hasilan corak tak terancang menggunakan teknik lukisan.
Apresiasi dan refleksi. Guru memilih contoh hasil kerja yang terbaik.
Penutup

Anda mungkin juga menyukai