Anda di halaman 1dari 29

Blog Ini Rancangan Sukatan dan Pengurusan Panitia Blog Ini

Rancangan Sukatan dan Pengurusan Panitia

Tiada Buku Teks Punca kelemahan P&P PSV?


Ramai yang berpendapat subjek PSV ini dianak tirikan kerana ia merupakan satu subjek yang sudah lama, namun pihak kementerian tidak mengambil sebarang tindakan inisiatif di dalam mewujudkan buku teks PSV Berbanding dengan matapelajaran yang lain yang walaupun baru diwujudkan seperti Pendidikan Sivik dan Kawarganeraan (PSK), Hiasan Dalaman Asas, dan lain-lain. Malah subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga mempunyai buku teks walaupun subjek itu tiada dalam PMR / SPM atau peperiksaan dalaman sekolah. Sedangkan PSV mempunyai peperiksaan yang berbentuk objektif yang memerlukan bahan bacaan. Namun tiada bahan untuk.. (klik untuk sertai group PSV di facebook untuk menyatakan pendapat anda..) Memaparkan catatan dengan label catan. Papar semua catatan Memaparkan catatan dengan label catan. Papar semua catatan

Khamis, 2009 November 12


Catan cat Air Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya

Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya Karya Abdullah Ariff Tahun 1960 Cat air 36.4 x 54.1 cm Dipetik dari katalog Balai Seni Lukis Negara Koleksi 1958-1988. Copyrights: Terbitan Balai Seni Lukis Negara Malaysia, No.2, Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur. Tel : 03-4025 4990 / 03- 4026 7000 Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang. Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia). Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik wash dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat. LATAR RUANG Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan

wash yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan. Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih. KECAIRAN Penonjolan wash atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat wash itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten. Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciriciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan warna. Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas. Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan. Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik. Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej. Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.

Dicatat oleh DARK di 18:45 0 ulasan Label: catan

Pautan pada catatan ini

Selasa, 2009 Oktober 27


CATAN - Aliran Seni Catan Barat
Definisi catan Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya. Sejarah Seni Catan Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

Karya Delacroix Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830). Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

Karya Van Gogh Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. Aliran Impressionisme. Berjodol : Bedroom. mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

Karya Warhol Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20. Aliran Pop Art. Berjodol Marylin Monroe Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. Gaya umpama poster untuk pengiklanan. Aliran-aliran seni catan di barat Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme Seni Pop Aliran Klasik Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.

Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

Leonardo Da Vinci

Michalengelo Aliran Romanticism Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

Delacroix

Delacroix

Delacroix

Goya

Goya Aliran Barroque Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap Karya tertumpu kepada objek

Rembrandt

Rembrandt

Rembrandt Aliran Impressionism Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail. Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

Monet

Monet

Degas

Van Gogh

Renoir Aliran Post-Impressionisme Realiti itu sentiasa baru dan tegas bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk. bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

George Seurat

Cezanne

Gauguin Aliran Kubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga

Pablo Picasso

Duchamp Aliran Ekpresionisme Menolak ciri-ciri tradisi klasik Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.

Kandinsky

Pollock Aliran Surelisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

Salvador Dali Aliran Seni Pop Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

Dicatat oleh DARK di 22:15 1 ulasan Label: catan

Warhol Pautan pada catatan ini

Isnin, 2009 Oktober 26


Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Bekas Serbaguna

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan. Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

2. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

3. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

4. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap. Perkemaskan kesan jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus. Dicatat oleh DARK di 23:27 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: cat air, catan

Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Buah-buahan

1. Buat lakaran terlebih dahulu. Setelah lakaran dibuat pilih warna yang sesuai untuk diwarnakan.

2. Warnakan terlebih dahulu bahagian latar dan objek. Gunakan warna yang muda dan cair.

3. Warnakan bahagian depan dengan warna yang lebih pekat. Gunakan berus yang bersaiz sederhana.

4. Gunakan berus yang bersaiz kecil dan sederhana untuk proses memperincikan jalinan pada objek-objek yang dilukis. Biarkan gubahan kering sepenuhnya.

5. Basahkan berus dan warnakan objek yang dijadikan fokus dengan lebih teliti. Warnakan secara bertindih dengan ton yang semakin gelap. Perkemaskan kesan jalinan. Kekalkan keadan harmoni, kontra dan penegasan pada objek yang dijadikan fokus. Dicatat oleh DARK di 16:48 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: cat air, catan

Rabu, 2009 Oktober 07


TEKNIK CAT AIR

catan teknik basah atas basah BASAH ATAS BASAH Teknik ini dilakukan dengan memasukkan warna lain di atas warna yang sedia ada semasa basah. Ini bertujuan supaya warna kedua dapat menyerap ke dalam warna pertama untuk menghasilkan tona yang menarik. Untuk tujuan ini kertas yang telah dibasahkan hendaklah dihamparkan atas permukaan yang rata, supaya air dapat bertindak mengalirkan warna yang dimasukkan.

* Teknik ini amat sesuai apabila hendak mewarna permukaan yang luas seperti langit, tanah, dinding bangunan serta latar belakang untuk lukisan alam benda.

catan teknik basah atas kering BASAH ATAS KERING

Lapisan pertama dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum warna kedua yang basah disapu dengan sapuan yang lembut. Teknik ini juga sesuai digunakan pada permukaan yang luas, tetapi kerja-kerja perincian hendaklah dilakukan. Untuk permukaan langit yang luas, pelukis boleh menggunakan teknik ini untuk melukis awan. Cara ini juga digunakan untuk menggelapkan lapisan pertama dengan memasukkan tona yang lebih gelap di atas warna yang sedia ada.

Catan teknik kering atas kering KERING ATAS KERING

Maksud kering di sini bukanlah sebagai mana kain kering di sidaian tetapi warna yang melekat pada berus tidak banyak. Jika banyak elok di sapu pada kertas lain atau tisu untuk membuang warna yang lebih itu. Kemudian di sapu di atas warna lain yang sudah kering untuk menghasilkan warna yang lain. Tetapi tidak tebal. Sekadar untuk mewujudkan keharmonian warna dengan suasana sekitarnya. Dicatat oleh DARK di 19:17 0 ulasan Pautan pada catatan ini Label: cat air, catan

Selasa, 2009 Oktober 06


Catan - Bahan

Cat Minyak

Cat Air

Cat Poster

Cat Akrilik

Cat Tempera Dicatat oleh DARK di 21:36 0 ulasan Label: catan

Pautan pada catatan ini

Isnin, 2009 Oktober 05


CATAN - Media Catan

Catan Cat Poster

Catan Cat tempera

Catan Cat Gouche

Catan Cat Minyak

Catan Cat Air Dicatat oleh DARK di 19:13 0 ulasan Label: catan

Pautan pada catatan ini

Jumaat, 2008 Mac 21


Demonstrasi Lukisan Pilihan

Dicatat oleh DARK di 22:36 0 ulasan Label: catan

Pautan pada catatan ini

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama Langgan: Catatan (Atom)

ART OF THE DAY


ART OF THE DAY
Gadgets powered by Google

ART OF THE DAY


Gadgets powered by Google

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABAROKHATUH

Selamat datang ke blog Pendidikan Seni Visual, laman ini akan ditambah bahannya dari semasa ke semasa, adalah diharapkan para pengunjung dapat manfaatkan bahan-bahan hasil susunan penulis blog sebaik mungkin.

HUBUNGI KAMI
Harap maaf, atas kesibukan di awal tahun, blog ini tidak dapat dikemaskini utk sementara waktu, wb pun sesiapa yang berminat utk join team penulis blog ini, bolehlah hantarkan alamat email anda ke senivisual1@gmail.com

Cari Blog Ini


Search

powered by

Join group psv di facebook

Bagi mengorak langkah, blog PSV membuka group PSV di facebook untuk guru-guru PSV kita mengenali antara satu sama lain disamping berkongsi idea, bahan dan fikiran. Jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama menyertai kumpulan kita di sana. Terima kasih..

ARCHIVE

2009 (25) o November (4) Soalan Seni SPM Kertas 2 Tahun 2009: 2611/2 Arca Catan cat Air Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya ... Ukiran Kayu o Oktober (21) Tembikar - Teknik Pembuatan Labu Sayong CATAN - Aliran Seni Catan Barat Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Bekas Serbaguna Catan Cat Air - Teknik Mewarna - Buah-buahan LOGO Pengenalan Cetakan Pembungkusan Rancangan, Sukatan dan Pengurusan KRSV TENUNAN SONGKET SENI TEKAT ANYAMAN MENGKUANG DAN PANDAN CORAK ANYAMAN TIKAR ANYAMAN BULUH TEKNIK CAT AIR LUKISAN BATIK BUATAN MALAYSIA Ciri-ciri Guru Pendidikan Seni Cemerlang Catan - Bahan CATAN - Media Catan WAU Seni Anyaman

2008 (10) o Ogos (1) Kerja Kursus SPM 2008 o Mac (7) Seni halus - Lukisan Catakan Stensil Cetakan Tembikar - Labu Sayong Batik Blok Batik Canting Demonstrasi Lukisan Pilihan o Februari (2) Tenunan Songket SENI ANYAMAN

Rancangan Sukatan dan Pengurusan Panitia

Download rancangan, sukatan dan pengurusan panitia

SILA TINGGALKAN PESAN


<a href="http://www2.shoutmix.com/?cikguseni">View shoutbox</a>

Penyumbang

seni visual DARK

JADI AHLI BLOG PSV

Pautan Berkaitan

Water Colour Painting

Penang Artist National Art Gallery USA Galeri Shah Alam

PENGUNJUNG

Adakah Halaman Ini Membantu Anda

JUMLAH KUNJUNGAN

GROUP PSV
Guru-guru pendidikan seni visual dan sesiapa yang berminat di alu-alukan mendaftar sebagai ahli Group Seni Visual ini bagi membolehkan pertukaran bahan P&P, soalan dan nota.

Subscribe to Seni Visual


en

Email:

Subscribe

Visit this group

TOPIK

anyaman (5) arca (1) batik (3) cat air (3) catan (8) cetakan (3) Guru seni cemerlang (1) komunikasi visual (2) kraf tradisional (4) KRSV (1) KRSV 2008 (1) labu sayong (1) logo (1) lukisan (2) pembungkusan (1) rancangan (1) soalan (1) songket (1) sukatan (1) tekat (1) tembikar (2) tenunan (1) ukiran (1) wau (1)

Anda mungkin juga menyukai