Anda di halaman 1dari 1

TP 3 : berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa

yang sederhana dan berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir
yang asas tanpa bimbingan dalam kemahiran bahasa.

Murid menunjukkan keupayaan untuk menggunakan ejaan, tanda baca dan peraturan
tatabahasa dengan baik. Murid juga dapat mempelajari kemahiran berbahasa dan dapat
mengaplikasikan dalam penulisan.

TP 4 : berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa


yang baik, dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya
mengungkapkan idea, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan
pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran bahasa.

Murid mempamerkan peningkatan dalam kemahiran yang dipelajari di dalam kelas. Murid
juga sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dan fokus semasa PdPc untuk terus menguasai
topik-topik yang diajar oleh guru.

TP 5 : berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa


yang tinggi, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi
secara efektif, mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara
kendiri dalam kemahiran bahasa.
Murid menunjukkan kemahiran berkomunikasi dengan baik di dalam kelas dan boleh
mengaplikasikan kemahiran tatabahasa dengan baik dalam penulisan. Murid juga
menunjukkan kesungguhan dalam setiap kemahiran yang dipelajari di dalam kelas.
TP 6 : berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa
yang cemerlang dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci
dan tersusun, menguasai kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif,
berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan, mengamalkan pembelajaran secara
kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam kemahiran bahasa.
Murid menunjukkan sikap positif dengan rakan sekelas dalam projek dan aktiviti kumpulan.
Murid juga mempamerkan sikap bertimbang rasa, berwawasan dan teliti dalam komunikasi,
penulisan dan lisan, serta berupaya menyampaikan ideanya dengan yakin dan jelas.

Anda mungkin juga menyukai