Anda di halaman 1dari 3

NAMA: TINGKATAN:

KATA NAFI
Kata nafi digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.Terdapat dua bentuk kata nafi, iaitu:
i-                   Bukan -  menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
ii-                 Tidak  -  menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh ayat : a) Ini bukan baju saya

                     b) Saya tidak mahu pergi ke rumah itu lagi.

Latihan 1
Isikan tempat kosong dengan kata nafi yang sesuai

       tidak      Bukan

1.       Encik Osman  __bukan__bapa saudara saya.


2.       Marina  _______________ gemar makan buah durian.
3.       Suraya _______________ takut ketika memberikan laporan kepada polis
 berkaitan dengan kejadian rompakan itu.
4.       Mereka ______________dapat menyiapkan kerja sekolah kerana leka
dengan permainan video.
5.       Ashikin ____________berasal dari Kelantan.
6.       Amin ____________suka membaca buku hingga larut malam.
7.       “Kalau ___________kamu, siapa lagi yang mencuri pensel Jamal ?” Kata Cikgu Ani.
8.       Jam tangan itu ___________milik Mastura.
9.       Dia  ____________kakak kandung Hamidah.
10.   Encik Lim _________ melakukan perbuatan itu.
i) Kesilapan penggunaan kata nafi tidak.
Kata nafi tidak digunakan untuk penafian dalam frasa kerja dan frasa adjektif. Contohnya:

SALAH BETUL
bukan berjaya tidak berjaya
bukan bertunang tidak bertunang
bukan berusaha tidak berusaha
bukan benar tidak benar
bukan hidup tidak hidup
bukan kaya tidak kaya
bukan kecil tidak kecil
bukan manis tidak manis
bukan mati tidak mati
bukan melanggar tidak melanggar
bukan membawa tidak membawa
bukan menangkap tidak menangkap
bukan mengantuk tidak mengantuk
bukan miskin tidak miskin
bukan muda tidak muda
bukan pandai tidak pandai
bukan pergi tidak pergi
bukan rendah tidak rendah
bukan tinggal tidak tinggal
bukan tinggi tidak tinggi
bukan tua tidak tua
ii) Kesilapan penggunaan kata nafi bukan
Kata nafi bukan digunakan untuk penafian dalam frasa nama dan frasa sendi nama.

SALAH BETUL
tidak dari Kuantan bukan dari Kuantan
tidak di desa bukan di desa
tidak di Subang bukan di Subang
tidak doktor bukan doktor
tidak emak mentua bukan emak mentua
tidak gas bukan gas
tidak kakak bukan kakak
tidak Kassim bukan Kassim
tidak ke Ipoh bukan ke Ipoh
tidak kerajaan bukan kerajaan
tidak ketua kampong bukan ketua kampong
tidak lembu bukan lembu
tidak mahasiswa bukan mahasiswa
tidak oleh ibu bukan oleh ibu
tidak pelajar bukan pelajar
tidak tangan bukan tangan
tidak tentang masakan bukan tentang masakan
tidak tentang Perdana Menteri bukan tentang Perdana Menteri
tidak untuk kekasih bukan untuk kekasih
tidak untuk wanita bukan untuk wanita

Anda mungkin juga menyukai