Anda di halaman 1dari 2

Kebaikan Menggunakan Pengangkutan Awam

·         Mengurangkan kesesakan lalu lintas


·         Menjimatkan masa
·         Mengurangkan kos
·         Mengurangkan pencemaran udara
·         Dapat menambah pendapatan negara
Berdasarkan isi-isi penting yang diberi, bincangkan kebaikan-kebaikan
menggunakan pengangkutan awam di negara kita
Dunia kian berkembang pesat termasuklah negara kita Malaysia yang semakin menuju ke status
negara maju. Namun demikian, penggunaan pengangkutan awam masih dipandang sepi oleh segelintir
masyarakat. Perkhidmatan awam kini adalah lebih baik jika hendak dibandingkan satu dekad yang
lalu. Pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menambah baik mutu
perkhidmatan pengangkutan awam. Jika diperhalusi, ada berbagai-bagai faedah yang kita peroleh
apabila menggunakan pengangkutan awam.
                       Faedah utama pastinya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering
menghantui jutaan penduduk di bandar-bandar besar. Hal ini bertambah runcing lagi apabila tiba
waktu puncak ketika pergi dan pulang dari bekerja. Sekiranya orang ramai sepakat menggunakan
perkhidmatan awam untuk ke tempat kerja, pastinya masalah kesesakan ini tidak berlaku. Sebagai
contoh, semua orang menggunakan bas awam untuk ke tempat kerja, maka jumlah kereta persendirian
di atas jalan raya pastinya berkurangan.
            Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga pasti akan menjimatkan masa individu yang
menggunakannya. Hal ini demikian kerana, penggunaan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Monorel
yang tidak melalui jalan raya pastinya mempercepat masa untuk sampai ke satu-satu destinasi. Stesen-
stesen LRT ini juga dibina di tempat-tempat tumpuan orang ramai seperti Pudu Sentral, Kuala
Lumpur Sentral dan Pasar Seni. Secara tidak langsung, kita tidak perlu menempuh jalan raya yang
sesak dengan kenderaan.
            Di samping itu, apabila kita menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, kita dapat
menjimatkan kos pengangkutan. Sebagai contoh, harga petrol yang tinggi dan juga bayaran parkir
kenderaan pasti perlu ditanggung jika kita menggunakan kenderaan persendirian ke tempat kerja.
Namun demikian, dengan kos yang rendah kita tidak perlu risau dengan kos petrol dan bayaran parkir
berkenaan apabila menaiki kenderaan awam. Wang lebihan berkenaan boleh dibuat tabungan kerana
sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
            Seterusnya, indeks pencemaran udara juga dapat dikurangkan jika kita sepakat untuk
menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana destinasi. Hal ini tidak dapat dinafikan
kerana apabila kenderaan di atas jalan raya semakin berkurangan, maka pelepasan gas karbon
monoksida yang berbahaya kepada manusia turut berkurangan. Kesannya, kita dapat mengurangkan
pencemaran udara dan kesan rumah hijau sekali gus. Secara tidak langsung juga, rakyat Malaysia
dapat hidup dengan sihat dan sejahtera.
            Tambahan pula, penggunaan pengangkutan awam yang efisien turut mampu menarik minat
pelancong asing untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pendapatan negara akan meningkat seiring
dengan penambahan jumlah pelancong tersebut. Hal ini membolehkan pihak kerajaan merangka lebih

1
banyak kemudahan dan prasarana untuk kegunaan rakyat tempatan. Oleh itu, penggunaan
pengangkutan awam ini perlu digalakkan demi memastikan kelangsungan penggunaanya dalam
masyarakat.
            Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, penggunaan pengangkutan awam di negara kita
ini mendatangkan seribu satu faedah buat rakyat dan negara. Oleh itu, semua pihak perlu berganding
bahu bagai aur dengan tebing bagi memastikan kemudahan yang disediakan ini diselenggara dan
dijaga dengan rapi untuk memastikan kelangsungan penggunaannya. Jika semua perkara ini tidak
dipandang enteng, tidak mustahil negara kita mampu mencapai status negara maju menjelang tahun
2020 seperti yang dicita-citakan.

Anda mungkin juga menyukai