Anda di halaman 1dari 13

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - GAMBARAN MASYARAKAT

GAMBARAN MASYARAKAT
Karya sastera adalah gambaran masyarakatnya, kerana hubungan yang erat antara karya sastera
dengan pengarangnya, dan hubungan pengarang dengan masyarakat yang melahirkan karya sastera itu. Proses
kepengarangan pengarang. berhubung rapat dengan pengalamannya dalam masyarakat dan persekitarannya.
Gambaran masyarakat dalam karya sastera Melayu tradisional, secara ekstrinsik dapat dilihat melalui aspek -
aspek berikut:
Pandangan Hidup (World-View)
Pandangan hidup masyarakat yang dapat dilihat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional ialah
seperti berikut:
a      Konsep Wira dan Wirawati
Konsep ini dapat dilihat gambarannya dalam cerita-cerita panji. lsi cerita panji berkisar dalam
kehidupan, pengembaraan. dan penyamaran watak wira dan wirawatinya..
b     Konsep Hukum Karma
Hukum karma adalah gambaran konsep masyarakat Melayu tradisional yang percaya bahawa setiap
perbuatan manusia akan mendapat balasan yang setimpal, seperti buat balk dibalas balk dan perbuatan
jahat pula akan mendapat pembalasan atau hukuman yang setimpal dengan kejahatan yang dilakukan. Konsep
ini dapat dilihat
Dalam cerita-cerita sastera rakyat.
c.    Konsep Takdir
Konsep takdir yang ditentukan oleh kuasa yang agung iaitu tuhan ini digambarkan dalam sastera hikayat.
Gambaran konsep ini menjelaskan kepercayaan masyarakat Melayu tradisional kepada ketentuan takdir
dalam kehidupan manusia, yang hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi tidak berdaya melawan takdir yang
ditentulkantuhan.

GAMBARAN KEMANUSIAAN
Gambaran sifat-sifat kemanusiaan dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada tingkah laku
watak, pemikiran dan sikap watak dalam karya-karya yang dikaji. Gambaran kemanusiaan ini tidak
terbatas kepada hubungan sesama manusia sahaja, tetapi juga dalam konteks hubungan manusia dengan alam
dan makhluk-makhluk yang lain. Sifat-sifat kemanusiaan ini dilihat sama ada daripada aspek fizikal ataupun
mental, yang dikaitkan dengan nilai-nilai balk dan buruk yang dilakukan oleh manusia seperti nilai sumpahan,
pengorbanan, kesetiaan, dan sebagainya.

Gambaran Kemasyarakatan
Gambaran kemasyarakatan memang banyak terdapat dalam karya kesusasteraan Melayu tradisional, sama  ada
dalam genre prosa mahupun dalam genre puisi. Antara gambaran kemasyarakatan yang paling menonjol ialah
seperti berikut:
a. Adat istiadat
b. Institusi social
1
c. Nilai dan sikap masyarakat
d. Susun lapis sosial
e. Pekerjaan dan ekonomi

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - PENDIDIKAN DAN MORAL


PENDIDIKAN DAN MORAL
Melalui cerita-cerita berbingkai pula membicarakan persoalan pendidikan dan moral, pengajaran, dan teladan.
Misalnya Hikayat Bayan Budiman mengetengahkan tema pendidikan dan teladan pada isteri-isteri supaya
menjadi seorang isteri yang jujur dan tidak menduakan suami. Manakala dalam Hikayat Bakhtiar
pula mengetengahkan tema pengajaran serta teladan pada raja supaya memerintah negara dengan adil dan tidak
bertindak mengikut hawa nafsu atau mendengar fitnah pembesar-pembesar. Begitu juga melalui Hikayat
1001 Malam, mengetengahkan tema penyedaran dan keinsafan seorang raja yang mendendami setiap wanita
sehingga dibunuhnya semua wanita yang dikahwininya. Tetapi akhirnya raja itu insaf terhadap kezaliman dan
pembunuhan terhadap wanita yang tidak berdosa yang telah dilakukannya.
Gurindam
Manakala melalui Gorindam Dua Belas karya Raja Ali Haji pula mengungkapkan persoalan pendidikan
dan moral. Contohnya pada Fasal Pertama bertemakan nasihat dan panduan untuk mengenali  Allah. Manakala
pada Fasal Kedua bertemakan nasihat dan sindiran kepada sesiapa yang meninggalkan suruhan Allah.

Pantun
Pantun-pantun orang tua yang ditujukan kepada kanak-kanak atau anak-anak muda juga
mengungkapkan persoalan pendidikan, dan moral. Pantun-pantun orang tua yang ditujukan kepada anak cucunya
mengisahkan tentang nasilhat, pengajaran, dan teladan. Nenek biasanya menasihat anak cucunya supaya rajin
belajar, tidak nakal, dan berbaik-baik sesama mereka. Misalnya melalui pantun dua kerat yang berbunyi
"Siakap senohong gelama ikan duri;
Bercakap bohong lama-lama mencuri "
mengandungi unsur pendidikan, nasihat, dan pengajaran yang sangat berguna sebagai panduan kepada anak-
anak. Anak-anak dilarang bercakap bohong kerana perbuatan yang tidak baik akan membawa kepada tindakan
yang lebih keji iaitu mencuri. Anak-anak juga dinasihatkan agar tidak mengamalkan  perbuatan keji walaupun
sifat suka berbohong itu bukan merupakan suatu jenayah, namun perbuatan itu tidak boleh diamalkan.
Orang-orang tua juga gemar berpantun untuk ditujukan kepada orang dewasa dengan matlamat untuk
memberi pendidikan, nasihat dan teladan yang berguna kepada mereka. Melalui pantun orang tua yang
ditujukan kepada anak-anak muda isinya tentang nasihat supaya mereka berbudi bahasa. rajin bekerja, beriman,
tolong-menolong, dansebagainya. Misalnya melalui pantun berikut:

Anak beruk di tepi pantai.


Pandai melompat pandai berlari: 
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
2
Buat menjaga di kedai Cina,
Timun ball dimakan pahit; 
Biar miskin bertambah hina,
Budi bahasa mau yang baik.
Kedua-dua pantun di atas mengandungi unsur pendidikan dan nasihat yang berguna kepada anak-anak muda
agar mementingkan kehidupan yang berbudi bahasa. Pantun-pantun di atas memberi nasihat agar manusia
hidup berbudi bahasa. Biar rupa buruk tetapi penuh dengan kesantunan bahasa. Biarlah kita miskin harta
benda tetapi janganlah miskin dengan budi pekerti.
Cerita Rakyat
Cerita-cerita rakyat yang mengisahkan sesuatu peristiwa juga bertujuan mendidik kanak-kanak. Cerita-
cerita seperti Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah, Ikan Duyung, dan sebagainya ada
kalanya disebut sebagai cerita-cerita dongeng Melayu yang bermoral. Cerita-cerita ini umumnya adalah centa-
cerita sedih yang dapatmengisahkan masyarakat. Misalnya melalui cerita Bawang Putih Bawang Merah, watak
Bawang Merah yang diseksa oleh ibu tinnya namun akhirnya berjaya mengahwini raja merupakan suatu
pengajaran moral yang begitu tinggi. Cerita Bawang Putih Bawang Merah merupakan cerita dongeng yang
bersifat menyedihkan tetapi dapat menginsafkanmasyarakat dan pembacanya.

Watak binatang juga diceritakan dalam bentuk fable yang mempunyai dua bahagian iaitu aliran ceritanya
dan moraI juga pengajaran atau tujuan didaktiknya. Dengan menggunakan unsur-unsur binatang secara halus
lagi berkesan, si pendengar dapat dipengaruhi oleh ajaran di sebalik cerita itu. Cerita binatang seperti ini amat
berkesan di kalangan kanak-kanak. Misalnya cerita Tikus Menolong Harimau, Anak Bayan dengan Anak Cerpelai,
Perlumbaan Antara Arnab dengan Kura kura, Anjing dengan Bayang-bayang, dan lain-lain lagi. Fables ini
kerap kali diakhiri dengan sebuah perumpamaan. Misalnya cerita Perlumbaan Antara Arnab dengan Kura-
kura dapat mendidik kanak-kanak agar tioak bersikap angkuh, sombong, dan memandang hina kepada
seseorang yang lebih kecil atau lemah kerana di sebalik fizikal yang kecil ada kelebihan yang dimilikinya.
Begitu juga pengajaran moral yang dapat diambil melalui cerita Anjing dengan Bayang-bayang ialah mendidik
kanak-kanak supaya tidak bersikap tamak, kerana sikap tamak haloba membawa kerugian pada diri sendiri.

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN


KEAGAMAAN DAN KEPERCAYAAN
Persoalan keagamaan pula dapat dilihat melalui penghasilan kesusasteraan pengaruh Islam. Menurut R.O.
Winstedt, terdapat beberapa kategori kesusasteraan Melayu lama yang menerma pengaruh Islam. Antaranya
sastera Melayu lama tentang legenda Islam, centa-centa berbingkai, sastera bercorak kitab falsafah Islam, kitab
bercorak ketatanegaraan, dan puisi pengaruh Islam.
Cerita-cerita Legenda Islam
Melalui cerita-cerita legenda Islam tema kepahlawanan, kegagahan, dan keluarbiasaan tokoh-tokoh pahlawan
Islam ditonjolkan. Tokoh pahlawan Islam ini menjadi kebanggaan masyarakat Islam di samping berperanan dalam
penyebaran agama Islam serta menentang musuh-musuh Islam. Misalnya watak dalam Hikayat Amir
3
Hamzah, watakutamanya Amir Hamzah dianggap tokoh legenda yang memiliki kehandalan, kegagahan, dan
kepahlawanan yang luar biasa. Kepahlawanannya tergambar sejak masih kecil lagi sehinggaIah dewasanya dia
bersama-sama menyertai perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. dalam perjuangan menegakkan agama Islam.
Tema cerita cerita mengenai Nabl Muhammad s.a.w. pula adalah tentang riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.
dan mellputi perlstiwa-peristiwa yang berlaku di sekitar hidup baginda. Misalnya dalam Hikayat Bulan
Berbelah atau Hikayat Mukjizat Nabi,temanya adalah tentang keistimewaan Nabi Muhammad s.a.w. melalui
mukjizat yang dimiliki oleh baginda.

Kitab-kitab Tasawwuf atau Falsafah


Manakala corak kesusasteraan kitab-kitab tasawuf atau falsafah pula membicarakan persoalan tentang agama
Islam yang sebenar yakni tentang hubungan manusia dengan penciptanya seperti Syair Perahu, Syair
Dagang karya Hamzah Fansuri.  Penghasilan kitab-kitab juga membicarakan dari segi tauhid, fikah, mantik, dan
buku-buku agama yang berbentuk pengajaran. Manakala buku atau kitab yang berbentuk pengetahuan
mengenai asas-asas Islam adalah seperti Rukun Iman, Rukun Islam. Sejarah Berkenaan dengan Islam. Kitab
Seribu Masalah, dan sebagainya.
Puisi-puisi
Puisi-puisi Melayu lama juga membawa persoalan keagamaan dan kepercayaan terutama melalui pantun- -
pantun keagamaan, mantera, dan puisi-puisi yang berasal danpada Arab dan Parsi. Puisi- puisi dari Arab seperti
syair, nazam, qit'ah, ghazal, dan berzanji rnerupakan puisi-puisi yang mengungkapkan persoalan keagamaan
dan kepercayaan. Manakala rubai dan masnawi adalah puisi yang berasal dari Parsi. Misalnya Syair Ghafilah yang
mengandungi 320 bait, temanya membicarakan persoalan iman. Islam, tauhid, dan makrifat. Syair ini bertujuan
membetulkan akidah Islam terutama bagi penganut Islam di negeri Pahang.

     Syair-syair yang bercorak keagamaan sering juga disebut sebagai syair-syair didaktik dengan maksud hendak
memberi pengajaran moral atau mengajar.  Syair-syair ini juga mengandungi renungan yang dalam dan benar dan
memberi nasihat yang berfaedah. Contoh syair jenis ini ialah Syair Burung. Syair Makrifat Asallat. Syair Hari
Kiamat. danSyair Azab dalam Neraka. Dalam Syair Perahu karya Hamzah Fansuri, penulisnya menyamakan
manusia dengan perahu yang sedang belayar dalam lautan. Oleh sebab pelayaran itu penuh dengan bahaya,
sekalian yang ada di dalam perahu itu perlu berada dalam keadaan yang sempurna. Perahu ini mesti
dimuatkan dengan bekalan yang cukup, iaitu dilengkapl dengan iman dan kepercayaan kepada Allah.

Manakala nazam yang berjudul Nazam Kanz a-'Ula yang digubah oleh Sayid Muhammad bin Zainal
Abidin mengemukakan tema keagamaan iaitu tentang Nabi Muhammad yang bermula dengan kedudukan
keturunan, kelahiran, keistimewaan, penyusuan, keyatlman, dan pemeliharaan oleh nenda baginda Abdul
Muttalib dan bapa saudara baginda Abu Talib. Turut dinazamkan tentang perniagaan dan perkahwinan baginda
dengan Siti Khadijah,pelantikan baginda menjadi Rasul, Rasulullah menyebarkan agama Islam di Makkah, dan
hijrah baginda ke Habsyah dan ke Madinah dalam menyebarkan ajaran agama Islam.
Nazam Kanz al-ula
Dengan nama Tuhanku Allah jua kumula
4
akan nazamku ini dengan tolongnya ia
Allah juga kupuji dengan lidah dan hati
Atas nikmatnya atasku dan lainku pula
Dan atas bangkitnya akan Rasul yang mulia
Dengan menunjuk kita bagi jalan bahagia
Dan selawat dan salamnya turun kedua.
Puisi-puisi yang membicarakan tentang aspek kepercayaan masyarakat Melayu lama pula dapat dilihat melalui
mantera. Mantera sebagai puisi bebas dimaksudkan merangkumi apa yang diistilahkan sebagai jampi dan serapah
yang dijangkakan salah satu bentuk puisi Melayu terawal.  la adalah pengucapan dalam bentuk puisi atau prosa
yang mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan, dan perbomohan. Secara halus jampi
mempunyai sedikit perbezaan daripada serapah. Jampi mempunyai unsur-unsur agama. Contohnya:
Pendinding
Allah kan payungku!
Nabi Muhammad mimbarku!
Raja Jibrail di kananku!
Israfil di kiriku!
Rasul Allah di hadapanku!
Turun malaikat yang berempat!
Terkunci terkancing pintu bahayaku!
Turun malaikat yang berempat
Kau jadi pagar badanku
                           Kain asadasan asadusin
                           Astabarukin kan ganti tudungku
                                  Terlindunglah diriku di dalam kalimah la-ilaha-ilallah

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT - PANDUAN UNTUK RAJA, PEMBESAR DAN RAKYAT
PANDUAN UNTUK RAJA, PEMBESAR DAN RAKYAT

PENGENALAN
Selepas kejatuhan kerajaan Melayu Melaka di tangan Portugis maka kerajaan Acheh telah muncul
sebagai pusat perkembangan kesusasteraan Melayu lama serta agama Islam yang penting pada tahun 1511-1650.
Kerajaan Acheh telah berjaya melahirkan ramai para ulamak, pujangga serta penulis Islam yang terkemuka dan
menghasilkan karya sastera Melayu lama bercorak Islam yang tinggi mutunya.
Antara sejumlah besar karya yang ditulis oleh para ulamak, pujangga serta penulis Islam itu terdapat sebuah
kitab ketatanegaraan yang penting dan pengaruhnya amat besar di alam Melayu. Kitab itu berjudul  Tajul al
Salatin atau Mahkota Raja Raja yang dikarang pada tahun 1630 dengan matlamat untuk memberi pengajaran
tentang aspek pemerintahan negara kepada golongan raja, pembesar, dan rakyat jelata. Di dalam kitab ini
penulisnya ada menulis tentang matlamat penulisannya iaitu:

5
"Kitab ini Maha Mulia menerangkan pada peri perkata segala raja-raja, mentert, hulubalang, rakyat,
peri kerajaan dan barang yang bergantung pada segala pekerjaan kerajaan itu dengan ibarat yang ihsan dan
rajin yang sempurna"

Sastera Ketatanegaraan

Persoalan sastera ketatanegaraan kaya dengan petunjuk, nasihat, panduan serta pengajaran yang amat
berharga kepada raja-raja pada zaman itu, terutama panduan untuk menjalankan pemerintahan negeri.
Dimuatkan soal cara hubungan rakyat dengan pemerintah dan tanggungjawab yang dipikul oleh menteri-menteri
dan golongan pentadbir. Kitab Tajul al-Salatin pada bab 6 menyebut tentang cara-cara mentadbir dan
menjalankan tugas bagi mewujudkan keselamatan, men jamin keamanan. dan keadilan.
Sastera ketatanegaraan juga penuh dengan ilmu pengetahuan yang tinggi dan berfaedah untuk dijadikan
sebagai teladan dan panduan bukan sahaja untuk golongan raja, pembesar malahan kepada semua peringkat
masyarakat. Terdapat juga aspek-aspek seperti cara mendidilk anak, tentang budi bahasa dan pekerti yang balk,
tanggungjawab pemerintah. dan hubungan sesama manusia.
Sastera Undang-undang
Persoalan sastera undang-undang juga menyentuh tentang panduan, teladan, dan nasihat kepada bukan
sahaja untuk golongan raja dan pembesar malahan kepada semua peringkat masyarakat, berkaitan dengan:
(a)       Kuasa raja dan pembesar, pembahagian tugas masing-masing dan kaitan dengan sistem pentadbiran
negara.
(b)       Undang-undang dalam bentuk kesalahan dan hukuman. Undang-undang jenayah ini termasuklah undang-
undang tempatan, Hindu, dan Islam.
(c)       Undang-undang awam yang berkaitan dengan pembahagian harta dan perkahwinan.
(d)       Adat istiadat yang diamalkan oleh raja dan golongan bangsawan dalam upacara-upacara keistanaan.
Golongan istana akan menjadikan undang undang, peraturan-peraturan, dan adat istiadat dalam sastera undang--
undang sebagai panduan untuk mentadbir negara. Malah undang-undang ini dibentuk untuk menentukan
syarat-syarat bagi kepentingan diraja. Pernah juga orang mengatakan undang-undang Melayu tua ini adalah dasar-
dasar dancorak perlakuan yang ditetapkan oleh golongan feudal demi menjaga kepentingan diri mereka sendiri.
Manakala rakyat jelata sebagai hamba terpaksa pula menerima beban yang tidak adil. Misalnya Hukum Kanun
Melaka dengan jelas menetapkan undang-undang dan peraturan yang dapat dijadikan panduan oleh raja dan
pembesar negeri Melaka dari segi kedudukan dan tugas mereka, sebagaimana bahagian pendahuluannya:
Adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikan bendahara, kedua menjadikan temenggung, ketiga
menjadikan penghulu bendahari, keempat menjadikan syahbandar, maka terpeliharalah segala raja-raja itu
dengan segala rakyatnya.
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka juga menjadi panduan kepada rakyat untuk
mengamalkan adat istiadat diraja apabila berada di istana. Dengan pengetahuan yang diperoleh daripada Hukum
Kanun Melaka, mereka tidak melakukan kesalahan atau perlanggaran adat istiadat semasa berada di istana malah
mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Misalnya, dalam fasal yang pertama dengan jelas menyebut
tentang adat istiadat diraja dan larangar diraja. Fasal ini juga menerangkan larangan kepada rakyat jelata
6
daripada memakai pakaian kuning, pakaian nipis, memakai keris berhulu emas, dan sebagainya. Di samping itu
diterangkan juga empat perkara yang menjadi syarat raja dan hamba raja. Perkara-perkara itu ialah
pengampunan, murah hati, sabar, dan berlaku adil.

Manakala Undang undang Laut Melaka pula menjadi panduan kepada keselamatan dalam pelayaran, kuasa-
kuasa nakhoda, dan sebagainya. Undan-undang Laut Melakamerupakan undang-undang laut yang
menerangkan tentang tugas-tugas pegawai-pegawai di dalam perahu. Nakhoda adalah umpama raja di laut,
jurumudi pula dikatakanbendahara, jurubatu pula sebagai temenggung, dan tukang kanan dan tukang kiri
adalah sida-sida. Tetapi semua mereka ini di bawah perintah nakhoda. Undang-undang Laut Melaka
juga menjadi panduan kepada anak-anak kapal semasa dalam pelayaran iaitu meliputi segala kelakuan dalam
perahu, cara-cara berdagang, pembahagian dagangan,aturan dalam perahu, tugas anak-anak perahu, musim
belayar, dan cara menghadapi bahaya. Misalnya melalui fasal yang kedua menghuraikan hukum zina antara orang
merdeka, dengan perempuan merdeka, merdeka dengan bujang, merdeka dengan adil. Untuk berbagai-bagai
kesalahan ini berbeza pula hukumannya. Orang yang berzina bolehdihukum bunuh atau didenda atau dijadikan
hamba oleh nakhoda. Undang-undang Laut Melaka memberi kuasa yang banyak kepada nakhoda.

Seperti juga Undang-undang Kanun Melaka kita dapati ianya ada mengandungi unsur-unsur Islam,
contohnya, mualim mestilah sentiasa menunaikan sembahyang dan meminta perlindungan daripada Allah. Di
samping itu undang-undang ini secara tidak langsung menggambarkan tentang kebiasaan raja dan orang-orang
besar dalam menjaga kepentingan perniagaan mereka.

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT: KESETIAAN RAKYAT


KESETIAAN RAKYAT
KONSEP KESETIAAN
Konsep kesetiaan bermaksud akur, taat, tunduk serta patuh. Konsep kesetiaan merupakan nilai hidup
daripada kaca mata masyarakat Melayu lama. Kesetiaan merupakan penyerahan diri secara taat setia tanpa
membantah serta sanggup menyumbangkan kebaktian kepada raja yang tidak terbatas meskipun tindakan
tersebut di luar batasan kemanusiaan. Hal yang lebih utama ialah tidak melakukan penderhakaan. Konsep
kesetiaan yang unggul melibatkan kesanggupan dan penyerahan sehingga sanggup berkorban apa sahaja demi
memenuhi kemahuan raja.

Di dalam Hikayat Hang Tuah, kesetiaan ini begitu jelas melalui watak Hang Tuah yang juga merupakan watak
utama dalam hikayat ini. Hang Tuah memiliki satu sifat teristirnewa dan menjadi simbol masyarakat. Boleh
dikatakan bahawa Hang Tuah menjadi hamba yang berkhidmat dengan sepenuh jiwa raganya kepada tuannya,
iaitu raja Melaka, Sang Maniaka. Segala kehendak raja Melaka ditunaikan oleh Hang Tuah tanpa banyak soal.
Walaupun terpaksa bergadai nyawa, Hang Tuah tidak pernah sekali pun membantah perintah raja. Pendek
kata, watak Hang Tuah menjadlkan konsep daulat" dan "derhaka" sebagai prinsip dalam perkhidmatannya
kepada raja Melaka, Sang Maniaka.

7
Peristiwa-peristiwa dalam Hikayat Hang Tuah yang menonjolkan sifat kesetiaan watak Hang Tuah begitu banyak
sekali. Antaranya, walaupun Hang Tuah menyedari bahawa dirinya difitnah, dia tetap menerima hukuman bunuh
yang dijatuhi ke atasnya oleh raja Melaka dengan hati yang rela. Kerelaan hati Hang Tuah menerima titah raja
Melaka yangmembabi buta ini dapat membuktikan kesetiaan dirinya yang tidak berbelah bag! terhadap rajanya.
Hang Tuah bukan sahaja tidak menyimpan dendam terhadap raja Melaka, malahan mencari jalan untuk
berjasa terhadap raja agar dirinya tidak dimurkai. Misalnya Hang Tuah bertarung nyawanya untuk melarikan
Tun Teja ke negeri Melaka demi untuk menyatakan kesetiaannya terhadap raja Melaka.

Kesetiaan Hang Tuah semakin jelas dan nyata apabila dia sanggup membunuh dan menghapuskan saudara  dan
sahabat karibnya, Hang Jebat. Sebenarnya, watak Hang Jebat menderhaka dan merampas istana adalah
semata mata untuk membalas kematian Hang Tuah. Walaupun niat Hang Jebat diketahui oleh Hang Tuah, tetapi
dia tetap tidak melepaskan sahabatnya kerana kesetiaannya terhadap raja Melaka. Lagipun penderhakaan
Hang Jebat merupakan kesalahan yang amat besar dan bertentangan dengan prinsip Hang Tuah iaitu "pantang
anak Melayu menderhaka terhadap rajanya."

Satu lagi peristiwa yang dapat menunjukkan kesetiaan watak Hang Tuah kepada rajanya ialah
semasa penginapannya di Inderapura, dia telah ditawarkan oleh raja Inderapura supaya menetap di Inderapura
buat selama-lamanya. Tetapi Hang Tuah menolak tawaran istimewa itu dengan memberikan alasan bahawa
dirinya tidak akan bertuan lain, selain daripada raja keturunan dari Bukit Si Guntang. Kata-kata Hang Tuah itu jelas
memperlihatkan kesetiaannya terhadap raja tidak hanya semasa di Melaka malah di mana jua beliau berada, sifat
taat setianya tetap dipeliharanya.

Kesetiaan Hang Tuah kepada raja Melaka kadangkala membahayakan nyawanya. Tetapi beliau tetap menemp-
uh bahaya tersebut demi kesetiaannya kepada raja. Misalnya beliau sanggup mengorbankan jiwa raganya demi
untuk mernuaskan sebarang permintaan raja Melaka. Hang Tuah sanggup memanjat pohon nyiur gading yang
tinggi dan reput di tengah tengahnya serta sanggup terjun ke dalam laut yang ada buaya ganas demi mengambil
mahkota raja Melaka yang jatuh ke dalamnya. Malahan, watak Hang Tuah juga sanggup berperang dan berjuang
menentang pihak Peringgi pada saat keuzurannya, semua ini dilakukan kerana kesetiaan terhadap raja Melaka,
Sang Maniaka.

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT -KEPAHLAWANAN


KEPAHLAWANAN
PENGENALAN
Konsep kepahlawanan adalah berkenaan dengan keperwiraan. keberanian, den juga kegagahan.
Dalam masyarakat Melayu tradisional, keunggulan seseorang diukur juga daripada  segi kekuatan jasmani..
Biasanya yang mempunyai kekuatan fizilkal serta keberanlan akan mendapat perhatian yang lstimewa daripada
pihak,raja atau sultan.. Malahan orang tersebut akan dijulang sebagai seorang wira yang menjadi simbol
kekuatan serta keagungan masyarakat tersebut. Ses[apa sahaja mempunyai harapan untuk menjadi wira asalkan
dirinya memiliki kekuatan yang luar biasa, walaupun dirinya daripada kalangan orang bawahan. Raja atau sultan
8
biasanya mengurnialkanpenganugerahan kepada mereka yang dianggap sebagai wira bangsa. Konsep
kepahlawanan biasanya melibatkan sejumlah orang dalam sesebuah masyarakat serta bukannya berkenaan
seorang sahaja. Mlsalnya, negeri Melaka memerlukan sekumpulan perwira yang gagah. kuat serta berani untuk
mempertahankan negeri daripada serangan musuh, terutamanya pihak barat. Peringgi. Pahiawan-pahlawan
ini juga diperlukan untuk tujuan peperangan demi melaksanakan dasar penaklukan negeri Melaka.

Konsep Kepahlawanan
Konsep kepahlawanan ini capat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah melalui ,watak-watak Hang Tuah, Hang Kasturi,
Hang Jebat ; sebelum beliau menderhaka,, dan Hang Lekiu, Hang Tuah Ilma bersahabat  menjadi tulang belakang
pertahanan negeri Melaka dan harapan raja Melaka. Dapatlah dikatakan bahawa Hang Jebat, Hang Lekir, Hang
Lekiu. dan Hang Kasturi adalah pasukan pertahanan negeri Melaka. Kekuatan mereka merupakan keteguhan
pertahanan negeri Melaka dan kelemahan mereka pula menandakan kelemahan serta  keruntuhan negeri
Melaka. Begitu besarnya peranan mereka demi menjamin keutuhan kerajaan Melaka.
Konsep kepahlawanan melalui watak Hang Tuah. Hang Jebat. Hang Lekir, Hang Kasturi. dan Hang Lekiu d apat
diperhatikan melalui peristiwa-peristiwa yang dilalui mereka. Pertama. Hang Tuah lima bersahabat
berjaya menewaskan serangan pengamuk di Majapahit. Meluaskan tanah jajahan Melaka dengan turut terlibat
menyerang dan menakluki Terengganu dan Inderapura. Malah, Hang Tuah yang memiliki sifat kepahlawanan itu
tetap dengan konsep taat setianya tidak berbelah bagi kepada raja Melaka sehingga beliau sanggup membunuh
sahabatnya Hang Jebat yang menderhaka. Hang Tuah juga sanggup mempertahankan negeri Melaka daripada
Peringgi walaupun dirinya uzur.

Epik Saduran
Manakala epik-epik dalam sastera Melayu lama dari luar ;iaitu yang berasal daripada India pula
melibatkan kepahlawanan daripada India iaitu epik Mahabaratadan epik Ramayana.  Kepahlawanan adalah
sifat-sifat yang ada pada wira dalam cerita Ramayana mahupun Mahabarata.  Melalui sifat itu la mengembara
dan dalam pengembaraan berlaku peperangan. Peperangan itu dianggap sebagai halangan-halangan untuk
mendapat kejavaan. Dalam Ramayana digambarkan kepahlawanan Rama.  Beliau mengembara setelah
difitnah dan dibuang ke hutan selama empat belas tahun. Dalam masa pengembaraan ini berlaku peperangan
dengan Rawana. Dalam Mahabaarata dilihat kepahlawanan Arjuna bersaudara dan mengembara setelah kalah
dalam perjudian Bellau berperang dengan golongan kaurawa dan akhirnya mendapat kejayaan. Walau
bagaimanapun kedua-dua epik dari India tersebut telah diwarnakan dengan unsur-unsur Melayu hingga
lahirnya Hikayat Pendawa Lima dan Hikayat Seri Rama.
.
Epik Melayu–Islam
Satu lagi epik dalam kesusasteraan Melayu lama ialah epik Melayu—Islam yang melibatkan kepahlawanan
daripada sumber Islam iaitu Hikayat Amir Hamzah danHikayat Muhammad Hanafiah.  Watak epik daripada
sumber Islam juga memiliki keunggulan sifat wiranya dan masih seiring dengan keunggulan sifat wira
Melayu. Dalam Hikayat Amir Hamzah, digambarkan watak Amir Hamzah merupakan tokoh pahlawan
masyarakat Arab Quraisy, keturunan Bani Hasyim, anak kepada Khoja Abdul Muttalib (Nenda kepada Nabi
9
Muhammad s.a.w.). Sesuai dengan konsepsastera epik, Hikayat  Amir Hamzah mengandungi cerita-cerita
tentang kehebatan can keistimewaan Amir Hamzah sejak ia dilahlrkan hinggalah meninggal dunia kerana
terbunuh di medan peperangan dalam menegakkan agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah. Ketlka masih bayi
Amir Hamzah diramalkan menjadi panglima perang yang gagah perkasa dan ditakuti oleh musuh balk di dalam
atau di luar gelanggang oleh Ketua Menteri negeri Mada'in yang bernama Khoja Buzur Jumhur Hakim. Apabila
beliau dewasa ternyata benar ramalan tersebut.

Cerita Lipur Lara


Dalam cerita-cerita Lipur Lara juga terdapat konsep kepahlawanan. Setiap watak wira dalam cerita-cerita lipur
lara memiliki sifat-slfat kepahlawanan. Misalnya kepahlawanan yang dltunjukkan oleh Malim Deman
dalam Hikayat Malim Deman apabila beliau berjaya melawan Mambang Molek. anak raja kayangan.
Kepahlawanan yang ada pada Malim Deman adalah hasil ajaran bapanya dan Raja Jin. Dengan kepahlawanan
itulah beliau berjaya dalam sebarang pertempuran atau perlawanan. Dalam sastera lama. perang adalah perkara
biasa untuk meluaskan empayar seperti juga terdapat dalam sastera sejarah, panji dan lipur lara.

PERSOALAN & LATAR MASYARAKAT -KEAGUNGAN RAJA DAN NEGARA


KEAGUNGAN RAJA DAN NEGARA

Konsep beraja merupakan konsep memperjelaskan peranan serta kuasa raja di dalam sesebuah
Negara.  Raja merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara atau payung masyarakat. Sistem negara
beraja memperlihatkan raja atau sultan memiliki hak mutlak kepada rakyat jelata dan negara. Hak raja tidak
dipersoalkan. Rakyat yang ingkar pada zaman tersebut (zaman feudal) dianggap derhaka. Raja terletak di
tampuk yang teratas sekali dalam struktur atau susun lapis masyarakat Melayu lama. Justeru itu raja atau
sultan dilukiskan dengan pelbagai sifat yang unggul iaitu: memiliki kedaulatan, memiliki kuasa luar biasa.
kedudukan tinggi dan kukuh. Sifat-sifat inilah yang mewarnakan institusi sosial ketika dan pada zaman
tersebut. Ini terbukti dalam kehidupan masyarakat Melayu lama melalui adat istiadat serta peraturan seperti
adat mengadap raja, adat membuat rumah. adat pertabalan raja dan sebagainya.

Konsep Waad        
Dalam Sejarah Melayu, institusi beraja ini diwarnai dan dilandasi dengan konsep waad. Perjanjian Sang
Sapurba dengan Demang Lebar Daun adalah teras kepada pembentukan dan kewujudan konsep beraja. Waad
ini juga menyatakan konsep raja serta rakyat dengan lebih jelas. Di dalam waad itu menjelaskan raja tidak
dibenarkan dilwo serta dicela dan tidak boleh dikenakan hukuman tanpa berlandaskan hukum syarak. Di dalam
waad antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun itu, secara tidak langsung menjelaskan tentang kuasa yang
ada pada raja atau sultan iaitu raja akan tetap menuntut ketaatan rakyat di dalam apa jua keadaan. Ini kerana
dalam waad ini dengan jelas menetapkan bahawa golongan rakyat dikehendaki taat setia dan patuh kepada
raja, walaupun raja bersikap zalim dan kejam. Ini secara tidak langsung mewujudkan suatu konsep lain iaitu
konsep "daulat". "tulah” serta konsep "derhaka". Konsep daulat, tulah, dan derhaka merupakan aspek panting
yang mendasari konsep negeri beraja.
10
Derhaka    
Pelanggaran kepada sebarang perintah raja, tidak taat setia serta ingkar kepada segala perintah diraja boleh
dianggap derhaka. Dalam teks sastera sejarah iaitu Sejarah Melayu,penderhakaan ada dilakukan oleh golongan
pembesar-pembesar dan rakyat jelata. Penderhakaan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar atau rakyat
jelata lazimnya akan diikuti dengan tulah atau akibat yang buruk (pembalasan). Dalam Sejarah Melayu ada
menyebut kisah penderhakaan terhadap raja oleh rakyat jelata. Peristiwa penderhakaan pertama dilakukan
oleh Sang Rajuna Tapa yang berpunca dari Raja Iskandar Syah, raja Singapura yang terakhir termakan fitnah
gundik raja yang lain. Raja Iskandar Syah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa apabila anak perempuan Sang
Rajuna Tapa dihukum  sula Penghulu Bendahari, Sang Rajuna Tapa tidak berpuas hati lalu meminta pertolongan
Bentara Majapahit agar menyerang Singapura sehingga menyebabkan Singapura jatuh ke tangan Majapahit.
Akhirnya Sang Rajuna Tapa telah terkena tulah di mana rumahnya roboh. kerengkiangnya pun tumbang, beras
pun habis menjadi tanah, dan dirinya serta isterinya menjadi batu. Melalui peristiwa ini jelas bahawa rakyat tidak
boleh menderhaka kepada rajanya.

Penderhakaan yang kedua dilakukan oleh Hang Kasturi.  Beliau begitu marah kepada sultan dan orang-orang
yang membuat fitnah sehingga menyebabkan Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh oleh sultan. Perjuangan
Hang Kasturi tidak ke mana apabila  beliau akhirnya terbunuh di tangan sahabatnya. Hang Tuah. Jelaslah
kepada kita bahawa menderhaka  kepada raja akan menerima tulah dan akan menemui kegagalan.
Kedaulatan
Jesteru itu tidak hairanlah kedaulatan raja. khususnya raja Melaka dikatakan berasal dari Raja
IskandarZulkarnain d ari negeri Makaduniah dan berbangsa Rom. Ketinggian raja Melaka itu sering kali
diperlihatkan sama ada dari kacva mata masyarakat Melayu lama itu sendiri atau masyarakat luar. Misalnya
kisah penyakit kedal yang dihadapi oleh MaharajaChina, akibat daripada sikap angkuh dan sombong raja China
yang menyuruh Sultan Melaka mengadap dan menyembahnya. Perbuatan Ini telah menyebabkan raja China
mengidap penyakit kedal.  Penyakit kedal itu hanya sembuh apabila raja China minum air basuh kaki raja
Melaka. Situasi secara retorik memperlihatkan bahawa Sultan Mansur Syah mempunyai ketinggian martabat.
Maka dapat dinyatakan bahawa sultan atau raja dikatakan mulia serta unggul apabila mempunyai sifat-sifat
tersebut.

Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa raja merupakan teras kepada kerajaan. Jatuh atau runtuh dan bangunnya
sesebuah Negara kota terletak kepada raja. Kemakmuran serta kemajuan terletak di atas bahu raja.
Sesungguhnya raja yang adil dapat melahirkan rakyat yang taat serta pembesar yang bertanggungjawab. Raja
yang bersikap zalim dan kejam akan menyebabkan rakyat menderhaka serta berpecah belah. Pernyataan raja
merupakan payung negara, dapat dilihat dengan jelas ketika Peringgi menyerang negeri Melaka:

Maka kata Seri Nara Diraja, "Hendak ke mana Tuanku berdiri di sini?'
Maka titah Sultan Mahmud Syah, “Kita hendak berperang dengan Peringgi kerana istiadat raja-raja itu, negeri
alah rajanya mati”
11
KEAGUNGAN RAJA DAN NEGARA

Konsep beraja merupakan konsep memperjelaskan peranan serta kuasa raja di dalam sesebuah
Negara.  Raja merupakan kuasa tertinggi dalam sesebuah negara atau payung masyarakat. Sistem negara
beraja memperlihatkan raja atau sultan memiliki hak mutlak kepada rakyat jelata dan negara. Hak raja tidak
dipersoalkan. Rakyat yang ingkar pada zaman tersebut (zaman feudal) dianggap derhaka. Raja terletak di
tampuk yang teratas sekali dalam struktur atau susun lapis masyarakat Melayu lama. Justeru itu raja atau
sultan dilukiskan dengan pelbagai sifat yang unggul iaitu: memiliki kedaulatan, memiliki kuasa luar biasa.
kedudukan tinggi dan kukuh. Sifat-sifat inilah yang mewarnakan institusi sosial ketika dan pada zaman
tersebut. Ini terbukti dalam kehidupan masyarakat Melayu lama melalui adat istiadat serta peraturan seperti
adat mengadap raja, adat membuat rumah. adat pertabalan raja dan sebagainya.

Konsep Waad        
Dalam Sejarah Melayu, institusi beraja ini diwarnai dan dilandasi dengan konsep waad. Perjanjian Sang
Sapurba dengan Demang Lebar Daun adalah teras kepada pembentukan dan kewujudan konsep beraja. Waad
ini juga menyatakan konsep raja serta rakyat dengan lebih jelas. Di dalam waad itu menjelaskan raja tidak
dibenarkan dilwo serta dicela dan tidak boleh dikenakan hukuman tanpa berlandaskan hukum syarak. Di dalam
waad antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun itu, secara tidak langsung menjelaskan tentang kuasa yang
ada pada raja atau sultan iaitu raja akan tetap menuntut ketaatan rakyat di dalam apa jua keadaan. Ini kerana
dalam waad ini dengan jelas menetapkan bahawa golongan rakyat dikehendaki taat setia dan patuh kepada
raja, walaupun raja bersikap zalim dan kejam. Ini secara tidak langsung mewujudkan suatu konsep lain iaitu
konsep "daulat". "tulah” serta konsep "derhaka". Konsep daulat, tulah, dan derhaka merupakan aspek panting
yang mendasari konsep negeri beraja.

Derhaka    
Pelanggaran kepada sebarang perintah raja, tidak taat setia serta ingkar kepada segala perintah diraja boleh
dianggap derhaka. Dalam teks sastera sejarah iaitu Sejarah Melayu,penderhakaan ada dilakukan oleh golongan
pembesar-pembesar dan rakyat jelata. Penderhakaan yang dilakukan oleh pembesar-pembesar atau rakyat
jelata lazimnya akan diikuti dengan tulah atau akibat yang buruk (pembalasan). Dalam Sejarah Melayu ada
menyebut kisah penderhakaan terhadap raja oleh rakyat jelata. Peristiwa penderhakaan pertama dilakukan
oleh Sang Rajuna Tapa yang berpunca dari Raja Iskandar Syah, raja Singapura yang terakhir termakan fitnah
gundik raja yang lain. Raja Iskandar Syah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa apabila anak perempuan Sang
Rajuna Tapa dihukum  sula Penghulu Bendahari, Sang Rajuna Tapa tidak berpuas hati lalu meminta pertolongan
Bentara Majapahit agar menyerang Singapura sehingga menyebabkan Singapura jatuh ke tangan Majapahit.
Akhirnya Sang Rajuna Tapa telah terkena tulah di mana rumahnya roboh. kerengkiangnya pun tumbang, beras
pun habis menjadi tanah, dan dirinya serta isterinya menjadi batu. Melalui peristiwa ini jelas bahawa rakyat tidak
boleh menderhaka kepada rajanya.

12
Penderhakaan yang kedua dilakukan oleh Hang Kasturi.  Beliau begitu marah kepada sultan dan orang-orang
yang membuat fitnah sehingga menyebabkan Hang Tuah dijatuhi hukuman bunuh oleh sultan. Perjuangan
Hang Kasturi tidak ke mana apabila  beliau akhirnya terbunuh di tangan sahabatnya. Hang Tuah. Jelaslah
kepada kita bahawa menderhaka  kepada raja akan menerima tulah dan akan menemui kegagalan.
Kedaulatan
Jesteru itu tidak hairanlah kedaulatan raja. khususnya raja Melaka dikatakan berasal dari Raja
IskandarZulkarnain d ari negeri Makaduniah dan berbangsa Rom. Ketinggian raja Melaka itu sering kali
diperlihatkan sama ada dari kacva mata masyarakat Melayu lama itu sendiri atau masyarakat luar. Misalnya
kisah penyakit kedal yang dihadapi oleh MaharajaChina, akibat daripada sikap angkuh dan sombong raja China
yang menyuruh Sultan Melaka mengadap dan menyembahnya. Perbuatan Ini telah menyebabkan raja China
mengidap penyakit kedal.  Penyakit kedal itu hanya sembuh apabila raja China minum air basuh kaki raja
Melaka. Situasi secara retorik memperlihatkan bahawa Sultan Mansur Syah mempunyai ketinggian martabat.
Maka dapat dinyatakan bahawa sultan atau raja dikatakan mulia serta unggul apabila mempunyai sifat-sifat
tersebut.

Dapatlah dibuat kesimpulan bahawa raja merupakan teras kepada kerajaan. Jatuh atau runtuh dan bangunnya
sesebuah Negara kota terletak kepada raja. Kemakmuran serta kemajuan terletak di atas bahu raja.
Sesungguhnya raja yang adil dapat melahirkan rakyat yang taat serta pembesar yang bertanggungjawab. Raja
yang bersikap zalim dan kejam akan menyebabkan rakyat menderhaka serta berpecah belah. Pernyataan raja
merupakan payung negara, dapat dilihat dengan jelas ketika Peringgi menyerang negeri Melaka:

Maka kata Seri Nara Diraja, "Hendak ke mana Tuanku berdiri di sini?'
Maka titah Sultan Mahmud Syah, “Kita hendak berperang dengan Peringgi kerana istiadat raja-raja itu, negeri
alah rajanya mati”

13

Anda mungkin juga menyukai