Anda di halaman 1dari 1

NAMA : FATIN AMIRAH BINTI FAKERUDDIN

KELAS : BM3 (PISMP SEM 1)

ULASAN VIDEO

Berdasarkan video tersebut, dapat saya ringkaskan bahawa falsafah pendidikan pada awalnya
dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang kemudiannya ditukar menjadi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada tahun 1998 berfungsi sebagai panduan dan haluan kepada
pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan dengan
berlandaskan idea, konsep serta matlamat pendidikan negara Malaysia.

Terdapat beberapa elemen penting dalam falsafah tersebut yang dapat dipecahkan kepada
beberapa bahagian yakni :

I. Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan


II. Memperkembangkan lagi potensi individu dalam semua aspek seperti jasmani, emosi,
rohani serta intelek (JERI).
III. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
IV. Membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani serta
intelek (JERI).
V. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
VI. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
VII. Rakyat Malaysia yang berketerampilan
VIII. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
IX. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
X. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
XI. Rakyat Malaysia yang memberi sumbangan

Anda mungkin juga menyukai