Anda di halaman 1dari 51

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

PORTFOLIO
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KUMPULAN ELD04

DISEDIAKAN OLEH NAMA MAT ZAHIDI BIN MUSA NO. ID D20102042583 NO. TELEFON

0139507592

NAMA PENSYARAH

ABD KADIR BIN ARIFIN

TARIKH SERAH

: 12 NOVEMBER 2011

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1 TAJUK PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA Ringkasan Isi Kandungan Unit

1.

Unit ini membincangkan senario perkembangan pendidikan di Malaysia dari era sebelum penjajahan Inggeris,semasa penjajahan Inggeris,sebelum kemerdekaan sehingga era selepas kemerdekaan seterusnya pendidikan era milenium. Di dalam unit ini diceritakan juga tentang laporan-laporan yang terhasil sebelum kekerdekaan dan selepas kemerdekaan seperti Laporan Razak,Laporan Rahman Talib,Laporan Barnes,Laporan Fenn-Wu dan juga Akta Pelajaran 1961 serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. Di samping itu, unit ini juga membincangkan tentang bagaimana pendidikan yang berlangsung di negara ini dapat membangunkan rakyat dari sudut pembangunan insan dan juga pembangunan negara.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan Penjelasan Gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Proses mendidik sehingga seseorang yang dididik memperolehi ilmu yang akhirnya mampu menerbitkan tingkah laku yang dikehendaki. Satu cara pendidikan sebagai usaha yang dapat membentuk akhlak,budi pekerti dan keperibadian mulia serta keimanan individu. Ditubuhkan berasaskan etnik yang menggunakan bahasa pengantar,kurikulum,buku dan guru masing-masing. Cara berfikir yang mempunyai kebolehan mencipta,menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea

2.

3.

Dimensi instrinsik

4.

Sekolah Vernakular

5.

Pemikiran kreatif dan kritis

baru dan asli serta lain dari yang lain.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pengetahuan kepada saya terutamanya tentang perkembangan pendidikan di Malaysia bermula dari sebelum merdeka sehinggalah selepas merdeka. Unit ini banyak membantu saya dalam memahami proses-proses pendidikan yang berlaku serta hala tuju pendidikan negara kita. Bagi saya, sekiranya diperincikan lagi tentang laporan-laporan atau penyata-penyata seperti Penyata Razak 1956,Laporan Rahman Talib 1960 dan lain-lain akan memudahkan lagi saya memahami dengan lebih mendalam apa yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita.

UNIT 2

TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYATAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang merangkumi maksud falsafah serta cabang-cabangnya, falsafah barat dan juga falsafah Islam. Di dalam pembentukan Falsafah Pendidikan Negara Malaysia,aspek yang diberi perhatian utama ialah perpaduan memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum. Pada mulanya FPK dikenali dengan nama Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan pada tahun 1988,tetapi pada tahun 1996 FPN ini telah dimurnikan dan ditukar nama kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di dalam unit ini juga telah dijelaskan secara terperinci tentang kandungan yang terdapat dalam FPK iaitu berhubung dengan 10 perkara yang termaktub dalam FPK.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Falsafah Penjelasan Suatu usaha yang dilakukan untuk mencari kebenaran dengan menggunakan kebijaksanaan. Bakat,kebolehan,kemampuan atau keupayaan yang ada pada seseorang. Cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan jiwa,roh dan kehidupan. Nilai-nilai akhlak yang menjadi pegangan sesuatu kumpulan atau individu. Fahaman,aliran atau ajaran yang diamalkan oleh sesuatu bangsa atau kelompok manusia.

2.

Potensi individu

3.

Metafizik

4.

Etika

5.

Mazhab

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang apa yang tersurat dan yang tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Huraian yang diberikan sangat jelas dan bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Sebagai guru,kita perlu jadikan FPK ini sebagai sumber rujukan dan panduan utama dalam merancang dan melaksanakan sebarang aktiviti berkait dengan pendidikan.

UNIT 3

TAJUK FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama,memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Pembinaan guru yang berkualiti pula didasarkan kepada Falsafah Pendidikan Guru yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan,kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Guru perlu menjadikan FPG sebagai amalan untuk memastikan profesionlisme guru sentiasa terjaga. Seterusnya pengenalan kepada Standard Guru Malaysia (SGM) yang merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru. Melalui SGM guru dapat mengetahui dan mengukur di tahap mana standard yang mereka capai. Bermula dari sini guru dapat membuat penambahbaikan untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. Konsep Standard Penjelasan Sesuatu yang diterima atau diiktiraf dan dijadikan dasar untuk mengukur sesuatu yang lain. Suatu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap kompetensi profesional guru-guru di Malaysia. Merupakan kedudukan,darjat dan pangkat seseorang atau sesuatu profesion. Sesuatu pekerjaan yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Merupakan kemampuan,kemahiran,cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya dilakukan oleh seseorang profesional.

2.

Standard Guru Malaysia (SGM) Martabat

3.

4.

Profesion

5.

Profesionalisme

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seseorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang baru kepada saya untuk menjadi guru yang betul-betul komited dan berkesan. Falsafah Pendidikan Guru yang digubal itu akan saya jadikan panduan dan rujukan sepanjang saya

bergelar pendidik.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 4 TAJUK DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan tentang dasar-dasar yang wujud di Malaysia dari sebelum merdeka hinggalah selepas merdeka. Dasar-dasar ini dibuat adalah untuk menjadikan kehidupan rakyat atau warganegara berlangsung dengan baik. Secara ringkasnya dasardasar ini digubal dan dilaksanakan untuk tujuan disiplin atau kawalan,inovasi,solusi dan kebajikan atau perkhidmatan. Proses pembuatan dan pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai matlamatnya dan menuju hala tuju yang dikehendaki oleh masyarakat dan negara.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Dasar Penjelasan Merupakan sesuatu ketetapan yang telah dikemukakan oleh penggubal dasar tersebut. Suatu keadaan di mana fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Sesuatu perkara atau perbuatan yang dilakukan atau dilaksanakan secara menyeluruh. Berlakunya proses bertentangan prinsip, kecenderungan dan pendapat antara dua pihak. Suatu proses membebaskan diri daripada sekatan politik dan

2.

Globalisasi

3. 4. 5.

Holistik Polarisasi Liberalisasi

moral.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar-dasar yang terdapat di negara kita sama ada dasar-dasar sebelum merdeka dan selepass merdeka. Melalui dasar-dasar ini, saya dapat bertindak dan melaksanakan aktiviti dengan lebih teratur dan terancang. Walau bagaimanapun terdapatnya dasar-dasar yang terlalu banyak menjadikan saya terikat untuk melaksanakan aktiviti. Di samping itu, ia juga menyukarkan saya mengingati dasar-dasar yang digubal itu secara mendalam.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT TAJUK RANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membicarakan lima fasa utama yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan di Malaysia iaitu zaman pra merdeka (sebelum 1957), zaman pasca merdeka (1957-1970), zaman dasar ekonomi baru (1971-1990), zaman dasar pembangunan negara (1991-2000) dan zaman Dasar Wawasan Negara (2000-2020). Bermula dari zaman pra merdeka lahirnya laporan, penyata dan akta yang menjurus kepada terbentuknya Akta Pendidikan 1996. Seiring dengan perkembangan pendidikan di Malaysia, wujudnya Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang merupakan satu usaha kerajaan untuk menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua. Ringkasnya, pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelbagai perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya 1. 2. Konsep Sasaran Pendidikan Vernakular Modal Insan Holistik Penjelasan Sesuatu tujuan yang dikehendaki. Pengajaran yang berlaku berasaskan kaum-kaum yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil yang akan dibuahkan iaitu murid atau pelajar. Sesuatu tindakan, perbuatan atau perkara yang dilakukan secara menyeluruh. Sesuatu yang bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuat penyesuaian dan pembaharuan dalam setiap perkara.

3. 4.

5.

Dinamis

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Bagi saya, kandungan unit ini telah mengangkat martabat pendidikan ke arah yang lebih tinggi terutamanya menerusi PIPP yang diwujudkan. Dalam PIPP juga profesion keguruan telah diangkat untuk memastikan profesion ini dihormati dan dipandan tinggi oleh masyarakat.

UNIT 6.

TAJUK Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK )

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Maksud kurikulum secara keseluruhan adalah mencakupi kandungan matapelajaran yang perlu diajar kepada murid, menggunakan kaedah yang berkesan untuk menyampaikan kandungan matapelajaran dan penilaian agar dapat dikuasai oleh murid. Falsafah menetapkan malamat, pendidikan merupakan proses dan dan pengisiannya adalah kurikulum. Menurut Akta , Surat Pekeliling (Akta Pendidikan 1996) Kurikulum adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bermula tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah diperkenalkan untuk mengisi proses transformasi dan berupaya mencorak serta membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa proaktif memastikan KSSR berjalan sebagaimana yang dihasratkan oleh FPK. Guru-guru pula adalah sebagai pelaksana dan mampu menjelaskan fungsi KSSR yang memberi fokus kepada 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Keseimpulannya menerusi pelaksanan KSSR akan mampu memenuhi keperluan pendidikan semasa dan mampu berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi sebagaimana yang dihasratkan di dalam FPK

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1. 2.

Konsep Kurikulum Ko kurikulum

Penjelasan Kurikulum yang sempurna mesti dapat menyelesaikan 4 kategori iaitu matlamat, kandungan, kaedah dan penilaian. Aktiviti untuk menyokong kurikulum lazimnya dilakukan di luar bilik darjah

3.

Kurikulum tersembunyi Kurikulum standard sekolah rendah( KSSR) Jurulatih utama (JU)

Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh murid secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis. Diperkenalkan oleh KPM untuk mengisi proses transformasi bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Orang yang bertanggungjawab melatih guru tahun 1 mengenai KSSR di seluruh negara.

4.

5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk menambahkan pengetahuan saya mengenai kurikulum terutamanya mengenai KSSR di mana saya merupakan guru tahun satu di sekolah yang terlibat secara langsung dengan KSSR. Justeru itu apa yang telah dinyatakan adalah merupakan pendedahan yang amat berguna untuk saya aplikasikan kepada murid saya di sekolah Walau bagaimanapun terdapat kelemahan/kekurangan di dalamnya , ini kerana berdasarkan pengalaman saya guru terpaksa memberikan penilaian kepada murid secara online. Disini guru terpaksa menghadapi masalah talian internet yang sering terputus dan keadaan talian yang tidak memuaskan. Ini menyebabkan guru tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurnaOleh itu saya mencadangkan perkara berikut untuk memperbaikinya pihak KPM hendaklah memastikan talian internet tersebut sentiasa berada dalam keadaan yang baik supaya tidak membebankan kerja guru.

UNIT 7

TAJUK Reka bentuk kurikulum di Malaysia

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Kurikulum kebangsaan mulai disarankan sejak Penyata Razak 1956, iaitu membolehkan semua murid di semua sekolah di Malaysia belajar dan mendapat ilmu, kemahiran, nilai dan budaya yang sama sebagai warganegara Malaysia. Kurikulum yang telah dibentuk,

10

didokumentasikan seterusnya dilaksanakan di sekolah. Tugas guru adalah memastikan bahawa pengajaran dan matlamat yang hendak dicapai adalah selaras dengan falsafah,misi, visi dan amalan yang telah ditetapkan. Melalui kurikulum yang telah ditetapkan akan menentukan hasil akhir yang diperolehi oleh guru dan murid. Terdapat dua aliran pemikiran yangkuat dan berbeza pendapat mengenai pengajaran dan pembelajaran. Pertama, aliran objektivis yang melihat ilmu sebagai satu produk dan guru adalah penyampai.kedua, Aliran konstruktivis melihat ilmu sebagai sebagai satu proses pembinaan dan guru adalah pemudahcaranya.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

Konsep Model Tyler

2. 3.

Penilaian formatif Penilaian sumatif

Penjelasan Diperkenalkan oleh Ralph Tyler pada tahun 1949 dan dianggap sebagai model yang klasik dan banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Dilakukan secara berterusan, perubahan dan usaha penambahbaikan kepada kurikulum dilakukan apabila perlu. Dilakukan pada peringkat akhir atau setelah selesai pelaksanaan sesuatu program. Salah satu model yang boleh digunakan dalam penilaian kurikulumialah model CIPP yang diutarakan oleh Stufflebeam et. Al. (1974) Adalah satu proses usahasama antara murid dengan guru, pemantauan dan pemulihan oleh guru.

4.

Model Penilaian Kurikulum CIPP Pembelajaran

5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini memberi sedikit pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Pada pendapat saya pembelajaran dalam unit ini adalah agak sukar untuk saya memahami secara keseluruhan. Ini kerana mungkin saya tidak mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dari Pensyarah sekiranya terdapat tajuk yang sukar difahami. Hanya sekadar mendapat kefahaman melalui pembacaan sendiri. Walau bagaimanapun pada pendapat saya jika diberi tunjuk ajar dan bimbingan dari

11

Pensyarah dan rakan-rakan tentulah masalah ini akan dapat diatasi. Namun begitu segala kesukaran yang saya hadapi, Insyaallah saya akan cuba atasinya sebaik mungkin.

UNIT 8.

TAJUK Penterjemahan dan Pentafsiran Kurikulum Kebangsaan.

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Menurut Akta Pendidikan 1996 telah memberi pengertian kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan murid dari segi jasmani, emosi. rohani dan intelek. Kurikulum kebangsaan merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan ko kurikulum. Ia diseragamkan dan ditadbirurus secara top down kerana bidang pendidikan formal di Malaysia terletak dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Kurikulum kebangsaan juga dikenali sebagai kurikulum ideal yang telah sempurna dibentuk oleh FPK atau kurikulum rasmi setelah diterima untuk dilaksanakan secara menyeluruh di semua sekolah di Malaysia. Kurikulum sekolah pula adalah merupakan penawaran mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan di sekolah berkenaan. Ia dilaksanakan mengikut apa yang dibentuk pada peringkat pusat. Kurikulum kebangsaan menjadi sebagai penterjemah kerana ia merupakan satu siri proses yang melibatkan empat kompenan berantai iaitu : 1) 2) 3) 4) Mempunyai asas Pertimbangan Pebinaan Kurikulum. Mempunyai peringkat pelaksanaan kurikulum Amalan kurikulum dalam bilik darjah Mendapat hasil pelaksanaan kurikulum

Matlamat kurikulum adalah untuk memperkembangkan potensi murid dengan asas

12

pengetahuan lanjutan dan untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi JERI serta membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan melalui pengetahuan dan kemahiran yang dimilikki.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1. 2.

Konsep Kurikulum kebangsaan Kurikulum formal

3. 4. 5.

Kurikulum tidak formal Kurikulum tersembunyi Sukatan pelajaran

Penjelasan Merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbirurus secara top down Dikenali sebagai kurikulum akademik yang mengandungi matapelajaran dari empat kompenan iaitu bahasa, kemanusiaan, sains dan vokasional. Ia mengandungi kurikulum aktiviti ko kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Ia dikatakan mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek kemahiran, nilai dan budaya Iaitu dokumen tentang sesuatu pernyataan mengenai perkara yang mesti diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk saya aplikasikan dalam tugas saya sebagai guru. Untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia sebagai pendidikan yang unggul dan cemerlang, seseorang guru harus mempunyai keupayaan untuk membuat penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum dan matlamat pendidikan. Walau bagaimanapun secara umumnya guru pada era kini banyak dibebani oleh tugasan dan bebanan kerja yang terlalu banyak sehingga kadang-kadang mengganggu tugas utama guru di dalam bilik darjah. Contoh adalah seperti tugas pengkeranian, guru terpaksa menghadiri kursus-kursus, mengurus murid seperti memasukki pertandingan-pertandingan,

13

melatih murid, menghadiri perkhemahan dan sebagainya. Perkara ini sedikit sebanyak telah mengganggu p&p guru di bilik darjah. Oleh itu saya mencadangkan perkara berikut untuk memperbaikinya iaitu pihak KPM seharusnya lebih peka tentang pemasalahan bebanan kerja yang dihadapi oleh guru, yang mana guru-guru hari ini juga diletakkan harapan yang sangat tinggi dibahu mereka oleh pihak pentadbir dan ibubapa untuk menaikkan nama sekolah dan melihat anak mereka mendapat keputusan yang terbaik tanpa mengambil kira bebanan tugas guru yang semakin hari semakin banyak.

UNIT

TAJUK

9. 1.

Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Guru sebagai penjawat awam yang perlu mematuhi nilai-nilai utama etika kerja perkhidmatan awam seperti yang telah dikeluarkan oleh Institut Awam Negara (INTAN). Amalan terhadap nilai-nilai yang telah digariskan akan dapat meningkatkan lagi profesionalisme guru. Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan garis panduan untuk meningkatkan tahap, kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, peradaban,peranan, nilai serta tingkahlaku profesion guru dalam masyarakat. Guru juga harus menyedari dan melaksanakan tanggungjawab profesion guru iaitu : 1) 2) 3) Tanggugjawab kepada murid dan Ibubapa Tanggunjawab kepada Masyarakat dan Negara Tanggungjawab kepada Rakan Sejawat dan Profesion Perguruan.

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) pindaan 2002 dan mula dikuatkuasakan pada 20 Jun 2001 adalah bertujuan untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya serta perlu dipatuhi.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasanny Konsep Penjelasan

14

1. 2.

Etika Kod Etika Profesioan Keguruan (KEPK) Akauntabiliti keguruan Nilai yang betul

3.

Membincangkan tentang tingkahlaku manusia yang dilihat dari aspek lahiriah dan batiniah. Menyediakan satu garis panduan bagaimana untuk bertingkahlaku dan bertatasusila yang selayaknya dalam profesion Keguruan. Berkenaan dengan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul sebagaimana yang dituntut oleh Agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan Guru tahu apa yang dibuat tanpa disuruh atau diberi arahan.

4.

5.

Bermatlamat yang jelas

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk saya meningkatkan lagi tahap akautabiliti dan profesionalisme saya sebagai guru. Dalam unit ini telah menjelaskan kepada saya tentang Etika Keguruan dan Peraturan Pendidikan di Malaysia.perkara ini dapat saya jadikan garis panduan supaya saya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan dan larangan-larangan yang telah dinyatakan. Walau bagaimanapun terdapat isu-isu yang ditimbulkan oleh sebelintir guru yang tidak bertanggungjawab dengan tugas mereka iaitu dengan melakukan perkara-perkara yang tidak dibenarkan dan melakukan salahlaku seperti guru yang tidak masuk kelas, datang lewat, menerima rasuah, menagih dadah, mencabul dan sebagainya. Pada pendapat saya untuk menangani isu tersebut pihak yang bertanggungjawab hendaklah memberikan hukuman yang lebih tegas terhadap mereka, sekiranya tiada perubahan guru tersebut hendaklah dilucutkan jawatan sebagai guru. Ini kerana disebabkan perbuatan segelintir mereka ini akan menyebabkan imej dan martabat guru akan dipandang rendah oleh masyarakat dan umum.

15

UNIT

TAJUK

10

AKTA PENDIDIKAN 1996

1.

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan Akta Pendidikan 1996 untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Akta Pendidikan Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Negara untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia Implikasi daripada akta pendidikan 1996 1. Pendidikan prasekolah semakin bertambah dari semua pihak samada kerajaan dan swasta dan kurikulum Pra Sekolah di perkenalkan. 2. 3. Pendidikan wajib bagi semua kanak-kanak Kuasa kepada menteri pelajaranuntuk memastikan perkembangan pendidikan

Akta Pendidikan 1996 dirancang untuk memastikan Pendidikan di Malaysia yang sentiasa

16

dinamik dan berkualiti seterusnya dapat mencapai taraf pendidikan dunia.

2.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

1.

Konsep Penyata Razak

2.

Akta Pelajaran 1961

3. 4.

Wawasan 2020 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Rendah

Penjelasan Menjadi asas kepada penggubalan Ordinan Pelajaran 1957 merupakan titik tolak kepada perkembangan dasar pendidikan kebangsaan Malaysia. Antaranya ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bagi semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama diikuti oleh semua pelajar. Matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menuntut sistem pendidikan diperkemaskan dan dimantapkan lagi. Diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan Prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah KPM dan swasta. Pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun.

5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi penjelasan kepada saya tentang Akta pendidikan 1996 . Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk mengetahui lebih banyak perkara dan maklumat yang terdapat dalam Akta pendidikan 1996. Saya juga mendapat pendedahan dan pengetahuan dari aspek asas pembentukkan, kandungan dan

17

implikasi Akta Pendidikan 1996. Pada pendapat saya setiap perubahan dan penggubalan akta yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah bermatlamatkan ke arah sistem pendidikan yang berkualiti sehingga mampu menaikkan taraf pendidikan Malaysia setaraf dengan pendidikan bertaraf dunia. Untuk memastikan hasrat murni seperti yang terkandung dalam FPK tercapai, semua pihak iaitu pihak KPM, sekolah, guru dan masyarakat harus memain peranan masing-masing.

NO 2. ESEI ILMIAH Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. ABSTRAK

Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.Melalui Akta Pendidikan 1996 sistem pendidikan bertumpu kepada pendidikan prasekolah. Pendidikan sekolah rendah dan menengah dan juga tanggungjawab kementerian pelajarn bagi memastikan sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan pendidikan negara-negara lain yang lebih maju. Namun dalm melaksanakan akta yang telah digubal dalam sistem pendidikan terdapat cabaran-cabaran yang perlu

18

diatasi oleh pihak yang terlibat dengan pendidikan terutama sekali guru-guru yang berad di sekolah yang memastikan pendidikan berjaln dengan lancar dan sekali gus akta pendidikan dapat ditunaikan oleh setiap orang guru bagi memartabatkan profesion perguruan. Kata-kata kunci: Sistem pendidikan, perpaduan bangsa, masyarakat majmuk, kualiti kehidupan, dan keperluan masyarakat Malaysia.

PENDAHULUAN

Dari sudut sejarahnya iaitu sebelum penjajahan Inggeris, pendidikan untuk rakyat jelata di tanah air ini berlangsung secara tradisional dalam institusi keluarga dan masyarakat. Pendidikan pada masa itu bercorak warisan turun temurun yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat berpegang kuat pada adat resam yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Pendidikan melibatkan perkaraperkara asas bagi tujuan kelangsungan kehidupan harian seseorang baik dalam keluarga mahu pun dalam masyarakat. Pendidikan tradisional juga melibatkan perkara-perkara berkaitan budaya dan warisan. Ibu bapa sebagai orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan, dididik dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan yang diterima pakai dalam lingkungan masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh, setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa serta orang yang lebih dewasa daripada mereka. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam hidup berkeluarga dan bermasyarakat.

Bagi anak-anak lelaki, mereka akan dididik bagi tujuan untuk menjadi ketua keluarga di suatu masa kelak. Bagi tujuan ini biasanya anak-anak lelaki akan diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah bertukang membina rumah; dan sebagainya selaras dengan konsep berbakti kepada tanah dan alam. Asuhan ini berterusan sehingga anak-anak lelaki tersebut mencapai peringkat umur remaja dan dewasa. Kesinambungan daripada itu, anak-anak lelaki tersebut akan seterusnya mewarisi aktiviti ekonomi keluarga untuk membina kehidupan keluarganya sendiri setelah mereka mendirikan rumah tangga. Bagi anak-anak

19

perempuan pula, mereka akan dididik dan diasuh dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti mereka menjadi suri rumah yang baik. Sehubungan itu, anakanak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunya menjaga adik-adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, jahit-menjahit serta melakukan kerja-kerja di dapur.

Berkaitan dengan keagamaan, anak-anak lelaki dan perempuan juga diajar tentang ilmu agama. Pembelajaran agama biasanya dilakukan di sebelah petang atau malam, di mana mereka akan mengikuti pengajian di rumah Pak Imam atau orang yang lebih arif tentang agama yang boleh dianggap sebagai guru atau ustaz termasuk pendakwah Islam yang datang dari Asia Barat. Anak-anak diasuh untuk membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu ain, fardhu kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaranpelajaran yang lain. Selain di rumah Pak Imam, guru atau ustaz pelajaran agama juga berlangsung di surau-surau dan di masjid-masjid. Selain itu pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga banyak terdapat di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.

Pembentukan Malayan Union pada 1946 telah meningkatkan lagi semangat para pejuang kemerdekaan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan lain-lain untuk mendapatkan kemerdekaan. Bagi tujuan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, sesuatu perlu difikirkan tentang keseluruhan sistem pendidikan di tanah air ini. Langkah perlu diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara berdaulat yang mempunyai hala tuju serta matlamat sendiri. Perkara ini telah disedari oleh para pemimpin tempatan dan rakyat tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan bagi mengambil alih sistem pendidikan penjajah sebagai kehendak sebuah negara yang merdeka kelak. Para pemimpin tempatan seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein dan lain-lain ahli politik lain telah membuat pelbagai persiapan ke arah sebuah negara yang merdeka. Sistem pendidikan negara dengan dasar yang tersendiri adalah antara perkara yang diberi tumpuan secara serius kerana antara lain, ini adalah agenda bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.

20

Selepas merdeka, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Pelaksanaan pendidikan negara adalah berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Selepas itu satu jawatankuasa lain dibentuk iaitu Jawatankuasa Rahman Talib sempena nama pengerusinya Abdul Rahman Talib iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu. Penubuhan jawatankuasa tersebut bertujuan untuk mengkaji Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam sistem pendidikan walaupun negara telah mencapai kemerdekaan. Jawatankuasa berkenaan mengeluarkan laporan iaitu Penyata Rahman Talib pada 1960. Akta Pelajaran 1961 telah digubal berdasarkan Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Objektif dasar pendidikan seperti yang terkandung dalam Akta Pelajaran 1961, antaranya adalah seperti berikut: "Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Soal perpaduan kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan pada masa itu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah; kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu pendidikan adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan percuma diberi untuk semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam kalangan pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi melalui proses pendidikan..

KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Tujuan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk membentuk system pendidikan ke arah yang lebih baik. Sebelum Akta Pendidikan 1996 terdapat beberapa penyata pendidikan seperti penyata Razak dan Penyata Rahman Talib. Semua penyata pendidkan yang digubal adalah semata-mata untuk memajukan system pendidikan yang ada di Negara kita. Kandungan petiap penyata yang digubala adalah berdasarkan suasana dan keadaan kehidpan semasa demi untuk memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Dalam setiap penyata yang digubal masih ada lagi kelemahan dari segi beberapa perkara yang dihadapi dalam suasana semasa dan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang bangsa. Maka Akta Pendidikan 1996 diperkenalkan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam penyata pendidikan sebelum ini.

21

Akta

Pendidikan

1996

telah

menggariskan

beberapa

perkara.

Antaranya

ialah

mengutamkan ilmu pengetahuan kerana ilmu penetahuan adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bersaing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat. Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia. Dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.

Sistem Pendidikan Kebangsaan adalah terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Ada tiga kategori institusi pendidikan iaitu institusi pendidikan kerajaan, bantuan kerajaan dan swasta. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib di institusi pendidikan itu. Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua sekolah. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan. IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996

Pendidikan Prasekolah

Buat pertama kalinya pendidikan prasekolah telah mendapat pengiktirafan dalam sejarah pendidikan negara. Pada tahun 1992 hanya 1,131 buah sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan pendidikan prasekolah. Angka ini telah bertambah menjadi 3,287 pada tahun 2005. Enrolmen telah bertambah daripada 26,000 (1992) kepada 93,376

22

(2005). Angka ini tidak termasuk dengan bilangan kelas yang disediakan oleh KEMAS, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Agama Islam Negeri, ABIM dan pihak swasta. Yang pasti terdapat peningkatan yang mendadak dari aspek penawaran tempat dan enrolmen bagi pendidikan prasekolah.

Pada tahun 2003, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah diperkenalkan bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah dan harus diikuti oleh semua prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia dan swasta. Strategi yang digunapakai oleh KPM ialah memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan untuk memastikan perkara ini berjalan dengan baik. Di samping itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa menyediakan kemudahan latihan untuk keperluan guru prasekolah. Bahkan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan langkah dengan memberikan kursus-kursus latihan kepada guru-guru prasekolah bukan kerajaan.

Pendidikan Prasekolah memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan Malaysia. Kanak=kanak berumur enam tahun telah didedahkan dengan alam persekolahan. Melalui kurikulum Prasekolah, kanak-kanak telah diajar mengenai pendidikan awal bagi

membiasakn diri dengan alm persekolahan. Melalui sukatan Prasekolah kanak-kanak diajar bagimana untuk menyesuaikan diri dengan rakan sebaya. Kanak-kanak telah diajar untuk berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang mudah bagi membolehkan kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya apabila berada dalm situasi sekolah rendah pad umur tujuh tahun. Kanak-kanak juga dengan asas-asas agama seperti doa-doa harian yang melibatkan aktiviti harian seperti doa makn, doa masuk tandas, doa masuk dan keluar tandas. Kanak-kanak juga diajar asas membaca al Quran. Segala persiapan yang diajar diprasekolah adalah sebagai asas bagi kanak-kanak menempuh alam persekolahan semasa berada di skolah rendah. Pendidikan Rendah

Akta Pendidikan 1996 telah juga memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur enam tahun. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan dasar ini secara berperingkat-peringkat mulai Tahun 1 pada 1 Januari 2003. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah melakukan berbagai-bagai perkara untuk memastikan kadar penyertaan murid pada peringkat sekolah rendah semakin baik. Antaranya ialah :

23

Mempertingkatkan program orientasi alam persekolahan Program orientasi persekolahan dimasukkan dalam sukatan pelajaran diperingkat awal pendidikan rendah iaitu semasa murid berada ditahun satu. Sukatan berkaitan orientasi alam persekolahan digubal khas untuk kanak-kanak bagi menghadapi situasi alam persekolahan diperingkat awal persekolahan. Pendedahan mengenai hubungan murid dengan rakan sebaya dan bagaimana menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran sekolah dan bilik darjah. Orientasi alam persekolahan berlaku untuk minggu awal persekolahan bagi membiasakan diri kepada kanak-kanak. Program ini memberikan hasil yang baik di mana murid-murid lebih bersedia untuk belajar kerana masalah tidak membiasakan diri dengan sekolah dan rakan sebaya telah dapat diatasi di peringkat awal persekolahan.

Mengatasi masalah keciciran pada peringkat pendidikan rendah

Bagi mengtasi masalah keciciran diperingkat pendidikan rendah, Kurikulum sekolah telah digubal bersesuaian dengan kemampuan kanak-kanak bagi semua mata pelajaran. Semua kurikulum sekolah rendah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaaan menekankan mengenai pendidikan yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Menjadi harapan negara agar setiap individu dapat memberikan sumbangan kepada negara melalui modal insan yang mampu membangunkan negara. Meningkatkan kadar penyertaan murid orang asli dan kumpulan etnik di pedalaman Sabah dan Sarawak

Pendidikan adalah untuk semua kaum yang ada ada di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Orang asli yang ada di Malaysia masih lagi kurang kesedaran betapa pentingnya pelajarn bagi mereka. Ramai dikalangan orang asli di Malaysia tidak bersekolah kerana mereka lebih suka mencari pendapatn untuk menyara kehidupan mereka berbanding dengan pelajaran. Buktinya orang asli tadak ada yang bekerja di kementerian atau sektor swasta, ini kerana mereka tidak ada kelulusan dari segi sijil pelajaran. Untuk menggalakan orang asli memasuki alm persekolahan , kerajaan telah mengalbil langkah yang sewajarnya

24

dengan membina sekolah-sekolah di penempatan orang asli dengan tenaga pengajarnya dihantar dari bandar dari kalangan guru-guru lepasan maktab. Guru-guru sanggup mengajar dipenempatan orang asli demi kemajuan pendidikan orang asli walaupun terpaksa menanggung berbagai-bagai kesusahan dan kepayahan. Guru-guru sanggup dihantar ke Sabah dan Sarawak demi mendidik anak bangsa untuk mencapai hasrat kerajan dalam pendidikan. Hasilnya ramai arang asli yang belajar di sekolah yang dibina dipenemaptan orang asli dan ramai diantara mereka mampu melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi dan mampu menjawat jawatan yang lebih tinggi di sektor kerajaan dan swasta. Ini adalah kerana keprihatinan kerajaan bagi memajukan orang asli dalam bidang pendidikan Melaksanakan pendidikan wajib dari Tahun 1 hingga Tahun 6

Kerajaan telah melaksanakan undang-undang pendidikan wajib dari tahun 1 hingga tahun 6. Bagi ibu bapa yang tidak menghantar anak kessolah akn didenda sehingga RM5000 kerana mengabaikan hak anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang tidak mampu untuk membiayai perekolahan ank-anak mereka, bantuan telah diberikan kepada murid miskin dalam bentuk KWAPM. Tidak ada alasan bagi ibu bapa melarng ank-ank mereka untuk kesekolah dan belajar sebagaimana murid-murid lain. Hasil nya tidak ada murid yang tercicir dan tidak mampu untuk meneruskan pelajaran mereka. Semua Ibu bapa sanggup menghantar ank mereka kesekolah kerajaan mahupun swasta. Kita tidak dengar ada dikalangan kanakkanak yang berada di rumah kerana tidak besekolah kerana tidak mampu. Semua ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Peruntukan Kuasa Menteri Pelajaran

Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup besar kepada Menteri Pelajaran. Boleh dikatakan kuasa Menteri telah dinyatakan dengan jelas dalam setiap aspek/bahagian dalam Akta Pendidikan 1996 yang merangkumi Pentadbiran (Bahagian ll), Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lll), Sistem Pendidikan Kebangsaan (Bahagian lV), Penilaian Dan Peperiksaan (Bahagian V), Pendidikan Tinggi (Bahagian Vl), Institusi Pendidikan Swasta (Bahagian Vll), Pendaftaran Institusi Pendidikan (Bahagian Vlll), Pendaftaran Guru (Bahagian lX), Jemaah Nazir Sekolah (Bahagian X), Kewangan (Bahagian Xl), Rayuan (Bahagian Xll), Peraturan-peraturan (Bahagian Xlll), Pelbagai (Bahagian XV), dan Peralihan Dan Pemansuhan (Bahagian XVl). Dalam setiap bahagian tersebut, Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan kuasa yang cukup jelas kepada Menteri untuk melakukan sebarang tindakan yang difikirkan perlu dan patut untuk memastikan pelaksanaan dan perkembangan pendidikan yang sihat di Malaysia.

25

Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1996 yang mungkin menimbulkan kekeliruan dan perlu diberi penelitian semula. Dalam Bahagian XlV iaitu Kesalahan Dan Penalti, Seksyen 136 (Kuasa untuk menyiasat), Seksyen 137 (Kuasa untuk masuk tanpa waran) dan Seksyen 138 (Memulakan dan menjalankan pendakwaan) menyatakan seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh melibatkan diri dalam ketiga-tiga perkara (Seksyen 136, 137 dan 138). Kebenaran yang diberikan kepada seorang pegawai Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar polis yang berpangkat tidak rendah daripada seorang Inspektor untuk melakukan penyiasatan dalam mana-mana institusi pendidikan seolah-olah merendahrendahkan martabat sesebuah institusi pendidikan itu sendiri. Kehadiran seorang pegawai polis bertujuan untuk menggelidah sebarang premis pendidikan tanpa waran menunjukkan seolah-olah autoriti premis pendidikan tidak diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Tambahan pula tindakan ini semacam satu bentuk kekerasan.

Usaha pemertabatkan bahasa Kebangsaan melalui sistem pendidikan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 agak mengelirukan. Dalam Akta Pendidikan 1996, Bahagian l (Permulaan), Seksyen 2 menafsirkan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Melayu sebagaimana yang ditentukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 17 (1) menyatakan bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Namun demikian terdapat pengecualian yang diberikan kepada sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Sekyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri. Begitu juga penggunaan bahasa pengantar selain daripada bahasa Kebangsaan diberikan kepada tadika (Seksyen 23).

Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar oleh kaum-kaum lain yang terdapat di Malaysia, selain daripada bahasa Kebangsaan dinyatakan dengan jelas penggunaannya dalam Akta Pendidikan 1996. Namun dalam penggunaan bahasa lain, dalam Seksyen 1, Akta Pendidikan 1996 hanya menyebut: bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian

Hal ini kelihatan agak janggal kerana sebarang institusi yang menawarkan pengajian Islam pasti akan menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar kerana itu adalah bahasa Al Quran. Tambahan pula Islam adalah agama rasmi di negara ini.

26

CABARAN-CABARAN AKTA PENDIDIKAN 1996

Isu Perpaduan Kaum Di Malaysia Usaha kerajaan untuk mewujudkan sistem amaran konflik perkauman sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman. Sebaliknya kita juga sedar bahawa perpaduan kaum adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan pendidikan yang cemerlang. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Masalah perpaduan kaum telah menjadi masalah utama dalam melaksanakan akta pendidikan 1996. Tujuan utama akta pendidikan ialah untuk penyatuan kaum melalui pendidikan. Apa yang berlaku sekarang kaum yang ada di Malaysia masing dengan sikap kaum masing. Pencapaian pendidikan mengikut kaum adalah berbeza. Dari segi

27

pencapaian dalam pendidikan kaum cina adalah maju jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain. Pencapaian pendidikan kaum Melayu sudah ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum Cina. Pencapaian pendidikan dapat dicapai dengan perpaduan kaum. Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

Oleh sebab keadaan linguistik yang begitu berbagai di Malaysia, maka secara sekali imbas kita akan dapat melihat bahawa ada masalah yang nyata dalam menentukan yang mana satu untuk dipilih menjadi bahasa kebangsaan. Pilihan itu haruslah yang dapat memuaskan hati semua golongan, dan juga mesti dapat dihormati dan dijalankan dari semua segi, baik sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Semasa Malaysia (dulunya Malaya) masih terletak di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, tidak pernah ada usaha yang dibuat untuk memilih sebuah bahasa kebangsaan. Bahasa Inggeris, pada masa itu telah digunakan seluas-luasnya sebagai bahasa pendidikan dan pentadbiran. Ternyata bahawa ini adalah merupakan satu dasar pemerintahan penjajah Inggeris. Untuk menguatkan dan meneruskan kuasa mereka di Malaysia, maka mereka telah dengan sengaja membiarkan pendudukpenduduk Malaya terbahagi dan tinggal berasingan dari segi kebudayaan, ekonomi dan bahasa.

Keperluan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan yang tunggal adalah menjadi mendesak selepas Malaya berkerajaan sendiri pada tahun 1957. tetapi sebenarnya, persoalan ini telah lama timbul dan difikirkan oleh golongan-golongan bumiputera yang tertentu, terutamanya, para pendidik dan penulis. Angkatan Sasterawan 50 telah menyuarakan bahawa kemerdekaan dalam pemerintahan tidaklah dapat dianggap berhasil atau bermakna sekiranya kaum bumiputera tidak dapat turut menyertai perbincangan atau mengambil bahagian untuk berbincang dalam dewan-dewan perundangan di Malaysia. Jadi mereka tidaklah akan dapat turut serta dalam menjalankan pemerintahan negara mereka.

28

Perkara seperti ini dianggarkan akan berlaku kerana, sebab pada masa itu hanya lebih kurang 10% dari bilangan penduduk yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa yang digunakan dalam pentadbiran negara. Keadaan begini sudah tentunya menghalang sebilangan penduduk Malaysia, biak dari apa suku bangsa sekalipun, daripada turut serta dalam mentadbirkan negara mereka. Oleh yang demikian, untuk membolehkan penduduk Malaysia menjalankan hal-ehwal pentadbiran diri dan negara mereka sendiri, makan amatlah penting mereka menggunakan sebuah bahasa yang lebih luas dipergunakan. Tambahan pula, sebagai sebuah negara yang baru merdeka, maka perlulah adanya sebuah bahasa Kebangsaan untuk kepentingan identiti yang sama bagi semua rupa bangsa yang tinggal di Malaysia. Jadi keperluan bagi sebuah bahasa Kebangsaan adalah amat mendesak. Dalam hal ini, bahasa Melayu telah difikirkan yang paling layak untuk dijadikan bahasa Kebangsaan Malaysia. Memang benar, ini suatu keputusan politik, tetapi memang tidak ada sebarang keraguan lagi mengenai keputusan ini. Begitu jugalah dalam kebanyakan negara yang baru merdeka, sekiranya, penduduknya terdiri daripada berbilang bangsa dan bahasa, maka keputusan untuk memilih sebuah bahasa Kebangsaan adalah suatu persoalan politik.

Ada banyak faktor dan pertimbangan lain yang juga penting dalam memilih bahasa Kebangsaan ini. Dari segi peratus bilangan penduduk, maka ternyata bahawa penduduk Melayulah yang ramai bilangannya iaitu membentuk 43% dari penduduk Malaysia, sementara penduduk Cina pula membentuk 36% dan India 8% dari penduduk Malaysia. Baki 10% yang lain itu adalah terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa yang boleh dianggap sebagai masyarakat minoriti. Walaupun penutur bahasa Melayu sebagai bahasa kandung itu terdiri daripada hanya 43% dari seluruh penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk, tetapi bahasa Melayu itu adalah dipertuturkan oleh semua penduduk sebagai lingua franca termasuklah kalangan golongan masyarakat pendatang. Tetapi bahasa-bahasa pendatang, walaupun dituturkan oleh segolongan penutur yang agak besar bilangannya, tetapi setiap satunya tidaklah seragam. Bahasa Cina itu sebenarnya terdiri daripada beberapa buah bahasa (dialek) yang berlainan seperti Mandarin, Kanton, Hokkien, Tieuchieu, Hainan, Hakka, Kaysai, Amoi dan Foochow. Begitu juga bahasa India yang sebenarnya terbentuk dari beberapa buah bahasa yang berlainan seperti Tamil, Malayalam, Telugu, Sinhali, Punjabi, Benggali, dan lain-lain. Ternyata bahasa mendatang ini tidaklah dapat diterima sebagai suatu bahasa Kebangsaan. Ia bukanlah bahasa bumiputera dan setiap satunya hanya mempunyai bilangan penutur yang kecil, dan penyebarannya tidak luas dan tidak seragam. Hanya bahasa Melayu sajalah yang luas dipergunakan oleh penduduk Malaysia tidak kira apa rupa bangsa. Apa yang lebih penting untuk menjadi pertimbangan ialah bahawa bahasa Melayu dituturkan itu adalah agak

29

seragam. Dalam istilah ini jelaslah bahawa bahasa Melayulah yang luas sekali digunakan, atau bahasa majoriti penduduk Malaya, pada masa itu.

Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bukanlah bermakna bahawa bahasa-bahasa pendatang di Malaysia ini didiskriminasikan. Hak setiap bahasa asing itu terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia (1972:116-7). Bahasa-bahasa lain adalah dibenarkan untuk dipergunakan dan dipermajukan bersama-sama bahasa Malaysia. Sebenarnya, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa asing itu tidak terganggu di Malaysia. Dasar kerajaan adalah untuk membolehkan bahasa-bahasa ini wujud

bergandingan. Tetapi dalam proses membangun negara seperti ini, maka kewujudan bahasa-bahasa pendatang itu janganlah pula menghalang perkembangan bahasa Kebangsaan itu daripada menjadi maju dan kukuh.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, maka secara perlembagaan bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan yang tunggal di Malaysia. Hasrat ini dirancangkan supaya dijalankan secara berperingkat-peringkat melalui sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu dirancangkan supaya menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat dalam pendidikan dan pentadbiran. Walau bagaimanapun,

pelaksanaan yang dijalankan oleh pemerintah tidaklah begitu tegas pada mulanya. Pelaksanaan itu seharusnya dijalankan secara berlembut dengan jalan meyakinkan bangsabangsa asing supaya mempelajari bahasa Malaysia tanpa paksaan. Ternyata bahawa cara ini telah tidak memberi kesan sebagai yang dirancangkan. Sepatutnya, dalam masa sepuluh tahun selepas merdeka, iaitu pada tahun 1967, bahasa Malaysia dijadualkan supaya dapat menggantikan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan. Walaupun kebanyakan warganegara Malaysia yang terdiri dari kaum mendatang ini bersimpati dan bersetuju dengan dasar ini, tetapi mereka tidaklah mengambil apa-apa langkah yang konkrit kerana dasar pelaksanaan itu tidak mempunyai sebarang desakan. Walaupun demikian, usaha awal ini tidaklah pula boleh dikatakan gagal sama sekali.

Kebanyakan penduduk Malaysia menyalakan pemerintahnya sendiri dalam kegagalan mereka melaksanakan dasar ini dengan lebih tegas lagi. Oleh sebab itu, selepas 1969, kerajaan telah mengambil sikap yang lebih berani dan tegas dalam melaksanakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah, untuk menggantikan bahasa Inggeris. Berikutan dengan itu juga , bahasa Malaysia dijadikan syarat untuk mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi dalam sektor kerajaan, dan juga guna untuk ketetapan dalam jawatan, serta kelulusan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selepas lebih kurang tujuh tahun, Malaysia mulai dapat melihat hasil-hasil yang lebih tegas dan memuaskan

30

menuju matlamat yang dirancangkan. Hasrat kerajaan ialah untuk menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar penuh di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Sebenarnya kalau ditinjau pula pelaksanaan bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan, maka sebenarnya akan terdapat suatu hal yang amat menarik. Bahasa Malaysia sememangnya telah pun dipergunakan untuk menyampaikan kursus-kursus di peringkat universiti pada mas ini. Dalam hal ini dapat dikatakan yang hasrat dan tujuan kerajaan ini telah tercapai dalam beberapa hal, dan dasar ini sudah maju dan merupakan suatu feit accompli.

KEPENTINGAN ETIKA GURU

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Namun terdapat segelintir guru tidak menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh masyarakat kepada guru. Terdapat guru-guru yang sanggup mengabaikan

tanggungjawab mereka. Ada sesetengah guru sanggup melanggar etika perguruan yang ditetapkan kepada mereka. Tanggungjawab yang diamanahkan kepada guru adalah terlalu

31

berat yang terpaksa dipikyul oleh orang yang bergelar guru. Sikap sambil lewa atau acuh tak acuh atau memandang rendah terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada guru. Walaupun tugas yang diberikan dianggap kecil dan mudah tetapi sebenarnya ia adalah terlalu berat dan susah untuk di amalkan. Oleh sebab itulah ada sesetengah guru memandang ringan dan ambil mudah terhadap tanggungjawab yang diberikan. Oleh itu ada di antara guru yang sanggup meninggalkan kelas semasa waktu mengajar hanya semata-mata sanggup berbual kosong antara guru lain sama ada di kantin atau di bilik guru atau di mana sahaja. Contoh di atas adalah sbahagian daripada tingkah laku yang bertentangan daripada kod etika perguruan.

Terdapat banyak lagi contoh salah laku yang dilakukan oleh guru yang boleh boleh dikategorikan sebagai melanggar kod etika perguruan. Di antaranya ialah i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Ponteng kelas Tidur dalam kelas Bercakap hal-hal politik dalam kelas Mencarut Berkelakuan tidak senonoh terhadap murid Menagih dadah Mencabul murid di tempat-tempat sunyi semasa lawatan semasa guru dan murid bersendirian Contoh di atas adalah sebahagian tingkah laku yang dianggap melanggar kod etika perguruan. Ada di antara guru telah didakwa di mahkamah kerana sanggup merogol muridnya. Adajuga guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan pengedaran dadah dan bergaduh.

Kes guru melanggar etika perguruan sebagaimana contoh yang dikemukakan di atas telah menjadi satu masalah dan menjadi beban kepada sekolah. Di antara kes salah laku guru yang paling ketara ialah masalah kes ponteng kelas semasa waktu proses pembelajaran. Kes ini boleh dianggap kes yang paling teruk di mana kes ini selalunya dihadapi oleh setiap sekolah. Setiap sekolah akan ada kes seperti ini. Daripada bilangan guru yang ramai di sesebuah sekolah terdapat seorang guru atau lebih menghadapi masalah ponteng kelas.

32

Secara keseluruhan guru yang terlibat dengan masalah ini akan berkumpul di suatu tempat dan akan melakukan kerja keraja yang tidak ada kaitan dengan sekolah. Fenomena ini kita boleh di mana-mana sekolah biasanya kes ini berlaku di sekolah-sekolah luar bandar yang jauh dari pusat bandar atau jauh dari pejabat pelajaran daerah. Yang mana sekolah ini jarang sekali dilawati oleh pegawai-pegawai pelajaran daerah. Di antara punca-punca yang boleh Menyebabkan perkara ini berlaku kepada seseoarang guru yang terlibat dengan kes pelanggaran kod etika perguruan adalah disebabkan beberapa perkara.

I. II. III. IV.

Masalah individu itu sendiri Masalah keluarga Masalah kewangan Masalah sekolah

V.

Masalah Kemasukan ke IPT

Kerajaan telah membina pusat-pusat pengajian tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan rakyat Malaysia bagi menyediakan rakyat yang berilmu pengetahuan dan mempunyai kepakaran dalam bidang-bidang tertentu untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang mahir bagi membina negara maju. Melalui Akta Pendidikan 1996 kerajaan memberi pelung kepada rakyat Malaysia untuk melanjutkan pelajaran kepusat pengajian tinggi. Berdasarkan kepada pencapaian peperiksaan awam kaum Cina telah mendahului pencapaian dalam pendidikan berbanding dengan Melayu dan India. Kerajaan mahu peluang untuk belajar di pusat pengajian tinggi hendaklah diberikan secara sama rata kepada semua kaum. Maka timbullah sistem kuota dan sistem merit bagi menentukan kemasukan pelajar kepusat pengajian tinggi. Pencapaian kaum Melayu dan India tidak dapat menyaingi pencapaian pendiidkan kaum Cina dari segi pendidikan. Ini bermakna kaum Cina lebih erhak untuk belajar dipusat pengajian tinggi. Kerajaan telah melihat satu sistem perlu diwujudkan bagi menentukan kelayakan pelajar-pelajar meneruskan pengajian ke peingkat pengajian tinggi. Keadaan ini akan menentukan modal insan yang akan menguruskan negara Malaysia untuk masa akan datang

PENUTUP Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Akta Pendidikan 1996 dulu telah menampakkan kejayaan. Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.

33

Kesan dari tinggalan penjajahan British dahulu amat payah untuk kita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan.

Dalam

suasana

masyarakat

majmuk

yang

mempunyai

"ethno-centristic"

yang

masyarakatnya mempunyai pelbagai agama, budaya dan fahaman" Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting. Menyedari betapa pentingnya tujuan untuk memastikan sistem pendidikan negara menjadi wadah berkesan ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang bersatu padu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran Negara, semua pendidik harus meletakkan kepentingan nasional dan negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan masing-masing. Hal inidapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di Malaysia tanpa melupakan matlamat dan aspirasi negara dalam menuju Wawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut acuan sendiri.

Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi ahli dalam komuniti sebuah sekolah yang terdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan ke arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya memperkasakan sekolah.

34

Rujukan

Prof.Dr. Othman Lebar & Dr.Abdul Talib Mohamed Hashim &En.Omar Hisham Mohd Baharin & En.Ismail Raof (2010), KKD 2063 Pembangunan Sahsiah

Zaini b Abdullah & Mohmad Nor b Mohamad Taib & Iklhsan b Othman & Norila binti Md Salleh & Abu Bakar b Yusuf & Abdul Talib b Mohamd Hashim (2011), KPF 3012 Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafh dan Dasar

Esah Sulaiman (2003). Amalan profesionalisme perguruan. Skudai: UTM

Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah imu: analisis konsep- konsep dan Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994). Falsafah dan konsep pendidikan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

http://eprints.utm.my/1486/1/JT38E[5].pdf

http://www.scribd.com/doc/2987986/KOD-ETIKA-PROFESION-PERGURUAN

http://kulanzsalleh.com/isu-isu-pendidikan-di-malaysia/

http://www.sosiohumanika-jpssk.com/sh_files/File/4.mior.usm.mei.2011.pdf

http://jpt.mohe.gov.my/RUJUKAN/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf

35

BAHAGIAN 111. CATATAN e FORUM

Topic : Peraturan menjamin perkhidmatan cemerlang D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :9 Views : 43 General Forum : Forum 5 Posted On : 14 Nov 2011 02:17:51 PM Subject : Re : Peraturan menjamin perkhidmatan cemerlang Assalamualaikum dan Salam 1malaysia... Saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh cikgu.Dengan mematuhi peraturan perkhidmatan, maka guru dapat menyedari tanggungjawab mereka terhadap pekerjaan profesional sebagai warga pendidik. Selain itu, pandangan orang ramai terhadap profesion keguruan juga akan berubah. Ini adalah sangat penting kerana pandangan orang ramai terhadap guru yang merupakan aset yang penting bagi melahirkan generasi atau pemimpin-pemimpin yang bakal memajukan negara kita dapat menjejaskan pandangan dunia terhadap pendidkan di negara kita. Jika setiap guru mengamalkan peraturan tanpa di mana jua mereka berada, maka padangan orang ramai akan berubah. Mereka akan menghormati semua guru. Malangnya berita-berita yang negatif disiarkan melalui surat khabar atau media massa yang bertentangan dengan peraturan perkhidmatan seseorang guru. Oleh itu, pegangan kuat setiap guru terhadap peraturan perkhidmatan adalah sangat penting. Ini dapat mengubah pandangan orang ramai terhadap profesion keguruan. Topic : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 39 General Forum : Forum 5 Posted On : 14 Nov 2011 02:13:46 PM Subject : Re : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.... saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru itu komited dengan peraturan keguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Peraturanperaturan ini sesungguhnya dapat menjamin perkhidmatan kita yang cemerlang dan terbilang sebagai seorang pendidik. Sebagai guru kita harus mematuhi etika perguruan yang telah digariskan. Kita perlu mengamalkan etika keguruan yang betul untuk meningkatkan imej diri sebagai pendidik yang professional dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Ia juga membantu kita menjadi lebih berdisplin terhadap diri sendiri lalu mendorong kita untuk bersikap lebih profesional. Merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan, antaranya adalah peraturan dalam berpakaian, ketepatan masa dan adab bertutur. Sememangnya setiap perkara yang kita lakukan dalam hidup ini terikat dengan undang-undang dan peraturan. Begitu jugalah halnya dengan sistem pendidikan dan keguruan. Untuk menjadi guru yang dihormati dan disegani lagi profesional, guru

36

perlulah mematuhi dan mengikuti peraturan yang digariskan bagi menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Sebagai contoh, guru yang mengamalkan peraturan keguruan sepatutnya masuk ke kelas pada masa yang tepat supaya P&P dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Pelajar juga akan mendapat manfaatnya kerana masa mereka dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Dengan cara ini, guru itu telah memenuhi standard kualiti dan membina "Budaya Kerja Cemerlang". Seterusnya, guru akan bertindak dan bekerja yang penuh integriti serta dapat memuaskan kehendak pelanggan. Inilah yang dikatakan perkhidmatan cemerlang lagi profesional.Sekian....

Topic : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan menjamin perkhidmatan yang cemerlang D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :10 Views : 57 General Forum : Forum 5 Posted On : 14 Nov 2011 01:55:07 PM Subject : Re : Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan menjamin perkhidmatan yang cemerlang Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Saya menyokong pandangan yang Cikgu Rohaizan berikan. Selain itu, pada pendapat saya, peraturan perkhidmatan keguruan juga merupakan satu sistem kawalan disiplin guru yang mana keberhasilan nya bergantung kepada kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakannya. Guru yang mematuhi peraturan dan mempunyai disiplin kendiri dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kebolehpercayaan yang dalam melaksanakan tugasnya serta dapat memupuk tanggungjawab sesama guru dalam profesion keguruan. Seorang guru perlu amanah dan bersih peribadinya serta menguasai ilmu secara berterusan sebelum menjadi seorang guru yang berkualiti bagi memenuhi kehendak perkhidmatan. Melalui etika dan peraturan yang telah dimaktubkan, kita dapat mengetahui apakah perbuatan-perbuatan yang dilarang. Objektifnya untuk memastikan para guru bertanggungjawab, dedikasi, berdisiplin dan menunjukkan nilai keterampilan yang jitu.

Topic : PERATURAN PERKHIDMATAN KEGURUAN DAPAT MENJAMIN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :7 Views : 31 General Forum : Forum 5 Posted On : 14 Nov 2011 01:50:38 PM Subject : Re : PERATURAN PERKHIDMATAN KEGURUAN DAPAT MENJAMIN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Peraturan-peraturan Perkhidmatan Perguruan sebagai panduan untuk guru-guru menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik. Ciri-ciri guru profesional telah menggariskan sifat dan

37

kualiti guru yang profesional. Guru-guru memerlukannya untuk mengharmonikan perjalankan kerja guru-guru. Ciri-ciri yang terdapat dalam Peraturan Perkhidmatan Keguruan akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dalam perkhidmatannya. Guru perlu menunjukkan semua nilainilai dalam diri seorang diri. Peraturan-peraturan Perkhidmatan Perguruan merupakan garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti, produktiviti, dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua guru dalam masyarakat. Guru-guru perlu mematuhi peraturan-peraturan Perkhidmatan Perguruan untuk menjaga imej profesional sebagai seorang guru. Peraturan-peraturan Perkhidmatan Perguruan juga memastikan guru-guru menjalankan tugas dengan jujur. Peraturan-peraturan Perkhidmatan Perguruan juga sebagai sejenis keyakinan tentang pandangan orang luar dan pendidikan Malaysia. Ia dilaksanakan untuk memelihara tingkah laku dan mengelakkan keraguan masyarakat terhadap kejujuran dan kesungguhan penjawat awam dalam melaksanakan tugas mereka. Kepatuhan dan penghayatan tatalaku ini diharapkan dapat menghalang penyelewengan, menghindar perbuatan rasuah, dan mewujudkan perkhidmatan yang jujur.

Topic : Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Keguruan Dapat Menjamin Perkhidmatan Yang Cemerlang D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :7 Views : 39 General Forum : Forum 5 Posted On : 14 Nov 2011 01:43:28 PM Subject : Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Keguruan Dapat Menjamin Perkhidmatan Yang Cemerlang Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang berguna selain daripada memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebenarnya tanggungjawab mendidik anak bangsa bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bila kita menandatangani perjanjian sebagai sebagai seorang pendidik, jatuh bangun sesuatu bangsa terletak di atas bahu kita.

Tanggungjawab yang mengatakan guru adalah lilin yang membakar diri masih tebal bukan sahaja dalam masyarakat Malaysia tetapi di negara-negara lain. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Dengan itu, guru haruslah sentiasa menjaga imej sebagai profesion perguruan.

38

Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang apabila :

Guru melaksanakan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi.

Penambahbaikan secara berterusan.

Sebagai penggerak ke arah kebaikan

Menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan.

Guru menjalankan tugas berlandaskan FPK Kesimpulannya, sebagai seorang penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peruntukan peraturanperaturan yang termaktub dan pelanggaran manamana peruntukan tersebut boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Sekian.

|< << >> >| Author D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :4 Views : 34 Message Topic : KSSR adalah dasar membangunkan modal insan bertaraf dunia

Page 2/6

General Forum : Forum 3 Posted On : 14 Nov 2011 09:33:55 AM Subject : Re : KSSR adalah dasar membangunkan modal insan bertaraf dunia Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

39

Pembangunan modal insan merupakan perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian. Sejarah telah membuktikan kualiti modal insan atau sumber manusia telah menjadi faktor penentu bagi pencapaian pembangunan sosio ekonomi bagi sesebuah negara. Oleh itu, aspek pendidikan merupakan elemen paling penting dan ampuh dalam usaha membangunkan tahap serta kualiti modal insan. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih ini. Ia merupakan satu transformasi pendidikan iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan kurikulum baru ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa yang dapat melahirkan modal insan yang bertaraf dunia.

Topic : Modal insan bertaraf dunia D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :3 Views : 17 General Forum : Forum 3 Posted On : 14 Nov 2011 09:28:40 AM Subject : Re : Modal insan bertaraf dunia Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. Saya setuju dengan pendapat cikgu. Kurikulum standard ini bermatlamat meningkatkan kualiti pendidikan rendah agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke-21. Setelah KSSR dilaksanakan, kita dapat memahami bahawa KSSR ini bukan lagi berorientasikan peperiksaan. Malah ia adalah pembinaan sahsiah dan modal insan dalam melahirkan insan yang lengkap bagi manjadi generasi yang mampu mencapai aspirasi negara pada masa akan datang. Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting untuk membantu negara untuk mencapai ke arah membangunkan modal insan yang bertaraf dunia, dan setanding dengan negara-negara yang maju. Kurikulum standard ini merupakan transformasi negara dalam pendidikan dan memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa serta pihak berkepentingan. Oleh itu, kita sebagai seorang guru perlu berusaha untuk menjayakan dasar kurikulum standard ini KSSR bagi mencapai hasrat FPK negara kita. Guru juga perlu memahami sepenuhnya dasar kurikulum standard ini sebelum mengaplikasinya, agar hasrat kerajaan yang murni ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Topic : Kurikulum Standard Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia.

40

D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :3 Views : 21

General Forum : Forum 3 Posted On : 14 Nov 2011 09:13:15 AM Subject : Re : Kurikulum Standard Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. Sejajar dengan falsafah pendidikan, jelas memaparkan ke arah pemantapan akhlak mulia dan pembersihan rohani dan jasmani. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR )mula dilaksanakan pada tahun 2011 menggantikan KBSR. Terdapat 3 elemen penting dalam KSSR iaitu kreativiti dan inovasi , keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kurikulum standard lebih menjurus kepada aspek insan yang kritis dan kreatif dalam menghadapi dunia global sekaligus ke arah pembangunan modal insan. Penguasaan pengetahuan sains,kemahiran dan sikap saintifik diterapkan berasaskan teknologi.Kurikulum standard juga melatih murid dalam aspek keusahawanan kerana pada masa sekarang, negara yang maju adalah negara yang mempunyai ekonomi yang stabil dan mantap.Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global turut diterapkan ke dalam kurikulum standard.

Justeru, setiap guru berperanan menekankan aspek pendidikan dengan membimbing dan membentuk keperibadian yang luhur serta dapat mengangkat martabat dan peradapan insan di kalangan pelajar. Sebagai guru, kita perlu berusaha gigih bagi melahirkan modal insan yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul.

Topic : KSSR kearah membangunkan modal insan bertaraf dunia D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 18 General Forum : Forum 3 Posted On : 14 Nov 2011 09:09:03 AM Subject : Re : KSSR kearah membangunkan modal insan bertaraf dunia Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Saya setuju dengan pandangan cikgu. Kurikulum baru ini iaitu

41

KSSR adalah penambahbaikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan ia akan memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran secara langsung, di samping keupayaan berbahasa serta pembelajaran berasaskan projek. Boleh dikatakan KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformasi kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan usaha dalam membangunkan modal insan yang cemerlang Topic : Kurikulum Standard Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 31 General Forum : Forum 3 Posted On : 14 Nov 2011 09:06:24 AM Subject : Kurikulum Standard Ke Arah Membangunkan Modal Insan Bertaraf Dunia Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR )diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai satu langkah yang penting untuk mentransformasikan sistem pendidikan Negara ke era baru . KSSR memberi penekanan kepada:

1. Pembangunan modal insan

2. Penghasilan pelajar celik minda

3. Pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat

4. Program membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab

KSSR merupakan satu sistem penilaian yang menilai murid

42

secara keseluruhansepanjang tempoh pembelajaran. Ia berbeza jika berbanding dengan sistem KBSR yang mementingkan peperiksaan. Kaedah pembelajaran yang aktif, mengembirakan, kreatif dan inovasi amat diutamakan untuk menjayakan dasar KSSR ini.

Dengan penilaian secara holistik maka tiada perbezaan pemarkahan, ia dapat membantu membantu menilai murid secara keseluruhan. Murid didedahkan kepada isu atau soalan, murid perlu bentangkan hasilnya dengan rujukan ataupun ciptaan kreativiti sendiri. Ia dapat melahirkan murid yang celik minda dan berusaha mengejar ilmu pengetahuan.

Ilmu teknologi maklumat diperkenalkan lebih awal dapat membantu murid menguasai kemahiran dan mampu meneroka makluamat yang baru supaya dapat mengejar perubahan alam ilmu yang kian berkembang.

Standard kandungan yang mementingkan membentukan insan yang mulia juga diutamakan.

Maka, saya yakin dasar KSSR ini dapat melahirkan insan yang mulia yang bertaraf dunia dan sanggup mencabar persaingan globalisasi.

Topic : Guru sebagai arkitek bangsa D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :3 Views : 21 General Forum : Forum 4 Posted On : 14 Nov 2011 08:33:35 AM Subject : Re : Guru sebagai arkitek bangsa Guru yang memimpin dan mendidik murid dari kecil hingga dewasa dan mampu berdiri sendiri itulah guru yang sejati. Saya ingin menambah bahawa seorang guru juga dikatakan sebagai arkitek bangsa kerana tugas dan tanggungjawab guru tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam bilik darjah sahaja, tetapi juga meliputi pembentukan sahsiah murid-murid. Ini meliputi berbagai-bagai aspek perkembangan potensi dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial supaya murid-murid menjadi insane yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang. Hasil murid yang

43

positif ini akan menunjukkan seorang guru itu berjaya menjadi arkitek bangsa.

Topic : Guru sebagai arkitek bangsa D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :8 Views : 39 General Forum : Forum 4 Posted On : 14 Nov 2011 08:25:52 AM Subject : Re : Guru sebagai arkitek bangsa Salam 1 Malaysia,

Menurut Kamus Dewan, Guru ialah orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Ia juga boleh diertikan sebagai orang yang berpendidikan, berpengetahuan dan jawatan sebagai guru itu sendiri menyebabkan seorang guru akan dihormati serta menjadi perhatian masyarakat umum. Oleh itu, guru dikatakan sebagai pendidik 'role model' dalam pembentukan modal insan dan juga bolehlah dikatakan sebagai arkitek bangsa kerana masa depan kanak-kanak dalam dunia moden kini sedikit sebanyak adalah hasil daripada pengaruh guru yang telah banyak mendidik mereka dalam sistem formal yang telah dilalui oleh kanak-kanak itu. Dengan itu, guru juga mempunyai pengaruh yang luas dan berkesan dikalangan muridnya, oleh sebab itu jika kuasa seorang guru itu disalahgunakan maka akibatnya akan melembapkan dan menghancurkan generasi masyarakat akan datang. Kesimpulannya, guru hendaklah sentiasa berusaha dari masa ke semasa untuk memperbaiki dirinya dan mengikuti dunia sekelilingnya bukan saja akan dapat menambahkan pengetahuannya malahan juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid agar lebih giat belajar Topic : Guru Sebagai arkitek bangsa D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :6 Views : 33 General Forum : Forum 4 Posted On : 14 Nov 2011 08:16:34 AM Subject : Re : Guru Sebagai arkitek bangsa Salam 1 Malaysia

Saya sangat bersetuju pendapat cikgu bahawa dalam pembentukan bangsa satu Malaysia ,guru memainkan peranan penting sebagai agen perancang dalam pembentukan insan negara dan juga agen perubah minda. Tanpa guru dalam merancang pedagogi ,aktiviti p&p , kurikulum yang bersesuaian dengan tahap murid , tentulah mereka tercicir dalam pembelajaran. Akibatnya tidak mencapai domain dalam kognitif , psikomotor dan efektif ,maka tentulah mereka tidak mampu

44

membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI.

Begitu juga, kita juga menjadi "role model"kepada anak murid kita , kerana segala perangai , sikap , kelakuan dan sahsiah yang kita tunjukkan akan diikuti oleh anak murid . Maka, sahsiah , sikap dan kelakuan yang baik serta sahsiah yang positif ataupun nilai-nilai murni yang dimiliki oleh guru turut akan diikuti anak

Akhir kata ,guru memang digelar sebagai arkitek bangsa kerana berperanan sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan bangsa yang berintelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan berakhlak mulia.

Sekian, terima kasih.

Topic : Guru sebagai arkitek Bangsa D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 28 General Forum : Forum 4 Posted On : 14 Nov 2011 08:12:49 AM Subject : Re : Guru sebagai arkitek Bangsa Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Saya bersetuju dengan pendapat cikgu, tanggungjawab dan peranan guru dalam mendidik anak bangsa tidak perlu dipersoalkan lagi. Guru sememangnya layak digelar arkiterk bangsa. Komitmen yang tinggi sering diberikan oleh guru-guru dalam mendidik anak bangsa. Kecemerlangan anak murid di sekolah akan memberi gambaran bahawa negara mempunyai masa depan yang cerah ke arah negara maju seperti yang diidamkan oleh kerajaan. General Forum : Forum 4 Posted On : 10 Nov 2011 11:57:41 AM Subject : Guru Sebagai Arkitek Bangsa Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Profesion sebagai seorang guru sememangnya memerlukan seseorang itu melakukan pengorbanan dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak bangsa bagi melahirkan insan yang cemerlang dan berguna dalam masyarakat. Profesion perguruan juga merangkumi peranan guru sebagai seorang arkitek bangsa yang mempunyai tanggungjawab yang

Topic : Guru Sebagai Arkitek Bangsa D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 19

45

penting dalam mencorakkan masa depan anak bangsa yang juga sebagai pelapis generasi bagi masa depan. Selain itu, guru juga berperanan untuk menjadi model atau contoh yang baik terhadap pelajar dengan mempamerkan watak dan sahsiah yang baik. Seorang guru semestinya mempunyai sifat penyabar dalam menghadapi pelbagai ragam dan juga tingkahlaku pelajar . Secara tak langsung guru yang mempunyai sahsiah yang baik membolehkan mereka untuk menerapkan nilai dan sifat positif terhadap pelajar di sekolah, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini. Hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan dengan cara yang bersungguhsungguh seperti menghantar guru menyertai seminar, forum, pembentangan kertas kerja dan lain-lain. Justeru itu, adalah signifikan peranan seorang guru sebagai arkitek bangsa yang gigih mendidik pelajar dengan menyampaikan ilmu pengetahuan serta memupuk nilai-nilai murni supaya menjadi insan yang berguna dan mempunyai peribadi yang baik. Ini adalah penting bagi memastikan generasi yang bakal mewarisi pucuk pimpinan negara adalah terdiri daripada golongan yang cemerlang dari semua aspek dan mampu mencorakkan negara dan bangsa mengikut acuan sendiri.... |< << >> >| Topic : DASAR PPSMI PERLU DIMANSUHKAN D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 31 General Forum : Forium 2 Posted On : 09 Oct 2011 04:41:37 PM Subject : Re : DASAR PPSMI PERLU DIMANSUHKAN Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Jika murid-murid tidak fasih dalam Bahasa Inggeris, mereka juga susah menguasai kemahiran-kamahiran sains dan matematik yang diajar oleh cikgu.Ini akan menyebabkan murid-murid tidak mahir dalam 3 subjek, iaitu BI, Sains dan Matematik. Bagi sekolah rendah, murid-murid haruslah faham konsep Sains dan Matematik dahulu. Jika hendak menaik tahap Bahasa Inggeris, haruslah menambah waktu BI.

Topic : Dasar PPSMI D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :7 Views : 31 General Forum : Forium 2 Posted On : 09 Oct 2011 04:37:26 PM Subject : Re : Dasar PPSMI Salam 1 malaysia. Saya bersetuju dengan pendapat cikgu bahawa PPSMI tidak harus diteruskan kerana terdapat beberapa kekangan. Kita tidak boleh nafikan bahawa murid di kawasan luar bandar kurang

46

fasih dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, murid sedemikian akan menghadapi masalah pembelajaran dalam subjek Sains dan Matematik. Pada pendapat saya, konsep adalah penting dalam dua mata pelajaran ini. Sekiranya mereka tidak faham dengan konsep, maka mereka tidak faham dengan subjek ini. Ini menyukarkan pembelajaran mereka. Selain itu, guru juga tertekan apabila mereka juga menghadapi masalah untuk memahami konsep apatah lagi mengajar murid mereka. Banyak guru yang masih tidak mengajar Sains dan Matematik dengan baik walaupun telah mengikuti kursus.Ini merupakan kekangan yang harus diatasi sekiranya dasar ini ingin diteruskan. Sekolah harus dibekalkan dengan tenaga pengajar PPSMI yang mencukupi.

Topic : Dasar PPSMI perlu dimansuhkan D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 26 General Forum : Forium 2 Posted On : 09 Oct 2011 04:31:54 PM Subject : Re : Dasar PPSMI perlu dimansuhkan ya, saya bersetuju dengan pandangan anda.Walaupun PPSMI yang menjadi platform untuk membentuk kumpulan rakyat yang fasih berbahasa Inggeris dan mampu meraih ilmu moden berhadapan dengan cabaran lain yang lebih besar. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik menyebabkan proses pengajaran tidak dapat dilangsungkan secara cekap dan berkesan. Masalah kekurangan tenaga pengajar paling parah di kawasan luar bandar dan pedalaman. Sedangkan murid-murid di sana amat rendah penguasaan bahasa Inggerisnya. Mereka tidak ada kemudahan kelas tambahan. Pusat-pusat tuisyen tidak bercambah di kawasan itu. Kekurangan itu menyebabkan PPSMI yang diakui besar manfaatnya tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di kawasan luar bandar.Kajian pihak tertentu untuk menilai tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru-guru sains dan matematik menunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan. Lebih merunsingkan apabila ada kalangan guru-guru berkenaan yang tidak mencapai kredit dalam bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

Topic : DASAR PPSMI PERLU DIMANSUHKAN D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 28 General Forum : Forium 2 Posted On : 09 Oct 2011 04:17:50 PM Subject : Re : DASAR PPSMI PERLU DIMANSUHKAN Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Saya bersetuju dengan pendapat cikgu, dasar PPSMI tidak patut diteruskan. Cuba kita renung sejenak, mengapa matapelajaran Sains dan Matematik yang menjadi mangsa disebabkan hanya ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid. Sepatutnya matapelajaran inggeris perlu dipertingkatkan. Kita sering mendengar rungutan dari murid bahawa mereka tidak faham dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas. Ini kerana terdapat di kalangan guru yang masih lemah berbahasa Inggeris walaupun

47

telah dihantar berkursus dan menyebabkan guru terbabit tidak melaksanakan dasar tersebut.Kesimpulannya, memang wajarlah dasar ini dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012 nanti. Topic : Dasar PPSMI perlu dimansuhkan D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :6 Views : 27 General Forum : Forium 2 Posted On : 09 Oct 2011 03:38:04 PM Subject : Dasar PPSMI perlu dimansuhkan PPSMI ialah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Ia juga bermaksud satu dasar yang menetapkan penggunaan Bahasa Inggeris bagi menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Dasar ini mula diperkenalkan pada tahun 2003 dan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Namun begitu sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia semakin hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuk guru-guru yang melaksanakannya dan pelajar itu sendiri. Saya pasti ramai yang bersetuju dengan tindakan kerajaan memansuhkan PPSMI.Sebagai seorang guru, saya berpendapat bahawa dasar PPSMI ini tidak perlu dikembalikan semula di sekolah terutama sekolah rendah. Ini kerana dasar PPSMI ini secara tidak langsung akan membunuh minat dan semangat pelajar untuk belajar matapelajaran Sains dan Matematik . Mereka akan merasakan terlalu sukar untuk memahaminya, lebih-lebih lagi pelajar yang berada di luar bandar yang sememangnya kurang menguasai Bahasa Inggeris. Ini sudah tentu akan menyebabkan berlakunya kemerosotan prestasi pelajar bagi kedua-dua matapelajaran tersebut. Perlaksanaan PPSMI hanya mewujudkan jurang yang luas antara murid-murid yang tinggal di bandar-bandar besar yang memiliki pelbagai kemudahan dengan murid-murid luar bandar yang hidup serba kekurangan. Walaupun kementerian pelajaran ada memberikan kursus jangka pendek bagi guru-guru yang akan mengajar PPSMI namun ia tidak memadai. Penguasaan Bahasa Inggeris guru masih berada pada tahap minimun. Kesannya tentu terpalit pada anak-anak didik kita.Perlaksanaan semula PPSMI menyebabkan pembaziran masa akan berlaku, tenaga, kos yang ditanggung semasa KSSR sedang dilaksanakan. Bahan-bahan pembelajaran yang disediakan masih boleh digunakan untuk tahun 2 hingga tahun 6. Akibat kelemahan ini saya berpendapat bahawa PPSMI tidak perlu dilaksanakan semula. Cukuplah dengan usaha untuk memperkukuhkan Bahasa Inggeris itu sendiri tanpa perlu melibatkan matapelajaran lain. Langkah kerajaan memperkenalkan dasar MBMMBI dilihat sangat bertepatan.sekian... Topic : Falsafah Pendidikan Kebangsaan D042583 General Forum : Forum 1 Posted On : 03 Oct 2011 08:33:32 PM

48

Mat Zahidi B Musa Replies :5 Views : 61

Subject : Re : Falsafah Pendidikan Kebangsaan Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.... Saya bersetuju dengan pendapat cikgu. Pendidikan dan pembinaan negara bangsa adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pendidikan , pembinaan negara bangsa tidak akan tercapai. Sememangnya nilai-nilai murni harus diterapakn ke dalam diri anak-anak bangsa. Nilai-nilai murni bukan sahaja diterapkan dalam kelas tetapi juga boleh diterapkan di luar kelas seperti dalam bidang kokurikulum.Disamping itu juga pendidikan adalah yang penting dalam sebuah negara. Pendidikan membolehkan seseorang individu itu akan memastikan seseorang individu itu akan memastikan hidup mereka berjaya atau sebaliknya. Pendidikan juga haruslah mencangkupi pelbagai aspek dan ini adalah merupakan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(RFK). General Forum : Forum 1 Posted On : 03 Oct 2011 07:57:38 PM Subject : Re : Falsafah Pendidikan Kebangsaan Assalamualaikum... Saya setuju dengan pendapat cikgu. Prinsip dan nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara merupakan tunggak dan hala tuju perjuangan para pendidik di Malaysia dalam usaha melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek. Sebagai seorang guru, kita memikul tanggungjawab yang besar untuk melahirkan modal insan yang bukan sahaja berjaya ilmu dan kemahiran tetapi juga mempunyai sahsiah diri yang terpuji, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.sekian... General Forum : Forum 1 Posted On : 03 Oct 2011 07:42:48 PM Subject : Re : Falsafah Pendidikan Kebangsaan Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia... Saya bersetuju dengan apa diutarakan oleh cikgu. Begitu banyak dan besar tanggungjawab sebagai seorang guru berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara bagi mendidik anak-anak murid yang perlu dilengkapi bukan sahaja dari segi fizikal , mental , rohani dan intelek. Secara tidak langsung murid-murid yang dididik bukan sahaja harus pandai menguasai 3M tetapi terdidik dengan sikap yang sopan santun dan budi pekerti tinggi. Sebagai seorang pendidik, kita juga perlu amanah dalam menjalankan tanggungjawab bagi mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Amanah dalam erti kata lain adalah meluas bukan sahaja dari segi sikap, masa, aktiviti dengan murid, komunikasi bersama ibu bapa. Seorang guru yang tulus, jujur dan amanah menjalankan

Topic : Falsafah Pendidikan Kebangsaan D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :7 Views : 42

Topic : Falsafah Pendidikan Kebangsaan D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :3 Views : 25

49

tanggungjawab dengan penuh dedikasi mencerminkan anak-anak muridnya bukan sahaja boleh membaca malah menjadi seorang murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Topic : TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU BAGI MEMASTIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERCAPAI. D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :6 Views : 32 General Forum : Forum 1 Posted On : 03 Oct 2011 07:11:55 PM Subject : Re : TANGGUNGJAWAB SEORANG GURU BAGI MEMASTIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERCAPAI. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.... Saya bersetuju dengan pandangan cikgu iaitu mengenai penerapan nilai-nilai murni yang ditekankan bertujuan membentuk jiwa murid supaya mereka menjadi insan berakhlak mulia, bersopan santun dan menjadi murid beriman, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, bangsa dan negara. Saya sering mengingatkan mereka bahawa setiap apa yang mereka lakukan mestilah selaras dan terikat kepada kepercayaan serta kepatuhan kepada Tuhan. Dengan cara ini pelajar akan belajar akan menjadi berdisplin, amanah dan bertanggungjawab seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara(FPK). General Forum : Forum 1 Posted On : 03 Oct 2011 11:36:13 AM Subject : Tanggungjawab Guru Untuk Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.. Falsafah Pendidikan Kebangsaan dilihat sebagai suatu elemen atau aspek pembangunan modal insan yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Bertitik tolak dari paksi ini,jelas pendidikan di sekolah bukan sahaja menjurus ke arah kecemerlangan di bidang akademik semata-mata malah, ianya lebih bersifat menyeluruh kepada sahsiah murid. Justeru, tugas seseorang guru di sekolah dikategorikan sebagai mencabar dan menuntut komitmen serta pengorbanan yang besar. Budaya negatif yang kini terdedah dan dilihat mampu mempengaruhi kalangan murid. Seterusnya, bagi memastikan keadaan ini tidak berlaku dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dapat direalisasikan. Sebagai guru kita perlu mempersiapkan diri dan sedia merperkuatkan diri dengan jati diri yang teguh. Konsep-konsep dan dasar-dasar yang dibentuk oleh pihak kerajaan seharus dijayakan dengan keikhlasan agar kejayaannya terjamin. Setiap subjek atau mata pelajaran yang diajar di sekolah sekarang sebenarnya adalah berasaskan FPK. Ini kerana setiap mata pelajaran itu sendiri dapat dilihat terkandung nilai-nilai murni yang boleh membentuk sahsiah diri murid. Sebagai guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia, diakui setiap isi kandungan pelajaran yang diajar mempunyai nilai-nilai murni. Contoh-contoh dan akibat keruntuhan akhlak dan moral akan diberi dengan harapan setiap

Topic : Tanggungjawab Guru Untuk Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan D042583 Mat Zahidi B Musa Replies :6 Views : 35

50

murid dapat menilai dan berfikir kesan daripada sesuatu perlakuan negatif itu. Pelbagai langkah, kem-kem jati diri sebagai contoh juga boleh dianjurkan di peringkat sekolah bertujuan membolehkan murid berdikari untuk hidup tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Melalui aktiviti sebegini, jati diri seseorang murid dapat dipertingkatkan, seterusnya berjaya menyediakan produk yang akan bersaing di dunia yang penuh cabaran di masa akan datang.

51

Anda mungkin juga menyukai