Anda di halaman 1dari 6

KAITKAN KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI DALAM PEMBINAAN MODAL

INSAN NEGARA

1.0 Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan satu perkara yang kita alami dalam kehidupan
seharian. Pada zaman masyarakat yang berteknologi ini, Pendidikan Jasmani
merupakan suatu keperluan kepada modal insan sejagat dalam menerajui kehidupan
yang sihat. Menurut Barrow (1971), pengalaman Pendidikan Jasmani dikaitkan dengan
proses seluruhan dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.

Pendidikan Jasmani juga dikatakan sebagai satu proses peningkatan prestasi


manusia melalui aktiviti fizikal terpilih bagi mencapai keputusan dikehendaki. Pendidikan
Jasmani harus memberi penekanan kepada semua orang tanpa mengira kemahiran
seseorang dalam bidang tertentu. Pendidikan Jasmani di sekolah adalah untuk
menyediakan kanak-kanak bagi mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan
menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan (Pettifor 1999).

2.0 Definisi Pendidikan Jasmani

Falsafah Pendidikan Kebangsaan turut menegaskan elemen JERI iaitu Jasmani,


Emosi, Rohani dan Intelek dalam pembinaan modal insan Negara kita. Baley & Field
(1976), enyatakan Pendidikan Jasmani sebagai satu proses pengubahsuaian dan
pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional
dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak. Menurut
Lumpkin (1990), Pendidikan Jasmani didefinisikan sebagai hasil pendidikan yang bukan
bercorak fizikal iaitu becorak mental dan sosial.

Pendidikan Jasmani membantu individu menguasai kemahiran, kecergasan,


pengetahuan dan sikap yang menyumbang ke arah pembangunan modal insan negara.
Pendidikan Jasmani secara langsung membangunkan serta merealisasikan potensi
yang ada pada diri seseorang; terutamanya kanak-kanak. Pembangunan ini
didefinisikan sebagai ‘total child’ oleh Lowy (1994). Hal ini melibatkan, pembangunan
dan pembelajaran melalui aktiviti fizikal yang membangunkan ketiga-tiga aspek iaitu

1
psikomotor, kognitif dan afektif. Rajah 2.1 menggambarkan hubungan aspek-aspek
tersebut.

KOGNITIF

AFEK PSIKOMOT
TIF OR

Rajah 2.1

2.2 Falsafah Pendidikan Jasmani

Menurut Bucher (1979), falsafah pendidikan dikatakan sebagai mencapai


matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi semua aspek domain pembelajaran.
Di samping membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab kesedaran
peranan dalam perancangan pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Matlamat Pendidikan Jasmani

Matlamat Pendidikan Jasmani adalah memahami apa yang hendak dilakukan


serta membantu dan menghasilkan keputusan lebih bermakna ketika menghadapi
masalah. Selain itu, memahami nilai Pendidikan Jasmani dengan lebih mendalam,
memberi sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat dan menghargai
pencapaian pelajar melalui penglibatan dalam program. (Bucher & Wuest, 1987).

2.4 Objektif Pendidikan Jasmani

Bedasarkan kajian Pusat Perkembangan Kurikulum, Pendidikan Jasmani


bertujuan untuk membantu kanak-kanak menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti
fizikal & amalan kecergasan. Menurut Seefeldt & Vogel (1988), tumpuan khusus kepada
hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor
adalah kaedah untuk mengawal penyakit dalam kehidupan seharian.
2
Lebih-lebih lagi telahpun dimeterai dalam falsafah pendidikan di mana suatu
usaha dalam mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani.

2.5 Kepentingan Pendidikan Jasmani

Pendidikan Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk
merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-
aktiviti dicapai. Kepentingan pendidikan jasmani terdiri daripada lapan (8) aspek utama.
Rajah 2.2 merujuk kepada kepentingan pendidikan jasmani kepada kanak-kanak dalam
membina modal insan yang berguna.

 NILAI PERIBADI DALAM PENDIDIKAN


 MEMBENTUK KOGNITIF

Rajah 2.2

3
Merujuk aspek-aspek tersebut didapati pendidikan jasmani penting dalam
membina dan mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang sesuai dengan minat serta
keperluan. Selain tu, kemahiran motor diperlukan untuk mengurus bahagian anggota
dengan cekap. Selain itu, aktiviti fizikal ataupun senaman perlu dijadikan sebagai rutin
kehidupan.

Pendidikan jasmani adalah penting dalam membina imej kendiri yang realistik
dan membentuk konsep kendiri melalui aktiviti fizikal. Ia juga turut membantu dalam
membentuk sahsiah serta disiplin diri.

3.1 Definisi Modal Insan

Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai


murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin,
dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya
saing.

Menurut Tun Abdullah Badawi, “untuk membangunkan modal insan, kita mahu
memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi
bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cintakan
Negara dan kekuatan rohani, (petikan dari perutusan Hari Kemerdekaan yang ke-48
tahun 2005).

Antara dasar pembangunan modal insan yang terdapat dalam RMK 9 ialah:

1. Melaksanakan penambaikan serta komprehensif terhadap sistem


penyampaian pendidikan dan latihan.
2. Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan utama
rakyat Malaysia bagi meningkatkan perpaduan negara. Untuk tujuan ini,
subjek bahasa Mandarin dan Tamil akan diperkenalkan.
3. Melaksanakan langkah bagi merapatkan jurang prestasi di antara sekolah
luar bandar dan bandar termasuk menggantikan semua sekolah daif bagi
menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif
serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar.

4
4. Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan
dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan.
5. Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan
pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning) yang berkualiti di semua
peringkat.
6. Membina masyarakat yang inovatif dengan keupayaan sains dan teknologi
yang kukuh dan memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan
pengetahuan.
7. Memperkukuh perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang
mempunyai perspektif progresif, sistem nilai yang boleh diteladani dan
budaya mengutamakan prestasi tinggi serta menghargai tradisi dan warisan.
8. Memperluas dan memperkemas forum perbincangan dan perundingan
antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam
pembangunan modal insan.

4.0 Kaitan Pendidikan Jasmani dalam membina modal insan

Pelaburan dalam modal insan ini dilihat sebagai usaha kerajaan bagi
meningkatkan daya tahan dan pertumbuhan ekonomi serta membentuk sebuah
masyarakat yang mempunyai sistem nilai yang boleh diteladani. Fokus akan diberi
kepada galakan dan usaha membina serta membangunkan modal insan yang bersifat
holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta mempunyai nilai moral dan
etika yang teguh.

Pembinaan modal insan dalam pendidikan jasmani dapat memainkan peranan


penting dalam kalangan pelajar khasnya kanak-kanak. Pendidikan jasmani bukan sahaj
dianggap sebagai hanya yang melibatkan permainan sahaja. Malah ia membangunkan
kendiri yang teguh dalam diri seseorang kanak-kanak.

Selain berfokuskan kepada permainan pendidikan jasmani membantu kanak-


kanak dalam memperkembangkan kognitif mereka. Hal ini dikatakan kerana daripada
teknik-teknik permainan seseorang kanak-kanak dapat mengembangkan pemikirannya
secara kritis dan kreatif. Misalnya, permainan hoki. Teknik-teknik yang terdapat dalam
permainan hoki dapat membentuk minda seseorang.

5
Selanjutnya, kepentingan pendidkan jasmani dalam membina modal insan
Negara dapat dilihat daripada pembangunan negara – negara lain di Asia. Negara-
negara ini tidak mempunyai sumber semula jadi yang banyak bagi membangunkan
negara masing-masing tetapi keupayaan mereka ialah “mengurus apa yang ada” sangat
membanggakan.

Di negara kita juga, terdapat pelbagai atlet yang membanggakan negara bukan
sahaja dari segi sektor sukan malah dalam pelbagai bidang yang lain. Hal ini secara
tidak langsung membawa kepada pembinaan modal insan yang terbina.

Kesimpulan

Pendidikan melalui jasmani  ialah satu program aktiviti jasmani di mana


pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan
pembelajaran social, intelektual, estetika dan kesihatan. Pendidikan Jasmani adalah
asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan
psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang dicapai melalui
pendidikan jasmani.

Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan
dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah
mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati,
berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamik.

Kesungguhan kerajaan meletakkan 40 peratus daripada rakyat Malaysia


mendapat pendidikan peringkat tertinggi sebagai tanda aras untuk mencapai status
negara maju sebelum tahun 2020 adalah cabaran kepada semua pihak. Pendidikan
jasmani yang membina modal insan masyarakat dan negara adalah sangat penting dan
perlu terus diberi perhatian.

Anda mungkin juga menyukai