Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN 1.

1 PENGENALAN Dunia pada masa sekarang sedang bergelumang dengan pelbagai konflik dan berlumba-lumba mengejar kemajuan yang semakin canggih dan berlaku dengan pantas seiring dengan kelajuan dunia teknologi maklumat. Banyak kesan positif yang dapat diperolehi terhadap semua aspek kehidupan sama ada daripada segi politik, sosial dan budaya yang pada awalnya memang dirancang untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Namun, kesan positif itu tidak akan dapat digunakan sebaiknya sekiranya kita tidak dapat membangunkan modal insan yang lengkap daripada semua aspek kehidupan. Pembangunan modal insan sepatutnya dimulakan sejak peringkat awal lagi iaitu pada peringkat kanakkanak. Pada peringkat kanak-kanak, institusi pendidikan di sekolah adalah yang paling sesuai dalam menyediakan dan membangunkan modal insan tersebut. Usaha pihak kementerian khususnya kementerian pendidikan dalam melahirkan generasi berkualiti ini sememangnya mampu untuk mencapai objektif yang dirancang sekiranya pihak kementerian memberi fokus utama terhadap segala perancangan dan pemantapan system pendidikan Negara kita. Atas kesedaran itu maka pihak kementerian pendidikan telah menggubal kurikulum yang baru iaitu KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) untuk menggantikan KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) demi untuk memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada. 1.2 DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

1.2.1 Maksud Pendidikan Pendidikan dalam bahasa Yunani ialah Paedagogie dimana ia terbentuk daripada dua perkataan iaitu pais dan again. Pais bermaksud anak manakala again bermaksud membimbing. Oleh itu, paedagogie dalam bahasa Yunani bermaksud memberi bimbingan kepada anak. Orang yang membimbing disebut sebagai paegagoog. Dalam perkembangannya, istilah pendidikan atau pedagogi bersamaan denggan bimbingan atau pertolongan yang diberikan dengan sengaja oleh orang dewasa kepada orang lain yang belum dewasa agar menjadi dewasa (Rohman, 1979:6). Menurut Langeveld (1971:18), pendidikan adalah setiap usaha, pengaruh,

perlindungan dan bantuan yang diberikan kepada kanak-kanak menghadapi kedewasaannya

atau dengan lebih tepat lagi membantu kanak-kanak agar cukup bersedia melaksanakan kehidupannya sendiri. 1.2.2 Maksud Pendidikan Jasmani Menurut Baley (1976:4) ; Physical education is a process through which favourable

adaptions and learning organic, neuromuscular, intellectual, social, cultural, emotional and aesthetic result from and proceed through selected and fiarlay vigorous physical activities.
Menurut Hetherington dalam dapatan Kroll (1982:67) menyatakan bahawa, Pendidikan jasmani adalah pendidikan melalui aktiviti jasmani dan bukannya pendidikan daripad jasmani. Berdasarkan maksud-maksud yang dinyatakan di atas, dapatlah dikatakan bahawa pendidikan jasmani yang merangkumi pendidikan kesihatan adalah proses yang menggabungkan nilai sosial, fizikal, intelektual, budaya, emosi dan sebagainya dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Bagi memperolehi nilai-nilai tersebut, peranan guru adalah sangat penting untuk membantu murid-murid sekolah rendah khususnya memahami dan memastikan matlamat utama pembelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan adalah untuk membangun modal insan yang lengkap dari aspek yang diperlukan. 1.3 PEMBANGUNAN MODAL INSAN Apabila kita bertanya pada diri kita sendiri mengenai Sistem pendidikan yang kita inginkan, kita sebenarnya mempersoalkan apa yang kita inginkan daripada generasi muda kita apa yang kita mahukan untuk negara kita. Secara ringkas, apabila kita berfikir mengenai, kita sememangnya menaruh Harapan untuk masa depan. Di dalam era abad ke 21, masa depan dilihat sebagai sesuatu yang pantas berubah dan penuh dengan persaingan. Masa depan seolah-olah terlalu hampir, malah kian mendekati kita biarpun ketika berbincang mengenainya. Inilah masanya bagi ekonomi pengetahuan, satu waktu di mana dunia menjadi semakin kecil dan lebih berkait, satu zaman yang penuh dengan cabaran dan transformasi. Rakyat adalah aset negara paling berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju

dan kekal pada tahap tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan. Usaha membangunkan modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang dikatakan modal insan berminda kelas pertama. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama akan dilaksanakan: i. ii. iii. Pertama, Meningkatkan Keupayaan dan Penguasaan Ilmu Pengetahuan Kedua, Memperkukuh Keupayaan Sains, R&D dan Inovasi Ketiga, Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Mimiliki Kekuatan Moral Mantan Perdana Menteri Malaysia berkata bahawa pembangunan modal insan bukan hanya bererti melahirkan satu masyarakat yang berpendidikan tinggi yang mampu menjalankan tugas dengan baik tetapi juga yang mempunyai nilai-nilai atau norma-norma yang baik termasuk integriti. Katanya sahsiah yang mulia di kalangan rakyat Malaysia akan dapat menjamin pembangunan modal insan yang baik untuk negara. " Integriti ini perlu lahir dari jiwa setiap insan... jika kita semua dapat melakukan ini, maka kita dapat merubah masa depan. Marilah menjadi insan yang lebih mulia. Kerana manusia (seharusnya) sentiasa mahu meningkatkan kemajuan diri, dan ini dikatakan pembangunan modal insan, pembangunan minda kelas pertama...jika tidak bangsa kita tidak akan jadi maju,"

(Mantan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)


Berdasarkan kenyataan tersebut, transformasi sistem pendidikan yang baru dilaksanakan ini iaitu KSSR telah digubal dengan perancangan rapi agar dapat membangunkan modal insan yang cemerlang berdasarkan harapan dan matlamat negara ke arah 2020. Transformasi pendidikan tersebut bukan hanya menumpukan perhatian terhadap kemahiran teknologi maklumat atau sains dan matematik tetapi turut mengambil kira perkembangan fizikal masyarakat seperti pembentukan sahsiah, integriti kaum, kesihatan, kecergasan dan perpaduan kaum. Melalui sistem pendidikan inilah, pembangunan modal insan dapat dibentuk dan dilahirkan khususnya tumpuan kepada generasi muda iaitu kanakkanak yang akan diberi penekanan terhadap aspek pendidikan jasmani dan kesihatan di

sekolah. Ini kerana Pendidikan Jasmani dan kesihatan bukan sahaja ditaksir berdasarkan kecergasan fizikal semata-mata tetapi juga ditaksir berdasarkan perkembangan kognitif kanak-kanak, mental, emosi, perpaduan kaum malah daripada segi sains dan teknologi juga turut dipraktikkan. 1.4 KONSEP KESEPADUAN DAN GABUNGJALIN DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 1.4.1 Konsep Kesepaduan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah gabungan beberapa kemahiran atau aspek-aspek perkembangan fizikal kanak-kanak. Kemahiran tersebut termasuklah kemahiran melompat, berlari, gimnastik dan sebagainya. 1.4.2 Konsep Gabungjalin PJK juga memberi tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal, kestabilan emosi, sosialisasi nilai, dan perhubungan positif. 1.4.3 Kesepaduan Unsur Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani Tujuan pendidikan PJK, antara lainnya, adalah untuk memupuk dan membentuk sahsiah yang bersifat seimbang, menyeluruh dan mulia. Sahsiah yang demikian sukar dicapai sekiranya masih ada potensi yang diabaikan atau tidak diperkembangkan dengan secukupnya. Konsep bersepadu membawa maksud yang luas, merangkumi aspek gabungjalin, integrasi, penerapan, hubungkait dan kesinambungan. Secara umumnya konsep ini bermaksud bahawa penguasaan ilmu pengetahuan, pemupukan nilai, kemahiran bahasa dan perkembangan jasmani dilakukan serentak dan secara menyeluruh tanpa sebarang pemisahan antara aspek - aspek tersebut Konsep bersepadu mempunyai dimensi seperti berikut : i. Kesepaduan pengetahuan kognitif, kemahiran bahasa dan nilai murni dalam setiap pelajaran. ii. Kesepaduan pengalaman pembelajaran antara mata pelajaran sekolah. iii. Kesepaduan antara pendidikan dalam bilik darjah dengan pendidikan di luar bilik darjah. iv. Hubungkait antara pengalaman dalam bilik darjah dengan pengalaman dalam alam sekitar di luar sekolah 4

1.5

PENDEKATAN

DAN

STRATEGI

KESEPADUAN

DALAM

PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATAN 1.5.1 Penggabungjalinan i. Proses penyampaian beberapa kemahiran

ii. Kecekapan melaksanakan aktiviti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel, mengarang, becerita, berlakon dsb. iii. Mendengar, lisan, membaca dan menulis secara bersepadu iv. Kemahiran matematik digabungjalinkan dengan kemahiran bahasa (a) Ciri-ciri Gabungjalin i. Integrasi beberapa kemahiran

ii. Prosesnya bersepadu dan menyeluruh iii. Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik iv. Kemahiran utama menjadi fokus v. Organisasi kemahiran fleksibel vi. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain. (b) Cara mengguna gabungjalin i. Mengenalpasti kemahiran utama & kemahiran sampingan

ii. Kemahiran-kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran utama iii. Kemahiran utama digunakan di peringkat perkembangan pelajaran, kemahiran sampingan digunakan di semua peringkat pelajaran iv. Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif pelajaran, kebolehan & pencapaian murid. v. Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai. Setiap kemahiran hendaklah dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara lojikal.

1.5.2 Penyerapan i. Proses mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran ii. Isi matapelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. iii. Pendidikan moral, Pendidikan seni, Pendidikan jasmani & Muzik juga diserapkan dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan. iv. Geografi, Sejarah, Kesihatan dan pendidikan moral diserapkan secara bersepadu dalam Sains /Kajian Tempatan. v. Penerapan Nilai murni , kurikulum akademik disepadukan dengan kokurikulum, kurikulum formal disepadukan dengan kurikulum tak formal. (a) Ciri-ciri penyerapan i. Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan

ii. Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran iii. Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel iv. Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan v. Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.

2.0

TRANSFORMASI NEGARA

KURIKULUM

BERASASKAN

FALSAFAH

PENDIDIKAN

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Salah satu falsafah pendidikan negara ialah menghasilkan insan yang seimbang daripada sudut jasmani. Jasmani adalah berkaitan dengan dengan tubuh badan manusia. Jasmani juga adalah berkaitan dengan perkembangan fizikal seseorang. Contoh

perkembangan fizikal ialah kesihatan, kecergasan dan tumbesaran yang normal atau sihat bagi seseorang individu. Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi. Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik. 2.1 TRANFORMASI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN Transformasi pendidikan dalam PJK mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi dalam PJK ini turut menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengetahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif. 2.1.1 Reka Bentuk Kurikulum Reka bentuk kurikulum bagi pendidikan jasmani bagi KBSR adalah termasuk dalam perkembangan diri individu. Manakala bagi KSSR setiap subjek termasuk Pendidikan jasmani dan kesihatan merangkumi i. ii. iii. iv. v. vi. komunikasi kerohanian,sikap dan nilai kemanusiaan ketrampilan diri perkembangan fizikal dan estetika sains dan teknologi

REKA BENTUK KURIKULUM PENDIDIKAN KSSR


KETERAMPILAN DIRI Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

KOMUNIKASI Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi

KEROHANIAN & SIKAP DAN NILAI Penghayatan amalan agama, kepercayaan, PENTAKSIRAN nilai. sikap dan

PEMIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF

PERKEMBANGAN FIZIKAL & ESTETIKA Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri. Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi.

SAINS & TEKNOLOGI Penguasaan pengetahuan Sains, kemahiran dan sikap saintifik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi.

KEMANUSIAAN Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global. Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan.

Rajah 1 menunjukkan Reka Bentuk Kurikulum KSSR


2.1.2 Pentaksiran formatif berasaskan sekolah: i. Dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran ii. Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai iii. Bersifat autentik dan holistik

iv. Modul pengajaran dan pembelajaran mengandungi cadangan aktiviti pemulihan dan pengayaan 2.2 PERKEMBANGAN INDIVIDU DARI ASPEK FIZIKAL DAN KESIHATAN Perkembangan fizikal merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal

kanak- kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu; kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanakkanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian.
Perkembangan adalah suatu proses yang rencam (kompleks). Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk interaksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak ini adalah keseimbangan (stability), pergerakan (locomotion), manipulasi (manipulation). Keseimbangan merujuk kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di persekitarannya. Suatu proses perkembangan juga melibatkan interaksi antara kematangan kanakkanak dan aktiviti pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut. Menurut Wright dan Sugden (1999) dalam model peralihan, mereka mengaitkan kematangan individu dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses pembelajaran ini pula berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak khusus aktiviti yang diberikan kepada kanakkanak tersebut. Schmidt dan Wrisberg (2000) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak perlu dlilihat dalam dua kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup bermakna kanak- kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek terbuka dalam kemahiran terbuka pula bermaksud persekitaran dan situasi bagi kanak-kanak menjalankan aktiviti fizikal sentiasa berubah. Kedua-dua kategori ini perlu dalam memperkembangkan kemahiran kanak-kanak.

Contohnya untuk melatih sesuatu pergerakan kanak-kanak memerlukan persekitaran yang tertutup. Manakala dalam sesuatu permainan kanak-kanak akan melalui persekitaran yang terbuka. Perkembangan fizikal mempunyai berberapa prinsip asas bagi memastikan

perkembangan seseorang individu stabil dan teratur. Prinsip yang pertama ialah perkembangan mempunyai arah tertentu yang dapat diramalkan iaitu dari tengah badan dan berterusan sehingga ke luar badan. Terdapat dua arah perkembangan iaitu arah dari kepala ke kaki ataupuncephalocaudal dan arah dari tengah ke tepi atau proximodistal. Perkembangan bermula dari tulang belakang menuju kearah luar badan dimana pada peringkat prenatal, organ-organ yang terbentuk terlebih dahulu dan diakhiri oleh pembentukan otot halus. Prinsip yang kedua ialah susunan perkembangan adalah serupa bagi semua namun ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada umur yang sama, ada kanak-kanak yang berjaya duduk dahulu namun ada yang lebih lambat. Ada juga yang akan terus berjaya berdiri selepas berjaya duduk namun urutan ini tidak akan berpatah balik ke peringkat sebelumnya. Prinsip yang ketiga menyatakan bahawa perkembangan bermula daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya dari umum kemudian kepada yang lebih khusus. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak merasa sakit, mereka akan menangis. 3.0 BAGAIMANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN MEMBANGUN MODAL INSAN Titik tolak transformasi pendidikan dalam KSSR tidak banyak perbezaan dengan mata pelajaran lain. Transformasi KBSR kepada KSSR menekankan tujuh aspek utama dan ditaksir berdasarkan keupayaan kanak-kanak dalam melaksanakan aktiviti atau pembelajaran yang diajar di sekolah. Walau bagaimanapun, bagaimanakah transformasi pendidikan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini memainkan peranannya agar dapat membangunkan modal insan bagi menempuh cabaran kehidupan ke arah wawasan 2020? Pembangunan modal insan telah diutarakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Forum Ekonomi Jeddah 2005. Tegas beliau :

Untuk kebanyakan negara sekarang pembentukan modal manusia adalah amat penting, amat perlu atau pun satu perkara yang berkaitan antara hidup dan mati...
(Utusan Malaysia 2005) 10

Berdasarkan petikan tersebut, manusia dilihat sebagai modal yang dinamakan modal insan dan merupakan aset tenaga yang sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara, mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu digilap, dibangunkan dan diuji bagi menentukan kemampuannya sebelum dimanfaatkan. Pembangunan sumber manusia atau modal insan adalah agenda yang diberi penekanan penting dalam ajaran Islam dan penganut lain. Dalam konteks lebih luas, modal insan mencorak hala tuju negara ke arah wawasan yang disasarkan. Tanpa sumber manusia berkualiti, sesebuah negara akan lemah kerana manusia yang menjadi pencetus kepada inisiatif dalam kegiatan sosio ekonomi. Untuk memahami maksud pembangunan modal insan, kita perlu jelas atau tahu matlamat kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri. 3.1 ASPEK SIKAP DAN NILAI Pembangunan Sahsiah Rasulullah s.a.w dalam membangun modal insan menekankan pembangunan sahsiah sebagai salah satu komponen asas Islam iaitu akidah, syariah dan akhlak. Ini menggambarkan kedudukannya yang sangat penting sebagai salah satu daripada tunjang Islam itu sendiri. Dalam PJK, kanak-kanak akan dibangunkan bukan sahaja daripada sudut kecergasan malah pembangunan sahsiah turut diutamakan. Jika KBSR menekankan aspek pembangunan sahsiah pada pelajaran Pendidikan Islam, Moral dan Pendidikan Sivik sahaja malah aspek pembangunan sahsiah juga turut dimasukkan dalam elemen pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sama ada secara langsung dan tidak langsung. Pembangunan sahsiah kanak-kanak adalah tidak diajar secara langsung oleh guru tetapi ditaksir dan dinilai berdasarkan keupayaan kanak-kanak menentukan sendiri berdasarkan aktiviti yang dilaksanakan. Contohnya, kanak-kanak atau murid yang tidak suka menyertai aktiviti senaman dan permainan dalam PJK akan mula berasa terasing apabila semua rakan-rakannya gembira dan seronok melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Oleh kerana sering memerhatikan dan berfikir tentang keseronokan itu maka kanak-kanak tersebut akan cuba melibatkan dirinya ke dalam aktiviti bersama rakan-rakannya. Kanak-kanak yang melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan akan berasa seronok dan memperolehi pengalaman serta kepuasan

11

dalam bermain. Berdasarkan perkembangan dari segi beberapa lagi sahsiah yang penting dalam dirinya. 3.2 ASPEK KETRAMPILAN DIRI

psikososial

tersebut, maka

perkembangan sahsiah kanak-kanak itu akan mula berkembang dan dapat membentuk

Memupuk Masyarakat Berbudaya dan Memiliki Kekuatan Moral Kanak-kanak yang diajar tentang aspek kemanusiaan akan dapat menjadi masyarakat yang berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Aspek itu juga telah dinilaitambah dan dimasukkan dalam kurikulum PJK. Transformasi kurikulum dalam PJK tersebut amat menitikberatkan masyarakat yang berbudaya dan patut disemai semasa sekolah rendah lagi. Dalam subjek PJK KSSR, murid-murid didedahkan dengan amalan bekerjasama dan saling bantu membantu dalam segala aktiviti. Untuk membentuk masyarakat berbudaya, setiap aktiviti dirancang dalam bentuk kumpulan. Kumpulan-kumpulan tersebut akan terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum. Guru sebagai pendidik memainkan peranan penting dalam memastikan aktiviti berkumpulan yang dirancang dapat mewujudkan dan memupuk semangat masyarakat berbudaya itu. Sebagai contoh, guru memilih tajuk untuk suatu aktiviti mengumpul maklumat tentang makanan sihat. Guru boleh membentuk kumpulan murid yang terdiri daripada kaum india, cina dan melayu. Ataupun kumpulan yang terdiri daripada bangsa kadazan, bajau dan brunei. Murid-murid akan berbincang tentang makanan sihat yang diisediakan oleh keluarga mereka dan berkongsi cerita serta pengalaman menarik tentang jenis-jenis makanan yang mungkin mereka tidak pernah rasa sebelum ini. Sedikit sebanyak mereka secara tidak langsung telah mempelajari budaya masyarakat lain dan turut merasai pengalaman seawall sekolah rendah lagi. Contoh kedua, dalam suatu aktiviti PJK kemahiran membaling dan menyambut bola, murid dibentuk kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Guru pula menyediakan beberapa alatan seperti bola sepak, bola takraw dan bola badminton untuk ditunjukkan kepada murid. Sebelum memulakan aktiviti tersebut, guru boleh menerangkan sejarah perkembangan sukan negara yang melibatkan bola yang digunakan oleh muridmurid tersebut iaitu sejarah kemenangan bola sepak negara, kehebatan pemain sepak takraw negara dan kebanggaan pemain sukan badminton negara yang menjadi nombor satu

12

di dunia. Dalam memperkenalkan sukan tersebut sebagai satu kegiatan atau pendidikan jasmani dan kesihatan yang utama, sekaligus guru dapat menerangkan pemain-pemain yang terlibat di dalamnya adalah terdiri daripada semua kaum. Contohnya. Pemain badminton adalah pemain berbangsa cina dan melayu, pemain takraw yang terdiri daripada kaum melayu dan bola sepak menyatukan rakyat india, cina, melayu membentuk pasukan hebat. Modal insan bukan sahaja menyediakan masyarakat dalam dunia sains dan teknologi malah turut memperkukuhkan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Masyarakat tersebut juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsipprinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan negara sentiasa dijunjung. Semangat Islam Hadhari yang menekankan kepada pegangan prinsip-prinsip berasaskan nilai-nilai universal yang luhur, akan diterapkan. Penglibatan langsung rakyat dalam aktiviti budaya, kesenian dan warisan akan turut menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik, di samping membantu mengukuhkan perpaduan negara. Kerajaan akan berusaha meningkatkan kesedaran rakyat mengenai peranan budaya, kesenian dan warisan dalam kehidupan harian, di samping mempromosikan industri budaya dan kesenian negara. 3.3 ASPEK KESIHATAN Menekankan aspek Penjagaan Kesihatan Kanak-kanak adalah golongan yang mudah terpengaruh dengan iklan-iklan makanan tidak sihat di media massa mahupun melalui persekitarannya. Mereka masih belum mengetahui kebaikan dan keburukan memakan makanan ringan dan tidak mementingkan aspek kebersihan dalam pembelian makanan. Melalui transformasi pendidikan kesihatan di sekolah, amalan penjagaan kesihatan itu telah dititikberatkan dan menjadi tajuk yang penting dalam pengajaran guru. Murid-murid akan mengetahui apakah peringkat dalam piramid makanan dan berapakah jumlah sepatutnya diambil dalam diet seharian yang seimbang. Dengan aktiviti menarik yang dirancang oleh guru, kanak-kanak akan dapat

13

membuat pilihan dan berfikir tentang pengambilan makanan yang sihat dan makanan yang sepatutnya dihindar dari awal lagi. Selain soal pemilihan makanan, murid juga didedahkan tentang cara penjagaan kesihatan melalui senaman dan aktiviti riadah. Selain senaman dan aktiviti riadah, murid-murid juga diasuh memahami emosi marah, suka, gembira, dan sebagainya berdasarkan beberapa aktiviti yang melibatkan aktiviti berkumpulan. 3.4 ASPEK PERKEMBANGAN FIZIKAL Membangunkan Sukan Pendidikan Jasmani dan kesihatan adalah secara langsung berkaitan dengan aktiviti bersukan. Ini kerana aktiviti fizikal seperti bersenam, melompat, membaling bola, menendang, berlari dan sebagainya adalah pergerakan asas dalam suatu sukan. Oleh yang demikian, bagi memantapkan lagi pembangunan sukan negara, murid-murid dibentuk sejak awal lagi sebagai modal insan untuk sukan negara. Dalam transformasi pendidikan PJK, beberapa penambahbaikan telah dimasukkan dalam sukatan pelajaran KSSR seperti aktiviti menggelecek bola, pergerakan pelbagai arah dan pergerakan psikomotor lain yang bermula daripada peringkat asas pra sekolah dan tahun 1. Sukan berperanan penting dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan negara, memupuk patriotisme dan membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing. Malaysia akan terus mempromosikan sukan massa dan sukan berprestasi tinggi. Kita akan memberi penekanan ke arah menyemai budaya bersukan di kalangan warga di samping berusaha mencapai kecemerlangan sukan di peringkat antarabangsa. Pihak kementerian memandang serius terhadap pembangunan modal insan dalam bidang sukan ini dengan mencadangkan banyak kompleks Sukan Komuniti akan dibina. Sektor swasta juga digalakkan untuk menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi dan membiayai program-program sukan dan rekreasi bagi memastikan pembangunan modal insan benar benar mantap dan berkeyakinan. 3.5 ASPEK SIKAP DAN NILAI Selain aspek fizikal, mental dan kesihatan, aspek sosial juga memainkan peranan yang sama penting seiring dengan kemajuan negara bagi melahirkan modal insan yang bermutu pada masa hadapan. Kebanyakan gejala sosial yang berlaku sekarang berpunca

14

daripada keluarga yang bermasalah yang menyebabkan anak-anak cuba mencari jalan keluar sehingga terjebak dalam perbuatan tidak bermoral termasuk penagihan dadah. Jika ditanya daripada kalangan pesalah juvana, penghuni pusat serenti atau pusat tunas harapan kelolaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, rata-rata menyatakan mereka terlibat dalam perbuatan menyalahi undang-undang ekoran masalah yang mereka hadapi dalam keluarga. Jika masyarakat berjaya dari segi pembentukan keluarga bahagia maka masyarakat juga akan berjaya dalam pembentukan nilai murni dalam masyarakat. Melalui transformasi pendidikan PJK, murid-murid telah dididik agar menghormati ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat sekeliling dengan mengamalkan nilai-nilai murni yang mulia. Pendidikan kesihatan telah memasukkan elemen perhubungan dan kekeluargaan untuk memastikan murid-murid dapat membentuk sikap dan nilai yang baik seawall pemmbentukan sikap mereka di sekolah. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak adalah kain putih dan kitalah yang akan mencoraknya. Walaupun hanya sedikit unsur nilai dan sikap perhubungan dalam kekeluargaan ditambah dalam KSSR namun itu sudah cukup untuk membentuk kanak-kanak yang mempunyai sikap penyayang, bersopan santun dan bantu membantu sesama rakan. Contohnya dalam suatu aktiviti permainan yang melibatkan pergerakan, murid dibahagikan dengan kumpulan yang terdiri daripada bapa, ibu, adik, kakak dan abang. Kumpulan tersebut akan membentuk satu barisan dan diketuai oleh bapa. Manakala seorang murid akan dipilih untuk menjadi beruang. Beruang tersebut akan berusaha untuk menangkap ahli keluarga manakala bapa pula akan berusaha untuk melindungi keluarganya. Sikap dan nilai yang secara tidak langsung tersemai dalam aktiviti tersebut ialah kasih sayang, menjaga satu sama lain dan sebagainya. Dalam PJK banyak aktiviti permainan yang melibatkan kemahiran psikomotor. Bagi subjek lain, kemahiran melibatkan permainan sedemikian jarang digunakan, maka inilah keistimewaan PJK sebagai salah satu subjek penting dalam transformasi pendidikan bagi membentuk sikap dan nilai dalam masyarakat. Kemajuan yang dikecapi oleh negara sekarang tidak bermakna sekiranya modal insan yang dilahirkan tidak pengetahuan dan tidak tinggi nilai moralnya. Anggota keluarga terutamanya anak-anak perlu diberi kasih sayang serta bimbingan yang secukupnya termasuk pengetahuan agama agar mereka kelak akan membesar menjadi insan yang berketerampilan dan berbudi pekerti yang mulia. Beliau berkata dalam Al-Quran sendiri

15

terdapat banyak surah yang mengajar manusia supaya bertutur secara lembut dengan anak-anak dan memanggil mereka dengan perkataan yang menggambarkan kasih sayang seperti dalam Surah Lokman.

3.6

KESIMPULAN Jatuh bangun sesebuah bangsa dan negara itu bergantung sepenuhnya kepada

kualiti yang ada pada sumber manusianya. Justeru, agenda pembangunan sumber manusia perlu diutamakan dalam proses pembangunan sesebuah negara kerana ia adalah pemangkin yang bakal mencorak tahap kemajuan dan kemunduran bangsa itu. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. Sekolah merupakan tapak semaian penting bagi memupuk perpaduan negara dan menyemai semangat integrasi nasional. Pelbagai langkah perlu dilaksanakan ke arah pembangunan modal insan yang sempurna dari aspek social, fizikal, emosi, fizikal dan rohani. Oleh yang demikian, kualiti pengajaran di sekolah perlu ditingkatkan. Dengan penambahbaikan pendidikan kurikulum baru khusunya dalam Pendidikan Jasmani dan kesihatan, sedikit sebanyak akan membantu murid-murid menyediakan asas kukuh bagi pembangunan kompetensi asas dan bersesuaian dengan kehendak semasa. Kesimpulannya, transformasi pendidikan dalam pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah rendah dapat membantu negara untuk membangunkan modal insan yang lebih mantap daripada segi kecergasan fizikal, kecerdasan mental, kesedaran nilai murni dan pengetahuan agamanya.

16

RUJUKAN

Mohd. Kamal Hassan, 1988. Pendidikan Dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Muhammad Hisyam Bin Mohamad 2005. Berita Harian.

Shabuddin Hashim 2003 Psikologi Pembelajaran dan Personaliti Bentong: PTS Publication.

Tajul Ariffin Nordin & Nor Aini Dan 2002. Pendidikan dan Pembangunan, Selangor : AsSyabab Media.

Teuku Iskandar, 1970. Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

LAMAN WEB http://pendidikmy.net/2010/08/01/transformasi-pendidikan-perlu-segera/ http://gpbsmkap.blogspot.com/2010/07/transformasi-pendidikan-malaysia.html http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_docs/11%20Pendidikan%20Jasmani/01%20DSK %20%20Pend%20Jasmani%20Thn%201%20-%20BM.pdf

17

Anda mungkin juga menyukai