Anda di halaman 1dari 2

7.

11 Haji Abdul Rahman Limbong Pejuang Tani (Teks m/s: 290-192) (i) Latar belakang - nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid - dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau sering ke Limbong, Kemaman untuk mengajar agama - beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas - perjuangannya dikenalsebagai Kebangkitan Tani di Terengganu (ii)Faktor Penentangan a) Pas Kebenaran Yang Membebankan - 1921 diperkenalkan Peraturan Tanah Baru - petani yang ingin membuka tanah dan bercucuk tanam perlu mendapatkan kebenaran dengan bayaran 50 sen - peraturan yang sama jika menebang pokok dan mengutip hasil hutan seperti daun nipah, buah salak, sagu, rotan dan daun palas - membebankan hidup petani yang sedia ada miskin b) Penguatkuasaan Undang-Undang Binatang Buas - 1923 diperkenalkan Undang-Undang Kawalan Binatang Buas yang melarang penduduk memburu binatang liar - sesiapa yang ingkar dikenakan denda sebanyak 500 dolar dan senapang mereka akan dirampas c) Peraturan Tanah Baru - 1924 peraturan tanah mewajibkan penduduk mendaftar tanah mereka dengan bayaran sebanyak 2.50 sen seorang d) Pengaruh Pemimpin Agama - pemimpin agama berperanan penting dalam kebangkitan anti-British di Terengganu - Haji Abdul Rahman Limbong menegaskan tanah adalah hak Allah dan rakyat bebas mengerjakannya tanpa perlu membayar cukai kepada kerajaan - Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan peraturan British bertentangan dengan syariah Islam (iii)Peristiwa Penetangan Kebangkitan 1922 - petani di Kuala Telemong menentang peraturan baru dengan membersihkan tanah tanpa mengambil pas kebenaran - British menangkap 43 orang petani dan mendakwa mereka di mahkamah - Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai peguam

- British gagal mematahkan hujahnya bahawa tanah adalah hak Allah dan bukan hak negeri - mahkamah menerima hujah tersebut dan membebaskan mereka Kebangkitan 1925 - seramai 300 - 500 orang petani berkumpul di Kuala Telemong untuk bercucuk tanam - mereka membersihkan 200 ekar tanah milik Tengku Nik Maimunah dan 400 ekar tanah kerajaan - tindakan dilakukan kerana British akan memberi konsesi tanah tersebut kepada saudagar Cina - British mendesak Sultan Sulaiman supaya bertindak terhadap Haji Abdul Rahman Limbong - Haji Abdul Rahman Limbong menjelaskan kepada sultan bahawa pentadbiran British di daerah Kuala Berang menindas rakyat Kebangkitan 1928 - British mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas petani-petani yang enggan membayar cukai - ini menyebabkan seramai 1000 orang petani berhimpun di Marang, Kuala Telemong dan Kuala Berang - mereka mengisytiharkan perang terhadap British - mereka menduduki balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang serta mengibarkan bendera merah - British meminta bantuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu - pertempuran berlaku di Padang Kacong (iv)Kesan Penentangan - seramai 12 orang petani terkorban dan semua pemimpin petani termasuk Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap - tahun 1928 mereka dibicarakan di Kuala Terengganu - Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi hukuman buang negeri ke Makkah atas tuduhan menghasut dan mencetuskan kebangkitan di Terengganu

http://cikgurazak.blogspot.com/2010/04/nota-sej-ting-2-tok-janggut-harl.html

Anda mungkin juga menyukai