Anda di halaman 1dari 6

2016

GLITTERING STARS

1. PENDAHULUAN

Bengkel Cemerlang Mantap Bahasa Inggeris yang berfokuskan murid tahun 1- 6


merupakan program di bawah Bestari Bahasa. Program ini dirangka untuk membantu
murid-murid meningkatkan lagi pencapaian mereka dalam kedua-dua mata pelajaran.
Program ini merupakan salah satu program untuk memperkasakan sekolah dalam bidang
akademik. Justeru itu beberapa pendekatan dan strategi cuba dilaksanakan agar
pencapaian murid-murid cemerlang dalam mata pelajaran tersebut.

Murid-murid akan didedahkan dengan teknik-teknik pembelajaran yang lebih


berkesan bagi menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan lebih efektif. Bengkel
ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat baru kepada murid-murid agar lebih
berusaha dan berkeyakinan tinggi untuk menguasai mata pelajaran tersebut.

2. RASIONAL
Bengkel ini bertujuan untuk member pendedahan sebanyak mana yang mungkin
kepada murid-murid dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Inggeris. Melalui slot-
slot yang dirancang seperti Bengkel Teknik Menjawab Soalan, Bengkel
Tatabahasa/Grammar dan Motivasi Transformasi Diri telah dirancang bagi meningkatkan
lagi pencapaian murid. Melalui program sebegini diharapkan murid-murid dapat:
2.1 Diberi peluang untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.
2.2 Membimbing murid-murid yang lemah agar dapat menjawab soalan.
2.3 Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
2.4 Memahami tentang perkara-perkara yang dapat menghalang kecerdasan
murid-murid.

3. OBJEKTIF
Melalui program ini diharapkan murid-murid dapat:
3.1 Memberi pendedahan tentang cara-cara menjawab kertas Bahasa Inggeris
agar murid-murid dapat mencapai keputusan yang lebih daripada
sebelumnya.
3.2 Mendedahkan murid secara khusus tentang persediaan-persediaan yang
perlu dilakukan sebelum peperiksaan.

SekolahKebangsaanBaganJermal Page 1
2016

3.3 Mencungkil potensi diri murid yang terpendam agar dapat diketengahkan
kehadapan .

4. ANJURAN
Bengkel Gutsy For Glory, Bahasa Inggeris adalah anjuran kebitaraan
bahasa yang berada dibawah program kluster SK Bagan Jermal.
5. TARIKH PELAKSANAAN
Tarikh: 29 Julai 2016 (Level 2 )
07 October 2016 (Level 1
Hari : Jumaat

6. TEMPOH MASA
Bengkel ini bermula pada hari Sabtu pukul 8.00 pagi hingga 12.00
tengahari.
7. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran program ini difokuskan kepada murid-murid 1 - 6 iaitu


seramai 454 pelajar. Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap
penguasaan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
8. LOKASI
Bengkel akan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal,
Butterworth, Pulau Pinang.
9. JAWATAN KUASA INDUK PROGRAM
Pengerusi : Tuan Haji Kamaruzaman bin Salim, PJK
Naib Pengerusi : Tuan Haji Mohd Idris bin Othman (PK 1)
Encik Marzhuki bin Ramli (PK Hem )
Encik Ghazali bin Abdul Hamid (PK Koku)
Puan Suhaida binti Zakaria (PK Pend Khas)
Penyelaras Kluster : Encik Halmy b. Abdul Halim
Penyelaras Akademik Kluster : Cik Siti Hajar bt. Zainuddin
Penyelaras Program : Puan Julina Susila a/p George Samuel

SekolahKebangsaanBaganJermal Page 2
2016

Naib Penyelaras : Puan Harisun bt Mat Isa


Setiausaha : Puan Fauziah bt Mat Noor
Naib Setiausaha : Cik Sarifah Norida bt Syed Asmi

Ahli Jawatankuasa : 1. En. Nor Amin b. Adnan (KP BI)

2. Semua guru Bahasa Inggeris

10. JAWATAN KUASA PELAKSANA

Penyelaras Program : Pn. Julina Susila a/p George Samuel

Naib Penyelaras : Puan Harisun bt Mat Isa

Setiausaha : Puan Zakiyatil Fakhira

Naib Setiausaha : Puan Nurhidayah bt Ahmad

Bendahari : Puan Siti Zauyah bt. Hamzah

Pendaftaran : 1. En. Fahmi b. Mansor

2. En. Muhd Naim Shafiq b. Zahidi

3. En. Azizi b. Salleh

Makan dan Minum : 1. Puan Kavitha a/p Shanmuganathan


(Kawalan Murid) 2. En. Salleh b. Zakaria
3. Puan Jamilah bt Shoib

Jurufoto/Dokumentasi : 1. Pn. Norfasiha bt. Ahmad

2. Cik Roslaili Mohd. Zain

SekolahKebangsaanBaganJermal Page 3
2016

11. TENTATIF PROGRAM

Jumaat (29.07.2016)

Level 2 – Year 5 & 6

08.00 - 08.30 pagi : Taklimat & Pembahagian Kumpulan

08.30 – 9.45 pagi : Bengkel BI ( Slot 1 )

9.45 – 10.05 pagi : Rehat 1

10.00 -12.00 ptg : Bengkel BI (Slot 2)

Jumaat ( 07.10.2016 )

Level 1 – Year 3 & 4

07.30 - 07.45 pagi : Taklimat & Pembahagian Kumpulan

07.45 – 9.15 pagi : Bengkel BI ( Slot 1 )

9.15 – 9.35 pagi : Rehat 1

9.35 - 11.00 ptg : Bengkel BI (Slot 2)

1. ANGGARAN PERBELANJAAN

11.2. Bahan Edaran

Level 1 (Year 3 & 4 )

Paper 1 – Modul Edaran – RM 10 x 150 murid = RM1,500.00

Paper 2 – Modul Edaran – RM 10 x 150 murid = RM1,500.00

Level 2 ( Year 5 & 6 )

Paper 1 – Modul Edaran – RM 10 X 170 murid = RM1,700.00

Ppaer 2 – Modul Edaran – RM 10 x 170 murid = RM 1,700.00

……………………………………………………………………………………

SekolahKebangsaanBaganJermal Page 4
2016

Jumlah Keseluruhan RM6,400.00

…………………………………………………………………………………….

12. PENUTUP

Dengan terlaksananya program yang sebegini diharapkan murid-murid dapat


memberi komitmen dan minat yang menyeluruh dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Disamping itu juga murid-murid akan mendapat pengetahuan yang berguna melalui
bengkel yang telah dirancang oleh guru-guru Bahasa Inggeris. Semoga murid-murid
dapat memajukan diri ke arah yang lebih positif dan cemerlang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………..................... ……………………………………………
(PN ZAKIYATIL FAKHIRA ) (PN JULINA SUSILA A/P GEORGE )
Setiausaha Bestari Bahasa, Penyelaras Bestari Bahasa
SK Bagan Jermal SK Bagan Jermal
Sekolah Kluster Kecemerlangan , KPM Sekolah Kluster Kecemerlangan , KPM
12300 Butterworth. 12300 Butterworth.
Disahkan oleh: Diluluskan oleh:

………………………………………… ……………… …………………....................


(TN HJ MOHD IDRIS B OTHMAN) (TN HJ KAMARUZAMAN B SALIM, PJK)
Penolong Kanan Pentadbiran Guru Besar Cemerlang
SK Bagan Jermal SK Bagan Jermal
Sekolah Kluster Kecemerlangan, KPM Sekolah Kluster Kecemerlangan, KPM
12300 Butterworth. 12300 Butterworth.

SekolahKebangsaanBaganJermal Page 5
2016

SekolahKebangsaanBaganJermal Page 6

Anda mungkin juga menyukai