Anda di halaman 1dari 3

Nama : Muhammad Yusry Hadi bin Mohd Yazid

Kelas : 4H SMK St. John

Sinopsis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa


Bab 17 Kehidupan Baharu
Hasil Kerja kerasnya akhirnya membuahkan hasil , apabila
Kapten Anderson memberitahu Adnan bahawa dia telah
dinaikkan pangkat menjadi Sarjan.Adnan menyambut gembira
dengan berita mengenai Kenaikan pangkatnya, namun dia
perlulah tingkatkan usaha supaya dia boleh menjadi lebih
Berjaya lagi di dalam Askar Melayu. Beberapa bulan kemudian,
Kapten Anderson memanggil Adnan sekali lagi, kali ini beliau
memberitahu bahawa Adnan telah terpilih untuk mewakili
platun askar Melayu dalam perbarisan hormat bagi menyambut
upacara Pertabalan King George VI. Adnan diberikan cuti
selama seminggu sebelum berangkat ke London.Pada masa itu,
Pak Saidi mengadakan sebuah kenduri kecil atas kenaikan
pangkat dan sempena pemergian anaknya ke London. Setelah
kembalinya dari London, Adnan berkongsi pengalaman
bersama Kapten Anderson dan menunjukkan Baju seragam
Askar British yang diberikan oleh King George VI kepadanya.
Tidak lama kemudian dia dipilih untuk menjalani latihan
pengawai dan dinaikkan pangkat kepada Leftenan Muda.
Sekembalinya ke kampung halamanya, dia dimaklumkan
bahawa dia sudah ditunangkan bersama Sophia anak kepada
Pak Pakih.Kemudian majlis perkahwinan mereka dilangsungkan
secara sederhana dan meriah.
Bab 27 Perancangan dua Jeneral
31 Januaru 1942, Penduduk Johor Bahru gempar dengan
kehadiran ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan
berjalan kaki dan menaiki basikal kelihatan berkeliaran di
mana-mana. Gara gara pertahanan yang tidak kukuh di Johor,
negeri ini turut menerima musibah yang sama dengan negeri
lain setelah satu demi satu negeri berjaya ditakluk oleh tentera
Jepun. Pertempuran demi pertempuran telah menunjukkan

Dibuat oleh : M. Yusry Hadi SMK St. John

dengan jelas sekali kelemahan tentera British dalam mengatur


strategi pertahanan. Kekalahan dalam peperangan ini juga
memberi tamparan hebat kepada tentera British yang selama
ini dianggap paling kuat di dunia.Akibat kekalahan itu, Sir
Robert Brooke-Popham telah dilucutkan jawatan dan digantikan
oleh Leftenan Jeneral Sir Henry Pownall.Dia mendapat
maklumat bahawa Pihak Jepun menghantar tentera tambahan
yang terdiri daripada 34 buah kapal sudah sampai di
Songkhla.Menjelang petang 31Januari 1942, Seluruh tanah
melayu telah jatuh ke tangan tentera Jepun.Pasukan tentera
British meninggalkan Tanah Melayu dan meletupkan Tambak
Johor bagi menyekat kemaraan Jepun. Samad telah
diperhatikan dan diekori oleh Pengintip Jepun kemudiannya
telah ditangkap oleh tentera Jepun. Dia kemudiannya bersetuju
untuk menjadi pengintip Jepun untuk memerhatikan gerak-geri
tentera British. Samad mengumpul maklumat dan
menyerahkannya kepada Pengintip Jepun yang kemudiannya
melaporkan hasil maklumat dari Samad tersebut kepada
markas mereka di Kluang.
Kapten Rix telah diarahkan untuk mempertahankan pangkalan
Pasir Panjang dan Bukit Candu dibantu oleh Leftenan Adnan.
Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur persiapan bagi
menentang Jepun di Bukit Candu dan Pasir Panjang. Kekalahan
di Tanah Melayu menyebabkan Leftenan Adnan berasa amat
kecewa dengan tentera asing yang tidak berusaha
mempertahankan Tanah Melayu. Oleh itu beliau ingin menebus
semula kekalahan tersebut agar Singapura tidak akan
menerima nasib yang sama seperti Semenanjung Tanah
Melayu.
Sementara itu, Jeneral Yamashita telah mengarahkan Divisyen
ke 5 & 8 Infantri Jepun untuk mendarat di Barat laut Singapura
dan pada masa yang sama telah melakukan serangan muslihat
di bahagian timur untuk mengalihkan perhatian British bahawa
kononnya musuh akan mendarat di Changi.Sepasukan tentera
Jepun diarahkan menyeberang Selat Johor menggunakan botbot penyerang dan sebelum itu mereka telah membedil
kedudukan tentera British di barat tambak johor.Jepun juga

Dibuat oleh : M. Yusry Hadi SMK St. John

akan menawan kawasan tanah tinggi di Bukit Timah dan


empangan-empangan Selatar, Pierce dan MacRitchie. Jeneral
Yamashita tahu Singapura tidak akan bertahan lama sekiranya
bekalan air terputus.Jeneral Yamashita juga mengarahkan pospos pemerhati Jepun diletakkan di bangunan-bangunan tinggi
bagi membolehkan mereka meninjau pergerakan tentera
British.Dia juga mengarahkan tentera udaranya untuk
menyerah lapangan terbang tentera British bagi melumpuhkan
pertahanan udara British.Kemudian,kapal terbang Jepun turut
menggugurkan risalah agar penduduk tempatan tidak
mendekati kawasan pantai dan seterusnya unit artileri
membedil kawasan pantai.Sebelum serangan Jeneral Yamashita
menghantar pasukan perisik untuk meninjau kedudukan dan
kekuatan askar British yang bertahan di sana.Mereka juga
ditugaskan selama tiga hari untuk melukis peta dan
mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum kembali ke
Johor.

Dibuat oleh : M. Yusry Hadi SMK St. John

Anda mungkin juga menyukai