Anda di halaman 1dari 10

SEMESTER 2

SIDANG AKADEMIK 2021/2022

HST224 – SEJARAH DUNIA MELAYU

TUGASAN ESEI

BAHAGIAN A (SOALAN 2):


“TERDAPAT BANYAK TEORI KEDATANGAN ISLAM DI DUNIA MELAYU.” ANDA
DIKEHENDAKI MEMBUAT KESIMPULAN TEORI MANAKAH YANG BOLEH
DITERIMA DAN PALING SESUAI DENGAN SITUASI DUNIA MELAYU PADA
MASA KINI.

NAMA: NUR HUSNINA BINTI AB RAHIM

NO. MATRIK: 150454


NO I/C: 000120-03-0504
PEMBENTANGAN BAHAGIAN B (SOALAN 6)

WAKTU TUTORIAL: RABU 10-11 PAGI

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NAZARUDIN ZAINUN


1.0 PENGENALAN

Dunia Melayu adalah dunia yang tersohor dengan agama Islam dengan menyatakan

agama Islam ini adalah agama yang disanjungi serta dihormati dan hampir seluruh masyarakat

di Tanah Melayu menganut agama ini. Sejarah tentang kedatangan Islam ini amat berkaitrapat

dengan pembentukan tamadun disebabkan hal-hal tentang nilai-nilai murni dan perilaku yang

baik sebagai sifat-sifat tamadun yang sangat diberikan perhatian bagi membina sesebuah

tamadun. Selain itu, teori-teori asas yang dibahaskan oleh ahli sejarawan dan ilmuan yang

teragung mempunyai kaitan dengan teori kedatangan tamadun Islam ke tamadun Melayu.

Perkara ini mempunyai kaitan dengan pembangunan sosial masyarakat yang dilabelkan sebagai

masyarakat yang memiliki kemudahan teknologi. Justeru itu, terdapat beberapa teori tentang

kaedah kedatangan Islam ke dunia melayu dan ia dibicarakan oleh ahli sejarawan dan banyak

dibahaskan melalui istilah. Antara istilah yang biasa ditemukan seperti civilization, tamadun

dan peradaban, maddana, umran serta hadarah dan semua istilah tersebut memberikan makna

yang tersendiri.1 Definisi tamadun Islam dilihat kepada aspek-aspek yang menpunyai world

view tamadun Islam. Menurut Professor Syed Naquib Al-Attas menyatakan tamadun Islam ini

adalah sebuah kehidupan seseorang yang berjaya mengharungi peringkat tatasusila yang baik

melalui budaya yang mulia dalam sesebuah masyarakat. Kedudukan Islam di seluruh dunia

Melayu yang tergolong daripada darat dan pulau ini telah berhasil membangunkan sebuah

gambaran yang baharu bagi masyarakat di rantau dunia Melayu. Terdapat beberapa teori yang

berkaitan dengan kedatangan agama Islam ke rantau ini dan beberapa para sarjana telah

mengemukan teori tersebut antaranya ialah Teori dari Tanah Arab, India, China dan Champa.

Namun begitu, kedatangan Islam di Dunia Melayu mempunyai pelbagai pendapat yang

berlainan antara para sejarawan yang berkaitan tentang fakta dan bukti. Perbezaan juga dapat

1
Fairuzah Hj. Basri, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu Kontemporari, Selangor:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008. Hlm. 1.

1
dilihat dalam teori-teori tersebut sama ada berkaitan dengan tarikh mahupun faktor

kedatangannya dan tempat yang menerima agama Islam.

2.0 TEORI-TEORI KEDATANGAN ISLAM DI DUNIA MELAYU

2.1 TEORI DARI ARAB

Teori dari Arab merupakan salah satu daripada teori kedatangan Islam dan pada kurun

ke-7, Semenanjung Tanah Arab telah membawa Islam pada ketika itu. John Crawford telah

mengemukan teori ini dan kemudiannya diikuti oleh Nieman dan De Hollander dan

memperolehi persetujuan dan dorongan daripada ‘Seminar Masuknya Islam ke Indonesia’ serta

Profesor S. M. Naquib al-Attas.2 Pada peringkat awal, sebelum mubaligh-mubaligh India

datang perintis kepada proses Islamisasi di Nusantara adalah orang Arab. Kehadiran para

saudagar di Tanah Melayu dipercayai wujud sebelum kedatangan Islam itu sendiri di dunia

Melayu dan melalui dua jalan iaitu jalan daratan dan jalan lautan. Hal ini mendapat sokongan

daripada Dr. Hamka dan Arnold dengan memberitahu bahawa sejak awal abad pertama hijrah

lagi jalan tersebut digunakan oleh orang-orang Arab untuk datang ke Tanah Melayu. Melalui

teori dari Arab ini, kedatangan Islam dipecahkan kepada dua iaitu hubungan langsung dan

hubungan tidak langsung. Kegiatan pencarian rempah ratus iaitu lada hitam, bunga cengkih

serta kapur barus oleh orang Arab dan Pasai merupakan hubungan langsung sementara itu

mereka menggunakan jalan laut untuk berdagang dengan China adalah hubungan tidak

langsung. Selain itu, menurut kajian Islam yang dilakukan oleh Syed Naquib al-Attas ketika

menggunakan literature Arab mengatakan bahawa Islam bersumber dari Arab dan turut

menitikberatkan faktor dalaman sama ada dari sudut bahasa ataupun kesusasteraan melalui

penulisan jawi, cara pembacaan al-Quran dan penjelasan akidah.

2
Amin, Faizal, dan Rifki Abror Ananda. “Kedatangan dan Penyebaran Islam di Asia Tenggara: Tela'ah Teoritik
Tentang Proses Islamisasi Nusantara.” Analisis: Jurnal Studi Keislaman, Vol. 18, No. 2 (2018). Hlm. 85.

2
Di samping itu, berdasarkan catatan sejarah juga mengatakan bahawa selatan

Semenanjung Tanah Melayu telah diduduki oleh bangsa Arab sebelum kedatangan agama

Islam lagi dan menjadi orang tengah antara pedagang Eropah dan pedagang Asia dari India dan

barat rantau Melayu. Berdasarkan buku John Crowford yang bertajuk “History of The India

Archipelago" Islam datang ke Nusantara dari Tanah Arab. 3 Hal ini jelas dilihat pada abad ke-

7 sehingga ke-10 dalam catatan semasa Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah memerintah

menyatakan apabila orang Arab telah datang di Nusantara dan mereka memiliki kumpulan

angkatan laut yang sangat hebat serta melakukan perdagangan sambil menyebarkan Islam

disepanjang perjalanan mereka ke China melalui Nusantara.4 Menurut catatan dari sumber

China pula, pedagangan Arab mempunyai hubungan di perairan Asia Tenggara. Misalnya,

orang Arab telah berada di Sumatera ketika abad ke-7 dan di sebelah barat kepulauan tersebut

telah mewujudkan sebuah perkampungan. Ketika era Khalifah Sulaiman bin Abd al-Malik, 35

buah kapal telah dihantar ke muara Salak di Jambi dan sebelum meneruskan destinasi ke China,

pada tahun 717 M, kapal tersebut dipercayai telah bertolak dari Cyelon untuk pergi ke

Palembang. Namun begitu, Islam juga mengalami perkembangan di Nusantara apabila

kalangan Syiah di kepulauan Sila dan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan telah melakukan strategi

dalam perkembangan tersebut. Teori ini berhasil memperlihatkan bahawa Islam datang ke

Tanah Melayu melalui Tanah Arab. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan faktor perdagangan

yang dilakukan, aktiviti yang berunsur dakwah Islam dan hubungan yang terjalin antara orang

Arab dan orang di Tanah Melayu sendiri. Oleh itu, kedatangan Islam di Tanah Melayu

berhubung rapat dengan Tanah Arab melalui bukti yang dinyatakan tersebut amat kukuh dan

menyakinkan.

3
Farhah Zaidar Mohamed Ramli dan Shahruddin Pangilun, “Teori Kedatangan Islam Di Alam Melayu”.
Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3, 2017, Hlm. 147.
4
Ibid.

3
2.2 TEORI DARI INDIA

Teori kedatangan Islam di Dunia Melayu yang seterusnya ialah teori dari India. Snauck

Hugronje dan Brian Harisson telah mengajukan teori tersebut. Mereka menegaskan

sesungguhnya Islam datang ke Dunia Melayu dijalankan oleh pedagang-pedagang Islam yang

berada di Gujerat dan Malabar. Hal ini menyebabkan ahli sejarawan tidak mempunyai kata

sepakat berkaitan dari daerah mana Islam ini dibawa ke Nusantara kerana menemukan batu

nisan tersebut. Namun begitu, penemuan ini diperkukuhkan lagi dengan melakukan kajian oleh

G.P Moquette tentang penemuan batu nisan di Pasai (1428M) dan batu nisan Maulana Malik

Ibrahim di Gerisik (1419M).5 Seterusnya, Moquetta membuat kesimpulan berdasarkan

penemuan batu nisan tersebut adalah dari Gujerat kerana memiliki sifat yang sama dengan batu

nisan Umar bin Ahmad Kazaruni yang terletak di Gujerat dan mendapat sokongan oleh J.

Gonda, W.P. Stutterheim dan beberapa ahli sejarah yang lain. Selain itu, menurut buku yang

bertajuk “Suma Oriental” oleh S.Q Fatimi yang berpendapat bahawa Benggala telah

menyebarkan agama Islam di Nusantara. Berdasarkan teori dari India Selatan pula, kaedah

popular Islam seperti ciri-ciri mistik, sastera roman dan lain-lain lagi yang berada di Indonesia

dan berasal dari India Selatan yang dikemukan oleh Van Ronkel. Di samping itu, teori dari

Malabar pula menyatakan penyokongnya ialah Thomas Amold dengan memberikan alasan

persamaan mazhab Shafie dengan Indonesia.6

Teori kedatangan Islam dari India adalah teori yang paling ketara kelemahannya

sehingga teori ini sukar untuk dipercayai dan setiap bukti yang diperkatakan oleh para

sejarawan adalah tidak kukuh dan menimbulkan keraguan kepada pelbagai pihak. Contohnya,

pada tahun 104M merupakan tarikh kerajaan Pasai menerima Islam dimana Pasai menerima

5
Ibid. Hlm. 148.
6
Abdul Rahman Haji Abdullah, Pemikiran Umat Islam di Nusantara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1990. Hlm. 43.

4
Islam lebih awal berbanding Gujerat.7 Hal ini didapati Islam sekadar berada di Gujerat pada

tahun 1302M melalui kehadiran Kesultanan Delhi. Seterusnya, Malabar dan Gujerat, Benggal

serta Koromandel turut mendapat tumpuan. Perkara tersebut diperkukuhkan lagi melalui

kenyataan tentang mazhab yang sama diantara penduduk Benggali dengan penduduk di Asia

Tenggara, iaitu bermazhabkan Shafie manakala mazhab Hanafi pula di Gujerat. Hujah bahawa

Islam dibawa dari Benggali mendapat sokongan daripada S.Q Fatimi dengan menegaskan

bahawa raja pertama Pasai iaitu Sultan Malik al-Salih adalah seorang pedagang India yang

mempunyai keturunan Benggali. Kenyataan ini sangat lemah dan tidak boleh diterima. Maka,

perkembangan Islam ke dunia ini bukan merupakan satu pembuktian Islam di Nusantara

berasal dari India apabila adanya kehadiran para pedagang dan pendakwa India.8

2.3 TEORI DARI CHINA

Berdasarkan catatan sejarah, perhubungan dagangan antara Arab dengan China terjadi

sebelum kehadiran agama Islam lagi. Perkara ini disebabkan pelbagai barang telah dibawa oleh

pedagang Arab dan mereka membeli sutera, kain serta tembikar dari China. Hubungan ini tidak

langsung dapat melakukan hubungan antara China dengan kepulauan Melayu dan hubungan

dapat dilihat melalui laporan China Muslim. Berdasarkan laparon tersebut, ketika 627M

sehingga 650M dimana zaman Maharaja Tai Tsuing dari Dinasti Pang memerintah, ketibaaan

orang Islam di Arab ke negeri China. Wahab Abi Kabsyah ialah seorang pendakwah Arab yang

pertama ke negeri China yang diamanahkan oleh Rasullulah S.A.W. dan ketika berada di

Canton beliau menghembus nafas terakhir dan dikebumikan di sana. Khalifah Othman bin

Affan telah memerintahkan untuk menghantarkan Saad bin Abi Waqas ke China dan

7
Farhah Zaidar Mohamed Ramli et al., “Teori Kedatangan Islam Di Alam Melayu”. Persidangan Antarabangsa
Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3, 2017, Hlm. 148.
8
Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, dan Farahwahida Mohd Yusof.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press, 2013. Hlm. 107.

5
seterusnya menempatkan batu asas bagi pembinaan masjid di Canton dan ia digelarkan sebagai

Wai Shin Zi yang bermaksud masjid kenangan nabi.

Selain itu, aktiviti perdagangan juga adalah satu aktiviti ekonomi yang berperanan

penting untuk mereka mempromosikan barang kepada dunia antarabangsa. Para pedagang

Arab di China sebenarnya sudah lama dan pelbagai jenis barang misalnya bau-bauan, batu-batu

yang bernilai serta mutiara dan seterusnya mutiara dan tembikar dari China yang dibawa oleh

mereka akan dibeli oleh para pedagang Arab. Melalui kegiatan perdagangan dengan negara

China ini telah mewujudkan perhubungan antara pedagang Arab dan Parsi bagi memperolehi

keperluan barangan tersebut. Umumnya dalam melakukan perhubungan dalam perdagangan

ini biasanya jalan daratan digunakan oleh mereka tetapi pedagang Arab gemar melalui jalan

lautan, melintasi pantai India dan Asia Tenggara dimana sesetengah daripada mereka akan

berhenti di kawasan persinggahan berdekatan pusat dagangan ketika berada di sepanjang

perjalananan. 9 Pelayaran kapal-kapal Parsi sekitar Lautan sejak adab ke-5 lagi namun ketika

waktu ini mereka masih belum melibatkan diri secara giat dalam aktiviti ekonomi China namun

demikian perhubungan diantara pedagang Parsi dan negara China telah wujud dan ia

memberikan kesan kepada sejarah Indonesia Barat.10 Negara China sangat memerlukan

barang-barang dari Parsi khususnya pokok Resin atau turut disebut sebagai ‘Po-Ssu’ atau Parsi.

Namun begitu, ketika tahun 500 Masihi, ‘Po-Ssu’ yang dijual di China bukan lagi berteraskan

Parsi disebabkan ia dianggapkan berasal dari Sumatera. Walaupun ‘Po-Ssu’ merupakan

Sumatera atau Nusantara namun masih tidak dapat dikalahkan dengan barangan-barangan dari

Asia Barat. Oleh itu, terdapat pelbagai tawaran oleh Srivijaya seperti penawaran kemudahan

untuk pedagang asing dan melalui perhubungan antara Asia Barat dan China semenjak awal

9
Ibrahim T.Y. Ma. Perkembangan Islam di Tiongkak, Jakarta: Bulan Bintang, 1979. Hlm. 32.
10
Profesor O.W. Wolters, Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of Srivijaya. Cornell: Cornell
University Press, (1967). Hlm. 76.

6
abad Masihi lagi telah mendorong Srivijaya menjadi salah satu pusat perdagangan yang

penting.

2.4 TEORI DARI CHAMPA

Berdasarkan R.A Kern menyatakan bahawa di Nusantara orang Islam ini berasal dari

Indo-China. Hal ini dapat dilihat apabila orang Melayu telah menjalinkan perhubungan

bersama-sama penduduk Champa dan Kemboja pada abad ke-7. Perhubungan ini berlaku

disebabkan manfaat untuk mendapatkan penguasaan dan perkahwinan khususnya antara

keluarga diraja. 11 Di Champa, Islam semakin berkembang di daerah Phanrang semenjak pada

abad ke-8M lagi. Teori tersebut berteraskan kepada hubungan dan kedatangan Islam melalui

daerah Phanrang. Phanrang adalah suatu kawasan di Selatan Champa dan berdasarkan

maklumat yang didapati di China menyatakan penerimaan Islam oleh Phanrang semenjak tahun

960M lagi iaitu ketika Dinasti Sung memerintah. Di Champa mempunyai dua buah inskripsi

yang dapat memperkukuhkan lagi pandangan sebilangan sejarawan berkaitan dengan

kedatangan Islam tersebut. Di samping itu, sebuah batu nisan yang bertulisan khat bertarikh

1039M dan sebuah monument pada tarikh 1025M dan 1039M dijumpai. Terdapat beberapa

catatan yang berkaitan dengan hukum-hakam Islam berdasarkan monument tersebut.12

11
Farhah Zaidar Mohamed Ramli et al.,“Teori Kedatangan Islam Di Alam Melayu”. Persidangan Antarabangsa
Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3, 2017, Hlm. 149.
12
Zulkiflee Haron et.al, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Skudai: Penerbit UTM Press, 2013. Hlm. 110.

7
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sejarah Islam di Tanah Melayu telah mengakibatkan wujudnya teori-

teori kedatangan Islam di Tanah Melayu. Kewujudan teori ini turut menjadi isu dalam

perdebatan oleh para sejarawan. Pada pendapat saya, teori yang boleh diterima dan paling

sesuai dengan situasi Dunia Melayu pada masa kini ialah teori dari Arab. Hal ini demikian

kerana jelas dapat dilihat berdasarkan bukti-bukti yang telah diketengahkan oleh para

sejarawan yang melakukan penyelidikan tentang teori tersebut dan semua bukti dan dapatan

adalah sangat kukuh dan menyakinkan bahawa kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah

dibawa dari Tanah Arab. Jelaslah dapat dilihat terdapat pelbagai pengaruh luaran mahupun

dalaman dalam golongan masyarakat Melayu-Islam yang dipengaruhi oleh Arab iaitu

melibatkan aspek budaya, agama, bahasa, sastera, ekonomi dan sebagainya.

8
BIBLIOGRAFI

Abdullah, Abdul Rahman Haji. Pemikiran Umat Islam Di Nusantara. Kula Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1990.

Amin, Faizal, dan Rifki Abror Ananda. “Kedatangan dan Penyebaran Islam di Asia Tenggara:

Tela’ah Teoritik Tentang Proses Islamisasi Nusantara.” Analisis: Jurnal Studi

Keislaman, 2018, Vol. 18, No. 2. 67-100

Basri, Fairuzah Hj. Tamadun Islam dan Tamadun Melayu: Perkembangan dan Isu

Kontemporari, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM, 2008.

Ibrahim T.Y. Ma. Perkembangan Islam Di Tiongkok. Jakarta: Bulan Bintang, 1967.

Professor O.W. Wolters. Early Indonesia Commerce: A Study of the Origin of Srivijaya

Cornell: Cornell University Press, 1967.

Ramli, Farhah Zaidar Mohamed dan Shahruddin Pangiun. “Teori Kedatangan Islam Di Alam

Melayu.” Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3, 2017. 147-150.

Haron, Zulkiflee, Ramli Awang, Siti Norlina Muhamad, dan Farahwahida Mohd Yusuf.

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Skudai: Penerbit UTM Press, 2013.

Anda mungkin juga menyukai