Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK: OGOS – DISEMBER 2020

Program : Program Ijazah Sarjana Nama Pelajar:


Muda Perguruan (PISMP)
Kod : EDUP3053 Semester / Tahun : Semester 1 Tahun 2
Nama Kursus : Ambilan : Ambilan Jun 2019
Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Kumpulan :
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. TUGASAN 1 – PENGHASILAN VIDEO 26.10.2020 11.11.2020
2. TUGASAN 2 – UJIAN 16.11.2020 26.11.2020
3. TUGASAN 3 – PROJEK LO 05.11.2020 27.11.2020
4. TUGASAN 4 - PEMBENTANGAN 27.11.2020 04.12.2020

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Menjelaskan konsep-konsep dan peranan teknologi dan media untuk pengajaran dan
pembelajaran. (C2, LO1)
2. Mengguna teknologi dan media pengajaran berdasarkan model rekabentuk pengajaran
yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan secara
pembentangan kumpulan. (C3, A5, P6, LO3, LO4, LO5, CTPS1, CS4, TS1)
3. Menilai keberkesanan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
instrumen penilaian dengan cekap. (C5, A5, P7, LO3, CTPS5)
4. Menghasilkan media pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. (C6, A3, P5, LO2)
5. Menginterpretasi isu dan trenda terkini dalam teknologi pendidikan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. (CS5, LO3, LO6, CTPS2, LL2)

Kerja kursus ini dilaksanakan bagi menilai hasil pembelajaran 1 , 2, 3, 4 dan 5

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menjelaskan tatacara penggunaan teknologi didalam pendidikan.


2. Mencipta bahan pengajaran dan pembelajaran berupa Objek Pembelajaran/ Learning
Object (LO) bagi satu topik opsyen kursus dengan menggabung kemahiran multimedia
(visual, audio, video) dan teknologi maklumat.
3. Menghasilkan bahan pendidkan berupa video pembelajaran berdasarkan matapelajaran
yang diajar untuk penggunaan dibilik darjah
4. Menilai kesesuaian dan keberkesanan bahan LO yang dihasilkan dengan menggunakan
instrumen penilaian yang ditetapkan.
5. Membentang penggunaan media pengajaran yang digunakan dalam bahan LO
berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai.

1
Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

“ Kemahiran penghasilan bahan bantu mengajar adalah satu kemahiran yang


perlu ada ada di dalam setiap daripada guru yang mengajar, untuk ia sesuai dengan
subjek dan cara pengajaran yang tersendiri. seorang guru berbeza degan seorang guru
yang lain dari segi pendekatan dan cara pengajarannya walaupun untuk subjek yang
sama, Kemahiran menghasilkan Objek Pembelajaran dan audio-video adalah antara
yang boleh di manafaatkan “

TUGASAN 1 : PENGHASILAN AUDIO-VIDEO (30%)

Video yang dihasilkan adalah merupakan video pembelajaran yang akan di


gunakan didalam proses pnp dan di integrasikan didalam LO, Pelajar perlu
menghasilkan video berdurasi 1 - 2 minit dengan sekurang-kurangnya 3 babak
berbeza dengan penggunaan audio yang telah di ubahsuai berdasarkan
kesesuaian tema yang di gunakan.

TUGASAN 2 : UJIAN (10%)

Pelajar dikehendaki menjawab 2 soalan esei

TUGASAN 3 :” PROJEK LO (40%)

Objek Pembelajaran/ Learning Object (LO) dalam pengajaran dan pembelajaran


(PdP) adalah sesuai bagi kaedah pembelajaran secara dalam talian dan luar
talian. Bahan LO merupakan sumber, biasanya dalam bentuk digital atau
berasaskan web yang digunakan untuk menyokong pembelajaran. Bahan LO yang
baik dapat membawa sesuatu konsep pelajaran dalam kehidupan harian kepada
pelajar. Pelajar dapat melihat sesuatu pembelajaran dalam konteks yang
menyeluruh dan lebih mudah memahami berbanding mendengar guru
menyampaikan PdP secara lisan. Dengan kemudahan teknologi yang ada pada
masa kini menjadikan pembinaan bahan LO lebih mudah dan bermanfaat
berbanding penyediaan bahan pembelajaran yang lain. Bahan LO mestilah
ringkas, boleh diguna semula dan bersifat kendiri.

Anda diminta untuk menghasilkan satu bahan LO berasaskan web yang sesuai
untuk kegunaan dalam PdP bagi satu topik mata pelajaran sekolah rendah.

TUGASAN 4: Pembentangan Kumpulan (10%)

Membentang penggunaan media pengajaran yang digunakan dalam bahan LO


berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai dalam proses PdP yang
berkesan.

Secara berkumpulan, pilih media pengajaran yang paling sesuai dan menarik yang
digunakan dalam bahan LO yang dihasilkan. Berikan justifikasi di atas pemilihan
tersebut berdasarkan model rekabentuk yang sesuai.

Satu salinan persembahan perlu disertakan semasa persembahan.

2
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

A Tugasan 1 : Penghasilan video

1. Video ini hendaklah berdurasi 1- 2 minit dan ke atas


2. Mempunyai 3 babak dan keatas
3. Pelajar bebas memilih tema videonya , asalkan ia dapat di gunakan untuk tujuan
pembelajaran
4. penghasilan video secara asli akan memberikan markah yang tinggi
5. Penghasilan video yang telah siap perlu di muatnaikan ke Google Classroom sebelum
tarikh akhir
6. Sila simpan fail anda dengan maklumat nama Unit, Nama Pelajar dan bilangan
tugasan dalam huruf besar cth (BM1-TONY STARK – TUGASAN X)
7. Video ini perlu disiapkan dengan mengikut model ADDIE dan tunjukan langkah
sebelum proses permulaan penghasilan
8. Gunakan video yang siap sebagai sebahagian daripada multimedia (video) di dalam
LO anda

B. Tugasan 2 : Ujian
1. Ujian ini terdiri daripada 2 soalan esei, jawab semua soalan yang diberikan
2. Sila simpan fail anda dengan maklumat nama Unit, Nama Pelajar dan bilangan
tugasan dalam huruf besar cth (BM1-TONY STARK – TUGASAN X)
3. Muatnaik Ke Google Classroom yang ditetapkan
C. Tugasan 3: Penghasilan Objek Pembelajaran/ Learning Object (LO)

1. Isi kandungan bahan LO dipilih daripada opsyen kursus (major/minor).


2. Penggunaan elemen seperti visual, audio, video dan animasi adalah diwajibkan.
3. Elemen dalam (no. 2) di atas yang bukan ciptaan anda haruslah dinyatakan
sumber asalnya dengan jelas.
4. Penghasilan objek pembelajaran hendaklah yang asli, kreatif, berkualiti dan jelas.
5. Pemilihan i-Devices perlulah sesuai dengan objektif pembelajaran
6. Pemilihan elemen-elemen multimedia yang sesuai perlu diteliti.
7. Pembinaan bahan LO dalam PdP perlu jelas, berkesan dan mengikut urutan yang
betul.
8. Nyatakan metadata yang jelas dalam bahan LO.
9. bersama dengan LO tersebut sertakan bersama note pad dengan maklumat
berikut
1. nama
2, unit
3. tajuk LO
10. Beri nama pada note pad itu ReadMe.txt
11. LO dan Notepad itu di satukan ke dalam folder yang bernama nama Unit, nama
pelajar dan bilangan tugasan dalam huruf besar cth (BM1-TONY STARK –
TUGASAN X)
12. Hasilan. folder ini perlu dimuat naik ke Google Classroom sebelum tarikh tutup
13. perlu ada satu salinan pada pelajar unruk kerja backup

3
D. Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan

1. Masa pembentangan adalah selama 10 minit / kumpulan


2. Pembentangan perlulah menggunakan aplikasi persembahan yang sesuai.
3. Bahan persembahan pembentangan itu perlulah di muatnaik ke GC sebelum
pembentangan
4. Bahan persembahan pembentangan itu hendaklah disatukan ke dalam folder,
dengan nama Unit dan nama delam huruf besar contoh: (BM1-TONY STARK –
TUGASAN X)

AM

1. Setiap tugasan perlulah dihantar berasingan mengikut tarikh yang ditetapkan.


2. Setiap tugasan yang lewat dihantar akan ditolak markah.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________ _________________________________
(MOHD MAZNIHAN BIN MOHAMAD (ZURAIDA BINTI YUSOF)
NOOR)

Penyelaras Kursus EDUP3053 Pakar Bidang (SME) EDUP3053


Unit Teknologi Pendidikan Unit Teknologi Pendidikan
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur Pahang Darul Makmur

Disahkan oleh:

______________________
(TN. HJ. HATIM AZIWIR BIN ZAADUN ZABIR)
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan
Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

Anda mungkin juga menyukai